Sunday, March 02, 2008

Karaoke sesuatu katanya..

karaoke tau..lontarkan vokal



bagus..bagus..ada peningkatan

*matila dah bosan duk depan PC hari ni

Sepatutnya aku menyiapkan Training Schedule 2008 tapi sekejap-sekejap menceger youtube, pastu blog, pastu youtube balik, pastu on YM sudahnya at 6.00pm aku baru samapi bulan April wakakakaka *matila esok submission.

Bos dah berangkat dengan berat hati kelmarin. Jeti kampung menyaksikan titisan air matanya. Aku tak boleh tengok orang nangis, nanti aku nangis. Bos, aku doakan kau akan dapat kerja ganti dan juga kau dapat sesuatu yang berharga di sini walaupun pengakhirannya tidak secantik mana.

Bos besar panggil aku masuk mengadap sehari sebelum itu. Pada kala senja yang hening tapi tak gelap macam pagi. Aku kena basuh. Aku kena motivasi. Katanya selepas ini aku harus menjadi ketua department. Aku tidak boleh membuat kerja sambil lewa lagi. Bos lagi besar di KL meletak harapan yang tinggi pada aku dan sangat percaya pada kemampuan aku (aku tak faham orang tua ni, dari hari aku interview dia sangat konfiden dengan aku, takut pulak!) Yang paling best bos besar kata

"You are already 29 but you are only an Officer. You are those I call late bloomers", tu dia...lambat kembang dikatanya aku! Penaik la pangkat dan gaji aku lagi tahun ni ha ha tapi memang betoi pun, aku baru ja kerja HR ni, sebelum ni dok gila Performing Art la konon...passion konon...patient ada la! *matila kena maki dengan Pegawai Khalwat. Tapi aku ambil kata-kata bos besar sebagai suntikan motivasi yang bernas dan penuh hikmah..*gituh statement kerana pada kala ini aku sangat terasa termotivasi untuk bekerja walaupun sekejap-sekejap aku menceger youtube, pastu blog, pastu youtube semula, pastu YM dan segala link yang aku boleh link.

Nak tengok gambar tak? Aku gi jejalan kat Taman Tamadun Islam. Satu trip yang tidak dirancang. Kisahnya, setelah aku mabuk turun dari feri di Jeti Syahbandar Kuala Terengganu dan jeket ZARA yang mahal itu membuatkan aku kepanasan serta kerimasan. Aku berenti di penambang nak buka jeket dan tiba-tiba aku dijerkah oleh satu suara macho yang kendo. Aku toleh. Iskek!!!! OMG!!! Of all people, of all places!!!

Iskek adalah rakan sekatil aku semasa Sekolah Sains dulu..

RAKAN SEKATIL!!!?????

Yelah, dia katil bawah, aku katil atas...asrama kitaorang katil double decker. Dialah kawan baik aku dalam dorm. Dia ni pendiam orangnya dan suka berahsia tapi menjadi rebutan bebudak gurls kelas aku. Akulah yang menjadi mak ayam!! Iskek rilek jer..layan..

Aku terkejut jumpa dia di KT kerana he's the last person on the list yang akan muncul di KT dan aku memang tak expect untuk berjumpa sesiapa. Iskek bersama kawannya dari Kuantan - Aliff - sedang menunggu kawan mereka yang tinggal di KT - Zam dan Said. Tiba-tiba outing aku bertukar ceria sebab aku diajak join diaorang bestnya!

So kitaorang pergi Taman Tamadun Islam (TTI). Zam jadi tourist guide sebab dia selalu merayau-rayau di KT dan dia dah pernah pergi TTI. Aku pun dah pergi tapi aku tak ingat jalan, yang aku ingat cuma Siti Nurhaliza dalam jubah hitam menyanyi di pentas.

tu dia...Masjid Kristal..tapi macam kaca je..

dekat sikit..time ni Iskek bisikan soalan cepu cemas pada aku aku jawab..kena jaga adab

Ini bukan masjid tapi tempat mengambil wuduk sebuah masjid di China..meletop!

Nak pergi, takleh, tengah perang..tengok replika sajork..tu dia Masjid Al-Aqsa

Iskek (yang paling girang dalam pic ni) kata macam ehem..ehem..aku jawab..kau memang nak kena panah petir..ini sebuah Masjid kat Iraq

Cover album katanya..

Taj Mahal untuk yang tersayang..tapi sayang kena mati dulu! *Lariiiikkkkk...

Masjid Kristal di waktu malam. Pic ini amek di lawatan lain. Saja nak share. Cantikkan.

Sikit je pic masjid aku nak tunjuk. Nak lagi, pergi sendiri! Tapi korang kena tunggu dan bersabar sebab taman ini dijangka dibuka sepenuhnya pada pertengahan tahun ini. Masa kitaorang pergi ni pun kebetulan je diaorang panggil masuk (sebab ktiaorang semua kendo dan melerts sangat agaknya) dan kerja-kerja pembinaan masih belum berjalan seperti biasa.

TAK CHORPE, AKU TAK TERBAKAQ!!! - aku jawab sebelum hang tanya!

Later, kitaorang lepak-lepak di Kelab Teluk Warisan atau orang kampung situ panggil Heritage Club. Sinilah tempat Monsoon Cup yang fofuler ittew.

Poster Monsoon Cup katanya

Pose untuk peminat

Itu jelah pic yang aku nak tunjuk. Malamnya kami karaoke. ada karaoke kat KT!!! Aku baru jumpa! Seronok rasa. Lepas gian aku nak melalak.

YA CHORPE, AKU TAU AKU MONOTONE TAPI AKU LEBIH BAIK DARI MAMU!!!

Then lepak kat Pantai Batu Buruk sambil mengumpat dan mengimbau kisah-kisah silam. Wah, ini outing aku yang paling best!! Sangat best!! Tiba-tiba KT ini menempekkan kenangan indah dalam hidup aku.

Letihlah...training schedule tak siap lagi...*matila..

34 comments:

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

gheetuh katanya berjalan2 di mesjid kristal ittew...

hurm...

pessal cakap pasal isu terbakar ittew?

sik paham la uols..

biasala.. i kan naif... wakakakaka...

Pegawai Khalwat said...

Tu la, kalau hang serius keja masa dulu kan la ni dah jadi GM. Merasa aku pi dok free kat mana-mana hotel cawangan hang tu.

Passion? Ya... hang toksah muhong la passion hang dah mati. Aku tau passion hang macam gunung berapi lani, tunggu masa nak meletop.

Ya.. Art, aku tau hang tak terbakar sebab dah tercover banyak dek duduk kat pulau tu.

Ya... Art, aku tau hang elok dari mamu. Tapi la ni hang kena compete dengan Jinggo kat sini.

Ha ha ha.....

artisticklytouch said...

shandye:
rumah terbakar panggil bomba...bomba datang berlumba-lumba..

sebab kalau terbakar kena panggil abang bomba mari tulong..

ABANG BOMBA!!! ABANG BOMBA!!!

PK:
dulu? serius? aku baru masuk keja setahun.

passion? hmmm...no komen

terbakar? mekasih

jinggo? jinggo, usop kata ke mu!

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

kalau abg bomba ittew ala2 tasty haruslah uols merembes segals kan?

wakakakaka...

artisticklytouch said...

shandye:
haruslah merembes..nak memadamkan api katanya kan...

Hafiey said...

Tak pa, biar late bloomer daripada tak bloom langsung. Kalau tak, batat la dok tang tu ..

Wah, dapat pi dah TTI tu? Jeles! hari tu nak pi, tapi cari jln darat tak jumpa ... minggu depan mau harus kami pi kerobek cari jalan dia sampai jumpa ...

E.f.f.a.r.o.j.i.e (K.A) said...

bestnyaaa jln KT..i dok lepak kat Kl sajork!!!


:(

pjoe said...

hang kacak ler
*itu kata seorang budak opesku

yg berjantina sama ngan kita
wahahahahah

artisticklytouch said...

sepet:
batat? bukan bantat ke? tapi bukan bantat tuh untuk kuih bahulu je ke?

mu ada ganu ko? bakpe mu dok kabar!

castmar:
plan kita ittew on kan? jom ar jom ar

nerd:
mcm mana dia tau aku yang mana satu? adakah kerana aku yang paling kacak di dalam pic2 ittew?

cakap kawan ko, aku kata dia sesuatu

MOJ!!!

wahdi said...

Kenapa gambar dalam masjid tak ada? hanya pose2 diluar masjid dari kejauhan? *petirrr

WanHidayat said...

Salam bro....ni yang jadik tak sabar nak balik ke tempat asal nih....rindu yang tramat...semoga kepulangan kali ini dipermudahkan....2 minggu mmg tak cukup klu mcm nih....nak balas setelah hampir 3 tahun tak balik sana.....KT, sambutlah kepulanganku....hikssss

artisticklytouch said...

wahdi:
masjid tuh replika sajork...tak muat nak masuk

*denial

hidayat:
KT busy ar, dok leh nok sambut kepulangang mung.

mung maghi redang ar

miss_tree said...

wahhh..dah pegi ke masjid kristal?
dgrnya x siap sepenuhnya lagi ehh..
cikpokok stakat lalu je lah..
jeling² dari atas jambatan..

Rush Murad said...

macam2 ada kat situ ek? masjid tu diperbuat dari kaca tapi panggil kristal... bidaah kan? kira kau dah happy lah sekarang stay kat KT???

artisticklytouch said...

cik misteri:
kekwatnya...jeling-jeling jers? lariiiikkk...

rush:
bahagialah jugak tapi kebahagianku yang itu tetap di Kuala Lumpur..bila nak turun KT dan mengeksposekan aku dalam blog ko?

*matila dahaga publisiti

akak dah penat lari, akak jalan jer...

Mak Su said...

dah siap kerja training schedule tu? mengulau ya....

artisticklytouch said...

maksu:
dah submit dengan penuh debaran. Bos buat derk jer...

Zoulkieflie said...

hi..nice blog..:)

miss_tree said...

Che Artttt!!

'Boipren' I tanya bila musim candat sotong?
Nak cuba katanya..

I plak tanya bila nak dapat diskaun gi Redang?

*larikkkkkkk!

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

uu.. kalau abg bomba ittew tersangatlah cando meks rela occay dirembes...

eh...
terlucah plak sentence aku...

WanHidayat said...

Redang???...boleh tapi klu sy tdo sana, dpt discount tak???. Rasa2nya mmg sampai Redang nih sbb sy amik cuti yang agak lama akhir bulan 5 nnti...redang...aku datang!!!, datang berdua boley???

artisticklytouch said...

zoul:
nice yer...thanks..

cik misteri:
musim candat bulan 4 - 6. Musim diskaun bila-bila pun ada

*kejaaaaaaaarrrr

shandye:
eeeuuuuwwwww...mencarut!

hidayat:
diskaun? boleh...bagitau je biler. Nak datang berdua? boleh...Honeymoonkah?

email me @ art_touch@yahoo.com

*lariiiikkkk

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

tuan rumah...
mungkinkah boleh jika salamku dipanjatkan kepada lelaki yg berdiri di sebelahmu ittew (ala.. gambar last, yg pakai aviator sunglasses ittew)...

i ala2 jatuh hati la kat dia...

wakakakaka...

artisticklytouch said...
This comment has been removed by the author.
artisticklytouch said...

shy:
ko ingat ni blog mencari jodoh ke? orang ittew sudah berpunya uols..tapi kalau sekadar salam tuh, bolehlah mak ayam sampaikan..

sudahlah nok, ada orang menanti jawapan uols...apa kata concentrate yang ittew..

*lariiiiiiikkkkkk

charge : RM32.00 nett
(C.O.D.) yer..

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

haiyouh...

cod segals katanya...

very derr langganan ebay semata....

larikk...

butaseni said...

nyah,kau dah tembam!!

artisticklytouch said...

shy:
uols, consultation malam tadi amounted to RM52.00 not include tax

butaseni:
aku tembam dan comel

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

keji...
dengan hadek2 sendiri pown nk charge...
bluweekkkk!!!

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

bab 4 dh kuar...

artisticklytouch said...

shy:
holeh..nanti hakak2 waivekan payment ittew untuk hadek2 keh..meh nak baca

Nunn said...

harap harap fungsi masjid tu dapat digunakan sepenuh nya ....jangan jadikan masjid tu sebagai hiasan..

artisticklytouch said...

nunn:
yes! yes!

Chen said...

didn't go and catch the monsoon cup? It's only once a year though