Friday, December 28, 2007

Banyaknya cuti...tak sukalah.

Pagi tadi on the way ke ofis I was listening to Hotfm. Memang every morning I listen to Hotfm pun, petang listen to Sinar. Radio lain aku tak layan. Aku dah addicted.

So this morning, there was a discussion on your greatest achievement for the year 2007.

Puaslah aku pikir punya pikir punya pikir punya pikir punya pikir......

OMG!!!! I don't have a clue!! Aku tak ada pencapaian langsung ke tahun 2007 ni!!!???

Ingat balik....ingat balik....ingat balik...takde pun!!!!

Aku dah separuh jalan ke ofis tapi I still got no bloody clue of my pencapaian in 2007!!! What a loser!

Aku dah nak nangis..am I that loser??? Sedihnya..

Tiba-tiba....adalah seorang pemanggil tu, kata pencapaian dia untuk tahun 2007 was that he got promoted. And I go, thats it!!!

Itulah pencapaian teman untuk tahun 2007!!!! I asked for a confirmation and I got a promotion and a raise instead!!! That's a hell of achievement I tell you!! Kau ada? Tak ada!! Matila kekwat.

Macam mana boleh lupa ha ha and I cannot stop smiling. Itu dalam kerjaya. Dalam hidup, well, life remain the same. Dalam cinta ha ha yang ni memang loser!!! Nerdjoe...kita senasib ha ha Butaseni pun sama...tak lama lagi break la tu!! Lariiiiiikkkkk!!!!

Yang penting aku ada pencapaian...kau ada??

Tuesday, December 25, 2007

I'm Falling In Love - Tompi




yezzaa...I'm Falling in Love with YOU!!!

Saturday, December 22, 2007

Selamat Hari Raya Qurban

Selamat Hari Raya.

Dari entry yang lepas hingga entry yang kali ini, beberapa perkara berlaku.

  • Berat badan semakin bertambah dan bertambah.
  • Berat wallet semakin berkurang dan berkurang.
  • Ketemu seseorang.
  • Actually, ketemu seorang, dua orang, tiga orang dan seterusnya, aku confuse.

Hari-hari untuk menetap di Kuala Lumpur semakin berkurang. Resah pula menanti untuk pulang ke Redang dan menghabiskan masa dengan berdiang di bilik seperti 7 bulan yang sudah. Bosan lagi hidup aku. Setakat ini aku masih belum menyampah dengan traffic jam setiap kali pergi dan pulang dari kerja.

Kehidupan di kota ini walaupun tidak setenang kehidupan di pulau tetapi aku rasa ada kehidupan berbanding dengan keadaan di pulau itu yang sangat membosankan. Memanglah pulau tu cantik tapi bosan. Mengeluh lagi aku ni.

Antara entri yang lepas dan yang ini, aku berjaya mengambil cuti pendek untuk pulang ke Pulau Pinang. Melawat sahabat handai. Alahai, rindu benar nak jumpa semua orang. Perancangannya untuk menonton bangsawan, shopping cd pirate, makan kenduri dan berpoya-poya ha ha

Menonton bangsawan terlaksana tapi aku malas nak ulas bangsawan itu kerana aku semacam kena sawan ketika menontonnya. Entah apa yang si pengarahnya merepek atas pentas itu, aku pun tak faham. Itu datangnya daripada seorang ahli akademik yang membuat kajian mengenai bangsawan, siap buat buku lagi tpai dia melanggar segala etika dan peraturan yang telah dia highlightkan sebelum ini. Keji permainannya.

Shopping DVD pirate amatlah digalakkan dewasa ini dan kepada anda yang bercuti di Pulau Pinang, singgahlah shopping DVD pirate yang sangat murah harganya iaitu RM4.00 sekeping dengan gambar yang sangat berkualiti - bukan rakaman panggung. Tempatnya di hadapan hotel-hotel mewah di Batu Feringgi. Korang akan jumpa deretan gerai-gerai tepi jalan yang sangat meriah dengan orang ramai. Memang banyak kedai DVD dan harganya sama, semua RM4.00, kat tempat lain tak dapat!

Makan kenduri di rumah seorang teman di Sungai Pasir, berdekatan dengan Pantai Merdeka. Ya, pasangan kekasih ini bercinta di Pantai Merdeka ha ha Aku sangat suka majlis ini kerana aku makan 3 kali..Pegawai Khalwat pun makan 2 kali sajork tapi perangainya keji...dia habiskan lauk dan pauk lantas aku, isterinya dan anaknya yang bernama Luqman ittew hanya makan nasi dengan kuah ha ha Anyaway tahniah kepada pengantin yang dah lama bercinta di talian akhirnya berlangsung juga majlisnya. Sekarang ini dengar cerita sudah kembali berbakti untuk negara di talian ha ha

Terima kasih kepada Jefendi Whilemina dan Sharina Edora yang telah menaja penginapan. Walaupun hanya di bilik yang berbau dan ruang tamu yang sempit tapi keikhlasan uols berdua amatlah weols hargai...save duit weols...harap-harap kedatangan weols tidak mengganggu rumahtangga uols ha ha

Balik dari Penang, kerja menimbun semula tapi hanya kerja-kerja rutin, oklah, taklah letih sangat, cuma kadang-kala ada sedikit kocakan di sana-sini.

Hari ini aku seakan-akan menghitung hari untuk pulang ke Redang. Sebulan setengah ini aku rasakan seronok sekali berada di kota, tak tahu macam mana nak menghadap kembali kekosongan di pulau. Apatah lagi baru ketemu permata yang indah, sayang pula nak tinggalkan.


Monday, December 03, 2007

Ampunkan kami penunggu gua

Sejak menjejakkan kaki kembali ke Kuala Lumpur, ini baru dapat membuat entry. Antara sebab-sebab kelewatan ini adalah seperti di bawah:
  • Seperti selalu, tiada jaringan internet untuk ofis HR. PC pun aku tak dapat. Ofis pun terceruk dan tak ada tingkap.
  • Di rumah ada internet tapi adik aku sentiasa menggunakannya.
  • CC yang aku selalu pergi sebelum ini sudah bertukar menjadi butik Anakku dan aku tak tahu CC lain disekitar sini.

Best tak alasan? Alasan-alasan jujur tau...

Anyway, 24hb November 2007, aku berjaya juga membantu sambil menonton produksi Devian Dogma karya Pegawai Khalwat di Taman Budaya KL. Aku yang jadi cameraman ha ha (ini perlu diberitahu!) Niat hati pergi hanya untuk berpoya-poya tapi sebelum sempat sampai, Pegawai Khalwat dah telipon suh jadi cameraman. Nampak sangat aku ni cameraman yang sangat bagus.

Sebelum ini cuma mampu mendengar ulasan dari rakan mengenai pementasan naskah Devian Dogma tapi setelah menontonnya secara langsung, terpanggil untuk mengkomen....tu dia!!!

Pembacaan pertama naskah ini menjemput ke pembacaan berulang kali sehingga kesepuluh rasanya, atau lebih. Ini sentuhanseni lakukan awal tahun 2007. Keliru sedikit mengenai naskah ini walaupun Pegawai Khalwat ada bagi hint-hint sedikit menganai cerita yang ingin disampaikannya cuma tidaklah aku menyangka hasilnya sebegitu. Naskahnya terlalu banyak lapisan. Tapi itulah signature Pegawai Khalwat a.k.a dudok.

Mungkin kerana naskah sendiri, Pegawai Khalwat pada hemat sentuhanseni telah berjaya mementaskan naskah ini. Pengolahan cerita, pengarahan dan lakon pentas serta aspek teknikal bergerak seiring sepanjang pementasan. Tenaga yang disalurkan para pelakon juga hebat dan konsisten. Cuma kadang kala mereka hilang fokus tapi cepat pula sedar diri semula.

Keadaan panggung yang hanya mempunyai satu entrance untuk pelakon sentuhanseni rasakan satu kekangan kepada pementasan ini. Malah untuk apa jua pementasan di sini. Sentuhanseni berasakan mungkin kerana kesuntukan masa, pengarah tidak mempedulikan untuk berkreatif dengan keadaan ini dan hanya meletakkan kepada pelakon untuk melampiaskan kreativiti mereka. Kesannya agak kelakar juga di awal pementasan kerana signature sang pengarah yang sentuhanseni kenali sedikit terganggu. Ini seterusnya mengganggu fokus pelakon tapi ternyata mereka sangat pandai 'faking' dan 'technical acting'. Pada sentuhanseni ini adalah satu pencapaian tapi jangan buat selalu na...

Dari aspek teknikal lakonan, penggunaan ruang pentas agak tidak bertujuan. Pelakon kelihatan sering kali tawaf separuh (demi menjaga bloking dan tak mahu membontoti audien) watak yang satu lagi. Postur dan gerak lakon, ada juga yang membosankan. si orang minyak terlalu banyak membongkok ketika bercakap sehingga dia kelihatan lebih seperti Si Bongkok Tanjung Puteri daripada orang minyak. Mungkin interpretasi orang minyak padanya sebegitu tapi ada ketika dia berdiri tegak dan keras. Dia orang minyak yang boleh berubah mengikut keadaan. Namun lakonan makhluk ini ada banyak peningkatan, dia sudah semakin maju ha ha

Dua watak lagi. Surti, I Love Youlah! Marvelloues siot walaupun diawal pementasan itu nampak sedikit terganggu dengan handsprop yang pelbagai namun berjaya kembali fokus dan kekal sehingga ke hujung cerita. Satu yang agak mendukacitakan sentuhanseni ialah seringkali apabila membawakan watak wanita berkedudukan, Yuslina akan memakai kebaya dan batik sarong, mungkin selepas ini akan berubah?

Sazali seperti yang dijangka. Lakonannya sudah menjadi signature dan lagak ngerinya sentiasa mengerikan. Sebenarnya mereka ini sedar atau tidak yang aktiviti lakonan mereka tidak ada insuran cover? Itu sebab yang paling asas kenapa sentuhanseni tidak mahu bersilat atas pentas ha ha (do not comment on this!). Hanya Sazali yang sentuhanseni lihat beria-ia bermain dengan setting di atas pentas (kayu-kayu dan topeng yang bergantungan). Tahniah sentuhanseni ucapkan, ada juga yang sedar ruang.

Stage best. Simple, menarik dan padat. Paling sentuhanseni suka ialah scene di majlis tari menari di mana Surti bertemu Tejo (Tejo ke?) Dalam keadaan muzik yang kuat, mereka berdialog dan kemudian mereka bergerak keluar dari dewan tari dan muzik diperlahankan. cantik sekali permainan teknikal di sini sayangnya sebelum scene ini berakhir, muzik itu sudah berakhir. Kesinambungan sebentar tadi hilang.

Yang lain bagus. Secara keseluruhannya, pementasan ini dinampakkan mudah oleh pengarah dan pelakon-pelakonnya. Interpretasi mereka terhadap naskah dan watak masing-masing memang kelas A. Pementasan sebegini tidak layak untuk Festival Teater tempatan..sebab itu kamu orang kalah ha ha tahun depan buat cerita ada kampung-kampung, menangis sampai keluar air hidung segal dan lakonan slapstik, mesti menang ha ha

Walau bagaimanapun, cameraman korang tetap kendo! lariiiiiikkkk........

Sekarang ini aku sedang sibuk menggemukkan badan. Dah naik pun 5 kilo ha ha selain itu juga sedang sangat-sangat sibuk di opis yang kelam kelibut dan tonggang terbalik. Mals nak cerita kali ini sebab nanti spoil the mood.

So..ttyl babai

Friday, October 26, 2007

Ke Akhir Garisan

Pejam celik pejam celik...pejam pejam celik celik daaaaahhh...sampai musim monsoon. Di sini, di opis ini masing-masing sedang menghitung hari untuk di'transfer' ke property lain, jabatan lain dan cuti tanpa gaji.

Monsoon sudah mahu bermula. Bunga-bunga cintanya dah kelihatan. Salah satu sebab aku update hari ni, kalau tak aku nak keluar tapi feri tak berjalan, bahaya katanya. Sudah dua hari hujan tidak berhenti. Ombak pun tinggi je. Department Recreation dah mula garu kepala sebab banyak peralatan rosak dipukul ombak. Dijangkakan monsoon tiba lewat lagi tapi tahun ini bunganya pun hebat, awal pulak. Banyaklah cerita pasal monsoon keluar dekat sini. Aku layan je sebab aku transfer ke KL!!!!


Hari terakhir mentari bersinar....Gtoohhhh!!!!

Esoknya dan 7 hari seterusnya.......


Ini pemandangan dari staf cafe. Ofis uols semua ada tak pemandangan seperti ini (matila kekwat), kalau rasa cantik nak buat wallpaper, ambiklah (matila kekwat lagik). Office MR lagi la takde macam ni, nampak fail-fail je bertimbun *larrrriiiiikkkk....

Malaslah nak cerita raya dah...tengok gambar jelah ek..

Ini untuk Kak ipar aku...

Ini untuk bonda

Ini untuk adik

Untuk abang dan abah tak ada gambar sebab beli selepas sessi fotografi. Harap maklum. Ada lagi gambar...

Dari KL aku naik Air Asia yang seatnya sangat menyerupai kulit tapi aku rasa ia adalah PVC, jenis yang sama dengan kasut sekolah aku dulu ha ha dan seatnya tidak boleh melentur terlalu jauh ke belakang! Darn! Dari Airport KT yang sedang dalam renovasi naik van ke Seberang Takir untuk naik penambang. Van free sebab kompeni punya dan penambang RM0.80 kalau naik teksi ke sapu ke, boleh melayang RM30. Dan kalau kau naik penambang kau boleh feeling-feeling pelancong.

Penambang tak macam dalam cerita Pendekar Bujang Lapok. Tak yah tunggu lama-lama, ada banyak dan tak ramai pun yang naik. Tambang bayar di kaunter bukan letak dalam penambang tuh. Seperkara yang tak best ialah tak adanya life jaket atau Life Floating Device. Penumpang-penumpang kebanyakkan mereka berbaju kurung dan kanak-kanak, aku terbayang macam mana kalau....macam mana nak...hmmm...

uols boleh memandu menggunakan sebelah kaki?
Orang masih lagi beraya, aku dah selamat sampai ke ofis. Ofis pun lengang je, yang ada dua tiga kerat cina tapi kat Front House meriah dengan pelancong jadi takdelah bosan sangat.

Dari sejak aku balik, hingga hari ini, busy memanjang. Staff party baru selesai malam tadi. Selesai satu episod ada lagi dua untuk diselesaikan sebelum aku berangkat ke KL pada hari Selasa.

Aku kena transfer ke sebuah Kelab di Ampang. Nampak gaya kena meredah jammed semulalah tapi takpe aku sudah ada perancangan lain ha ha

Jangan lupa 24 November di Taman Budaya Kuala Lumpur, pementasan Devian Dogma...aku akan hadir di sana, jadi kamu-kamu semua kena hadir juga tau. Aku akan ada di sana untuk sain autograf ha ha

Tuesday, October 09, 2007

iye...awak gemmmoooccckksss...

Lama tak wat entry Bahasa penjajah...sorry, bekas penjajah!

I got this theory a month ago when I was back in KL for a 10 days holiday. In that 10 days I managed to escape to Penang for 3 days and Ipoh for 1 night stay (read: One Night Stand ha ha). To get out from this island is a blessing for me. Yes, I agree that Redang is a heaven made on earth but remember, I'm here to work, not holiday. So the pressure is there...ouch!!

When you are out of some place that you have been too accustomed to, it's like your mind and view of things are broaden and brought to another level (or perhaps remain the same as you don't remember where the level was the last time) and you can see the world in a different ways.

So that's how I come up with this theory:

Oversized ladies (read:as long as you believe you have excess baggage to carry everyday on your body and you believe people don't like to look at it, yes, I'm talking about you) chances of having a lifetime partner is higher than their skinny, modelly, nicely figured counterpart ladies.

This is based on my observation during this 10 days (and during the time my friend dating with his girlfriend and I'm the chauffeur) around KL and Penang (Ipoh was a to short a period and I was busy observing something else ha ha).

When I look around, in mamak, cafe, bus stands, malls, etc, I see couples (straight couples!) holding hands, having a good time, romantically loving each other. What attract me the most is that, almost all ladies of my subject are oversized. Maybe one or two who you will put under slim or nicely build category. Well they're not entirely oversized but still you can see the extra baggage from a kilometer away.

You look another way, you find this slim, modelly, nicely build ladies are walking, eating, go to the movies on their own or among them but not with a male partner. How is that?

So I remembered the series Sex and the City where all four main characters have difficulties of finding a man and all four of them don't hace extra baggage to carry.

And I remembered all my lady friends who has extra baggage, they are all happy with partner and those slimmy, modelly and nicely look lady friends are still out there on the look.

Also I remember some male friends talking about prefered kind of girls/ladies. Off course they say they want a slim, modelly and nicely look counterpart but in the end, they end up with the extra baggage. Then only they claim, it's more of their choice actually. Only one friend (blogger) who stick to his slimmy, modelly, nicely look taste.

Thus, that's how I managed to come up with this theory. So girls, don't worry to grow an extra baggage now and then because, actually that's what guys are looking for (my subject is guys in Malaysia) and stop whinning about it.

Don't get to serious. This is just my observation. Feel free to make your own.

Friday, October 05, 2007

ola! how u doin?

Sekarang sedang sibuk dengan pengurusan penempatan pekerja untuk musim monsun bermula November ini. Pening aku, tercabar jiwa di bulan mulia ini. Banyak sangat karenah dan peel. Banyak sangat P&P. Rimas.

Juga musim appraisal untuk pengiraan bonus dan increment sudah bermula. Aku juga lagi yang sibuk.

Di hujung bulan ini ada Staff Party. Kerja aku juga.

Kesimpulannya aku akan sibuk dan akan tetap meluangkan masa untuk memblog ha ha

Ini untuk korang melepaskan rindu...jangan disalah gunakan yer...

Sunday, September 30, 2007

1 2 3 Cobaaaaaaannnnnn....

Aku sedang tekun. Tiba-tiba dia hadir di sisi. Betul-betul di sisi. Aras mata aku berkadaran terus dengan aras gunung itu...cobaaaannnnn...
Dia bertanyakan soalan kerja dan tanggungjawab.
Aku layan. Sementelah aku 'in-charge' bahagian itu.
Dia tanya. Aku jawab. Dia cerita. Aku dengar.

Tiba-tiba....

Dia menyentuh-nyentuh alur di bawah sana. Aku urgh!!!!! What is that??? Dia membetul-betulkan sesuatu. Aku urgh!!!! Pelepap!! Aduh....cobaan!

Dia bertanya lagi. Aku menjawab lagi. Dia bercerita lagi. Aku mendengar lagi. Tangannya sudah tidak di bawah sana. Dalam bayangan, ia masih ada.

Tiba-tiba...

Tangannya menyentuh-nyentuh sesuatu di atas bahu, di balik baju. Aku haaaaa???? Kelepap!!! Aku haaa???? Tangannya digesel-geselkan dengan sesuatu itu seakan membetulkan duduknya sesuatu itu. Kelepap!!!! sekali lagi aku haaaa???? Cobaaannnn....

Dia berlalu dengan senyuman. Aku sudah tidak mendengar lagi. Aku sudah tidak menerang lagi. Aku membayangkan.

Tiba-tiba....

BOS PANGGIL.

Tuesday, September 18, 2007

Haa...ungkitlah tew

Hari ni kawan kau susah...kau pun senang hati, ikhlas jiwa tolong dia...niat kau kerana Allah dan kerana dia sahabat kau, kau wajar membantu. Tak sekelumit pun kau mahukan balasan.

Suatu hari kau susah...

Kawan kau yang kau tolong sebelum ni buat tak tahu je...bak kata mat rempit, buat derk!!! Mahu tak berbulu jiwa dan raga.

Kau nak mintak tolong? Kau terfikir...takkan dia tak ingat kot kau pernah tolong dia kan?

Bila kau ingatkan dia...

"Dulu kau susah aku tolong kau apa..." Kata kau sedikit segan.

"Oh, jadi kau tak ihklaslah tolong aku? Kau mengharapkan balasanlah? Kau nak mengungkitlah sekarang ni?"

Haaa....afsal kau melopong???? Rasa nak hantuk kepala kat dinding tak sebab mengaku syaitan lahanat ittew kawanmu suatu masa dulu?

Jadi sebenarnya wajar atau tidak kita mengungkit pertolongan kita suatu masa dahulu, untuk mengingatkan mereka yang terlupa?

Saturday, September 15, 2007

Cuti yang panjang dan ini juga entry yang panjang

Sepuluh hari aku cuti, sempat sekali je jenguk blog, hari-hari lain dihabiskan dengan aktiviti bershopping dan melawat rakan taulan he he atau dalam bahasa ringkasnya berpoya-poya.

Sebermulanya cuti, aku merentas perjalanan darat yang aku kira sangat meletihkan. Bermula feri seawal 7am aku bertolak ke KT yang perjalanan mengambil masa 2 jam. Nasib baik le mata mengantuk lagi so 2 jam tidak terasa kerana krrooooiiihhh krrooooiiihh dalam feri. Kemudian bas ke KL pulak 8 jam. Patah pinggang duduk dalam bas lama-lama. Kalau dulu, 7 jam boleh sampai dah tapi sebab sekarang ni banyak sangat roadblock kot jalan dan bas pun dibawa mengikut kelajuan yang dibenarkan semata-mata maka bercintalah mereka.

Lepas turun bas, berebut-rebut pulak naik komuter...sebab dah duduk lama sangat di Redang yang serba serbi tenang, aku agak kekok untuk bergerak pantas ala KL people. Aku sedar akan kelemahan ini apabila ada sorang pompuan Indon kurang hajar yang telah dengan riak dan bongkaknya menolak aku ke dalam komuter. Kecik je orangnya, kalau aku siku balik harus terpelanting keluar komuter tak sempat masuk balik tapi sebab aku dah lama duduk di Redang jadi tindakan refleks aku telah menjadi seperti sedang bersantai di tepi pantai.

Komuter pun sesak nak mati. Sampai kat Kepong Sentral, abang aku ajak minum air pun aku dah tak lalu, dia hulur rokok pun aku tak lalu. Terus balik rumah, boleh baring-baring. Badan aku sudah mahu kejang.

Hari Ahad, ada kenduri wedding Juliana, HR Clerk aku masa di Mantin. Memang aku balik ni pun untuk kenduri ni. Hadiah tak beli lagi tapi apa yang nak dibeli sudah ada dalam kepala otak aku. Dalam kepala otak Juliana ada TV Plasma tapi dalam kepala otak aku cuma ada bekas shower he he sampai kenduri pun dah petang sangat. Orang dah takde tapi takpe, aku lagi suka macam tu, ramai-ramai rimas lagipun takleh nak mengutuk pengantin sangat-sangat.

Percubaan untuk jejak kasih dengan keluarga angkat aku masa di Mantin (yang aku kata nak tumpang 3 hari alih-alih jadi 3 bulan) tidak kesampaian sebab diaorang dah pindah. Ke diaorang lari dari aku? he he rindunya kat makcik yang sentiasa memastikan baju kerja aku beriron dan selalu paksa aku makan nasi.

Malamnya bergerak ke Penang dengan family. Tiba-tiba semua orang nak ikut balik Penang. Kopak duit aku nak kena drive sebab sejak berkerja ni, minyak dan tol untuk perjalanan jauh aku yang sponsor. Planning awal nak naik bas tapi terpikir gak, baru semalam duduk 8 jam dalam bas, ini nak menempuh 4 jam lagi...bosannya.

Di Penang seperti selalu dan seperti yang aku ingat tidak ada apa-apa perubahan ketara. Cuma shopping mall baru buka di Seberang Jaya, kawan-kawan yang dulu student sekarang dah bergelar penganggur tanpa kerja tetap, selain dari itu, semuanya kelihatan normal. Kepulangan aku hanya untuk melepaskan rindu pada sesetengah orang sahaja, jadi pada yang jemputannya aku tak penuhi itu, faham-fahamlah, aku terasa, bila aku takde baru nak ingat kat aku, masa aku susah depan mata kau, sikit pun kau tak cuit aku ha ha marah nampak brother!!!

Dari Penang aku ke Ipoh. Sebab arrangement penggunaan kereta sudah bertukar jadi aku kena pulang seorang diri naik bas. Untuk menghilangkan kebosanan perjalanan, aku decide untuk turun di Ipoh. Lantas menyambut hari lahir aku di Ipoh. Sambutannya sangat sederhana, hanya majlis kecil mengira berapa birthday wish yang aku terima yang dihadiri oleh aku seorang. Aku tumpang rumah member, dia pun tak tahu harituh birthday aku he he takpe, aku tak suka diraikan. Makcik aku gigih buat kek caramel tapi sebab start buat lambat, aku nak kena tunggu pulak kek tu siap, lantas aku terlepas bas jam 530, terpaksa beli tiket baru jam 800 malam pulak. Tapi kek itu sangat shedap memang berbaloi tunggu he he

Ipoh pun takde apa yang best, biasa je, aku pun tak plan untuk jalan-jalan Ipoh. Hmmm...Malaysia menang Pestabola Merdeka...macam tak percayakan! Jersi tu memang kena tukar ha ha anyway, tahniah too them all.

Sampai di KL aku pergi ambil DD di Times Square sebab dia hanya tahu Times Square dengan Hentian Putra je, tempat lain dia tak tahu, suruh pergi Puduraya pun tak tahu. Harituh keluar gambar Puduraya dekat TV, dia kata itu di Kuantan, jenuh bertekak, nasib baik aku menang. DD seorang mekanik dari Tanah Merah, Kelate. Sebelum bekerja di Redang, dia bekerja di Penang. Satu atau dua kali saja ke KL sepanjang hidupnya. Tugas aku membawa DD shopping di KL, sebab itu yang dia nak pun, dia memang kaki shopping, mengalahkan pompuan!! Letih teman shopping dengan mike!

Jadi program cuti-cuti bersama DD pun bermulalah dengan sambutan 50 tahun Kemerdekaan di Dataran. Aku tak pernah sambut merdeka dekat Dataran. Pernah ada sekali percubaan tapi tepat jam 12 tengah malam, aku dan rakan-rakan masih tersangkut di dalam kesesakan jalan raya berhadapan Masjid Negara dan pada masa itu kami bermotosikal!! Sekali aku menyambutnya di KLCC, lebih kepada menonton konsert sebenarnya.

Ramai umat manusia uols...sila lihat gambar di bawah..

uuuiiii....ramainya orang...abang-abang DBKL pun tiba-tiba ada kerja nak buatkan!

Tengok abang ni, sampai terpaksa panjat tiang, punya sesaknya Dataran hari tu!!


Cantikkan bangunan DBKL?? Sebab tulah abang-abang DBKL rajin bekerja malam tu. Jom tengok bunga api pulak....

Wahhh......
Feeeewiiiiiittttttt.....
Cantikkan? Punyalah tunggu menatang ni meletop kat langit. Rupa-rupanya majoriti orang tunggu bunga api je, sebab lepas menjerit merdeka tiga kali tapi takde bunga api, semua orang balik menyumpah-nyumpah. Dan kepada orang yang sabar....

Sambutan tu pun sangat meriah hinggakan di sebelah utara tempat aku berdiri, ada sekumpulan Myanmar, sebelah selatan Indon, sebelah timur bangla, sebelah barat Indon lagi tapi yang ini ada baju t-shirt sendiri. Semua pakai t-shirt sama, entah persatuan apa ntah. Terasa nak ambik gambar diaorang tapi takut pulak nanti kena kapak ke apa ke kan. Nasib baik masa menyanyi lagu Negaraku diaorang tak buat aksi-aksi yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia marah macam si anu tu...

Pulang sudah jam 2 pagi. Kemudian ada panggilan kecemasan dari seorang rakan di Bukit Bintang. Dia tidak mampu memandu dan tidak ada tempat mengadu malam itu. Takpe mari tumpang rumah aku. Tapi tunggu aku ambik kau di Bukit Bintang.

Tiba di Bukit Bintang ada segerombolan adik-adik bertudung labuh dan berjubah berserta dengan abang-abang berkopiah sedang mentarbiahkan sekelian manusia yang berpesta pora di kawan Bukit Bintang. Pondan meniaga pun kena tarbiyah uols...terbengong-bengong semuanya aku tengok. Nasib baik akak tak pakai crown, kalau tak dengan akak-akak sekali kena tarbiyah he he kiranya kehadiran mereka itu mencuri tumpuanlah sebabnya berapa kali selama kamu orang duduk di KL, kamu orang jumpa awek tudung labuh berjubah bagai jalan-jalan di Bukit Bintang, di tengah malam!!! Kalau siang tu lainlahkan, kot la diaorang pergi shopping.

Kenyataannya member aku masih mampu memandu, rakannya yang seorang lagi yang tidak mampu memandu, nak balik takut kena marah mak bapak la tu. Masa buat tak nak pulak pikir. Nasib baik aku baik suka tolong kawan masa susah dan kawan-kawan juga suka tak tolong aku masa aku susah, bila aku ungkit, katanya aku tolong tak ikhlas - eh, ini entry lain!!

Esoknya aku dapat hadiah besday dan merdeka yang best!!!! tak mau cerita....I malulah!!!!

Namun tidak ada apa yang menarik cuma membawa DD berjalan-jalan hingga ke malam kami melepak di uptown Danau Kota. Ha...sini best tapi aku tak beli apa-apa sebab style aku beli yang perlu je. Cantiklah kau macam mana pun kalau aku rasa tak perlu untuk aku beli, aku tak beli. DD pun tak membeli, tak ada mood katanya sebab awek dia pun takde mood. Tak faham betul aku, jumpa setahun sekali, bila dah jumpa takde mood pulak....orang lain bercinta, kau pun sibuk nak bercinta!

Anyway begitulah kami hingga ke hari terakhir percutian. DD sempat juga berbaik-baik dengan aweknya. Aku selaku pemandu pelancong tumpang gembira ;P

Haa....aku beli kain buat baju raya. Ya, aku tahu baru 2 hari puasa tapi baju kena tempah awal. Dah lama takde baju raya, asik recycle je, terasa macam Bersamamu pulak he he banyak jugaklah aku berabis, ada la dekat separuh gaji bulan cuti kali ni tapi takpe memang berbaloi.

Yang tak bestnya masa nak balik aku demam dan demam itu meleret hingga aku dah balik Redang. Aku sempat kerja sehari dan esoknya aku MC dua hari he he bengang colleague aku tapi nak wat camanekan, bukan aku suruh demam ni datang. Datang dengan penyakit pendarahan pulak tu!! Kronik sakit aku ni tapi sekarang sudah hampir sembuhlah.

Sebab itulah entry ini lambat dan panjang. Banyak sangat cerita yang hendak dikongsi. Kalau malas nak baca pun, kamu orang dah baca hingga ke penghujungnya he he terima kasih le semoga berbaloi puasa

Da.

Monday, September 10, 2007

Salam Ramadan

Ku berharapkan Ramadan kali ini penuh makna
Agar dapat kufahami dengan sempurna

Gittuuuuuhhhh entry...
Aku takleh tulis panjang-panjang sebab sekarang time kerja...
Nanti aku hupdate apa aku buat masa cuti harituh eh...
Banyak oooo gambar

Da

Saturday, August 25, 2007

Menuju Ulangtahun ke-2

Apa kes!!!!

Aku yakin semalam aku ada publish entry...alih-alih hari ni hilang!!!

Tapi takpe, takleh tensen-tensen sebab esok dah nak berangkat pulang ke KL untuk cuti selama 10 hari ha ha aku perlu relakskan kepala otak, perlu bersosial ha ha

Anyway, 31 Ogos ini hari Merdeka, juga ulangtahun ke-2 blog ini. Kudos untuk lotsachi yang telah memaksa aku buat blog 2 tahun yang lalu dan dia sendiri sekarang sudah tidak memblog sejak-sejak bertemu hobi baru iaitu menjadi wine taster ha ha actually aku tak tahu pun apa yang disibukkannya sangat hingga dia berhenti memblog.

So, Selamat ulangtahun kepada blog ini. Mari make a wish ramai-ramai......

Silence....(semua pembaca sedang make a wish)

Eh, kenapa aku bertukar jadi Brad Pitt ni???? Ini sapa punya kerja wish aku bertukar jadi Brad Pitt??? Dah aku terpaksa scandal dengan Angelina Jolie pulak.

Ini tandanya dah takde idea.

Oh, sebelum ini ada aku khabarkan yang aku dinaikkan pangkat....

Ada orang yang tidak berpuas hati. Tapi tidak dikatakan secara terus. Kadang-kala isu ini timbul. Terus terang aku cuma minta surat confirmation tapi bos nak bagi naik pangkat, takkan nak tolak semata-mata sebab dia! Kalau dia berada di situasi aku, dia semestinya tidak akan memikirkan apa rasa aku! Aku sedikit rimaslah sebab aku dijadikan sasaran melepaskan geram. Bukan salah aku kalau aku sedikit mahir dalam cara macam mana mahu survive di dunia koprat. Kamu sudah tersalah tafsir aku.

Biarlah, dia terlalu mentah untuk memahami perkara ini.

Urrgggghhhhh......lamanya tidak berteater!! Rindu pulak rasa. Sekurang-kurangnya suatu masa dulu teater menjadi tempat untuk aku meluahkan segala rasa, sekarang hanya ada astro ha ha

Jadi bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-2 blog ini amatlah tidak menarik kalau kalian kuhidangkan dengan bebelan bersifat negatif. Nah! Pergi ke arkib dan tatap entry-entry lama aku, baru kalian akan faham kenapa blog ini bernama sentuhanseni.

Selamat Hari Merdeka kepada semua

Selamat Hari Lahir kepada aku (30 August)

Selamat Hari Ulangtahun kepada blog ini (31 August)

Selamat bercuti untuk aku.............yyyyeeeeeeeaaaaaaaahhhoooooooooooooo...............!!!!!!!!!!

Da

Thursday, August 16, 2007

PELABUHAN

Asalnya puisi ini aku tulis pada ketika aku masih bekerja dengan TAS Greenhall. Oleh kerana TAS Greenhall letaknya hanya beberapa meter dari laut, jadinya setiap kali kebosanan di ofis, aku akan melepak di tepi laut sambil hisap rokok. Tiba-tiba pada 19/9/2005 idea hadir di jiwa maka lahirlah puisi ini. Ini hadiah untuk cik bunga rampai yang teringin melihat puisi dalam blog ini. Pada awal-awal blogging aku memang ada entry-entry puisi, entah kenapa sekarang idea sudah hilang, jadi, enjoy....PELABUHAN...




Penantian yang tidak berpenghujung

Kesepian
Hanya deru angin
Hempasan ombak di batu-batu
Dan kicau burung menjadi temanku

Kapal bersilih ganti
Datang dan pergi
Dan aku masih di sini
Menanti

Burung itu menegur
Katanya
Sudah lama kau di sini
Apakah kau masih mahu menanti

Senyum

Ombak menyapa
Katanya
Cukuplah penantian itu
Apalagi yang kau takuti
Pergilah kau dari sini

Senyum

Angin menjerit
Katanya
Dunia ini luas
Jangan kau pasangkan tembok-tembok konkrit lesu dan bisu di sekelilingmu
Hanya kerana penantian ini

Senyum

Duhai angin
Duhai ombak
Duhai burung

Penantianku tiada berpenghujung
Walaupun berlabuhnya dia nanti bukan untukku
Aku cuma mahu kembali merasa
Secebis kasih itu

Thursday, August 09, 2007

2:40 petang

Adusss...bosannya, takde keje ni! Bos pergi mana entah..

Tinggal aku sorang-sorang je dekat HR Department ni, 2 orang cuti, 1 orang kena pinjam ke Purchasing..melangok la aku sorang-sorang.

Nerd ada tag tadi, pasal habenda ntah, jap nak tengok....

haa...21 things I want in a Lover..mak aih!!! apa ek??

  1. Dia menerima saya seadanya
  2. Dia menerima saya menerima dia seadanya
  3. Dia menerima saya seadanya
  4. Dia menerima saya menerima dia seadanya
  5. Dia menerima saya seadanya
  6. Dia menerima saya menerima dia seadanya
  7. Dia menerima saya seadanya
  8. Dia menerima saya menerima dia seadanya
  9. Dia menerima saya seadanya
  10. Dia menerima saya menerima dia seadanya
  11. Dia menerima saya seadanya
  12. Dia menerima saya menerima dia seadanya
  13. Dia menerima saya seadanya
  14. Dia menerima saya menerima dia seadanya
  15. Dia pandai dan rajin memasak
  16. Dia suka bermain-main dengan rambut saya
  17. Dia ingat Birthday saya tapi dia tak make so much fuss about it
  18. Dia menganggap kawan-kawan saya adalah kawan-kawan dia juga
  19. Dia menyayangi keluarga saya seperti mana saya menyayangi keluarganya
  20. Dia tidak terlalu dependent pada saya
  21. Dia sayang akan dirinya

Ya, itu sahaja yang saya perlukan daripada dia. Dia ada diluar sana ke? Marilah masuk he he

Dengan ini aku mahu mengetag:

wanhidayat
wahdi
akirasuri
jiwarasa
butaseni (sebab harituh hang tag aku muhahahahaha)

Da

Monday, August 06, 2007

Entry-Entry di dalam satu entry

Terpaksa berbuat entry sebegini semenjak internet di PC aku telah di disablekan oleh team IT, sebabnya kadang-kala sahaja aku dapat menempek ke PC orang lain untuk blog hopping dan update. Hari ni hari Ahad, aku sorang-sorang je dalam ofis, cuma kadang-kadang ada budak-budak operation masuk buat fotokopi. Accounts Manager pun sibuk chatting dalam ofis dia (tak nak pulak team IT tu disablekan internet dia!)


Lamakan tak ada entry, kesian korang buka blog aku je, benda yang sama. Bukan tak ada idea, berlambak-lambak idea tapi kesempatan tak ada. Time kerja dah sah-sah takleh nak mengendeng PC orang lain. Budak kat ofis ni pun dah tau style aku, kalau tiba-tiba menaip laju je, ada la yang datang menjeling tengok aku buat apa. Sebenarnya ramai lagi yang tak tahu blog tu apa, dapat ada friendster pun dah macam dapat barang kemas Habib Jewels...heboh!!! he he

Dari entry yang terakhir harituh, macam-macam berlaku dalam hidup aku. Tak adalah macam-macam sangat cuma one thing lead to another....

Dua minggu Pulau Redang ni mendung je dan hujan sepanjang hari. Kena pulak satu hari tu, aku dah lambat untuk ke pejabat. Hujan pulak mencurah-curah tak ada takde nak reda. Nak naik bas, dah terlepas, so redah jugalah. Sampai dekat ofis aku dah lencun, buat muka tebal je kena gelak bila masuk cafe untuk breakfast. Sepanjang hari aku bekerja dalam kesejukan, dengan air-cond lagi, baju basah lagi, terketar-ketar nak tunggu pukul 5.

Esoknya aku demam. Demam yang kuat sangat-sangat. Amek ubat pun tak jadi apa. Doktor bagi MC 2 hari termasuk dengan offday aku. Dapatlah rehat kat rumah. Roomate aku pulak mulut macam sial lahanat, ada ke dia kata aku saja-saja nak demam, demam aku tipu, aku tipu doktor, dah confirm ni pandai pulak amek MC, tido je sepanjang hari, aku pun tak paham, aku ada menyusahkan dia ke sepanjang aku demam tu? Seingat aku tak ada pulak, dia tak ambik tahu pun pasal aku dan yang paling penting aku tak suruh pun dia ambik tahu pasal aku tapi apasal dia nak membebel tiap kali dia balik rumah? Ingat aku saja-saja ke duk rumah tengok Astro (he he tapi best gak).

Lepas 3 hari berdiang baru boleh masuk kerja balik, itupun aku masih belum 100% sembuh. Kerja berlambak dekat ofis dan aku tahu takde orang nak tolong buatkan walaupun benda tu senang je. Perut aku rasa kelakar, doktor kata side effect makan pain killer. Whatever la doc! Memang sangat-sangat kelakar perut aku rasa, macam nak terberanak tapi tak ada baby, macam nak terberak tapi tak ada tahi. Makan tak lalu, rokok pun tak lalu. Dah tak makan, badan pun lembik je, jadi aku banyak menghabiskan masa di kerusi ofis atau baring tengok TV dalam bilik. Main volleyball pun aku rasa nak muntah melompat-lompat segala.

Dah seminggu tapi perut aku masih lagi rasa tak sedap, angin je dalam badan, prot sana, prot sini, burp sana, burp sini tapi aku pandai control so orang tak perasan he he

Dalam minggu ni aku dapat berita gembira...

AKAK DAPAT PROMOTION UOLLLSSSS!!!!!!! GAJI UP RM350.00 YEEEEHHHAAAAAA!!!! SEKARANG AKAK BUKAN LAGI MGMT TRAINEE...SUDAH OFFICER UOLS!!!! ALHAMDULILLAH.....

al-kisahnya aku mintak surat confirmation je daripada bos tapi bos pergi buat extra miles pulak. Mula-mula top management memang sceptical sikit nak luluskan tapi entah macam mana terlulus pulak. Jadi bermula bulan September ni aku bukan lagi trainee tapi officer. Bos besar siap pesan lagi, kalau performance lagi bagus dia terus up jadi Asisstant HR Manager he he wah....kekwatnya aku rasa...(Usop mesti nak aku up bayaran bulan-bulan ni). Management trainee sorang lagi, kekal di tempatnya, tak ada perubahan cuma gaji berubah sikit, kat bos dia kurang pengalaman lagi. aku tengok pun memang kurang pengalaman, kerja dengan dia pun headache jugak, kalau A, A jelah sampai bila-bila, kau kona sikit, dia tak kelam kabut tapi dia marah kau balik. Kadang-kadang aku terpaksa buat kerja yang sama tiga atau empat kali hanya kerana dia dah terbiasa begitu, nak cope dengan tahap kerja dia. Dan dia cukup hebat untuk membuktikan yang kau tak reti buat kerja. Yea, right!!!

Namun disebabkan perut aku yang kelakar ni, aku takleh nak celebrate lagi promotion aku, postponelah balik KL hujung bulan ni baru celebrate he he

Cik castmar tag aku on 6 weird things that I do...apa ek...

Weirdo me number one:
I always read newspapers and magazines from back to front. Not that the back stories are juicer but, i dunno, I'm used to it...

Weirdo me number two:
Sometimes I felt lonely and wishing that I'm in a room full of people, I can chat, laugh, gossips but put me in a room full of people for 20 minutes, I go Nak Balik!!!! I like friends to come over to my place and lepak-lepak sebab asyik aku je pergi lepak rumah diaorang, but after 15 minutes, I just can't wait for them to go back! Diaorang tak buat salah apa pun cuma aku rasa macam aku tak reti nak layan.

Weirdo me number three:
I eat so much sometimes non-stop but I have kept slim for the past 28 years.

Weirdo me number four:
I talk to myself every single moments that I could find. On the bike, in the toilet, in front of the Tv, with the refgy, anytime, anywhere but takde orang pernah perasan.

weirdo me number five:
Though I have so many things to talk to myself but I have so little thing to talk to others. Strangers ke, non-strangers ke, I prefer they do the talking. My part is only restricted to hmm, mmm, ahh, ha ha, ooo yeke only.

Weirdo me number six:
Mulut aku ni laser tapi aku tak sampai hati nak melaser orang dan aku biarkan je orang laser aku, cakap pasal aku. Especially housemate aku tu. Bukan, dia bukan mak ratu or pondan kertu, dia lelaki sejati nok, jantan sangat tapi membebel haiyoooo mak hayam pun buleh sujuds...takpelah I forgive people but I don't easily forget.

Weirdo me number seven:
Eh, terlebih pulak...takpelah..alang-alangkan...I have been in and out of relationship for the past 8 years. Paling lama, 9 months, paling sekejap 2 weeks..he he why it's weird is simply because ada orang yang couple for 7,8, or 10 years, ada orang sampai mati...wait the minute...yang ini takleh kira aku yang weird...ini diaorang yang weird he he

so that's it! only six! the numero seven doesn't count.

Till then, Da..

Oh, did I tell DD is coming to KL this Merdeka to celebrate my Birthday??? he he aku dah pening nak bawak dia jalan mana..so sape ada idea tempat best untuk bawak orang Tanah Merah berjalan-jalan di KL let me know k.



Saturday, July 21, 2007

Silau Semalam ... Episod KOMTAR

KOMTAR Penang ye...bukan KOMTAR JB

Dulu kalau cuti sekolah aku mesti balik kampung, maklumlah cucu kesayangan arwah tok. Arwah Wan takde pilih kasih, semua dia suka, semua dia belasah kalau dia tak suka. Selalu aku balik kampung mak dengan abah hantar. Aku tak suka duduk rumah time cuti sekolah sebabnya member-member sekolah aku selalu tak ajak aku keluar main, aku je kena pergi mengendeng dekat diaorang tapi kalau hari sekolah diaorang kawan dengan aku. Satu lagi sebab, aku selalu bergaduh dengan adik aku yang sangat kerek. Beza umur kami tujuh tahun tapi memang dia sangat kerek.

Selalu dekat kampung aku berkawan dengan sepupu-sepupu aku. Tak ramai pun, yang umur-umur dekat nak sebaya 5 orang je so kitaorang geng la. Yang lain tu kecik-kecik lagi, susah nak berkawan. Jadi dengan geng 5 orang nilah kitaorang menjelajah ke serata pelusuk kampung dan berpeleseran mengikut fahaman budak-budak pada waktu itu.

Sekarang nak cerita pasal KOMTAR. Bagi yang tak tahu, KOMTAR ni memang popularlah kat Tanjung (Penang), kiranya macam One Utama New Wing la sekarang ni. Memang hebat, meriah pulak lagi tapi sekarang takde apa dah, Parkson kat situ pun bankrupt! Kitaorang memang selalu pergi KOMTAR ni, bukan nak shopping, bukan nak berpeleseran, bukan nak tengok wayang tapi nak main game.

Kita dengar lagu 4U2C

Main video game ahak ahak
jariku sakit ahak ahak
tapi tak serik ahak ahak
nak cuba lagi ahak ahak

Batuk berkahak agaknya 4U2C ni nyanyi lagu ada ahak ahak

Ya, dulu aku pernah minata gila 4U2C.

Sumber kewangan untuk main game di KOMTAR:
  1. Duit raya yang dapat hasil titik peluh pusing keliling kampung dan ikut mak bapak pergi raya rumah sedara mara yang tidak dikenali juga yang dikenali
  2. Duit raya yang arwah Wan sediakan untuk budak-budak kampung yang datang beraya ke rumah kami. Aku ambik segenggam, abang ambik segenggam, semua ambik segenggam.
  3. Sebab aku cucu kesayangan arwah Tok, arwah akan bagi RM10. Buat belanja katanya. Duit ni aku buat belanja semua orang makan sebab kalau nak tukar siling banyak sangat silingnya nanti. Kadang-kadang kalau arwah Tok nak kirim barang, dia bagi RM20 atau RM50 (masa tu ada lagi note RM20) dan baki tidak perlu dipulangkan.
  4. Bawah tuuuuutttt.... (takleh cakap nanti korang rompak rumah arwah Tok aku)
  5. Dekat tuuuuuttttt... (atas alasan dan sebab yang sama seperti di atas)
  6. Kitaorang pernah pergi tukar duit pokok pisang (duit zaman Jepun) dekat money changer, sekeping duit pokok pisang, dapat doposen.

Selalunya kami pergi main game kalau masa tu Hari Raya tapi bukan Raya pertama ke, kedua ke, paling awal pun raya keenam atau ketujuh sebab sebagai kanak-kanak bawah umur, kami kena mengikut mak bapak pergi beraya rumah saudara-mara yang tidak dikenali. Ini adalah supaya kami yang tak tahu apa ini akan jadi bahan sindiran kerana tidak mengenali sedara-mara lantas mak bapak akan terlepas dari rasa bersalah kerana membawa kami hidup jauh dari sedara mara in the first place (matila menyalahkan mak bapak sendiri) jadinya kami tak boleh kata tak mahu ikut, boleh sebenarnya, itupun kalau kau sanggup dengar bebelan selama 3 hari 3 malam diikuti dengan sindiran untuk 3 hari 3 malam berikutnya. Namun yang paling penting, kalau kami tak ikut....kami tak boleh pergi KOMTAR!!!!!

TIIIIIIIIIIIIIIIIIIDDDDDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!

Bukan pergi dengan mak bapak tau, pergi sendiri. Aku dengan abang aku la kepala, pandai ni, susun perjalanan nak naik bas apa, tunggu bas kat mana, keluar pukul berapa. Bab jadual bas tanya Tok Njang, dia hafal jadual bas dan memang tepat jadual yang dia berikan sebab sepanjang hari dia akan melepak mengadap jalan raya depan rumah dia sambil berkipas, habis semua orang lalu lalang ditegurnya.

Nak ke KOMTAR dari kampung aku kena naik dua bas dan satu feri tapi kalau nak ke BM dahulu kenalah naik tiga bas. Sampai di KOMTAR kami cruising area kedai game, kalau tak silap di tingkat dua, manalah tahu kalau-kalau ada bond tengah ronda. Apabila line kelihatan clear, pergi makan dulu dekat rooftop KOMTAR, apa ntah dia panggil tempat tu aku pun dah lupa tapi memang banyak la kedai makan, macam medan selera la.

Dah kenyang baru boleh main game. Sederet kedai game, ada la dekat 4 5 buah kedai, jadi kami pecah sebab kalau ada apa-apa hal senang nak lari. Ada notis tertulis pelajar yang berpakaian seragam sekolah tidak dibenarkan masuk, kami pakai baju raya, so bolehlah masuk kan?

Aku tak suka main game lawan-lawan sebab aku selalu kalah. Kalau main game racing aku selalu menang he he tak boleh main game yang senang kalah, nanti rugi duit siling. Walaupun time tu nak main game cuma perlu ada doposen sahaja tapi nak kena berjimat jugak sebab karang duit ko dah habis, orang lain tak habis lagi, tak ke mati kutu nak tengok diaorang je yang main.

Jadi kami mainlah dengan seronotnya sampailah poket masing-masing dah ringan dan duit cukup-cukup tambang balik je, kami pun balik. Sampai kat rumah harus semua orang dewasa akan kueri apa yang kami buat kat KOMTAR sehari suntuk dan kami jawab;

"Jalan-jalan je...."

Tapi sebab aku cucu kesayangan arwah Tok, aku selalu pecah tembelang dekat dia he he

Thursday, July 19, 2007

Sekembalinya dari Kota

Baru dua hari aku pulang dari Kota Kuala Lumpur. Otak aku dah tepu sangat duduk lama-lama di sini. Lagipun hati ini menjerit-jerit rindu pada si dia walaupun si dia tidak pernah menyahut jeritan itu ha ha padan muka aku.

Kota Kuala Lumpur seperti biasa tidak ada apa yang menarik untuk aku. Sebelum sampai di Hentian Putra lagi aku sudah terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Inilah kota. Aku pedulikan semua itu, fikiranku tetap pada dia. Kacau begini.

Malam itu aku melepaskan rindu pada dia, rindu yang sudah sebulan setengah umurnya. Dia biasa saja, tidak excited, tidak teruja, yang lebih-lebih seperti biasa hanyalah aku saja. Namun dia tetap melayan aku lagak seorang kawan (teman katanya-whatever)

Dia bawa aku melihat sebuah dunia yang baru. Dunia yang Mawi jerit di Stadium Bukit Jalil tu! Aku ikut saja. Hmmm...tak mahu ingatlah.

Sempat juga menyambut hari kelahiran 2 rakan karib sejak sekolah. Mereka yang selalu ada disisi aku secara jelas, maya atau apa saja cara sekalipun di kala aku suka, duka atau apa perasaan sekali pun, mereka tetap ada. Apalah sangat Choclate Indulgance dari Secret Recipe yang aku belikan untuk mereka itu. Kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang yang telah mereka curahkan.

Malam terakhir di Kota Kuala Lumpur mencatatkan satu kenangan manis. Akhirnya dia buka sedikit ruang dalam hatinya untuk aku. Bukan, dia masih belum terima aku, yang aku maksudkan ruang hatinya terbuka itu adalah merujuk kepada perbualan kami pada malam itu. Kami hanya berbual di dalam gelap. Banyak yang kami bualkan, tentang diri, tentang kawan-kawan, tentang perasaan, tentang ntah apa-apa lagi. Sebab itu aku kata hatinya sudah sedikit terbuka kerana selama ini amat susah bagi aku untuk mengenalinya.

Aku balik ke Redang dengan dada yang amat lapang. Sendirian aku kaget memikirkan mengapa aku begitu gembira seusai tiba di Redang. Mungkin fikiran aku dan hati aku sudah lapang sekarang kerana kalau tidak semua, sedikit persoalan telah terjawab. Walau jawapannya pahit namun yang pahit itulah ubatkan, lagipun lebih baiklah pahit daripada tawaq hambiaq!

Semalam aku gamam...bos bercuti dan aku ditugaskan menjaga hal ehwal negeri. Banyak projek-projek untuk dikemaskini. Pelan-pelan aku kayuh dan akhirnya tepat jam 5 petang semua projek siap seperti yang diinginkan oleh bos dan bos bos ha ha aku memang seorang pekerja yang cekap dan produktif (ini blog aku!)

Hari ini..aku geram..internet aku kena disable kerana aku dikatakan menyebarkan virus. Aku baru perasan yang pendrive aku telah dijangkiti dan aku tahu kesannya tetapi setelah scan, defrag dan format pendrive itu dan telah jelas lagi nyata, sudah terang lagi bersuluh serta yakin tidak ada lagi virus di dalam C, E dan F, internet aku tetap juga disablekan oleh mereka. Katanya aku chatting. Ya, aku chatting tapi bukan aku saja, semua orang! Bos dia sendiri chatting siap ada webcam lagi! Aku bisik pada assistantnya..bisik pelan-pelan..assistant dia yang kiut itu kata "BEERRREEEEHHH.....tapi mu senyak-senyak la" dan aku perlu menunggu dua atau tiga hari.

Adus, sekarang aku menumpang PC bos aku ha ha bos pergi cuti seminggu!

Wednesday, July 11, 2007

Merealisasikan ia di pentas

Aku pun nak cipta satu permainan tag. Yang ini anda semua tidak perlu menyambung ayat-ayat yang tergantung, cuma jawab di bahagian komen. Pedulikan jika kau bukan penggiat teater, pembikin teater, peminat teater atau tidak pernah menonton teater, cuma pakai 'topi berfikir' kamu dan fikirkan penyelesaian untuk situasi yang diberikan.

Semasa aku masih bergiat dahulu, pernahlah mengikuti bengkel yang dikendalikan oleh Pak Marzuki Ali. Pak Marzuki pernah bertanya apakah perlu jika sekiranya di dalam sesebuah skrip itu menyatakan scene sebuah rumah, maka perlu diadakan rumah itu di atas pentas. Jadi di sini mari kita menjawab persoalan yang telah dikemukakan oleh Pak Marzuki melalui beberapa situasi.


Situasi 1
Rumah banglo tiga tingkat Pak Ali terbakar. Api menjulang-julang hingga ke langit

Situasi 2
Mustika dirogol berulang-ulang kali oleh mat-mat rempit itu.

Situasi 3
Helikopter Orang Kaya Ayub mendarat di padang sekolah menengah berhadapan rumahnya

Tiga situasi dulu untuk mengisi masa lapang kamu



Thursday, July 05, 2007

Tag Heuer (Betul ke eja ni?)

Got this tag from butaseni. Butakare sungguh.

1. A person is only good as a person who take care his/her dignity.
2. Friendship is forever..
3. To love is to care
4. Money makes you greedy
5. I miss my haiiyooo malulah nak cakap
6. My way of saying i care is I say I care, I take care in anyways possible
7. I try to spread love and happiness to the whole world ha ha
8. Pick the flowers when I have someone to give it too
9. To love someone is adventurous
10. Beauty is subjective?
11. When I was thirteen, what I remember the most was my first logical crush
12. When I was twenty one, I remember registering to vote
13. I am most happy when my phone beeps or rings
14. Nothing makes me happier than to know my friends are happy
15. If i can change one thing, i will change time
16. If smile were precious then I’ll be not smiling ha ha
17. Wouldn't it be nice if we could be together forever…
18. If you want to **** me, then I’ll be more then willing ha ha
19. Money is not everything but like the fuck it’s not everything!
20. The most touching moments I have experienced is when my friends celebrate my birthday, there was cake, party in public and lots of shouting and shrieking
21. I smile when I remember my haiyooo malunye mau cakap...
22. when I am happy, i will sengih sorang-sorang
24. The best thing i did yesterday is watch TV till late night…I’m living in an island!
25. I i ever write a book, I will give it this title, ‘Footprints in the sand’ – Joanne, pinjam!
26. One thing I must do before I die is to ask forgiveness from mama

Oleh hal yang demikian, di sini aku nak tag orang lain pulak (tag orang-orang yang busy best nih!). List of tagged person are as per below:

Pegawai Khalwat
mak su
cuacax10
mamarisya
diaharris

ok, nak balik dan bersiap-siap untuk ke rumah DD di Tanah Merah, Bye!

Monday, July 02, 2007

Crown Theater On My Kepala

Hari ini hari Ahad. Sepatutnya akak off-day tetapi kerana akak nak mengumpul cuti dan kerana ada 10 anak ikan practical student daftar hari ini, akak dengan rela hati datang bekerja. Ada kerja nak kena buat tapi akak malas ha ha esok boleh buat, kalau akak buat hari ni, esok akak takde kerja, kalau esok akak takde kerja, akak tak boleh mengulat sebab bos ada, jadi baik akak mengulat hari ini.

Tadi bloghopping sekejap, mencuri idea. Taaadaaa...!!! Dapat idea daripada http://butaseni.blogspot.com/ yang berteriak-teriak kurangnya penonton teater. Alahai siannya, berlakon penat-penat, buat set penat-penat, ponteng kerja, tipu mak bapak segala, tiba show takde pulak orang datang. Itulah yang dikatakan ketampanan dan keseksian pelakon belum menjamin kelarisan pementasan ha ha jadinya akak nak buat follow-up kepada entri itu di dalam entri ini. Harus diingat, ini blog akak, jadi sukahati akak nak kata apa, akak pegang crown di sini uols (sambil menyarungkan crown di atas kepala).

Sebagai ex-penggiat seni teater dalam Bahasa Melayu dan Inggeris (berat pulak crown nih!) akak rasakan ada beberapa masalah besar.

Pertama, publisiti. Apa yang dikatakan publisiti bagai nak rak tu? Seingat akak la kan, publisiti bagai nak rak cuma sebulan sebelum show. Kaedahnya nak menarik orang! Bukan kita (senget plak crown nih!) sengaja nak melambat-lambatkan tetapi seingat akak la kan, orang yang mahu dan mampu untuk cover publisiti tak ramai, kurang lima jari nak kira pun. Tapi yang berebut-rebut nak jadi teknikal tu ramai namun haram apa kerja pun tak reti buat, datang training untuk gosip dan makan. Siapa yang ambil peduli pasal publisiti? Ini bukan cerita sape yang nak buat design tau tapi sape yang sanggup keluar membuat publisiti dalam apa cara sekalipun. Cara publisiti pun kena selalu ada pembaharuan, poster, banting, promo radio, flyers, banner semua tuh dah buatkan, kena try la cara lain pulak...mengumpat ke, buat kontroversi hangat ke, tapi tolonglah jangan janjikan tiket free!!! Korangkan dah ada Konsortium Teater, apa lagi fikirlah! Ha Ha akak dah puas fikir dah dulu. Oklah bagi contoh, masa 8TV mula-mula beroperasi dulu, merata-rata orang 8TV buat iklan di jalanan. Kalau nak promote cite STAR TREK, semua pakai macam Alien jalan tengah-tengah panas kat tengah-tengah KL. Nak promote citer Next Top Model pulak, terpaksalah menggaji model-model buat catwalk lintas-lintas jalan yang maha sibuk dengan pakaian seksi dan cantik. Sekadar contoh.

Kedua, memang ramai yang tak tahu kenapa mereka harus menonton teater. Pernah seorang rakan akak, selepas diajak menonton teater akak, dia kata tak nak sebab dia tak suka tengok teater, sebab teater cakapnya macam orang zaman dulukala. Lantas akak laser "Kau ingat aku buat bangsawan!" (chak ding chak ding - aku mahu lampu siluet!) Itu datangnya dari seorang yang berpendidikan tinggi!

Bukan salah pengarah mementaskan teater berat sebab kalau teater berat itu berkesan dari segala segi, lakonannya, teknikalnya, naskahnya, penonton akan dapat juga intipati yang ditonjolkan. Janganlah risau kalau penonton tak faham mesej kamu, bukan pementasan itu tidak berjaya kerana penonton mungkin nampak mesej lain, secara positifnya kamu telah mengembangkan paradigma penonton (gituh, naik setingkat crown akak!) Teater ringan yang bertujuan untuk berhibur juga boleh disalahertikan, sebagai contoh, andai kata pementasan itu tidak berkesan lakonannya, teknikalnya dan naskahnya, seringan mana pun ia, akan tetap tidak mampu menarik penonton. Memang penonton akan ketawa guling-guling, menyebut-nyebut dialog yang diingat dan akan berulang-kali datang tetapi sampai bila kita mahu buat persembahan begitu? Persoalannya penonton yang baru, tahukah dia itu persembahan berat atau tidak? Satu lagi, adakah hadirnya mereka itu kerana teater itu seronok ditonton atau kerana FOC?

Pendidikan dan penghayatan (orang kampung akak kata 'appreciation') pada seni persembahan perlu ada dari peringkat awal lagi. Tak perlu tambah buku teks, buat berat beg budak-budak tu je! Yang ini sebenarnya baru bermula, jadi kalau nak nampak kesannya sekarang memang susahlah, tunggulah 10 tahun lagi, Insya-Allah. Mak bapak pun kena la buka mindset, ini tidak, teater tak boleh - LARRHA katanya, tapi anak nak masuk AF boleh pulak! (no offence ye, akak pun layan AF gak).

Ramai penggiat kata teater di Malaysia tidak berkembang, akak tak rasa macam tu, teater di Malaysia sedang berkembang. Sebagi contoh, di Pulau Pinang, 5 tahun dulu pementasan teater cuma semasa festival teater (itupun dua tiga kumpulan je yang bertanding) dan Bangsawan semasa Pesta Pulau Pinang tetapi sekarang tidak lagi, sudah banyak kumpulan teater di serata negeri dan yang bertanding dalam festival. Penggiat juga semakin ramai. Hal yang sama juga di negeri-negeri lain. Mereka-mereka ini suatu masa dulu hanyalah penonton dan hadirnya mereka dalam arena seni teater sekarang hasil daripada pementasan-pementasan yang mereka tontonlah, tak gitu? Jadi, apa yang dikatakan tak ada penonton?

Ya, akak ingat lagi, pementasan Bangku Buluh Rambutan Gading krewnya lebih ramai daripada penonton. Ceritanya bukan cerita absurd atau anti-realisme tetapi kenapa tidak ada penonton? Akak buat banner, akak menjerit dekat radio, akak tempek poster dengan gam kanji bersama-sama Azmir Aziz (bukan nama sebenar ha ha), akak buat flyers, dan tiket pun RM5 sajork tapi tetap tak ada penonton! Tetapi semasa akak membuat pementasan Ana, yang bertanding di festival teater, yang masuknya percuma, penuh dewan uols! Pementasan Ana itukan sebuah anti-realist (walaupun ada sesetengah orang tak suka, kekwat! - crown akak tetap teguh berdiri!) Jadinya bukan soal naskah, pelakon atau teknikal sajork, soal duit juga uols. Berat masalah duit ni, orang lagi sanggup top-up prepaid daripada bayar harga yang sama untuk menonton teater. Kenapa uols tanya? Kerana kalau top-up boleh dapat bonus ha ha menonton teater ada bonus ke? Kalau ada, bonus inilah yang perlu dihiglightkan dengan jelas menggunakan pen highlighter staedler kepada masyarakat (feeling wave Ratu semasa perarakan Hari Kemerdekaan).

Kalau uols tak percaya cakap akak, uols cubalah buat teater yang penuh gelak ketawa, gembira, ceria la la la la tapi letak harga tiket RM30.00, uols cuba try test tengok ada tak orang datang. Penonton-penonton yang sebelum ini kata teater anti-realist, tak paham, tak nak tengok, nak tengok teater lawak jenaka saja..atau teater ringan saja, uols perhatikan, diaorang datang ke tidak. Sepengetahuan dan berdasarkan pengalaman akaklahkan, memang tak datang! Kalau uols berair sangat nak diaorang datang, terpaksalah bagi tiket free. Kaedahnya habis tu yang uols menghabiskan masa berlatih, mengumpat, berpeleseran dan membuat set tu, sape nak bayar? Persatuan Bakawalee takpelah duit banyak, (senyum bangga sambil menghulurkan RM100.00 ke dalam akaun Bakawalee) persatuan lain!? Takkan nak buat loan dengan Bakawalee.

Sebenarnyakan, setelah sekian lama, teater kita ni baru nak berkembang. Berterima kasihlah sangat-sangat kepada produksi PGL kerana akak perasan, selepas pementasan mereka di IB, ramai orang datang tengok teater, ramai orang sudah boleh terima teater. Terima kasih juga kepada ASTRO kerana melalui AF mereka telah mewar-warkan seni teater menerusi kelas Ibu Fauziah Nawi, sekarang ramai sudah celik teater. Celik sikitlah, nak celik banyak-banyak, itu kerja penggiat teater yang ada.

Yang pentingnya uols ratu-ratu sekalian jangan berhenti berteater. Walaupun uols berada jauh dari dunia teater seperti akak ini ha ha inikan pula uols sedang bergiat. Kalau dah penonton tak nak datang ke uols, uols pergi kepada mereka! Janganlah hanya mahu membuat persembahan di dalam Audi sajork, persembahan jalanan juga adalah satu bentuk pementasan. Kena ingat definasi teater, siapa tak tahu, boleh ambil tahu dengan Pegawai Khalwat di http://arts4life.blogspot.com/

Jangan katalah teater Inggeris ramai pengikut, akak pernah buat teater Inggeris, pelakon dari US lagi, seksi uols, tak caya tanya lecturer pondan gergasi sorang ni di http://butaseni.blogspot.com/ sakit nak dapat penonton, yang ramai datangnya kawan-kawan pompuan mat saleh bernama April ittew. Akak berterima kasih sangat pada dia, kaya Bakawalee!! Pokok pangkalnya kalau nak ramai penonton berbayar yang menghargai usaha uols, uols kenalah duduk berbincang mencari penyelesaian dan jalan yang jelas lagi terang tapi ingat kalau asyik bincang-bincang sahaja, tindakan tidak ada tak guna juga. Apa guna Konsortium pada nama sajork!!! ha ha takkan ditubuhkan semata-mata sebagai tempat mencari jodoh (PIAAANNGGG!!! aduh, akak kena tampar!) Tapi betulah seingat akakkan, dah lama penggiat teater tak duduk semeja merencana dasar-dasar untuk menarik penonton.

Panjangnya akak membebel. Senang ginilah, kalau uols nak 'menarik' ramai orang datang tengok pementasan uols, dekat poster ke, banner ke, apa-apa jelahkan, uols letak tangan dekat poster, banner, etc ittew so nanti tangan ittew akan 'menarik' penonton menonton teater uols ha ha laaarrrriiiiiiiikkkkkkkk....

p/s : sebab pakai crown diamond tiga tingkat kena bahasakan diri sebagai akak ha ha (gelak tetap maintain jantan sebab pagi tadi lupa shave jambang)

Saturday, June 30, 2007

To Whom It May Concern

At times you can be so sweet n nice, caring n thoughtful but with a flip of a day, you become unconcern, self centered and hurtful. Me on the other hand, keep on pressing and pressing, stressing you to like me till I myself couldn't recognized who the hell am I and what have become of me.

Friday, June 29, 2007

Abang Samsuri ... Episod : Van Ba Alip Ba Ya!

Aku
Macam mana boleh accident bang?
AS
Den tongah minum cik art, bilo den toleh yo den nampak van tu dah langgar unser
Aku
Kenapa tak kejar?
AS
Den ingat semuo is ok cik Art.
Aku
Nampak nombor plet dia?
AS
Tak nampak cik art, van tu laju gilo, golap pulak tu masa tu. Tapi den tau van tu, van tu, van van bawak babi kek Mantin ni!
Aku
Haahkan, nanti kita pusing satu Mantin, kita tanya sape ada van bawa babi...
AS
He..he..
Aku
Ini kalau GM tanya saya nak kata apa? Baru tak sampai sebulan accident, ni accident lagi!
AS
He he potongla gaji den cik art.
Aku
Banyak sangat ke gaji awak yang saya nak potong tu? Anak bini awak nak makan apa?
AS
He he
Aku
Minta Rosli tolong cari kedai ketuk
AS
He he den poie dolu cik art

Aku kecut perut nak masuk briefing...apalah nak jawab kat GM kejap lagi..

Wednesday, June 27, 2007

sorry ye busy

Alamak busy giler...tak sempat buat entry...

Ha...buleh dah buat entry. Adeh banyak kerja bertimpa-timpa, sok plak ada Birthday Bash and Employee of the Month annoucement (USM takde buat menda2 macam nih).

Sedikit hupdate dari aku..aku baru beli ASTRO ha ha sekarang tak perlu menonton vision 4 dah, biarlah berabis RM50 sebulan asalkan aku tak tengok dinding, dinding tak tengok aku bila booster rosak. Aku beli buku God of Small Things oleh Arundhayati Roy. Dah lama nak beli tapi selalu bila ada duit tak jumpa buku ni, jumpa buku lain or selalu tak ada duit he he itu yang betulnya.

Oh, ya! (macam skrip SAWO plak ada oh, ya!) si dia sudah sms semula he he

Apa nak cerita lagi???

Aku beli multiple USB port yang satu port je boleh pakai...sieh sungguh! Aku beli mouse pakai duit sendiri sebab kompeni bagi aku mouse zaman Ziela Jalil beromen dengan Barry Prima dalam hutan Kalimantan.

Ha...baru aku ingat...alamak dah ada idea member pulak nak tumpang balik.

Balik dululah...

Monday, June 18, 2007

Betul ke?

Betul ke kalau kita sayang seseorang itu, setiap masa kita akan ingat dia. Setiap masa kita mahu berada di samping dia. Setiap masa adalah dia.

Kalau...

Kita tak ingat dia. Kita tak berasa untuk perlu berada di samping dia setiap masa dan setiap masa bukan dia saja..

Maknanya kita tak sayang dia?

Betul ke?

Thursday, June 14, 2007

Permainan Kanak-Kanak ... Episod : Berita-Berita

Apa kejadah permainan kanak-kanak pulak ni. Episod berita-berita pulak tu katanya. Dah demam episod pulak sentuhanseni sekarang, semua entry nak diepisodkannya.

Sekarang ni aku nak mengimbau kenangan silam semasa zaman budak-budak dulu. Waktu-waktu yang paling ceria adalah apabila cuti sekolah dan aku balik kampung. Kalau permainan kat bandar ni biasa sangat, lebih kurang sama je dengan bebudak lain rasa aku, jadinya aku nak share permainan aku dan sedara mara aku semasa kami semua kecik-kecik dan belum baligh lagi.

Permainan berita-berita ni memerlukan imaginasi yang sangat tinggi. Ya, memang ada pembaca berita dan penonton berita. Tapi dikalangan kami tak ada pun yang bercita-cita untuk menjadi pembaca berita ataupun personaliti TV3 hatta Pengacara Jemputan NONA. Permainan cuma untuk mengisi masa lapang.

Mari bermain. Dalam rumah arwah tok wan aku, ada satu lemari yang pintunya sliding. Bestnya lemari ni, pintu sliding dia terdapat dikedua-dua side. Dua-dua boleh buka tutup. Satu side dibuat daripada kaca dan satu side lagi dibuat daripada kayu. Oleh yang demikian, pintu sliding kaca diimaginasikan sebagai kaca televisyen dan pembaca berita akan berdiri di belakang pintu sliding kayu pulak. Penonton-penonton kena duduk depan.

Sebelum berita nak mula, ada annoucement, ala-ala montaj la. Penonton dah standby depan ni! Pintu sliding kayu pun di slidekan ke satu bahagian, maka terpacullah muka pembaca berita yang tak make-up. Kalau ada pembaca berita satu lagi, pintu slide kayu akan dislidekan ke sebelah satu lagi pulak, jadi muncul la pembaca berita yang lain.

Korang boleh imagine tak ni? Kan aku kata, permainan ni perlukan imaginasi yang tinggi.

Disebabkan pintu sliding ini letaknya tinggi iaitu lebih kurang 4 kaki dari aras tanah, jadi kami yang kemetot-kemetot ini pada masa itu terpaksa menggunakan kerusi bulat sebagai alas berdiri.

Berita yang disampaikan bukan betul pun, reka-reka sendiri je. Penonton kalau nak tukar channel kena bagitau. Nak tukar pakai remote buleh, manual pun boleh.

Tidak terhad pada berita sahaja, kadang-kala ada iklan juga. Iklan bukanlah rekaan, kami tiru balik iklan yang best-best sahaja.

Permainan akan ditamatkan apabila masing-masing dah tak ada idea, arwah tok wan dah mengamuk sebab bising sangat, kacau dia nak tido petang, atau arwah tok panggil makan nasi.

Itu ajelah cerita permainan berita-berita. Entah macam mana kitaorang dapat idea nak main benda ni aku pun dah tak ingat dah. Permainan ini sesuai dimainkan di waktu tengah hari menuju ke petang sebelum masuknya waktu untuk bermain di luar ha ha selamat mencuba!!!

Monday, June 11, 2007

Abang Samsuri ... Episod : Rokok

Setelah beberapa minggu mengenali Abang Samsuri..di suatu petang setelah tamat kerja..

AS : Cik Art hisap rokok ye
Aku : Tak pernah tengok saya hisap rokok ke?
AS : he he pernah he he

Aku menyalakan rokok dan AS terus memerhati perlakuan aku dengan penuh minat. Aku tak suka diperhati begitu.

Aku : Kenapa bang?
AS : he he takde apa .. he he
Aku : Abang nak rokok ke?
AS : Boleh jugak kalau nak bagi he he

Aku menghulurkan rokok.

Aku : Lain kali bagitau la kalau nak rokok
AS : he he


p/s: di dunia nyata, ketawa AS memang berbunyi he he dua kali sahaja.

Thursday, June 07, 2007

Apa Yang Aku Buat Setiap Hari


Beberapa perkara yang kau lakukan di Pulau Redang tapi tidak di tempat lain:



  • Naik lori beramai-ramai

  • Bawa family berkelah hampir setiap hari

  • Main beach volleyball lepas balik kerja

  • Berhati-hati di jalan raya supaya tak terlanggar kambing-kambing yang berkeliaran di jalan raya

  • Main judi tepi balai polis, di kawasan terbuka, atau betul-betul di bwah cahaya lampu jalan

  • Hisap gam tepi balai polis, di kawasan terbuka

  • Pergi dan balik kerja berjalan kaki

  • Kerja dengan rela hati di waktu rehat dan melarat hingga ke malam hari.

  • Tiga orang dewasa naik satu moto

  • Manager pergi kerja naik moto kebun atau tumpang orang kampung

  • Bawa moto atau kereta yang tak ada no. pendaftaran

  • Ternanti-nanti persembahan dikir barat

  • Semua orang kau tegur walaupun kau tak kenal

  • Tidak peduli dengan AF

  • Sanggup datang kerja pada hari Off dengan alasan mahu kumpul cuti

  • Cuti paling sekejap 4 hari, paling lama 2 minggu, tanpa mengusik annual leaves

  • Isi minyak moto dua kali seminggu

  • Tangkap lalat dengan mudah

  • Naik moto time hujan, sebelah tangan pegang payung, sebelah lagi pegang throttle

Kalau diikutkan banyak lagi yang pelik tapi benar. Ada sesetengah perkara berlaku juga di tempat lain. Bagi aku yang dari TOWN ni..he he ini pengalaman beb!

Tuesday, June 05, 2007

Kenapa aku kureng sket dengan Cerita-cerita P. Ramlee

Akhirnya aku dapat juga wat entry. Hopefully di akhir entry ini dapatlah dipublishkan dengan jayanya sebab mengikut sejarah penggunaan internet secara haram di pejabat aku ni, bila kau dah penat-penat type, tak boleh pulak nak upload. Lantas membuatkan kau terasa nak hempuk je Pc depan mata tu tapi kau seakan terdengar suatu bisikan di telinga kata jangan..jangan..itu harta kompeni he he he (suara mengilai akan ada selepas jam 7.00 malam sahaja)

Harituh ada la aku letak komen dalam blog sorang member lama. Entry dia pasal P.Ramlee. Kesan daripada komen aku, ada pulak insan-insan yang tak berpuas hati. Mereka mahukan penjelasan kenapa aku tak boleh nak gelak bila tengok citer P.Ramlee. Aku dituduh berasa diri hebat kerana aku tak gelak cerita P.Ramlee. Salah ke kalau aku tak gelak? Oklah, kalau aku kata selepas-lepas ini aku akan gelak, adakah dia akan berpuas hati walaupun dia tahu aku tidak ikhlas. Persoalannya, perlu ke aku mengikut telunjuk orang dan mengenepikan apa yang aku fikir dan percaya.

Penjelasan. Cara yang digunakan P.Ramlee dalam menyampaikan mesejnya melalui lawak-lawak pada aku tidak kena. Lawak slapstik yang digunakan tak sehaluan dengan mesej yang nak disampaikan. Mesejnya terlalu berat tapi penyampaian terlalu ringan, lantas apa yang kelihatan hanyalah lawak slapstik, lalu semua orang ketawa. Sedangkan, asalnya mahu menyedarkan. Pendek kata, hanya hiburan yang sampai, bukan maklumat. Kerana terperasan maklumat di sebalik lawak-lawak inilah aku tidak lalu untuk ketawa.

Bukanlah nak kata cerita-ceritanya tak berkualiti tetapi bila dah berulang kali kita tengok, dah lali, dah tak ada thrill. Penjelasan ini lambat sebab aku susah nak dapat connect internet kat sini, pulaulah katakan. Minta maaf ye pada yang terasa.

Hanya itulah pesenku wahai si mambang

Friday, April 06, 2007

Aku dah sampai

Ha ha ha ikan makan orang...ya, ikan itu memang ada di sini, di Pulau Redang. Kalau makan aku rasa boleh kenyang setahun tapi tergamak ke nak makan?

Yang menyelam itu bukan aku, yang mengambil gambar juga bukan aku dan aku rasa gambar ni dah circulate lama dah, ntah-ntah dah jadi gambar dekat T-shirt yang ada tulis WELCOME TO REDANG.

Terima kasihlah kerana menerima kehadiran aku di sini. Masuk hari ni baru empat hari aku jadi orang pulau (aih, menghitung hari pulak). Ramai kawan-kawan yang tanya best ke dekat sini, aku kata best. Diaorang tanya pulak, tak boring ke? Aku kata bila boring-boring, aku sibukkan diri dengan kerja atau aku pergi lepak-lepak tepi pantai tengok laut (background anak nelayan jerit ombak jahat! ombak jahat! sambil membaling batu ke arah laut).

Aku terima sajalah walau mana pun kompeni hantar sebab aku dah bertekad dulu yang aku nak bekerja di bidang HR dan mendapat pendapatan tetap. Tak larat dah buka mata tengah hari buta pikir, hari ni nak bayar macam mana benda yang aku makan. Juga tak larat layan mengantuk malam-malam sambil berfikir, hutang apa pula yang akan dituntut esoknya.

Aku rindukan KL. Tapi bukan hiruk pikuknya. Aku tenang di sini. Tak ada traffic jam langsung. Kereta pun susah nak jumpa. Yang ada cuma moto-moto Honda cup tapi tidak pula mereka merempit walaupun jalan raya yang ada seluas-luasnya. Pergi dan pulang kerja ada bas yang mengambil dan menghantar, kalau malas naik bas, jalan kaki 15 minit je dan kau akan rasa seperti kembali ke 30 tahun dahulu di kampung-kampung. Aku rindukan seseorang di KL.

Hari itu aku minta gambarnya di MMS kan kepada aku. Aku tak tahu pulak nak kena activate dulu MMS ha ha kesian dia, rugi beberapa puluh sen. Sekarang ini aku cuma dapat membayangkan dengan gambaran dia dalam kepala otak aku. Lambat lagi rasanya nak balik KL ni. Dia pesan jangan nakal-nakal sebab dia tahu aku memang nakal. Aku kata aku tak nakal, cuma menjamu mata sahaja. Orang luar? Orang tempatan lagi comel!

Sekarang ini aku sibuk menyiapkan kerja-kerja untuk orentasi pekerja baru minggu depan. Aku lebih senang begitu. Rimas aku kalau duduk melanguk tak buat kerja. Masa tulah nak teringat-teringat yang di sana. Ingat kerap sangat pun tak elok juga nanti jatuh cedera parah.

Orang-orang di sini semuanya baik-baik. Peramah. Suka tersenyum. Aku pun mudah juga nak membalas senyuman, rasa seperti sangat diterima. Ada jugalah yang menyombong tapi rasanya memang dia dah dilahirkan begitu kot ha ha lama-lama nanti dapat la aku tegur.

Kamu orang mahu datang sinikah? Datanglah jenguk-jenguk aku. Tapi jangan mimpilah aku nak dapatkan diskaun sebab diskaun yang boleh diberikan pun ciput sangat. Kamu orang tunggu harga promosi atau off season, ha, yang itu murah! Atau menginap saja di Pasir Panjang (sebelah satu lagi pulau ini).

Aku mahu pulang. Malam nanti mahu kembali ke hotel untuk dinner. Rindu kamu orang tapi tidak setebal rindukan si dia.

Tuesday, March 27, 2007

Kalau rasa gembira...la la la la

Hari ini hari gembira kerana beberapa perkara.

Semalam kami bersama. Melepaskan rindu dendam masing-masing. Menyatakan rasa hati masing-masing. Dengan tutur, dengan jeling, dengan rangkul dan dengan deringan jam loceng. Aku memberikan hatiku padanya dan dia memberikan hatinya pada aku. Dengan bahasa yang cukup indah. Jika aku bercinta lagi...

Tadi dapat khabar gembira dari ibu pejabat di KL sana. Aku ditukar ke Pulau Redang. Berakhir sudah penantian selama 3 bulan 3 minggu di Mantin. Minggu depan aku akan memulakan hidup baru di Redang. Ya brother naga, pindah lagi!

Hari ini aku gembira kerana kawan aku sudah kembali melihat cahaya setelah sekian lama lari daripadanya. Kawanku juga nadanya ceria, tidak lagi berduka. Dia menerima seadanya.

Alah, hari ini memang hari yang gembira...gembiranya..

Thursday, March 15, 2007

Prequel dan Sequelkah?

Ulang lagi.

Aku diberitahu dia akan mengulang lagi cerita itu.

Tapi kali ini akan diubahnya sedikit.

Tapi masih lagi cerita itu.

Beberapa rakan penggiat di Tanjung sedang bersiap-siap untuk berentap dalam Festival Teater Penang (bukan nama program yang sebenar kerana ia bertukar setiap tahun mengikut kepala program di ibu pejabat) tahun ini. Waktunya lambat lagi tapi semua sudah mula merangka kerana semua mahu menjadi juara. Siapa tidak mahu jadi juara, aku saja! Aku saja yang bertanding untuk menjadi juara kepada diri sendiri.

Oh, ya! Dalam kerancakkan mencari naskah terbaik untuk menjadi juara, ada dikalangan rakan dan bekas rakan yang memilih naskah yang mereka pernah pentaskan dan yang pastinya pernah membawa kejayaan pada mereka. Pendek kata ini adalah sebuah siri ulangan.

Aku kurang mengerti. Apakah mereka berasakan kejayaan masa lalu menjanjikan kejayaan masa kini? Apa yang mereka cari? Kenapa mahu diulang? Apakah pengulangan ini akan membetulkan kesilapan dulu? Atau hanya akan mengundang kesilapan-kesilapan baru.

Semasa berdiang di Tanjung dulu, aku juga diaju dengan perkara ini. Remake semula pementasan aku itu yang hanya menang di hati aku dan rakan-rakan yang bersimpati. Tergerak juga nak membuatnya tapi untuk apa? Untuk siapa? Tidakkah aku mengkhianati apa yang aku cari sendiri dalam pementasan itu?

Banyak sangat persoalan.

Sebenarnya, aku sedikit khuatir dengan trend yang ada ini. Mengulang cerita yang sama. Kenapa tidak melihat ke hadapan? Buka lembaran baru. Karang dan pentaskan naskah-naskah baru. Buat kesilapan-kesilapan baru agar kita akan belajar sesuatu yang baru. Aku berasakan pengulangan ini bersifat escapism kerana mereka sudah tahu apa yang perlu dan tidak perlu untuk pementasan itu, jadi apa yang hendak dibelajar?

Teater Tat Nenas pernah menang tempat kedua di Selangor beberapa tahun kemudian bertanding sekali lagi terus menjadi johan Kebangsaan...hebatkan.

Tuesday, March 13, 2007

Dia berlawak untuk menjadi Raja

Selesai satu lagi program realiti di TV. Tidak semua orang puas hati, sekali lagi.

Program yang satu ini memang aku ikuti dari awal lagi. Dari sesi-sesi ujibakat yang dijalankan di seluruh negara sehinggalah ke kemuncaknya malam minggu lalu.

Sebab aku hanya satu. Rakan aku bertanding di dalamnya. Rakan-rakan yang bersama bersusah payah berteater di Penang dulu. Ada yang memang terkenal dengan lawaknya, ada yang memang terkenal dengan menumpang kelawakkan kawan-kawan lain. Aku kenal mereka dan aku rasa terpanggil untuk memberi sokongan walaupun hanya sekadar menonton.

Sepanjang tiga bulan program ini, macam-macam aku dengar dari kawan-kawan lain yang mengetahui aku menonton siri ini. Katanya lawak bodoh (dia terbahak-bahak menonton Mr. Bean). Katanya lawak tidak bermesej (dia yang juga meminati Mr. Bean). Katanya balik-balik realiti TV (dia yang memuja American Idol). Sampaikan aku naik segan nak mengaku yang kawan-kawan aku bertanding dalam siri ini tapi sebab aku kenal mereka dan aku tidak berasakan aku patut malu berkawan dengan mereka, aku teruskan menonton.

Ada satu remarks dari seorang kenalan yang aku tidak berapa kenal. Katanya mereka ini memperbodoh-bodohkan diri sendiri.

"They are stupid, they are only making fools of themself for people to laugh at"

Macam tulah lebih kurang. Sebenarnya berabuk lagi English dia tapi aku betulkan la sikit-sikit, karang nampak sangat bodohnya pulak.

Jadinya aku terfikir. Bukankah itu kerja pelawak? Membodoh-bodohkan dirinya untuk menghiburkan orang lain. Pernahkah kita tertawa bila ada orang menunjuk pandai dirinya? Pernahkah kita terhibur bila rakan kita membuktikan dia lebih pandai daripada kita? Berapa kali dalam hidup kita, kita tertawa bila rakan kita membuat sesuatu perkara yang bodoh di hadapan kita? Masihkah kita ingat betapa kebodohan rakan kita itu telah membuatkan kita ketawa hingga lupa akan segala masalah yang ada.

Ada benarnya beberapa kali peserta program itu seolah kehilangan idea untuk berlawak dan aku berasakan juga, lawak ini bukanlah sesuatu yang boleh diajar caranya secara teori. Macam mana mereka boleh terfikir untuk menjadikannya suatu program di media juga menjadi tanda tanya.

Apa-apa pun tahniah kepada pemenang. Walaupun aku tak sms tapi aku sokong hang dari jauh. Sebab hang pun selama ini menyokong aku dari jauh jugakkan.

Baguslah. Dia dah menang. Harapnya kehidupan dia selepas ini akan berubah dan lebih cemerlang. Sudha lama dia membujang ha ha

Bertukar dsbnya

Pertukaran berlaku pada setiap masa dalam hidup kita. Ada saja yang bertukar. Sama ada kita sedar atau tidak ia tetap bertukar. Sama ada kita mahu atau tidak ia bertukar juga. Terpulang pada kita untuk menerima atau tidak pertukaran itu. Atau lebih menarik dipanggil perubahan?

Di ofis, pucuk pimpinan bertukar. Ada yang bernafas lega, ada yang tergaru-garu kepala. Aku rasa lega sebab yang lama tak berapa kena dengan citarasa. Egoistik orang kata. Yang baru nampaknya masih mesra alam tapi entahlah.

Blogger ni pun nak kena bertukar-tukar juga kepada goggle. Dah lama aku postponekan pertukaran tapi akhirnya mengalah juga. Bukan rugi pun.

Di mana lagi bertukar?

Entah...citer benda lain.

Last week aku mendatangi ha ha sebuah pertemuan teater di UPM. Katanya untuk bertemu dengan yang baru dan lama. Aku kategori lamalah. Tempat perjumpaan masih di tempat lama, di foyer dewan besar dengan masing-masing duduk keliling dalam satu bulatan. Dan di dalam dewan besar itu sedang berlangsung peperiksaan untuk para student. Jam sudah 9 malam. Masih macam dulu-dulu. Tidak bertukar.

Mereka suruh aku cerita kisah dulu-dulu. Kisah kejatuhan dan kisah kegemilangan. Semasa bercerita aku sebak mengingatkan rakan-rakan lama dan apa yang kami lalui dulu hanya untuk berteater dan memastikan perkumpulan itu kekal sampai bila-bila. Sekarang ia masih ada.

Pulang dari pertemuan, aku tersenyum sendiri. Katanya nak berehat dari teater tapi akhirnya tak sampai beberapa bulan mencari semula ha ha

Dulu-dulu Arm Bahtera pernah kata:

"Kalau anak seni tu, tak ke mana perginya, berpatah juga mencari seni".

Kamu anak seni?

Wednesday, March 07, 2007

Aduh peningnya

Sebelum aku blog hopping baik aku merapu dulu dalam blog sendiri. Selalunya kalau aku blog hopping dulu nanti tak ada idea untuk blog aku sendiri. Tapi sebenarnya memang tak ada idea sekarang ini. Ya...apa mau ditulis ya!

Hmm...dapat satu komen. Dari kawan-kawan jugak. Lebih kurang mempertikaikan kenapa aku cuma menulis hal-hal kerja. Tak menarik sangatlah. Well, hidup aku sekarang ni pun memang macam itu, tak ada apa yang menarik sangat pun untuk ditulis tapi aku merasakan apa yang berlaku kat tempat kerja itu sangat menarik untuk ditulis. Pendek kata, ia sebagai satu luahan hatilah. Kalau kat Penang dulu, ada je rakan-rakan mengumpat yang sedia untuk memberikan spekulasi-spekulasi tidak benar mengenai apa yang aku ceritakan. Bukan aku ambik pusing pun apa yang diaorang spekulasikan cuma itu tandanya, ada yang mendengar. Dan apabila tidak ada kawan di hadapan mata untuk mendengar, aku tuliskan dalam blog ni...walaupun tak ramai yang membaca.

Sekarang tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum aku blah dari Mantin tempat jin main tendang-tendang ni. Seronok ada, takut pun ada. Seronok sebab dah bosan dengan karenah dekat ofis tu dan keadaan kawasan sekitar ini yang tidak menceriakan minda. Takut sebab entah apa pulak cabaran di tempat baru. Ok, tak nak citer pasal keje. Aku pun sememangnya berasakan yang cerita pasal keja memang tak best tapi nak wat camane, dah itu je yang aku lalui.

Break a leg kepada adik-adik School Seni USM yang akan mementaskan final project memasing. bersedialah untuk ketidak puasan hati pensyarah-pensyarah korang yang memang dilahirkan untuk tidak berpuas hati dengan kerja orang lain tapi berbangga dengan kerja sendiri yang tidak seberapa. Lasernya mulut aku. Ambik kau, aku memang tak puas hati dari dulu ha ha suka akulah, hati aku!

Harapnya setelah tiga tahun menuntut ilmu seni daripada otai-otai, korang akan mementaskan sebuah karya yang matang sesuai dengan title yang korang akan dapat semasa konvo nanti. Atau tak dapat apa-apa langsung ha ha alah jangan risau, korang pun bukan nak jadi orang teater sampai ke tua kan....
Ha...tidak dilupakan, Chorpe...break a leg untuk pementasan hang jugak. Buat pertama kalinya aku tak paham skrip hang ha ha sudah-sudah la peningkan pala orang. Buat la citer makan roti ka, susun kerusi ka...eh tapi itu lagi memeningkan..kan..
oh, aku sudah pening sekarang.

Friday, February 09, 2007

Payroll seterusnya

Sekarang dah masuk payroll ketiga yang aku kena siapkan. Maksudnya dah nak 3 bulan aku buat kerja HR ni. Kerja-kerjanya pun dah menjadi semacam rutin. Kalau tiga bulan lepas aku terkial-kial tak tahu nak key-in kat mana, berapa, apa, sekarang dah laju key-in data siap boleh pressure-pressure pada Head of Department suruh cepat hantar data sebab aku nak siapkan awal. Bukan apa tak nak jadi macam bulan lepas, aku kena datang ofis hari Ahad sebab payroll tak siap.

Bila dah buat kerja-kerja rutin ni, terasa macam tak ada challenge pulak kerja HR. Takkan aku nak buat payroll sampai ke tua pulakkan. Sebaik terfikir begitu, maka datanglah kerja bertimbun-timbun yang bukan berasaskan payroll untuk En. HR ini. Alamak segala macam dugaan dan permasalahan yang timbul. Tak nak cerita details kat sini...nanti mengumpat jadinya.

Ambik kau, nak sangat challenge...tak ter challengekan... tapi takpe pelan-pelan kayuh.

Banyak perkara yang baru aku belajar. Aku bagitau assistant aku, dia tak percaya. Takkanlah masa Uni dulu tak belajar, kata ambik HR. Betul juga tapi memang tak ada belajar pun benda-benda ni. Ada ke belajar nak tulis apa dalam Purchase Request, tak ada. Ada ke belajar nak tulis apa dalam employment letter, tak ada. Ada ke belajar macam mana nak kira OT, tak ada. Ada ke belajar macam mana nak handel DI, tak ada. Selama dua bulan setengah ni, aku tak terasa keperluan untuk membuka kembali buku teks atau buku rujukan lama. Yang aku buka pun Akta-akta saja.

Itu tak termasuk perkara-perkara remeh yang dibesar-besarkan dan diserahkan kepada aku untuk handle...nak je aku kata, dah itu tak kena, ini tak kena, berenti je keje...duk rumah! Ko senang, aku senang, semua senang!

Inilah challenge yang aku cari. OKlah, belajar katakan. Setakat ni aku tak kena ubah-ubah cubic macam sayut lagi ha ha (nanti kalau kena, aku pinjam design ko ye sayut!). TNA pun tak kena buat lagi, kiranya aku baru je mencecah seinci dalam lautan HR ni.

Doakan ketabahan aku ye. Mana tahu, dalam masa 10 tahun aku akan jadi HR kat tempat korang pulak.

Friday, January 12, 2007

SMS

Every tear is a sign of brokenness
Every silence is a sign of loneliness
Every smile is a sign of kindness
Every SMS is a symbol of remembrance!!

Sweetkan...though the fella surely got this from someone else and forward it to me but I belive that the thought counts. Off all his friends and families, I was one of the receiver.

Have you ever receive an email or SMS that after reading it, you felt an urge to share it with other but just couldn't figure out should you forward it to.

Nanti karang ada pulak yang tak menghargai atau ada pulak yang tersalah erti, susahkan?

I have come across friends who can't appreciate the thought you have for them....tak menghargai langsung but maybe dia dah selalu dapat benda-benda macam niso dia perlukan something special untuk digembar-gemburkan.

May be I should edit it and retype it in Tamil. Harusssss dia tak pernah dapat lagi kan?

*Be thankful people