Thursday, December 30, 2010

YEAY, MENANG!!!!


Setelah bermula 'sayur' dengan kekalahan 5 - 1 kepada Indonesia pada perlawanan pembukaan, akhirnya kita bangkit untuk menjuarai Piala Suzuki AFF dan menebus kembali kekalahan awal dengan menang bergaya 4 - 2 ke atas Indonesia.

Selama ini ramai yang tak pernah ambil peduli pun sebarang perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan kebangsaan. Kita cuma tahu Piala Dunia dan EPL (itupun ada juga yang tak tahu), tiba-tiba Piala Suzuki ini pula jadi sebutan. Tiba-tiba semua orang bercakap pasal bola, sampaikan Rio Ferdinand pun boleh ucap tahniah pada pasukan kita.


Jujurnya aku antara mereka yang tak pernah penat menyokong pasukan Malaysia walaupun banyak kali kalah dari menang dan yang terbaru di Sukan Asia pun tak mampu menyengat, ditambah pula dengan politik dalam FAM yang macam cilanat tapi tetaplah kalau dah pakai bendera Malaysia kat badan tuh, aku tetap sokong.

Akhirnya kali ini sokongan berbaloi. Secara 'superstitiousnya', tiap kali kita pakai jersi biru, kita menang, pakai je jersi kuning, kalah tapi tak boleh percaya semua tu...khurafat ye.

Kali ini nampak permainan pasukan kita lebih bertenaga daripada biasa, lebih hangat dan lebih bersemangat. Takdelah bertahan sepanjang masa dan dapat gol pun macam 'mercy' gol yang diberi pasukan lawan.

Pertahanan kental, keeper hebat dan penyerang berbisa (feeling Hasbullah Awang kejap), itulah yang kita cari selama ini.

Tahniah kepada team Harimau Malaya yang berjuang bersungguh-sungguh untuk menidakkan cercaan negatif mereka yang pesimis.


Walaupun ini baru peringkat Asia Tenggara tapi kalau kena cara dan diteruskan semangat begini, InsyaAllah, pasukan kita akan boleh maju lagi. Harapnya tak ada lagi drama tak perlu dalam FAM dan rakyat Malaysia terus menyokong pasukan negara.

3 comments:

pye:rudz said...

tahniah malaysia!

cik puan sewel said...

yeay cutiiii!!!... ekekekeke...

Kimmi Zarul Hamzah said...

Saya terima nikahnya Khairul Fahmi dengan mas kahwin 5.50 tunai