Tuesday, March 24, 2009

Kawanku kata politik itu kotor dan aku perlu sertai BN

Kawan yang dalam tajuk di atas, bukanlah kawan yang rapat sangat pun, cuma kawan atas kawan, dia boyfriend kepada kawan aku, eh, kejap!! Oh, pada masa entry ini publish...dia dah jadi ex-boyfriend kawan aku...tapi ini bukan isu untuk entry ini. Takde maknanya aku nak buat entry pasal percintaan diaorang, enuf said.

Setelah pagi tadi aku cruising di kedai surat khabar...perghhhh...situasi politik negara semakin hangat dan merimaskan.

Perletakan jawatan TKM2 Pulau Pinang
Letaklah, kalau dah kau nak letak sangat. Tetiba nak sambung belajar. Master tuh bukannya takleh buat secara part-time tapi mesti ko nak fokus sebenarnyakan? Dah, kenapa kau bertanding dulu? Mesti sebab tak sangka menangkan..tetiba menang pulak, dah menang, jadi TKM pulak...jawatan yang sayup je kau pandang suatu masa dulukan. Bila dah dapat ada pulak yang dengki, kata kau ada terlibat rasuah. Bersungguh dia kata ada bukti segala tapi buat PC dulu neh, baru buat laporan polis dan SPRM....kekdahnya..nak juga glamour. Takpelah, kita biar SPRM buat siasatan dan keputusan. Kalau tak salah, nak takut buat apa kan? Tapi kalau salah, baik kau start panik instead of takut.

Kehilangan Hilmi (ex-boyfriend Elizabeth Wong)
Ex-boyfriend lagi.....hmmm...polis tuh kata nak tangkap bapa Hilmi kalau Hilmi tak muncul-muncul jugak. Apa kes??? Lepas dah tangkap bapa dia, kalau dia tak muncul juga?? Tangkap mak dia pulak? pastu adik beradik dia? pastu jiran-jiran dia? pastu kawan-kawan dia? Tak terpikir ke ntah ke si Hilmi ni dah mati? Manalah tahu kan...

Dah tak boleh bertanding
kannnn....kesian...baru berangan tapi so near yet so far...what to do, sendiri cari penyakit. Macam poyo je Pak Lah kata jangan amalkan politik wang, tak....tetap degil neh, buat juga. Yelah, faham, nak buat macam manakan....dah itu je caranya kau mampu memikat pengundi ko...nak memikat dari segi kerja, pengorbanan dan komitmen, kau tak mampu...faham...

Surat khabar dah kena banned!!!
Dah, mak aku nak baca apa????? Harusss dia kembali ke hobi membebelnya, oh, tapi takpe!! AF dah start. Perlu ke semua ini???? Utusan dan Berita Harian tak menggalakkan perpaduan pun....tolonglah stop melayan rakyat macam budak tak sekolah. Eh, korang ni macam British masa Malayan Unionlah or macam Jepun yang mengharamkan penggunaan radio masa perang dunia dulu...eh, tak!! korang tak mahu rakyat berpecah-belahkan??? KEJI!!! Sukahati akulah nak baca apa....we have brains tau...unlike you!

Berbalik kepada ex-boyfriend kawan aku
Dia ni baru balik BTN minggu lepas. Terus dengan tiba-tiba bersemangat dengan ketuanan Melayu segala. Suruh aku sertai BN untuk memastikan orang Melayu bersatu. Otak aku kata.....ada lagi orang macam ni...*sigh *geleng-geleng pala mengenang kecetekan pemikiran seseorang.

Nak kena pergi BTN baru sedar ke? Dan hanya ada satu saja ke cara untuk bersatu? Tapi dalam suruh aku masuk BN, tetap juga kata yang politik tu kotor..whateverlah dik, inilah jadinya kalau telan aje apa yang disuap...*geleng pala lagi

Aku cuma AFundi sajoork he he

Thursday, March 19, 2009

langgar dan lari sekuat hati

A colleague of mine just lost her brother to an accident

IT'S A LANGGAR LARI

gambar hiasan sajork - tapi aku tak pernah buat entry pasal gambar ni kan???

Al-Fatihah

Langgar dan kemudian lari..
Beberapa tahun lalu aku kehilangan sepupu juga kerana kemalangan langgar dan kemudian lari..
Seorang rakan kolej, hampir kehilangan bapanya kerana kemalangan langgar dan kemudian lari..bapanya ditemui masih berjaya di dalam longkang, keesokkan harinya!!!
Orang kampung aku pernah langgar seorang bangla dengan lori aisnya di tengah-tengah malam yang gelap pekat (dia kata tak nampak bangla tu - tapi macam mana dia tahu yang dia langgar tu Bangla?), dia terus pecut. Sampai rumah, dia cuci lori yang penuh kesan darah

Kalau kita ditempat pelanggar itu, kita lari tak?
Kalau yang kita langgar itu mati, adakah itu boleh dikategorikan sebagai membunuh?
Kalau kita lari dan tak kena tangkap, boleh ke kita hidup tenang?
Kalau kita lari tapi kemudian kena tangkap?

Tuesday, March 17, 2009

what so 'seni' about this blog

Jawapan pada persoalan di atas ada pada link 'Bakawalee youtube promo' yang aku letak bawah gambar profile on top right corner of this blog.

Ini adalah hasil kerja teater aku bersama Bakawalee dan Persatuan Tetamu di Penang sekitar 2003 - 2006. Kerana ia adalah promo maka hanya sedikit sedutan dari setiap pementasan yang dipaparkan. Beberapa hasil karya aku (pengarahan, lakonan juga teknikal) tidak dapat dipaparkan kerana ketiadaan dokumentasi semasa pembikinan pementasan itu. Atas banyak sebab.

Bakawalee dan Tetamu masih lagi bergiat aktif mementaskan teater di Pulau Pinang. Sebarang maklumat mengenai pementasan mereka boleh diperolehi dengan melawat blog mereka bakawalee-tetamu

*wink

Wednesday, March 11, 2009

Setelah Sekian Lama

Lama takde entry. Cuma aktiviti mengetag sahaja ha ha terima kasih pada yang sudi menyiapkan tag tu, bukan apa, saja nak mengeratkan tali sillaturahim.

Sekarang ni sibuk sangat dengan kerja. Letih weh!! Dengan opis mate lahanat aku neh pulak buleh extend2 cuti. Pantang kalau ada cuti yang melibatkan hari Jumaat atau Senin, mesti dia amek extra satu dua hari...MClah...EL lah...macam-macam..kaedahnya, kerja dia aku kena siapkan. Bukannya aku tahu pun apa biji butir keje yang dia tengah buat, tetiba aku kena follow-up itu ini...keji pompuan ini tau, dah la kalau jalan dalam ofis, bergegar ofis neh dibuatnya!!!

AKU BENCI KAUUUUUU!!!!!!!!!!

Dah bila pulak aku nak siapkan keje aku...nasib baik aku ni cerdik bijaklaksana, keje aku tetap siap ha ha ye, ini adalah riak, so what!!!

Anyways, banyak isu yang berlaku keliling kita...Kerajaan Peraklah, PPSMIlah, ekomomi gawatlah...dalam pada tu terselit juga cerita-cerita keruntuhan akhlak, sampaikan kita cuma perlu baca muka depan akhbar sahaja untuk tahu perkembangan mutakhir negara. Boleh macam tu?

Aku rajin gak beli Sinar Harian sebab beritanya balance tapi lama-kelamaan nampak macam dah tak balance. Wartawan yang pro-kerajaan akan menghasilkan berita dan artikel yang pro-kerajaan dan yang pro-pembangkang akan buat yang sama. Sudahnya sama je macam kau beli Utusan dan Berita Harian lalu di baca sekali bersama Suara Keadilan dan Harakah....sama macam apa yang jadi pada Awani. Kalau perasan, ketelusan mereka semasa melaporkan PRU12 dulu lagi jelas berbanding sekarang...entahlah, ini pandangan peribadi saja.

Perak tuh apahal, apa yang heboh sangat? Yang satu desperate, yang satu tak ketahuan...takde sapa ke yang cerdik pandai legal yang boleh ceritakan pada semua sapa yang betul? Kena ada perkenan Sultan ke, idak ke? Speaker ada kuasa ke, idak ke? Ini dak, aku maki ko, ko maki aku, hantar peluru, bertumbuk laju!!!

KEJILAH KORANG!!!!

Dan semua hal ketuanan Melayu ini...apakah???? Apa yang kita (sebagai Melayu) perjuangkan sebenarnya?? Tak Melayu ke sekarang ni? Pikir betul-betul, apakah sebenarnya??? Jangan orang berarak, ko pun berarak, orang menentang, ko pun menentang. Sila tahu tujuan anda melakukan sesuatu itu.

Sunday, March 08, 2009

Another tag game - bulan ini bulan tag

Malasnya nak wat entry, keje pun banyak...jom mengetag sajork

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag 10 or more people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real. . .nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

Have Fun!!

1. What is your name: Art
2. A four Letter Word: Ayoo
3. A boy's Name: Ambam ha ha
4. A girl's Name: Astakonah
5. An occupation: Ahli Sihir
6. A color: Apricot
7. Something you wear: AX bundle
8. A food: Anchovise masak pedas
9. Something found in the bathroom: Air mani?? wakakaka *matila
10. A place: Angkasapuri
11. A reason for being late: Aku punya sukalah....vley!!
12. Something you shout: "Ameeeekkkkk!!!!!!!!...!!" usually to Fari
13. A movie title: Anak Bapak
14. Something you drink: ABC
15. A musical group: Ace of Base (is that how it is spell?)
16. An animal: Anak Gajah
17. A street name: (Lebuh) Armenia - it's in Penang
18. A type of car: Accord
19. A song title: Aku Wanita....
20. A verb: Acquire

kak ipaq
mak su
cik k pregnant lagi
akirasuri rumahtangga