Sunday, February 17, 2008

Selalu Denganmu - Mari Menyanyi Together-gether

*entry ada di bawah tau sayang..

Selalu Denganmu - Tompi

adakah waktu yg tak berbatas
untukku merasa bahagia
saat-saat aku jatuh cinta
saat ku terbang jauh ke sana

reff: selalu denganmu
kasihku selamanya
selalu denganmu
cintaku bersama

kaulah matahari dalam hidupku
dan kaulah cahaya bulan di malamku
hadirmu selalu akan ku tunggu
cintamu selalu akan ku rindu

repeat reff

tahukah kau diriku
tak sanggup hidup
bila kau jauh dariku
ku ingin di pelukmu selalu

hadirmu selalu akan ku tunggu
cintamu selalu akan ku rindu
dan tiada lagi batas ruang waktu

tahukah kau diriku
tak sanggup hidup
bila kau jauh dariku
ku ingin di pelukmu selalu

oh tuhan tetapkan rasa cintaku ini
hanya untukmu
selalu setia selama-lamanya

tahukah kau diriku
tak sanggup hidup
bila kau jauh dariku



tu dia...lagu untuk kekasih hatiku yang jauh di mata dekat di hati muah muah muah

KERJA
Kerja sudah semakin sibuk tapi terkurang sibuk apabila training yang sepatutnya esok ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Takda hal sebab semua kerja dah setel cuma menunggu hari perlaksanaan. Sedikit berdebar sebab big boss dari KL datang untuk conduct training. By the way...aku meninjau-ninjau peluang kerjaya baru di kota hmmm...dah bosan dengan pulau fantasi ini.

PINK
Semalam ada a light discuss on pink kaler (pink karer kata Dora) kat ofis. Rata-rata semua mengaitkan pink karer dengan kewanitaan.

spekulasi pelik 1: wanita "pelik" tak suka pink
spekulasi pelik 2: lelaki "pelik" suka pink

Tak tahu ke pink is the new blue? Donald Trump pakai tie pink untuk ditatap seantaro dunio dalam The Apprentice...aku takdelah suka sangat pink tapi rasa macam rugi je kalau takde collection color pink dalam wardrobe.

CINTA
Ya...aku kembali bercinta...dah, jangan cuba faham aku!!! Hopefully ini cinta yang sebenar-benar cintalah.

ON LIFE AROUND ME
Pilihanraya aku tak balik kampung untuk mengundi...ini aku habaq awai-awai. Lainlah kalau hampa nak tanggung flight aku, aku balik ha ha daftar pemilih aku di kawasan panas, jadi aku rimas ha ha good lucklah yer.

Sekarang ramai memperkatakan mengenai tubuhku yang semakin maju kehadapan ha ha kalau maju kebelakang tuh, nek nak katanya!! Takpelah, at least aku sihat walaupun sekarang ini hingus meleleh-leleh dan menjejeh-jejeh menyapa misai tebalku.

Semua orang nak kawin...aku tetap tak rasa nak kawin ha ha

12 comments:

Pegawai Khalwat said...

Oi... berchenta pulak dah!
Bila nak sudah ni?

Oi... jangan transfer lagi, kami tak sempat pi pulau sana lagi.

Psss... hang tak mau transfer balik sini ka? Bole aku kerah hang jaga akaun. Ha ha ha....

Orang baru dah makin ramai, cuma taste hang saja yang tak dak.... taste lama ada lagi la... ha ha ha....

rena said...

dedicate lagu 'Sedang Ingin Bercinta' by Dewa 19 untuk kamu

dan tak lupa juga lagu 'Pink' by Aerosmith

oh ya..
satu lagi..
lagu negaraku.
jadilah warganegara yang bertanggungjawab.

butaseni said...

cinta baru tu asli ka?

Nunn said...

semoga apa yg dihajati termakbul hendak nya.....yang baik datang dari Allah....yg buruk datang dari kita sendiri.....

alan zed said...

"CINTA
Ya...aku kembali bercinta...dah, jangan cuba faham aku!!! Hopefully ini cinta yang sebenar-benar cintalah"

samelah kita... :)

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

lagu tue lagu lama...
sedap sangat... tapi penyanyi asalnya mamat tompi yg dh grad (skarang dh jadi doktor khabarnya) nyanyi lagi sedap.
dulu2 masa berchenta2 slalu pasang masa dalam kereta dia.
tapi tue semua kesah2 romantis zaman silam.
cheit...

bunga rampai said...

Oh, gembiranya saya melihat orang yang gembira!

Salam :-)

Mak Su said...

saya kekadang suka pink, kekadang menyampah pink. pink panther suka ler... ahaks

nek nak? kah kah kah

artisticklytouch said...

PK:
selagi hayat di kandung badan...aku akan terus ingin berchenta ha ha

pulau ini tetap fantasi tanpa aku..transfer balik sana jaga akaun? tak buleh nanti aku terpadam hutang aku...'ter'..

taste aku? taste lama macam kuza dan as ka? oh no! OMG!

rena:
wak lu! akak nyanyi lagu Malaysia Berjaya sajork

butaseni:
cinta itu buta...hanya itu yang dapat aku ungkapkan buat masa ini

nunn:
AMIN

alan_zed:
sama yer! tahniah ler mike..selamat datang

mista:
mesti kamu orang lama jua..selamat datang

cik bunga rampai:
kalau rasa gembira tepuk tangan
kelepap kelepap
kalau rasa gembira tepuk tangan
kelepap kelepap
kalau rsa gembira beginilah caranya
kalau rasa gembira tepuk tangan
kelepap kelepap

maksu:
cuba teka nek nak suka kaler apa?

jinggo said...

aku baru nak cakap selamat mengundi....
hahahhaa......
tak pa......
tak pa.....

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

tuan rumah...

kalau baru menjangkau 23 tahun pada tahun ini dah masuk kategori orang lama ke?

huhu...

artisticklytouch said...

jinggo:
hang undilah untuk aku

pagi yang gelap:
iyer...