Thursday, February 21, 2008

Abang Ipar Kau Orang Kelate ke? wakakakaka

Mak


Mak tipon dua hari lepas....ringtone bunyi lagu Suatu Masa by M.Nasir.

Aku: Hoh!? (Memang camgini aku jawab tipon kalau family yang call, diaorang tak kisah)
Mak: Tadi Pak Ngah tipon mak (suara sexcited..eh..excited!)
Aku : Ha, awatnya? (Awat = kenapa - ini loghat Penang)

Pak Ngah lagi...banyak sangat citer Pak Ngah ni, mesti mak aku nak ajak ngumpat. Aku on je, hobi kitaorang memang mengumpat tapi yang cerita yang baik-baik je.

Mak: Dia nak pinjam duit mak. Dia kata nak pinjam RM5000 nak buat rumah.
Aku : Fuuuuyooooooo......
Mak : Mak tak mau bagi, mak tak tau nak kata apa, mak katalah, mak nak pakai duit, hang nak menikah!

Aku pitam!!!!!

Aku : Dah takde alasan lain dah ka? Ini apa duk buat cerita fitnah ni!
Mak : Ha, aku nak kata apa lagi. Hari tu buleh la kata nak buat rumah, ni rumah dah siap, nak kata apa lagi! Mak pun macam terkeluaq (terkeluar) lagu tu ja! Tak dan (tak sempat) nak cover!
Aku : Adoila...bala mak oi! Ni semua bala ni! Mampuih la dia pi cerita satu Matang Pasiaq..
Mak : Ha, tulah mak habaq kat hang ni, kot-kot satgi depa semua pakat duk tipon hang tanya betui ka, hang habaq betui ja lah na!
Aku : Amboi senangnya depa punya perancangan...kita pulak nak jawab..adoi..sat nak cari calon! tapi satgi kot dia perasan ini semua tipu daya, macam mana cerhita?
Mak : Nanti kita katalah....Ha, tulah! Haritu nak nak dah, ni tak jadi pulak! Hang kata la lagu tu.

Aku pitam!!!!!

Aku : Yalah...yalah...awat yang tak mau bagi pulak kali ni? Selalu senang ja bagi orang pinjam.
Mak : Emmppphhh....!!!!! (Bunyi kekwat) yang harituh pinjam RM5000 tak bayaq lagi, nak pinjam pulak. Kata nak buat rumah, rumah duk elok dah, buat apa lagi.
Aku : Oh, itu macam ar?
Mak : Takpalah..mak nak habaq kat hang ja.
Aku : Holeh...holeh...

Pulau Fantasi
Bos ditamatkan perkhidmatan. Aku incharge! Erkkk!!! Nak kena bangun awal masuk briefing. Nak kena bertindak sebagai seorang ketua...aduh malasnya...

Semalam adalah hari yang teramat sibuk. Keletihan menyiapkan gaji pekerja dan segala mak nenek kerja-kerja HR. Macam-macam hal!

Hiburan dan Kehidupan
ASTRO aku sudah kembali ha ha sekarang tidak menumpang lagi. Hari-hari balik kerja aku memerap dalam bilik seperti kebanyakkan orang lain. Ada orang main sepak raga dengan futsal kat luar tapi aku tak reti main dua-dua permainan itu lagipun lagi best tengok TV.

Dah 2 minggu aku tak keluar, perancangannya minggu ni nak keluar. Nak ke Malaysia Travel Fair usha-usha tiket untuk ke Sydney pada bulan Mei. Mengikut congakan secara kasar dan halus, duit dalam bank, credit card dan cash adalah tidak mencukupi tetapi kerana dasar tidak sedar diri dan kegelojohan mengikut gelojak hawa nafsu, aku nak pergi jugak Sydney! Dah lama tak pergi jalan-jalan oversea. Bukan tak nak jalan-jalan Malaysia tapi masalahnya aku sekarang menetap di sebuah pulau fantasi yang sangat cantik dan top spot tourist attraction di Malaysia jadinya tempat-tempat peranginan lain kat Malaysia ni nampak macam debu-debu di jalanan je!!

Gituh statement!!! pjoe pitam!!!!

SMS
Ini bukan cerita pasal aku tak dapat SMS untuk satu jangka masa yang panjang dan mengakibatkan aku moody seperti yang berlaku setahun yang lalu. Itu semua cerita lama, cerita adik-adik tak kendo sekarang dah jadi abang-abang meletops ha ha anyway tadi dapat SMS...mesej alert bunyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah oleh Ibnor Riza...

Ajeh: (Ni abang aku) Kawan aku ajak pi Umrah bulan 7, mau ka?

Aku pitam!!!!

Aku : Urgh!! Hmmm...Umrah ke? Tak jadi Sydney ke? Umrah ni macam berat sikitlah.

Duk dak duk dak bunyi jantung...harus aku kena tazkirah renung-renungkan dan selamat
beramal kejap lagi

Ajeh : Mak kata hang semayang main-main, tu sebab Umrah pun berat ha ha

Aku duduk tahyat!!!!

Aku : Apa ni smash-smash...yelah yelah tahulah...Sydney ar..aku takleh amek cuti panjang-panjang

Ajeh : Ha ha ha


pjoe

Apa lu tanya? Abang ipar gua kelate? ha ha ha gua mana ada abang ipar! Lu baca betol-betol komen gua ittew....renung-renungkan dan selamat merenung wakakakaka lariiiiiiiiikkkkk!!!!





26 comments:

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

hehe...
klakar la ur mom...

hafiey said...

hoh, mak kami pun pernah jugak dok buat gempag keling lagu ni ... kami dok punggah nak cover diri sendri ... dah tu sampai hari ni tak kawen2 ...

Agaknya ini sifat ibu2 yang sejagat kot?

Pegawai Khalwat said...

1.
Oi, mak hang gempaq tu bukan gempaq saja tu. Ada makna tu.

Ha ha ha..... siaplah....

2.
Oh... sudah jadi boss ya? Kaya kaya! Hutang?

Pss... member hang tu.... ntahlah... aku tak tau nak kata apa la. Tinggai tak kena katok saja lagi.

3.
Sydney? Awat tak pi Tasmania? Hang kan suka pulau.

4.
Umrah?
(Aku angkat tangan tinggi2)
Moga dibuka pintu iman sahabatku ini. Amin!

Ha ha ha....

Hang ni aku rasa, baru turun kapal terbang dah menyala.....

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

askum...
bab dua dh keluar...
saje je singgah mai nk habaq

Nunn said...

ha ha ha susah jugak ek nak cipta alasan.....

pjoe said...

AKU MASIH TAK PAHAM LA SAYANG!

artisticklytouch said...

shandye:
try to live with her ha ha

hafiey:
sapa ni? penang jugak ka?

PK:
1.Gempaq Astro ka?

2.akak tak campur lee..

3.TAsmania ada tasmanian devil, nanti dia makan aku

4.menyala sinar keimanan ya!

shandye:
nanti i baca..

nunn:
kan...tu bagusnya ada anak-anak, pass je kat diaorang segala masalah ha ha

pjoe:
ha ha renung-renungkan..dan selamat berenung!!!

WanHidayat said...

Salam...hehehehe...apa lagi cari lah calon, mana tau dah samapai seru...mmg mula2 dengan guran dan sebuah crita....dah bersedia ke???...kawen jea ngn orang pulau....boleh dok pulau lama2 kan...hehehehe

Hafiey said...

I bukan sapa2 ... just common reader. Bukan org penang, tapi org utara gak la ...

artisticklytouch said...
This comment has been removed by the author.
~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

chapter three is out!!!

hehe...

artisticklytouch said...

dayat:
takde maknanya!!! da kawinlah lariiiiikkkk...

weh, nak bercuti ke mana? dgn rush eh? nak ikut..

hafiey:
sekapai la tuh

shandye:
cepatnyer!!!

Mak Su said...

wakakaka, tak tahu... tak tahu... cepat2ler ko cari calon

jinggo said...

eeeerrrrmmmmm.....
kawin yaaa.....
elok elookk eeelllok.....

artisticklytouch said...

maksu:
nak cari kat mana?

jinggo:
elok la sangat

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

nk buat aduan sket...
pessal nama gue dalam blogroll kat sblah tue pagi yg gelap bloke?

hehe...

just a question nk sembang2 dengan tuan rumah...

lalalala...

(sambil berlalu pergi menaiki beskal kaler hijau terang)

artisticklytouch said...

shandye:
sebab dalam blog ko ada lirik lagu pagi yang gelap..yang dikatakan sesuatuh ittew

loppiess said...

ha ha ha ha lawak cerita tuan, anyway boleh saya pi Pulau Fantasi dgn diskaun murah?

manalah tahu kan kot kot ada kawan kawan pengusha chalet ke,

NONIE said...

hahaha...hang nak cari calon bini ka Art? Aku ada hang nak ka? muahahahaha....Sydney? nanti pun buleh...pilah Umrah...* sambei dok pebetui tudung....

p/s: aku baru tau hang org utara...

blackpurple @ jowopinter said...

Aku nak ulas yang ini;
Kiranya kau ni 'boss'lah sekarang ini ek...

Tahniah!

Hehehe!

artisticklytouch said...

lopih:
mai la sini...
pulau fantasi menanti...

MR yang suka hati dia tukar NONIE:
aku orang Penang abaq u! hang ada calon ka? btoi ka?

BP:
aku boss he he

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

so secara tidak formal aku dilabel sesuatu la nie?

artisticklytouch said...

i dont do labeling..the 'sesuatu' was referred to the song.

Rush Murad said...

hahahahahaa... gelak besau baca perbualan mak kau.... baik punya perancangan...

pi lah sydney, best sesangat, kalau kau nak itinerary, aku boleh email kat kau. aku buat itinerary sendiri, mesti kau suka sebab aku masukkan sekali tempat2 sauna etc...*lariikkkk........

artisticklytouch said...

rush:
*kejaaaaarrrrr!!!!

Rush Murad said...

pi check ur email ekkkk...