Monday, December 05, 2011

Rindu pada Ombak

Usai membaca novel Ombak Rindu beberapa tahun dulu, tak pernah pun terfikir atau terbayangkan yang novel itu akan pada suatu hari diangkat ke layar perak.  Bila ada PC untuk mengumumkan yang novel ini akan diangkat ke layar perak, masih aku tidak teruja.  Bila promosi filem ini bermula, barulah aku teruja untuk menontonnya.  Puas perah otak nak ingat kembali jalan cerita tapi tak mampu.  Jadi, sebelum menonton, aku baca dulu sebarang maklumat ringkas di internet untuk dapatkan kembali feel cerita ini.

Pada yang belum menonton, Ombak Rindu secara ringkasnya mengenai perjalanan hidup Izah yang berasal dari kampung, berhijrah ke bandar atas paksaan bapa saudaranya dengan alasan untuk mendapatkan pendapatan lebih.  Namun, bapa saudaranya telah menjualnya kepada sebuah kelab malam untuk melupuskan hutang-hutangnya.  Di sinilah bermulanya pertemuan Izah dan Haris, walaupun permulaan yang malang buat Izah tapi akhirnya ia berubah menjadi pengakhiran yang bahagia untuknya.  Konflik timbul apabila kekasih

Filem ni bagus, sesuai untuk ditonton samaada nak relax-relax ataupun nak berfikir.  Buah tangan Osman Ali memang tak pernah menghampakan aku sejak daripada Bukak Api dan Malaikat di Jendela lagi.  Cuma aku rasa Bukak Api dan Malaikat di Jendela lebih berkesan daripada cerita-cerita mainstream dia sekarang.

Ada beberapa kekurangan yang aku lihat pada filem Osman Ali kali ni.  Kekurangan paling menyedihkan adalah pada aspek ketelitian atau attention to details.  Beberapa scene nampak tak ditouch-up dengan baik hingga memberi maksud lain pada babak itu ataupun mengganggu sedikit jalan cerita dan penumpuan penonton.    

Scene Izah memandikan mak saudaranya yang sakit barah. Mak saudara yang sakit barah sangat berisi dan mempunyai kening yang cantik terlukis.  Berselera sungguh orang sakit barah, sempat pulak lukis kening, duduk kampung neh!  Babak ni penting tapi penelitian yang minima hampir menggagalkan babak ini.

Kesianlah pesakit barah ni
Dalam beberapa scene lain macam selepas akad nikah, tiba-tiba ada gajah.  Tak tahu apa significantnya gajah tu tapi aku agak-agak dengan bahasa wajah Izah dan persekitaran, ada cerita yang ingin disampaikan oleh pengarah.  Beberapa scene tepi laut antara Izah dan Haris juga nampak janggal, satu, semasa Haris ingin memujuk Izah selepas dimarahi, air laut dari paras tumit, habis scene dah paras peha.  Banyak sangat take agaknya.  Kalau Yusry KRU mesti dia dah CGI kan.  Kedua babak romantik Haris dan Izah berpeluk-peluk atas bahu, tiba-tiba ada pulak budak pompuan mana duk jalan-jalan kat belakang macam hilang arah. Krew ke? Orang sesat ke?  Nak kata pantai tu tumpuan pengunjung, dari awal ia tidak digambarkan begitu, jadi, cacatlah scene itu.
Masa tengah romantik tetiba ada pulak yang interframe

Scene paling kelakar haruslah scene Mila balik dari oversea hahaha kenapa kelakar korang kena tengok sendiri, tak mau cerita.  Azab!! Murahan sangat.

Pemilihan Maya Karin untuk membawakan watak Izah juga seperti tak kena.  Ini kerana, slang Maya yang tak berubah-ubah sejak dari filem pertama lakonannya hingga hari ni, berkadaran songsang dengan watak gadis kampung.  Selain itu, Maya kelihatan agak kekok bila babak di kampung.  Dia dan latar kampung tu seakan tidak bersatu.  Seorang lagi pelakon yang agak fail adalah Julia Ziegler yang membawakan watak Wafi.  Walaupun membawakan watak tambahan tetapi dia memiliki dialog-dialog yang berat yang perlukan jiwa untuk melafazkannya.  Namun ia menjadi hanya lafaz tanpa jiwa, sudahnya babak tidak terkesan, macam buang shot je.

Ada seorang pelakon yang aku sangat tidak sangka perkembangan lakonannya.  Lisa Surihani berjaya keluar dari kepompong lakonannya selama ini dan memberikan nafas baru kepada kita mengenai kemampuannya.  Permainan wataknya sangat hebat, dia seolah-olah bersatu dengan Mila.  Bront Palare sememangnya layak dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik FFM tahun lalu, memang jelas Mail ni gilakan Izah dan memang jelas Mail ni tak pernah tinggalkan kampung.  Normah Damanhuri dan Zaidi Omar memang tidak pernah menghampakan kita walau aku sedikit ralat sebab diaorang selalu dapat watak-watak macam ni.  Azizah Mahzan pulak selalu dapat watak businesswoman berpangkat Datuk, no wonder she delivered it well.  

Beberapa scene yang aku suka antaranya, scene Datuk menghalau Izah dari rumah Haris.  Dengan petir berdentum-dentam dan hujan mencurah-curah, ditemani hanya sinaran lampu kecil yang dibelakangi Datuk, perggggghhhh!!! Datuk memang nampak evil!!  Dan semestinya scene selepas akad nikah.  Pertukaran jam tu sangat romantik dan berkesan.  Sama juga dengan scene ranjang yang sampai hari ni menjadi isu besar.  Sebenarnya, babak itu berkesan, sebab itulah dia menjadi isu.

Evil ok Datuk ni
Uuuuuuuu.....
Panjang dah ni, nanti takde feel pulak orang yang dah baca nak tengok.  Pendek kata, ini sebuah filem yang patut ditonton. Baiklah korang keluar duit tengok cerita ni daripada tengok cerita hantu merepek semua tu.  Bukan sebab cerita ni boleh buat korang nangis, bukan sebab adegan ranjang yang menghairahkan tapi sebab cerita ni memang ada kualiti, dengan barisan tenaga kerja yang pernah menang award, korang memang akan berpuas hati.

Kata teman aku:

"Ombak Rindu: aside from maya's irrevocably non malay accent, inattentive editing and lack of focus into details, it was GOOD! Brilliant Malay movie, love it, love the song and music. Love Lisa, she's superb!"

Tudiiiaaaa hampa tak mau tengok lagi?