Monday, June 21, 2010

Singapura...perjalanan pendek

Akhirnya aku Berjaya jugak menjejakkan kaki ke seberang tambak – Singapura. It was a short trip. Very very short, dua hari satu malam je. Semua semata-mata mahu menonton the uncensored SATC2.

Ramai juga kawan-kawan yang pelik dengan tujuan aku ke Singapura ke sana semata-mata mahu menonton wayang sedangkan filem yang sama sedang ditayangkan di Malaysia.

Adalah sebabnya. Perlu ke nak mempersoalkan aku?

Anyway, the trip was only me and Jeeb (good friend dari sekolah lagi). Both of us are a big fan of SATC since the series started years back and have been talking about the sequel for like ages.

So, on the early morning of Saturday, 19 June 2010, we woke up with all smiles and make our moves.

First stop, Hentian Putra to park the car. Penuh pulak parking sebab across the road at PWTC some Uni is having its convocation ceremony. So selain daripada kereta yang berlambak, penjual bunga juga berlambak-lambak. What is it with convo and bunga? Lepas seminggu bunga tu kering ok.

From there, we walked to PWTC LRT station and boarded the train to Bukit Jalil.

Perjalanan selesa, tak ramai orang pagi-pagi and once reach there we marched straight to the bus station tapi stop kejap sebab Jeeb nak beli plaster, kakinya dah melecet. Kulit sensitive katanya.

Terminal bas sementara kat Bukit Jalil ni takde bezanya dengan Puduraya dulu.

Kotornya, bisingnya, asapnya, ulatnya…letih nak ignore ulat tuh. Dah kita buat tak tahu tuh, faham-faham jelah, ini tak lagi di ikutnya kita. RIMASSSSSSS.

Kitaorang awal. Bas lagi setengah jam baru nak gerak. Perut lapar, makan dulu. Makan memang tak sedap, just mengalas perut je.

So this time aku masih setia dengan Maraliner. Lagipun boleh beli online and pay by card. Senang cerita. Kalau datang sini beli tiket harus aku stress nak melayan ulat-ulat tuh. Bas Maraliner pun best, selesa, tak laju sangat, tak pelan sangat, just nice.

Tapi bas rosak tengah jalan lepas Batu Pahat. Tak tahu rosak apa, cuma ada kedengaran bunyi macam bunyi alarm yang menjengkelkan. Pemandu bas pun tak tahu apa yang jadi, sibuk dia telefon sana sini mintak tolong tapi takde sapa yang faham situasi dia dan tahu macam mana nak tolong.

Selepas beberapa kali start mati start mati enjin tuh, bunyi pun hilang. Alah, macam masa PC korang hanged, kan korang tutup switch pastu on balik dan segala masalah pun selesai.

Aku contact Angah, tauke panggung yang dah janji nak bagi tiket free kat aku. Dia kata tiket dah book tapi untuk show 20 haribulan. Kecut perut aku dengar, terus aku betulkan. Aku nak menonton 19hb malam, bukan 20hb, 20hb aku dah ada kat KL.
Perempuan itu memang ting tong tapi sebab dia tauke panggung, senang hati je dia tukarkan. Terima kasih Angah for your hospitality.

to be continued....

Monday, June 07, 2010

The Crucible oleh Amar V. Asyraf

Sebulan sebelum pementasan saya telah diingatkan mengenai pementasan ini. Dalam tempoh sebulan itu juga berulang-ulang kali lagi peringatan diberikan kepada saya. Saya kira produksi ini begitu bersungguh dengan pementasan mereka. Baguslah, dengan ada ‘mukabuku’ konsep pemasaran produksi teater tempatan bergerak beberapa tapak ke hadapan.

Teater The Crucible ini pada asalnya adalah karya Arthur Miller yang berkisar mengenai kes penghakiman terhadap golongan yang mengamalkan sihir di Salem pada tahun 1692. Pementasan kali ini adalah di bawah naugan ASWARA bersempena dengan Penilaian Tahun Akhir (PeTA) pelajar Diploma Seni Teater. Untuk pementasan ini, pelajar yang dinilai adalah pengarahnya – Amar V. Asyraf, sinografer dan dua pelakon utama.

Rugi siapa yang tak pergi tengok.

Masuk ke dewan, pentas sudah bersedia dengan ‘preset’. Sebuah suggestive kisah yang menarik dengan lampu suram dan platform kosong yang hanya dihuni bangku panjang di tengah. Tapi saya tidak suka ‘house music’nya yang terlalu moden. Pada saya mungkin suasana hingar di dalam mahkamah sebelum ketibaan tuan hakim akan lebih menarik. Dengan kedudukan pentas arena, akan terasa seperti kita menghadiri sebuah kes yang besar.

Buah mula yang agak bertenaga dan keras tapi tak faham biji butir yang diucapkan. Saya berdoa agar dua pelakon yang sedang kecoh di atas pentas itu tidak dinilai tapi malang sekali mereka berdua dinilai. Saya suka tenaganya dan lakonannya tapi pengucapan mereka menggagalkan babak pertama, buah mula yang sangat berharga. Jadi saya cuma fokus pada pergerakan mereka atas pentas sebab ia sangat menarik. Koreografi yang segar dan ‘sharp’, seiring dengan tenaga. Lantas, sedikit sebanyak ia mengekalkan tempo cerita ini.

Bermula dari sini, saya menghadapi masalah memahami jalan cerita kerana dua pelakon ini yang sentiasa berdialog macam keretapi laju Jepun. Lajunya kalau ada speed trap mesti kantoi. Ditambah pula mereka berdua bertukar-tukar watak. Semua watak kelihatan sama kecuali beberapa ketika sahaja tapi itupun ia tidak konsisten.

Masuk John Practor, ah, pada mulanya saya suka tapi kemudian cakapnya menjadi meleret dan monotone. Marah macam tu, sedih macam tu, bingung macam tu, sama je. Saya terfikir, semasa dia mengucapkan dialog itu, dia sedar tidak dia berada di babak mana? Pada satu babak dalam mahkamah, dia bercakap seolah-olah dia berada di pantai sedang menikmati cuti musim panas. Dua tiga kali saya hampir terlelap semasa dia berdialog.

Saya suka tuan hakim. Jelas pengucapannya dan sentiasa menyelamatkan tempo. Senang cerita, secara keseluruhannya, lakonan mereka bagus cuma pengucapan dialog yang mencacatkan.

Ketiga-tiga pelakon mempunyai bakat yang tersendiri tetapi penyesuaian watak dengan cerita itu nampaknya tidak kena. Atau mungkin terjemahan watak itu yang tak kena. Konsep seorang pelakon membawakan lebih dari satu watak adalah satu tindakan berani tetapi pada saya ia terlalu berisiko untuk sebuah pementasan yang dinilai. Ini kerana untuk sebuah pementasan yang dinilai, segala benda dari sekecil hingga ke sebesar mana pun akan dilihat dan ditafsir. Hatta, kesilapan memakai tutup kepala juga boleh menyebabkan markah berkurang.

Cukuplah pada pelakon, rasanya dengan lebih pementasan, mereka akan lebih berpengalaman dan muncul sebagai pelapis seni teater Negara suatu hari nanti.

Pengarahan dan Sinografi untuk sebuah pementasan bertaraf pelajar Diploma, saya kira karya mereka kali ini adalah sangat bagus dan menlangkaui jangkaan. Saya pernah menyaksikan karya pengarah ini beberapa bulan lepas dan saya terpikat dengan gaya pengarahannya. Kali ini saya sudah dapat melihat ‘signature’ karyanya dan saya kira ia sangat segar untuk khalayak teater Malaysia. Pada saya, pengarah dan sinografer sudah bersedia untuk memasarkan produk mereka di luar kampus.

Pengarahan saya lihat kurang kecacatannya malah boleh dikatakan pengarah dan sinografer sangat teliti dalam memastikan nilai artistik pementasan ini dapat membantu jalan cerita. Ada beberapa babak yang agak pelik bila lakonan berlaku dalam gelap, sama ada itu masalah teknikal atau memang dirancang sebegitu, entahlah. Kalau dirancang, boleh juga saya katakan ia telah membuat saya mentafsir sesuatu.

Cuma pengarah perlu lebih sensitif dalam aspek lakonan. Ini kerana, pengarah juga ada tanggungjawabnya dalam memastikan pelakon dapat membawakan watak dengan berkesan dan tidak hilang arah. Hanya pelakon yang benar-benar bersedia sahaja yang wajar kita berikan tanggungjawab menggalas lebih daripada satu watak.
Ini cubaan yang baik. Terkejut juga bila mula mengetahui naskah yang dipilih.

Namun produksi ini telah membuktikan yang tidak ada perkara mustahil, mahu seribu daya, seribu upaya. Secara keseluruhannya, produksi ini saya kira memberikan harapan kepada seni teater di Malaysia, andai kata diberi peluang lagi, saya kira para pelakon itu boleh memperbaiki lakonan mereka. Mungkin pengarah mahu mementaskan karya ini dengan lengkap di masa depan?