Thursday, January 06, 2011

Shopping in Bandoeng - Part 3

Ok, kita dah shopping di Rumah Hauk, eh, salah! Rumah Mode dan di Pasar Baru. Jadi ini entry terakhir untuk jalan-jalan shopping.

Jalan Bogor
Dalam aku buat research pasal tempat-tempat menarik untuk pergi di sekitar Bandoeng, takde pulak keluar nama tempat ni tapi on the first night dekat sana, pak Idan the supir bawak kitaorang pusing-pusing Bandoeng dan masuk jalan ni. Dia ceritalah serba sedikit pasal jalan ni, nampak macam meriah jugak tapi Pak Idan kata siang lagi best.

Sehari sebelum balik, si Jeeb nak sangat beli lukisan yang auntie dia kirim. Gigih tau chegem ni. So bila bagitau Pak Idan, dia kata kita pergilah Jalan Bogor ni sebab situ banyak kedai lukisan katanya.

Bila dah sampai barulah terbelalak biji mata memasingkan, the whole stretch jual lukisan. Yang ori, yang fake, yang printed, yang ada certificate, semua ada. Yang hodoh, hodoh dan yang cantik, cantik. Harga memanglah tersangat murah, even yang ada certificate* pun masih lagi murah setelah diconvertkan harga. A four poster painting you can get about less than RM200, murahlahkan. Sini tak dapat ye harga tu.


Aku macam dah terpengaruh nak beli tapi tak jadi sebab yang aku minat kebanyakannya is a mass production. Baik aku download, print, frame and gantung je. Save! [read: cheapo sangat]

Jeeb belilah jugak setelah puas membelek. Oklah, so auntie dia tak bising-bising.

*certificate = karya seni halus aka lukisan yang ada certificate maknanya lukisan itu hanya ada satu je kat dunia ni dan ia adalah hasil asal bukan mass printing. Jadi kalau nak beli lukisan, pastikan yang ada certificate.

ni contoh certificatenya

Cigondewah

Sebelum sampai ke Jalan Bogor, kami ke Cigondewah. Cigondewah ni macam Nilai 3. Kain juga yang banyak tapi lagi murah dari Pasar Baru sebab peniaga Pasar Baru pun ambil bekalan diaorang dari sini.

Tempat dia agak jauhlah jugak dari Bandar Bandoeng, adalah dalam 40 minit perjalanan kalau tak silap.

Kawasan dia tak besar kalau nak dibandingkan dengan Nilai 3, ia cuma lebih kurang 100 meter stretch of kedai kain.

*gambar-gambar di ceduk dari internet tanpa kebenaran sebab tak bergambar kat sini

kitaorang parking depan kedai ni. Ye, jalan dia memang hazab seperti ini.

Kain-kain kat sini ada yang cantik, ada yang hazab. Fari gigih mencari kain untuk adik dia nak bertunang. Lace-lace cantik dan murah tapi kena teliti sebab kalau kau tak pandai pilih, kau terbeli lace yang nak iras alas meja keras kejung haha nak return satu hal kan.

Oleh sebab itu Fari mengambil masa sejam lebih ye tuan-tuan dan puan-puan untuk memilih kain. Nasib baik beli, kalau tak beli.....

ha, ada jumpa kedai ni tapi tak jumpa pulak budak tu. Dia cuti kot.

kedai ni pun jumpa jugak tapi tak masuk, lalu je sebab takde apa yang menarik.

kedai ni tak jumpalah pulak tapi adalah nampak beberapa kedai yang ada guni-guni macam ni. azabkan longgok macam ni je.

oh-uh have to get back to work...terpaksalah sambung ke part 4 hehe

5 comments:

rudy bluehikari said...

abg xpernah ke cigondewah ko dah pi art? phuyooooo~

Kimmi Zarul Hamzah said...

Kalau tak terbeli lace kejung, jadikan net volley kita je uols!!! Takpun pkikan Samad or wedding A*** and E****

Fidree Aziz said...

bila lah agaknya aku dpt merasa pegi tempat2 nih semer..pelik2 sgt kan nama tempatnya...

bila nak ke oversea lagi? nak join..

SEN79 said...

Berapa banyak cuti korang ada ek?? asyik aku tgk korang gi jalan jer. Jeles1000x

Daffodil D said...

boleh pergi ni! eh, xde ke kat jalan bogor tu tuk lukis time tu jugak? macam potret ke?