Friday, December 31, 2010

Shopping di Bandoeng (Part 2)

Kesian Rumah Mode kena carut dalam entri sebelum ni, SELAYAKNYA!!!

Tapi janganlah dapat gambaran yang shopping di Bandung ni indah khabar dari rupa. Ada lagi tempat lain yang menarik, jom kita ke sana *feeling pengacara Jalan-Jalan Budget

*disebabkan aku tak bergambar di sini, so nah, tengok gambar-gambar yang dipetik dari internet tanpa kebenaran

ada kedai wig uols....tapi tetaplah fesyen orang Indon. Janganlah kau berangan nak wig style Jennifer Aniston ke, Eva Longoria ke, yang hado cuma style Hetty Koes Endang dan Titiek Puspa je hehe

Pasar Baru memang heaven sebab barang-barang memang murah dan kenalah dengan tempatnya. Tempatnya memang tak grand, sempit ya amat, setiap ceruk ada kedai. Kalau terbakar tuh, memang confirm takde peluang nak hidup. Punyalah sesak, memang tak sah kalau jalan tak berselisih bahu, berlaga lutut, hinggakan nak tercomolot pun boleh *tipu sangatkan!!

Barang-barang kat sini sangat sesuailah untuk makcik-makcik, kakak-kakak dan mereka yang nak mendirikan rumah tangga, hatta peniaga kain juga. Murah dan banyak pilihan. Kalau kau tak pernah pergi, kau bayangkan Pertama Kompleks tu, dipadatkan dengan kedai-kedai kecik lagi dan ramainya orang macam dekat Puduraya.

inilah pasar baru di waktu tak busy

Yang paling famous kat sini kain telekung, kain batik, kain ela (buruk je aku tengok, cantik lagi kat Kamdar dengan Jakel). Aku beli souvenir - yang aku yakin sebenarnya boleh tawar lagi walaupun member aku sorang dah excited sangat sebab dapat murah - dan dua helai kemeja ada ciri-ciri Islamik. Itu jelah yang aku beli, sedihkan. Entah kenapa aku sangat memilih kali ni.

nampak tu kain....tak rambang biji mata kau? biji mata aku OK je

Member-member lain memang gigih membeli. T-shirt kat anak buah katanya, telekung lagi, kain lagi dan yang paling penting kain 'mega mendung' yang katanya kain itulah Rizalman buat baju Ziana Zain. Merasa raya nanti baju kau sama dengan hakak ZZ.

Kalau pergi sini dalam rombongan, pastikanlah tak hilang member, sebab kalau hilang, alamat nak jumpa tu agak tipislah. Kitaorang pun sekali terhilang seorang member, walaupun dia ni kategori sebatu kau boleh nampak tapi dalam Pasar Baru memang berpeluh juga ye mencari.

Kali kedua nak kata hilang tak juga sebab kalau hilang di cari tapi ini tak di cari. Sebaliknya orang yang hilang tu yang buat public paging cari kawan-kawannya yang dah gila memborong kain dan telekung. Dua kali ye paging!! Seumur hidup aku tak pernah buat paging kat Mall or pasar tau *ooppppssss

Oooooiiiiiiiii....orang kampung!!! nampak member aku tak????

Dan, sukalah mengingatkan, kalau janji nak jumpa pukul 3:30, silalah berkumpul pukul 3:30 ye LOL dan sila bawa medium komunikasi yang paling efektif ye LOL lagi.

Selain daripada kesesakan dan barang-barang murah, satu lagi keunikan Pasar Baru ni yang aku lihat adalah peniaga-peniaganya. Mulut tu memang tak berenti panggil pelanggan;

"Boleh belanja! boleh belanja! boleh belanja!" dijeritnya. Mahu tak boleh belanja? Kalau tak boleh belanja buat apa datang tempat tu ye tak.

Yang meniaga makan dan minum pun siap bawak dulang dan tong air pusing satu pasar, segala celah dia jelajah untuk sesuap rezeki. Yang tukang jaga kedai pun dah dapat nasi lunch tu, terus duduklah celah kain-kain tu makan. Kagum sekali.

Kiranya puas hatilah shopping dekat Pasar Baru ni walaupun barang dia konsep murah jual longgok je tapi berbaloilahkan daripada kau shopping dekat butik feeling, barang nan hado, harga boleh muntah.

Hmmm....ada dua tiga lagi tempat shopping ni, next entrylah ye :D

7 comments:

angloko said...

hahaha.. teringat time pegi sana aritu.. membeli lupa diri.. sgt murah.. bila tawar menawar.. dpt lg murah.. mmg heaven la membeli kat sana... hahahaa...

@xiM said...

pasar baru time aku pi hari tu dah tutup.sedeeeeeeyyyyyy!!

Efarojie said...

nape i x nampak pon kedai wig tuh? i nak feeling dian sastro~kalu x pon jadik rangga..jangan renggek sudah!

Shopaholic_Sinful said...

m going to bandung again... bln 6 nih.. dah lama tak pegi.. hiks.. kali ni pegi dengan rombongan cik kiah seramai 8 org.. gaygeh tak!?

anyways... pasar baru nih mmg la kalau mak cik2 pegi boleh menggila nak nyopping!

artisticklytouch said...

angloko:
sorga! sorga!

axim:
uiks, awat dia tutup?

efarojie:
kitaorang jumpa pun masa jalan2 tanpa arah tujuan

SS:
shopping lagi...tak pernah sudah kn..

Mak Su said...

wig yg evergreen, he he he

Kimmi Zarul Hamzah said...

Seswailah Pasar Mode tu kena carut uols! Sape yg hilang tu?? Iols tringat plak kat Chatuchak