Thursday, March 19, 2009

langgar dan lari sekuat hati

A colleague of mine just lost her brother to an accident

IT'S A LANGGAR LARI

gambar hiasan sajork - tapi aku tak pernah buat entry pasal gambar ni kan???

Al-Fatihah

Langgar dan kemudian lari..
Beberapa tahun lalu aku kehilangan sepupu juga kerana kemalangan langgar dan kemudian lari..
Seorang rakan kolej, hampir kehilangan bapanya kerana kemalangan langgar dan kemudian lari..bapanya ditemui masih berjaya di dalam longkang, keesokkan harinya!!!
Orang kampung aku pernah langgar seorang bangla dengan lori aisnya di tengah-tengah malam yang gelap pekat (dia kata tak nampak bangla tu - tapi macam mana dia tahu yang dia langgar tu Bangla?), dia terus pecut. Sampai rumah, dia cuci lori yang penuh kesan darah

Kalau kita ditempat pelanggar itu, kita lari tak?
Kalau yang kita langgar itu mati, adakah itu boleh dikategorikan sebagai membunuh?
Kalau kita lari dan tak kena tangkap, boleh ke kita hidup tenang?
Kalau kita lari tapi kemudian kena tangkap?

18 comments:

cendawanintim said...

ngeri plak aku baca n3 nih...

kodok jambul said...

"kalo aku la, sebagai orang yang baik ati dan mulia cam aku la kan, ala orang yang tak biasa buat mende2 jahat cam aku ni kan..aku mesti tak...

tak tunggu punya! hihihi"

kataku sahaya berseloroh, namun hakikatnya aku pasti aku akan tunggu dan cuba buat apa yang patut, sebab...? sebab aku yakin tahap pemikiran aku neh jarak dia buleh tahan jauh la jugak. tahap penilaian baik buruk aku neh buleh tahan la jugak...

kalo kantoi! lagi susah aku, kalo dah kemalangan tuh mana ada sengaja, aku yakin undang2 takkan hukum aku seberat hukuman kalo kena tangkap lepas lari, kalo aku salah aku ngaku salah, at least family si mangsa bleh saman insurans aku, dapat la jugak duit sara hidup sedara2 si mangsa...

see....aku baik kan?

heheh!

!^_^

"support jambulism"

azrullokman said...

saye pon hilang 'si dia' kerana perkara ini; langgar lari!!!

artisticklytouch said...

mushroom:
kan!!!

kodok kendi jambu:
mate, gua caya sama lu ah!!! lu terbaiklah!!

yoe:
innalillah...

kamar hati said...

berhati-hati di jalan raya...mintak dijauhkan dr semua tu... :)

tegezoot said...

kalau tunggu bleh kena pukoi wo! tu yg depa lari tuh!

artisticklytouch said...

bilik:
dalam kita duk berhati-hati tuh, kita kena langgaq, camana?

tergezoot:
betol betol betol *Upin

artsoul said...

persoalan yg aku pun tk tau nak jawap kalau aku langgaq orang...bagus jgk entry hang ni,mengingatkan aku jgn drive mcm pelesit....takuitttttt....

★☆inchek [s.h.a.n.d.y.e] ★☆ said...

bukak google...
then carik perkataan nih: "Vehicular manslaughter"

hurm...
banyak terma dan perdebatan tentang isu ini tetapi bagi aku, ia tertakluk kepada isu moraliti dan sensitiviti seseorang itu sendiri.

khususnya kita sebagai umat Islam...

kan?

artisticklytouch said...

artsoul:
baguih, jadi orang, jangan jadi pelesit

shy:
nanti sat nak try

gjul said...

arwah abg ku juga dilanggar..tapi g mekanggar xsmpat lari~

sinaganaga said...

beberapa hari yang lepas kawan aku yang baru 2 bulan berkahwin terlibat dalam kemalangan maut tidak berapa jauh dari simpang tempat kolej dia mengajar.

al-Fatihah!

artisticklytouch said...

gjul:
kesahnya...

bro naga:
Al-Fatihah...lama ko tak muncul kat sini kan...

gjul said...

al-kesahnye begitula..
eh..aku sudah link kamu..harap tidak mengapa..ye dak..

rena said...

saya selalu mendoakan sape2 yang langgar lari ni akan dilanggar balik oleh orang lain dalam jangkamasa kurang dari 20 minit. dan orang yang langgar dia tu pun akan lari jugak..

artisticklytouch said...

gjul:
hoi, manaleh!!! he he link le, nanti aku link kamu pula yer...kesahnya..

rena:
hish...ko neh, cuba ko doa dia terbuka hati untuk mengaku salah ke, untuk berubah ke, doa supaya dia ampuni ke....bukankah itu lebih dituntut...jangan ikutkan sangat nafsu amarah ittew

jinggo said...

susah nak cakap la art.....
takut pon ada jugak....
taku t belaku pada kita,sedara kita atau kengkawan kita.....

sesama la kita doa kan agar semuanya baik-baik belaka....
insyallah.....

artisticklytouch said...

jinggo:
Dengan izin Allah...amin