Wednesday, March 07, 2007

Aduh peningnya

Sebelum aku blog hopping baik aku merapu dulu dalam blog sendiri. Selalunya kalau aku blog hopping dulu nanti tak ada idea untuk blog aku sendiri. Tapi sebenarnya memang tak ada idea sekarang ini. Ya...apa mau ditulis ya!

Hmm...dapat satu komen. Dari kawan-kawan jugak. Lebih kurang mempertikaikan kenapa aku cuma menulis hal-hal kerja. Tak menarik sangatlah. Well, hidup aku sekarang ni pun memang macam itu, tak ada apa yang menarik sangat pun untuk ditulis tapi aku merasakan apa yang berlaku kat tempat kerja itu sangat menarik untuk ditulis. Pendek kata, ia sebagai satu luahan hatilah. Kalau kat Penang dulu, ada je rakan-rakan mengumpat yang sedia untuk memberikan spekulasi-spekulasi tidak benar mengenai apa yang aku ceritakan. Bukan aku ambik pusing pun apa yang diaorang spekulasikan cuma itu tandanya, ada yang mendengar. Dan apabila tidak ada kawan di hadapan mata untuk mendengar, aku tuliskan dalam blog ni...walaupun tak ramai yang membaca.

Sekarang tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum aku blah dari Mantin tempat jin main tendang-tendang ni. Seronok ada, takut pun ada. Seronok sebab dah bosan dengan karenah dekat ofis tu dan keadaan kawasan sekitar ini yang tidak menceriakan minda. Takut sebab entah apa pulak cabaran di tempat baru. Ok, tak nak citer pasal keje. Aku pun sememangnya berasakan yang cerita pasal keja memang tak best tapi nak wat camane, dah itu je yang aku lalui.

Break a leg kepada adik-adik School Seni USM yang akan mementaskan final project memasing. bersedialah untuk ketidak puasan hati pensyarah-pensyarah korang yang memang dilahirkan untuk tidak berpuas hati dengan kerja orang lain tapi berbangga dengan kerja sendiri yang tidak seberapa. Lasernya mulut aku. Ambik kau, aku memang tak puas hati dari dulu ha ha suka akulah, hati aku!

Harapnya setelah tiga tahun menuntut ilmu seni daripada otai-otai, korang akan mementaskan sebuah karya yang matang sesuai dengan title yang korang akan dapat semasa konvo nanti. Atau tak dapat apa-apa langsung ha ha alah jangan risau, korang pun bukan nak jadi orang teater sampai ke tua kan....
Ha...tidak dilupakan, Chorpe...break a leg untuk pementasan hang jugak. Buat pertama kalinya aku tak paham skrip hang ha ha sudah-sudah la peningkan pala orang. Buat la citer makan roti ka, susun kerusi ka...eh tapi itu lagi memeningkan..kan..
oh, aku sudah pening sekarang.

10 comments:

Pegawai Khalwat said...

Hah sudah... pindah ke mana pulak? Mauritius atau Penang?

Tarak idea? tak semestinya seni. Bab apa pun takpa.

Aku buat cerita tak paham? jangan la pi korek dalam2. Paham yang kulit dah la dulu.

Psss... budak2 tu buat pebenda pun aku tak tau. Depa panggil Abg Wazi dgn abg Anuar saja. Berani panggil aku? HUmm.....

artisticklytouch said...

PK:
abang wazi dan abang anuar??? kah kah kah

eh, abang latt mengutus surat tunjuk hati pada seisi produksi. ada dengarkah?

blackpurple said...

Aku teringat kata-kata Wak Fadzillah Kamsah tu kat radio... Betullah tu. Setiap hari 8-9 jam kat ofis. Tak termasuk masa nak dan balik ofis lagi. Memang logiklah cerita kita tak lari dari cerita pasal kerja.....

All the best bro' :D

sinaganaga said...

Pindah lagi...

Pegawai Khalwat said...
This comment has been removed by the author.
Pegawai Khalwat said...

Ada, aku ada dengar. Waktu meeting di tempat lama sekali. Katanya kat sana pun jadi sekali tapi aku tak ada.

Member hang yang suka ulang tanya banyak kali tu pun buat grup sendiri, kutip budak2 Cosmo, buat Waktu Sesudah Itu. Ala... yang dia ada dapat award dulu. Abang Wazi jadi hero.

ann nurbaya hassan said...

yang....
lama x dengar crita....
lps ni merantau ke mana pula....
rindu ko!!!!!

artisticklytouch said...

bp:
kan...betulkan...

naga:
bukan kemahuan fikiran

pk:
anak penakan hang yang cakap berulang-ulang itu tipon aku. Dia mahu aku berlakon waktu sesudah itu. aku kata, aku tak tahu ke mana lagi tapi tidak mungkin ke Penang. Dia tetap mahu aku berlakon dengannya di Penang. Gilakah?

nurbaya:
sesiapa yang menjawab mesej aku akan tahu cerita aku

Pegawai Khalwat said...

Anak penakan?

Sapa? Aku tak ada anak penakan aihh... Kalau ada pun aku tak mengaku.

Hang belakon dengan dia? Ok la tu, kena pulak hang menang PLT, dia menang PT, mau ternganga LKA. Di samping tu hang pun akan belakon dengan Abang Wazi.

Hahahaha....

artisticklytouch said...

PK:
Ya...abang wazi hero pujaan dalam cerita ulangan