Tuesday, March 25, 2008

BANGSAWANG?

Ampun Tuanku beribu ampun,
Sembah patik harap diampun.

Adalah patik pacal yang hina ini datang mengadap ke bawah Duli untuk memohon perkenan Tuanku terimalah calon hamba itu, wahai Tuanku.

Arggghhh!!!! Beta murka!! Murka!!





EH, ADA SHOW BANGSAWAN KE KAT BANDOR?

Monday, March 24, 2008

entry

INI ENTRY BAHRU....









TAKDE ENTRY SEBAB ADUN MOGOK BEREBUT TAKHTA WAKAKAKAKAKA!!!!!!

TANYA SIKIT...BOLEH BAWAK MASUK KUBUR KE??? HA HA

Tuesday, March 11, 2008

What The...!!!!

potong betul...
sangat potong....
ada pulak pondan berangan nih
tolonglah keluarkan dia awal-awal
dah la guna nama jantan
takde mood aku nak tengok
sialan

Sunday, March 02, 2008

Karaoke sesuatu katanya..

karaoke tau..lontarkan vokal



bagus..bagus..ada peningkatan

*matila dah bosan duk depan PC hari ni

Sepatutnya aku menyiapkan Training Schedule 2008 tapi sekejap-sekejap menceger youtube, pastu blog, pastu youtube balik, pastu on YM sudahnya at 6.00pm aku baru samapi bulan April wakakakaka *matila esok submission.

Bos dah berangkat dengan berat hati kelmarin. Jeti kampung menyaksikan titisan air matanya. Aku tak boleh tengok orang nangis, nanti aku nangis. Bos, aku doakan kau akan dapat kerja ganti dan juga kau dapat sesuatu yang berharga di sini walaupun pengakhirannya tidak secantik mana.

Bos besar panggil aku masuk mengadap sehari sebelum itu. Pada kala senja yang hening tapi tak gelap macam pagi. Aku kena basuh. Aku kena motivasi. Katanya selepas ini aku harus menjadi ketua department. Aku tidak boleh membuat kerja sambil lewa lagi. Bos lagi besar di KL meletak harapan yang tinggi pada aku dan sangat percaya pada kemampuan aku (aku tak faham orang tua ni, dari hari aku interview dia sangat konfiden dengan aku, takut pulak!) Yang paling best bos besar kata

"You are already 29 but you are only an Officer. You are those I call late bloomers", tu dia...lambat kembang dikatanya aku! Penaik la pangkat dan gaji aku lagi tahun ni ha ha tapi memang betoi pun, aku baru ja kerja HR ni, sebelum ni dok gila Performing Art la konon...passion konon...patient ada la! *matila kena maki dengan Pegawai Khalwat. Tapi aku ambil kata-kata bos besar sebagai suntikan motivasi yang bernas dan penuh hikmah..*gituh statement kerana pada kala ini aku sangat terasa termotivasi untuk bekerja walaupun sekejap-sekejap aku menceger youtube, pastu blog, pastu youtube semula, pastu YM dan segala link yang aku boleh link.

Nak tengok gambar tak? Aku gi jejalan kat Taman Tamadun Islam. Satu trip yang tidak dirancang. Kisahnya, setelah aku mabuk turun dari feri di Jeti Syahbandar Kuala Terengganu dan jeket ZARA yang mahal itu membuatkan aku kepanasan serta kerimasan. Aku berenti di penambang nak buka jeket dan tiba-tiba aku dijerkah oleh satu suara macho yang kendo. Aku toleh. Iskek!!!! OMG!!! Of all people, of all places!!!

Iskek adalah rakan sekatil aku semasa Sekolah Sains dulu..

RAKAN SEKATIL!!!?????

Yelah, dia katil bawah, aku katil atas...asrama kitaorang katil double decker. Dialah kawan baik aku dalam dorm. Dia ni pendiam orangnya dan suka berahsia tapi menjadi rebutan bebudak gurls kelas aku. Akulah yang menjadi mak ayam!! Iskek rilek jer..layan..

Aku terkejut jumpa dia di KT kerana he's the last person on the list yang akan muncul di KT dan aku memang tak expect untuk berjumpa sesiapa. Iskek bersama kawannya dari Kuantan - Aliff - sedang menunggu kawan mereka yang tinggal di KT - Zam dan Said. Tiba-tiba outing aku bertukar ceria sebab aku diajak join diaorang bestnya!

So kitaorang pergi Taman Tamadun Islam (TTI). Zam jadi tourist guide sebab dia selalu merayau-rayau di KT dan dia dah pernah pergi TTI. Aku pun dah pergi tapi aku tak ingat jalan, yang aku ingat cuma Siti Nurhaliza dalam jubah hitam menyanyi di pentas.

tu dia...Masjid Kristal..tapi macam kaca je..

dekat sikit..time ni Iskek bisikan soalan cepu cemas pada aku aku jawab..kena jaga adab

Ini bukan masjid tapi tempat mengambil wuduk sebuah masjid di China..meletop!

Nak pergi, takleh, tengah perang..tengok replika sajork..tu dia Masjid Al-Aqsa

Iskek (yang paling girang dalam pic ni) kata macam ehem..ehem..aku jawab..kau memang nak kena panah petir..ini sebuah Masjid kat Iraq

Cover album katanya..

Taj Mahal untuk yang tersayang..tapi sayang kena mati dulu! *Lariiiikkkkk...

Masjid Kristal di waktu malam. Pic ini amek di lawatan lain. Saja nak share. Cantikkan.

Sikit je pic masjid aku nak tunjuk. Nak lagi, pergi sendiri! Tapi korang kena tunggu dan bersabar sebab taman ini dijangka dibuka sepenuhnya pada pertengahan tahun ini. Masa kitaorang pergi ni pun kebetulan je diaorang panggil masuk (sebab ktiaorang semua kendo dan melerts sangat agaknya) dan kerja-kerja pembinaan masih belum berjalan seperti biasa.

TAK CHORPE, AKU TAK TERBAKAQ!!! - aku jawab sebelum hang tanya!

Later, kitaorang lepak-lepak di Kelab Teluk Warisan atau orang kampung situ panggil Heritage Club. Sinilah tempat Monsoon Cup yang fofuler ittew.

Poster Monsoon Cup katanya

Pose untuk peminat

Itu jelah pic yang aku nak tunjuk. Malamnya kami karaoke. ada karaoke kat KT!!! Aku baru jumpa! Seronok rasa. Lepas gian aku nak melalak.

YA CHORPE, AKU TAU AKU MONOTONE TAPI AKU LEBIH BAIK DARI MAMU!!!

Then lepak kat Pantai Batu Buruk sambil mengumpat dan mengimbau kisah-kisah silam. Wah, ini outing aku yang paling best!! Sangat best!! Tiba-tiba KT ini menempekkan kenangan indah dalam hidup aku.

Letihlah...training schedule tak siap lagi...*matila..