Sekarang dah masuk payroll ketiga yang aku kena siapkan. Maksudnya dah nak 3 bulan aku buat kerja HR ni. Kerja-kerjanya pun dah menjadi semacam rutin. Kalau tiga bulan lepas aku terkial-kial tak tahu nak key-in kat mana, berapa, apa, sekarang dah laju key-in data siap boleh pressure-pressure pada Head of Department suruh cepat hantar data sebab aku nak siapkan awal. Bukan apa tak nak jadi macam bulan lepas, aku kena datang ofis hari Ahad sebab payroll tak siap.
Bila dah buat kerja-kerja rutin ni, terasa macam tak ada challenge pulak kerja HR. Takkan aku nak buat payroll sampai ke tua pulakkan. Sebaik terfikir begitu, maka datanglah kerja bertimbun-timbun yang bukan berasaskan payroll untuk En. HR ini. Alamak segala macam dugaan dan permasalahan yang timbul. Tak nak cerita details kat sini...nanti mengumpat jadinya.
Ambik kau, nak sangat challenge...tak ter challengekan... tapi takpe pelan-pelan kayuh.
Banyak perkara yang baru aku belajar. Aku bagitau assistant aku, dia tak percaya. Takkanlah masa Uni dulu tak belajar, kata ambik HR. Betul juga tapi memang tak ada belajar pun benda-benda ni. Ada ke belajar nak tulis apa dalam Purchase Request, tak ada. Ada ke belajar nak tulis apa dalam employment letter, tak ada. Ada ke belajar macam mana nak kira OT, tak ada. Ada ke belajar macam mana nak handel DI, tak ada. Selama dua bulan setengah ni, aku tak terasa keperluan untuk membuka kembali buku teks atau buku rujukan lama. Yang aku buka pun Akta-akta saja.
Itu tak termasuk perkara-perkara remeh yang dibesar-besarkan dan diserahkan kepada aku untuk handle...nak je aku kata, dah itu tak kena, ini tak kena, berenti je keje...duk rumah! Ko senang, aku senang, semua senang!
Inilah challenge yang aku cari. OKlah, belajar katakan. Setakat ni aku tak kena ubah-ubah cubic macam sayut lagi ha ha (nanti kalau kena, aku pinjam design ko ye sayut!). TNA pun tak kena buat lagi, kiranya aku baru je mencecah seinci dalam lautan HR ni.
Doakan ketabahan aku ye. Mana tahu, dalam masa 10 tahun aku akan jadi HR kat tempat korang pulak.
10 comments:
Kayuh jangan tak kayuh!
Biasa la, keja apa tak ada cabaran. Jual soya pun ada cabaran, minta sedekah pun ada cabaran, menyamun pun ada cabaran.
nanti bila hang dipindahkan ke Mauritius atau London, lagi la mencabar.
nanti pindah la mai sini, senang skit aku nak buang orang yang aku tak suka.
PK:
kalau pindah tempat hang, orang pertama aku buang Lan Chin
buzzword HR sekarang: "outsource"
mana2 kerja yang tak sulit (dua2 maksud: susah dan rahsia) boleh upah pihak ketiga (3rd party vendor) untuk buat. itu yang saya praktikkan sekarang untuk event management, training management dengan beberapa benda admin lagi.
kalau benda2 yang rutin, cuba develop process workflow dan masukkan dalam online system supaya kerja tu jadi automated.
mula2 memang terkial2. lama2, kerja tu jadi kacang. tapi, hati2... jangan sampai kita pon kena outsource.
hehe.
sayut:
Terima kasih brother!
Yang mencabar itu ada baiknya. Lebih mematang dan menguatkan kita....
Semoga kau terus sukses bro'..
BP:
Semoga aku terus tabah
Aiyo..blog wat keje HR ka?
Very the the..
Bile nak add blog adik yg fabulous itewww..ahaks
didie:
didiekah? kejikah? perlu ke add blog uols....cemarlah
Salam,
Saya perna buat kerja payroll, A- to Z masa mula kerja di tahun 1994 dahulu. Sampai sekarang saya masih ingat, walaupun dah tak buat kerja tu...
jiwarasa:
berkesankan kerja payroll ini...bertahun-tahun masih ingat jerih payahnya
Post a Comment