Thursday, July 19, 2007

Sekembalinya dari Kota

Baru dua hari aku pulang dari Kota Kuala Lumpur. Otak aku dah tepu sangat duduk lama-lama di sini. Lagipun hati ini menjerit-jerit rindu pada si dia walaupun si dia tidak pernah menyahut jeritan itu ha ha padan muka aku.

Kota Kuala Lumpur seperti biasa tidak ada apa yang menarik untuk aku. Sebelum sampai di Hentian Putra lagi aku sudah terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Inilah kota. Aku pedulikan semua itu, fikiranku tetap pada dia. Kacau begini.

Malam itu aku melepaskan rindu pada dia, rindu yang sudah sebulan setengah umurnya. Dia biasa saja, tidak excited, tidak teruja, yang lebih-lebih seperti biasa hanyalah aku saja. Namun dia tetap melayan aku lagak seorang kawan (teman katanya-whatever)

Dia bawa aku melihat sebuah dunia yang baru. Dunia yang Mawi jerit di Stadium Bukit Jalil tu! Aku ikut saja. Hmmm...tak mahu ingatlah.

Sempat juga menyambut hari kelahiran 2 rakan karib sejak sekolah. Mereka yang selalu ada disisi aku secara jelas, maya atau apa saja cara sekalipun di kala aku suka, duka atau apa perasaan sekali pun, mereka tetap ada. Apalah sangat Choclate Indulgance dari Secret Recipe yang aku belikan untuk mereka itu. Kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang yang telah mereka curahkan.

Malam terakhir di Kota Kuala Lumpur mencatatkan satu kenangan manis. Akhirnya dia buka sedikit ruang dalam hatinya untuk aku. Bukan, dia masih belum terima aku, yang aku maksudkan ruang hatinya terbuka itu adalah merujuk kepada perbualan kami pada malam itu. Kami hanya berbual di dalam gelap. Banyak yang kami bualkan, tentang diri, tentang kawan-kawan, tentang perasaan, tentang ntah apa-apa lagi. Sebab itu aku kata hatinya sudah sedikit terbuka kerana selama ini amat susah bagi aku untuk mengenalinya.

Aku balik ke Redang dengan dada yang amat lapang. Sendirian aku kaget memikirkan mengapa aku begitu gembira seusai tiba di Redang. Mungkin fikiran aku dan hati aku sudah lapang sekarang kerana kalau tidak semua, sedikit persoalan telah terjawab. Walau jawapannya pahit namun yang pahit itulah ubatkan, lagipun lebih baiklah pahit daripada tawaq hambiaq!

Semalam aku gamam...bos bercuti dan aku ditugaskan menjaga hal ehwal negeri. Banyak projek-projek untuk dikemaskini. Pelan-pelan aku kayuh dan akhirnya tepat jam 5 petang semua projek siap seperti yang diinginkan oleh bos dan bos bos ha ha aku memang seorang pekerja yang cekap dan produktif (ini blog aku!)

Hari ini..aku geram..internet aku kena disable kerana aku dikatakan menyebarkan virus. Aku baru perasan yang pendrive aku telah dijangkiti dan aku tahu kesannya tetapi setelah scan, defrag dan format pendrive itu dan telah jelas lagi nyata, sudah terang lagi bersuluh serta yakin tidak ada lagi virus di dalam C, E dan F, internet aku tetap juga disablekan oleh mereka. Katanya aku chatting. Ya, aku chatting tapi bukan aku saja, semua orang! Bos dia sendiri chatting siap ada webcam lagi! Aku bisik pada assistantnya..bisik pelan-pelan..assistant dia yang kiut itu kata "BEERRREEEEHHH.....tapi mu senyak-senyak la" dan aku perlu menunggu dua atau tiga hari.

Adus, sekarang aku menumpang PC bos aku ha ha bos pergi cuti seminggu!

10 comments:

Nezjoe said...

wah..
baru pulang dari kl..
bertemu si dia pulak tu..:D
berbunga2 la ni.
hehehe

Mak Su said...

oh... patut ler lama senyapsunyi ya....

E.f.f.a.r.o.j.i.e (K.A) said...

yuhuu...was nice to c u in KL last time..n thanks 4 that lovely choc indulgence..naseb ade kek tu...dpt mengaburi mata my sis drp mengetahui perkara sebenar di sebalik kekucar-kaciran umah dia..hehehhee~

Pegawai Khalwat said...

Ahhh.....

Aku kalau hang bercerita bab jiwang ni. Aku tak mau bayangkan.

Aku tak mau! Aku tak mau!

Jangan! Jangan!

Psss.... aku terbayang bangku buluh rambutan gading tu versi yang satu lagi. Ha ha ha!

Siap Azmir menyanyi lagi... Ha ha ha!

artisticklytouch said...
This comment has been removed by the author.
artisticklytouch said...

nerd:
bunga..jangan tak bunga, eh, kumbanglah!

mak su:
terbz berpeleseranlah mak su, rindu yer?

castmarr:
was nice 2 c u 2!!! so aku dah sedekah choc indulgence tuh tak yah top-up lagilah ye he he sedapkan kek tuh tapi aku tak ada selera makan kerana....

PK:
ada aku suh bayangkan? BBRG!! Azmir Aziz!! urgh!!

debikdebuk said...

bos ko bagus... dah cuti dia gi bagi ko kerja menimbun-nimbun...

artisticklytouch said...

debik:
haahkan...aku cuti, aku tak bagi pun kerja kat dia!

bunga rampai said...

Yeayy, ada cerita jiwang di sini!

Ooh, pasti bunga-bunga di hati tidak akan layu ...

Salam :)

artisticklytouch said...

cik bunga rampai:
bunga-bunga di hati itu sudah layulah cik bunga...bukan kehendak hati..orang tak sudi..