Tuesday, March 27, 2007

Kalau rasa gembira...la la la la

Hari ini hari gembira kerana beberapa perkara.

Semalam kami bersama. Melepaskan rindu dendam masing-masing. Menyatakan rasa hati masing-masing. Dengan tutur, dengan jeling, dengan rangkul dan dengan deringan jam loceng. Aku memberikan hatiku padanya dan dia memberikan hatinya pada aku. Dengan bahasa yang cukup indah. Jika aku bercinta lagi...

Tadi dapat khabar gembira dari ibu pejabat di KL sana. Aku ditukar ke Pulau Redang. Berakhir sudah penantian selama 3 bulan 3 minggu di Mantin. Minggu depan aku akan memulakan hidup baru di Redang. Ya brother naga, pindah lagi!

Hari ini aku gembira kerana kawan aku sudah kembali melihat cahaya setelah sekian lama lari daripadanya. Kawanku juga nadanya ceria, tidak lagi berduka. Dia menerima seadanya.

Alah, hari ini memang hari yang gembira...gembiranya..

Thursday, March 15, 2007

Prequel dan Sequelkah?

Ulang lagi.

Aku diberitahu dia akan mengulang lagi cerita itu.

Tapi kali ini akan diubahnya sedikit.

Tapi masih lagi cerita itu.

Beberapa rakan penggiat di Tanjung sedang bersiap-siap untuk berentap dalam Festival Teater Penang (bukan nama program yang sebenar kerana ia bertukar setiap tahun mengikut kepala program di ibu pejabat) tahun ini. Waktunya lambat lagi tapi semua sudah mula merangka kerana semua mahu menjadi juara. Siapa tidak mahu jadi juara, aku saja! Aku saja yang bertanding untuk menjadi juara kepada diri sendiri.

Oh, ya! Dalam kerancakkan mencari naskah terbaik untuk menjadi juara, ada dikalangan rakan dan bekas rakan yang memilih naskah yang mereka pernah pentaskan dan yang pastinya pernah membawa kejayaan pada mereka. Pendek kata ini adalah sebuah siri ulangan.

Aku kurang mengerti. Apakah mereka berasakan kejayaan masa lalu menjanjikan kejayaan masa kini? Apa yang mereka cari? Kenapa mahu diulang? Apakah pengulangan ini akan membetulkan kesilapan dulu? Atau hanya akan mengundang kesilapan-kesilapan baru.

Semasa berdiang di Tanjung dulu, aku juga diaju dengan perkara ini. Remake semula pementasan aku itu yang hanya menang di hati aku dan rakan-rakan yang bersimpati. Tergerak juga nak membuatnya tapi untuk apa? Untuk siapa? Tidakkah aku mengkhianati apa yang aku cari sendiri dalam pementasan itu?

Banyak sangat persoalan.

Sebenarnya, aku sedikit khuatir dengan trend yang ada ini. Mengulang cerita yang sama. Kenapa tidak melihat ke hadapan? Buka lembaran baru. Karang dan pentaskan naskah-naskah baru. Buat kesilapan-kesilapan baru agar kita akan belajar sesuatu yang baru. Aku berasakan pengulangan ini bersifat escapism kerana mereka sudah tahu apa yang perlu dan tidak perlu untuk pementasan itu, jadi apa yang hendak dibelajar?

Teater Tat Nenas pernah menang tempat kedua di Selangor beberapa tahun kemudian bertanding sekali lagi terus menjadi johan Kebangsaan...hebatkan.

Tuesday, March 13, 2007

Dia berlawak untuk menjadi Raja

Selesai satu lagi program realiti di TV. Tidak semua orang puas hati, sekali lagi.

Program yang satu ini memang aku ikuti dari awal lagi. Dari sesi-sesi ujibakat yang dijalankan di seluruh negara sehinggalah ke kemuncaknya malam minggu lalu.

Sebab aku hanya satu. Rakan aku bertanding di dalamnya. Rakan-rakan yang bersama bersusah payah berteater di Penang dulu. Ada yang memang terkenal dengan lawaknya, ada yang memang terkenal dengan menumpang kelawakkan kawan-kawan lain. Aku kenal mereka dan aku rasa terpanggil untuk memberi sokongan walaupun hanya sekadar menonton.

Sepanjang tiga bulan program ini, macam-macam aku dengar dari kawan-kawan lain yang mengetahui aku menonton siri ini. Katanya lawak bodoh (dia terbahak-bahak menonton Mr. Bean). Katanya lawak tidak bermesej (dia yang juga meminati Mr. Bean). Katanya balik-balik realiti TV (dia yang memuja American Idol). Sampaikan aku naik segan nak mengaku yang kawan-kawan aku bertanding dalam siri ini tapi sebab aku kenal mereka dan aku tidak berasakan aku patut malu berkawan dengan mereka, aku teruskan menonton.

Ada satu remarks dari seorang kenalan yang aku tidak berapa kenal. Katanya mereka ini memperbodoh-bodohkan diri sendiri.

"They are stupid, they are only making fools of themself for people to laugh at"

Macam tulah lebih kurang. Sebenarnya berabuk lagi English dia tapi aku betulkan la sikit-sikit, karang nampak sangat bodohnya pulak.

Jadinya aku terfikir. Bukankah itu kerja pelawak? Membodoh-bodohkan dirinya untuk menghiburkan orang lain. Pernahkah kita tertawa bila ada orang menunjuk pandai dirinya? Pernahkah kita terhibur bila rakan kita membuktikan dia lebih pandai daripada kita? Berapa kali dalam hidup kita, kita tertawa bila rakan kita membuat sesuatu perkara yang bodoh di hadapan kita? Masihkah kita ingat betapa kebodohan rakan kita itu telah membuatkan kita ketawa hingga lupa akan segala masalah yang ada.

Ada benarnya beberapa kali peserta program itu seolah kehilangan idea untuk berlawak dan aku berasakan juga, lawak ini bukanlah sesuatu yang boleh diajar caranya secara teori. Macam mana mereka boleh terfikir untuk menjadikannya suatu program di media juga menjadi tanda tanya.

Apa-apa pun tahniah kepada pemenang. Walaupun aku tak sms tapi aku sokong hang dari jauh. Sebab hang pun selama ini menyokong aku dari jauh jugakkan.

Baguslah. Dia dah menang. Harapnya kehidupan dia selepas ini akan berubah dan lebih cemerlang. Sudha lama dia membujang ha ha

Bertukar dsbnya

Pertukaran berlaku pada setiap masa dalam hidup kita. Ada saja yang bertukar. Sama ada kita sedar atau tidak ia tetap bertukar. Sama ada kita mahu atau tidak ia bertukar juga. Terpulang pada kita untuk menerima atau tidak pertukaran itu. Atau lebih menarik dipanggil perubahan?

Di ofis, pucuk pimpinan bertukar. Ada yang bernafas lega, ada yang tergaru-garu kepala. Aku rasa lega sebab yang lama tak berapa kena dengan citarasa. Egoistik orang kata. Yang baru nampaknya masih mesra alam tapi entahlah.

Blogger ni pun nak kena bertukar-tukar juga kepada goggle. Dah lama aku postponekan pertukaran tapi akhirnya mengalah juga. Bukan rugi pun.

Di mana lagi bertukar?

Entah...citer benda lain.

Last week aku mendatangi ha ha sebuah pertemuan teater di UPM. Katanya untuk bertemu dengan yang baru dan lama. Aku kategori lamalah. Tempat perjumpaan masih di tempat lama, di foyer dewan besar dengan masing-masing duduk keliling dalam satu bulatan. Dan di dalam dewan besar itu sedang berlangsung peperiksaan untuk para student. Jam sudah 9 malam. Masih macam dulu-dulu. Tidak bertukar.

Mereka suruh aku cerita kisah dulu-dulu. Kisah kejatuhan dan kisah kegemilangan. Semasa bercerita aku sebak mengingatkan rakan-rakan lama dan apa yang kami lalui dulu hanya untuk berteater dan memastikan perkumpulan itu kekal sampai bila-bila. Sekarang ia masih ada.

Pulang dari pertemuan, aku tersenyum sendiri. Katanya nak berehat dari teater tapi akhirnya tak sampai beberapa bulan mencari semula ha ha

Dulu-dulu Arm Bahtera pernah kata:

"Kalau anak seni tu, tak ke mana perginya, berpatah juga mencari seni".

Kamu anak seni?

Wednesday, March 07, 2007

Aduh peningnya

Sebelum aku blog hopping baik aku merapu dulu dalam blog sendiri. Selalunya kalau aku blog hopping dulu nanti tak ada idea untuk blog aku sendiri. Tapi sebenarnya memang tak ada idea sekarang ini. Ya...apa mau ditulis ya!

Hmm...dapat satu komen. Dari kawan-kawan jugak. Lebih kurang mempertikaikan kenapa aku cuma menulis hal-hal kerja. Tak menarik sangatlah. Well, hidup aku sekarang ni pun memang macam itu, tak ada apa yang menarik sangat pun untuk ditulis tapi aku merasakan apa yang berlaku kat tempat kerja itu sangat menarik untuk ditulis. Pendek kata, ia sebagai satu luahan hatilah. Kalau kat Penang dulu, ada je rakan-rakan mengumpat yang sedia untuk memberikan spekulasi-spekulasi tidak benar mengenai apa yang aku ceritakan. Bukan aku ambik pusing pun apa yang diaorang spekulasikan cuma itu tandanya, ada yang mendengar. Dan apabila tidak ada kawan di hadapan mata untuk mendengar, aku tuliskan dalam blog ni...walaupun tak ramai yang membaca.

Sekarang tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum aku blah dari Mantin tempat jin main tendang-tendang ni. Seronok ada, takut pun ada. Seronok sebab dah bosan dengan karenah dekat ofis tu dan keadaan kawasan sekitar ini yang tidak menceriakan minda. Takut sebab entah apa pulak cabaran di tempat baru. Ok, tak nak citer pasal keje. Aku pun sememangnya berasakan yang cerita pasal keja memang tak best tapi nak wat camane, dah itu je yang aku lalui.

Break a leg kepada adik-adik School Seni USM yang akan mementaskan final project memasing. bersedialah untuk ketidak puasan hati pensyarah-pensyarah korang yang memang dilahirkan untuk tidak berpuas hati dengan kerja orang lain tapi berbangga dengan kerja sendiri yang tidak seberapa. Lasernya mulut aku. Ambik kau, aku memang tak puas hati dari dulu ha ha suka akulah, hati aku!

Harapnya setelah tiga tahun menuntut ilmu seni daripada otai-otai, korang akan mementaskan sebuah karya yang matang sesuai dengan title yang korang akan dapat semasa konvo nanti. Atau tak dapat apa-apa langsung ha ha alah jangan risau, korang pun bukan nak jadi orang teater sampai ke tua kan....
Ha...tidak dilupakan, Chorpe...break a leg untuk pementasan hang jugak. Buat pertama kalinya aku tak paham skrip hang ha ha sudah-sudah la peningkan pala orang. Buat la citer makan roti ka, susun kerusi ka...eh tapi itu lagi memeningkan..kan..
oh, aku sudah pening sekarang.