Tuesday, March 13, 2007

Bertukar dsbnya

Pertukaran berlaku pada setiap masa dalam hidup kita. Ada saja yang bertukar. Sama ada kita sedar atau tidak ia tetap bertukar. Sama ada kita mahu atau tidak ia bertukar juga. Terpulang pada kita untuk menerima atau tidak pertukaran itu. Atau lebih menarik dipanggil perubahan?

Di ofis, pucuk pimpinan bertukar. Ada yang bernafas lega, ada yang tergaru-garu kepala. Aku rasa lega sebab yang lama tak berapa kena dengan citarasa. Egoistik orang kata. Yang baru nampaknya masih mesra alam tapi entahlah.

Blogger ni pun nak kena bertukar-tukar juga kepada goggle. Dah lama aku postponekan pertukaran tapi akhirnya mengalah juga. Bukan rugi pun.

Di mana lagi bertukar?

Entah...citer benda lain.

Last week aku mendatangi ha ha sebuah pertemuan teater di UPM. Katanya untuk bertemu dengan yang baru dan lama. Aku kategori lamalah. Tempat perjumpaan masih di tempat lama, di foyer dewan besar dengan masing-masing duduk keliling dalam satu bulatan. Dan di dalam dewan besar itu sedang berlangsung peperiksaan untuk para student. Jam sudah 9 malam. Masih macam dulu-dulu. Tidak bertukar.

Mereka suruh aku cerita kisah dulu-dulu. Kisah kejatuhan dan kisah kegemilangan. Semasa bercerita aku sebak mengingatkan rakan-rakan lama dan apa yang kami lalui dulu hanya untuk berteater dan memastikan perkumpulan itu kekal sampai bila-bila. Sekarang ia masih ada.

Pulang dari pertemuan, aku tersenyum sendiri. Katanya nak berehat dari teater tapi akhirnya tak sampai beberapa bulan mencari semula ha ha

Dulu-dulu Arm Bahtera pernah kata:

"Kalau anak seni tu, tak ke mana perginya, berpatah juga mencari seni".

Kamu anak seni?

4 comments:

ann nurbaya hassan said...

ingat nak bersara kan.....tapi tak2 juga!!!!!
bukan ko aje...aku pun sama!!!!
yang penting SOUL MAN....
segala-galanya berubah.....hati ada ubah ka????

Pegawai Khalwat said...

baru la hang balik pada trek asal hang buat blog ni.

Kalo tak pebenda la hang dok cerita.

macam aku.

Psss..... sapa menang?

artisticklytouch said...

nurbaya:
Hatiku masih tidak berubah...
masih berdarah...
pabila kusedar...
yang kuimpikan oh hanyalah kaca..

PK:
Aku memang ada rasa-rasa itu..entry2 aku sangat tidak berkenaan dengan nama blog ini tapi nak buat macam mana, aku berada di KL dalam bulan2 teater lembab di mana2. So tak adalah entry seni

akulah drama queen... said...

rindunya saat tu... sangat okek... situ la tempat jumpa... situ la tempat prektis... situ la segalanya... ah...