Sekarang busy, takde update. Tunggu sebulan lagi ye.
sementara tuh, anak buah aku nak bagi ceramah politik sikit...
paham ke?
Dari Mata Ini Aku Melihat Kamu
yang ini bukan telinga aku...sapa punya tatau, sekadar hiasan
Kisahnya dalam telinga aku dah macam garden kata Doktor. Penuh dengan fungal. Bukan sebab tak korek telinga tapi sebab dah terlebih korek sampai luka. Kena pulak suasana lembap dalam telinga tuh kan, jadi inilah yang buat fungal tuh seronok untuk berkampung dalam telinga aku, kata Doktor lagi.
Terima kasihlah pada Dato' Dr. Muhammad Husni b. Ahmad kat Gleanagles Ampang yang tolong sedut fungal-fungal degil dan jahat itu keluar dari telinga aku. Lega dah. Tak sakit dah. Telinga pun sudah kembali boleh mendengar.
Jadi semua, janganlah hanya menjaga kecantikan kulit muka dan keseksian tubuh badan....bahagian tubuh lain sama pentingnya.

Tapi agak mengecewakan bila orang kampung aku digambarkan sebagai miskin, mundur dan tidak ada pembangunan. Hampa nampak ja rumah kayu haluih lagu tu, masing-masing kaya habaq u...kerja hebat tau. Nak buat macam mana, pemimpin mai time pilihanraya ja...
Nak pembangunan macam mana lagi? Dah kawasan kampung, dan sebelah kawasan tuh, dah Seberang Jaya, pembangunannya kan dah berpusat kat situ. Celah manalah yang ko nak selitkan pembangunan kat kampung tuh. Namun, akhirnya berjaya juga mereka membuat pembangunan iaitu sebatang titi yang terpendek di Penang he he kat belakang sekolah. Baguih gak la, budak-budak buleh lalu situ, tak payah depa jalan kaki kut tepi jalan yang marabahaya ittew.
Kalau tengok kat TV memang diaorang kata ada gaduh, report polis segala, tapi sebenarnya takde apa pun. Lawan-lawan kutuk, maki lite-lite je. Bukanlah kata-kata kesat pun yang keluar. Biasalah, kat pilihanraya mana pun.
Seronoklah. Meriah. Raya pun tak semeriah ni kat Permatang Pasir. Yelah, kalau selalu perjalanan dari simpang masuk kampung ke rumah pakcik aku hanya mengambil masa 2 minit, tapi masa pilihanraya ni, tu dia, sengah jam!! tu pun nak masuk rumah jenuh bagi headlamp, signal orang tak pandang dah. Punya nak kata ramai orang sangat, sesak!
Yang penting, pilihan sudah dibuat dan YB baru haruslah berbakti kepada semua, baik yang telah memilih dia, atau sebaliknya.