Friday, October 06, 2006

Setelah Sepurnama Merindu

Entah hape-hape la tajuk...

Tajuk itu untuk mewakili pelbagai cerita dan peristiwa dalam hidup aku sekarang ini. Walau bagaimanapun, aku tak kongsi semua. Bukan pasal nak berahsia tapi sebab setiap kali berdepan dengan PC, aku jatuh BLANK - bloggers blog. Tak tahu nak cerita apa. Hilang semua idea yang dikarang sebelum tidur, dalam bilik air, atas moto, dalam keta juga semasa bersetubuh (jangan tanya, bukan untuk dipersoal jawabkan!)

Sudah sebulan lebih menganggur tapi kerja baru belum muncul-muncul lagi. Mungkin sebab resume yang aku hantar jumlahnya masih jauh di bawah paras yang boleh melayakkan aku digelar pencari kerja. Aku sekarang dalam kategori pemalas nak mampus.

Anyway. Bukan tak cari, cari tapi semuanya tak mengena. Bukan memilih tapi rasanya cukuplah beberapa tahun aku bekerja tanpa menggunakan kelayakkan aku yang sebenar. Walaupun kelayakkan itu tak seberapa tapi layak jugaklah.

Sekarang aku rasa aku berada dalam dua kelompok kawan yang berbeza. Kelompok pertama yang mengenali aku sebagai graduan universiti yang berketrampilan. Lantas sering kali mereka mahu melihat aku kembali berketrampilan macam dulu-dulu. Kumpulan kedua yang juga tahu aku graduan universiti tetapi lebih mengenali aku sebagai seorang hu ha hu ha (ini bukan gelak Naga)- maksudnya lebih kurang aku ini difahami sebagai seorang yang biasa, macam mereka. Biasa.

Mengapa ini menjadi persoalan aku kali ini.

Sebabnya aku dapat pelbagai remarks bila aku menceritakan cita-cita aku, apa yang aku cari dan mahu dalam hidup kepada mereka. Kumpulan yang pertama (kita namakan kumpulan A) berasakan aku perlu menjadi seperti mereka - golongan elit berkerjaya, yang setiap cukup bulan gajinya ribu-ribu. Kumpulan kedua (Yang ini kita namakan kumpulan B) berasakan aku perlu terus-terusan mengemudi mereka dalam kancah hidup yang serba tidak tentu.

Yang mana satu ya?

Kali ini memang susah aku nak buat keputusan. Kedua-duanya tempting dan menawarkan kehidupan yang lebih sempurna daripada segi dunia dan akhirat (GTOOOH!)

Jadi inilah yang berkecamuk dlaam fikiran aku hingga membuatkan aku semakin malas dan malas dan malas. Kukuh tak alasan?

Sebenarnya aku sering kali berada di tempat pemimpin. Seorang yang mengetuai pasukannya. Sukar untuk aku berada di kalangan pengikut. Kalaupun aku berjaya meletakkan diri ini dikalangan pengikut dan menjadi seperti mereka tapi sekejap saja aku akan diangkat menjadi pemimpin. Susah sangat orang nak pimpin aku, semua nak ikut saja

Agaknya aku akan menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak pun Setiausaha Agung PBB.