Saturday, July 21, 2007

Silau Semalam ... Episod KOMTAR

KOMTAR Penang ye...bukan KOMTAR JB

Dulu kalau cuti sekolah aku mesti balik kampung, maklumlah cucu kesayangan arwah tok. Arwah Wan takde pilih kasih, semua dia suka, semua dia belasah kalau dia tak suka. Selalu aku balik kampung mak dengan abah hantar. Aku tak suka duduk rumah time cuti sekolah sebabnya member-member sekolah aku selalu tak ajak aku keluar main, aku je kena pergi mengendeng dekat diaorang tapi kalau hari sekolah diaorang kawan dengan aku. Satu lagi sebab, aku selalu bergaduh dengan adik aku yang sangat kerek. Beza umur kami tujuh tahun tapi memang dia sangat kerek.

Selalu dekat kampung aku berkawan dengan sepupu-sepupu aku. Tak ramai pun, yang umur-umur dekat nak sebaya 5 orang je so kitaorang geng la. Yang lain tu kecik-kecik lagi, susah nak berkawan. Jadi dengan geng 5 orang nilah kitaorang menjelajah ke serata pelusuk kampung dan berpeleseran mengikut fahaman budak-budak pada waktu itu.

Sekarang nak cerita pasal KOMTAR. Bagi yang tak tahu, KOMTAR ni memang popularlah kat Tanjung (Penang), kiranya macam One Utama New Wing la sekarang ni. Memang hebat, meriah pulak lagi tapi sekarang takde apa dah, Parkson kat situ pun bankrupt! Kitaorang memang selalu pergi KOMTAR ni, bukan nak shopping, bukan nak berpeleseran, bukan nak tengok wayang tapi nak main game.

Kita dengar lagu 4U2C

Main video game ahak ahak
jariku sakit ahak ahak
tapi tak serik ahak ahak
nak cuba lagi ahak ahak

Batuk berkahak agaknya 4U2C ni nyanyi lagu ada ahak ahak

Ya, dulu aku pernah minata gila 4U2C.

Sumber kewangan untuk main game di KOMTAR:
  1. Duit raya yang dapat hasil titik peluh pusing keliling kampung dan ikut mak bapak pergi raya rumah sedara mara yang tidak dikenali juga yang dikenali
  2. Duit raya yang arwah Wan sediakan untuk budak-budak kampung yang datang beraya ke rumah kami. Aku ambik segenggam, abang ambik segenggam, semua ambik segenggam.
  3. Sebab aku cucu kesayangan arwah Tok, arwah akan bagi RM10. Buat belanja katanya. Duit ni aku buat belanja semua orang makan sebab kalau nak tukar siling banyak sangat silingnya nanti. Kadang-kadang kalau arwah Tok nak kirim barang, dia bagi RM20 atau RM50 (masa tu ada lagi note RM20) dan baki tidak perlu dipulangkan.
  4. Bawah tuuuuutttt.... (takleh cakap nanti korang rompak rumah arwah Tok aku)
  5. Dekat tuuuuuttttt... (atas alasan dan sebab yang sama seperti di atas)
  6. Kitaorang pernah pergi tukar duit pokok pisang (duit zaman Jepun) dekat money changer, sekeping duit pokok pisang, dapat doposen.

Selalunya kami pergi main game kalau masa tu Hari Raya tapi bukan Raya pertama ke, kedua ke, paling awal pun raya keenam atau ketujuh sebab sebagai kanak-kanak bawah umur, kami kena mengikut mak bapak pergi beraya rumah saudara-mara yang tidak dikenali. Ini adalah supaya kami yang tak tahu apa ini akan jadi bahan sindiran kerana tidak mengenali sedara-mara lantas mak bapak akan terlepas dari rasa bersalah kerana membawa kami hidup jauh dari sedara mara in the first place (matila menyalahkan mak bapak sendiri) jadinya kami tak boleh kata tak mahu ikut, boleh sebenarnya, itupun kalau kau sanggup dengar bebelan selama 3 hari 3 malam diikuti dengan sindiran untuk 3 hari 3 malam berikutnya. Namun yang paling penting, kalau kami tak ikut....kami tak boleh pergi KOMTAR!!!!!

TIIIIIIIIIIIIIIIIIIDDDDDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!

Bukan pergi dengan mak bapak tau, pergi sendiri. Aku dengan abang aku la kepala, pandai ni, susun perjalanan nak naik bas apa, tunggu bas kat mana, keluar pukul berapa. Bab jadual bas tanya Tok Njang, dia hafal jadual bas dan memang tepat jadual yang dia berikan sebab sepanjang hari dia akan melepak mengadap jalan raya depan rumah dia sambil berkipas, habis semua orang lalu lalang ditegurnya.

Nak ke KOMTAR dari kampung aku kena naik dua bas dan satu feri tapi kalau nak ke BM dahulu kenalah naik tiga bas. Sampai di KOMTAR kami cruising area kedai game, kalau tak silap di tingkat dua, manalah tahu kalau-kalau ada bond tengah ronda. Apabila line kelihatan clear, pergi makan dulu dekat rooftop KOMTAR, apa ntah dia panggil tempat tu aku pun dah lupa tapi memang banyak la kedai makan, macam medan selera la.

Dah kenyang baru boleh main game. Sederet kedai game, ada la dekat 4 5 buah kedai, jadi kami pecah sebab kalau ada apa-apa hal senang nak lari. Ada notis tertulis pelajar yang berpakaian seragam sekolah tidak dibenarkan masuk, kami pakai baju raya, so bolehlah masuk kan?

Aku tak suka main game lawan-lawan sebab aku selalu kalah. Kalau main game racing aku selalu menang he he tak boleh main game yang senang kalah, nanti rugi duit siling. Walaupun time tu nak main game cuma perlu ada doposen sahaja tapi nak kena berjimat jugak sebab karang duit ko dah habis, orang lain tak habis lagi, tak ke mati kutu nak tengok diaorang je yang main.

Jadi kami mainlah dengan seronotnya sampailah poket masing-masing dah ringan dan duit cukup-cukup tambang balik je, kami pun balik. Sampai kat rumah harus semua orang dewasa akan kueri apa yang kami buat kat KOMTAR sehari suntuk dan kami jawab;

"Jalan-jalan je...."

Tapi sebab aku cucu kesayangan arwah Tok, aku selalu pecah tembelang dekat dia he he

22 comments:

butaseni said...

situlah syurga untuk budak2 skolah dulu hahahahaha.situlah tempat tuisyen aku hhahaha.lepas tu ada mee udang murah depan tu(tempat dating cinta monyet):D
by the way,kedai game tu tingkat 4 lah.

artisticklytouch said...

butaseni:
tingkat 4? sudah tukar ka?

Pegawai Khalwat said...

memang tingkat 4 lah. Hang ni dok buat lupa pulak.

Aku jarang ke Komtar. Untuk main game jauh lagilah.

Sebab utama, kampung aku jauh, dua jam naik bas baru sampai, aku pun jarang main game dan tak reti main game, nanti kena bedal dengan arwah bapak aku.

Tingkat atas sekali memang ada tempat makan dan juga tempat berdating a.k.a beromen.

amirahsyuhada said...

kami orang selatan selalu dgr cikgu2 kami citer yang kat komtar ramai orang jahat hehe..

akirasuri said...

tersengeh-sengeh saya baca entri ni. adeii. ha ha ha.

mengingatkan zaman budak2 yang nakal. ngah ngah ngah. tapi kenangan banyak buat kita sengeh tak cukup pipi kan kan kan :))

Anonymous said...

i went to Komtar onced on the 2nd day of raya..long2 time ago..speechlessly stunned afta seeing a coulple snogging like mad cow at the garden area on the top of komtar..ewwwww!!!! what do u expect?? i was 14teen at that time!

-cast

Mak Su said...

amboi.. kutu komtar ler ni dolu-dolu ek.

Nezjoe said...

"abugennn!!!"

hehhe

mesti hang main street fighter kan?
teknik menagkap bayang, dan hempas ke lantai..
wahh...
gila addict aku dulu!

blackpurple said...

Tak pernah ke KOMTAR yang itu. Kesian aku.

Budak-budak lagi masa itu. Oklah kalau macam itu... he he.

artisticklytouch said...

PK:
Patutlah la ni tiap kali lunch time hang main game!

amirah:
hish...mana ada! tipu tuh he he

akirasuri:
haah, terpaksa pinjam pipi member he he

castmar:
so now I understand why you are what you are now he he

mak su:
takdelah mak su..sekali sekala je

nerd:
aku taste chun li hehe

BP:
;)

cuaca said...

aku pernah kena tangkap dan di bawa ke perhimpunan hari isnin.

kamarul said...

haha.. 4u2c mmg gile kool dulu2. sape yg tak penah layan KRU dgn 4u2c dulu2 ye tak?
p/s: thanks for dropping by my blog dude! :)

Nunn said...

Komtar tu ka? wa selalu gak turun Penang (sbb keje)ntah ngape, tak brape kenan ler nak jenjalan kat situ... stuffy sangat kot, huhu..

Ku Keng said...

zaman saya belum ada Komtar. Yang terbesar hanya Chowrasta

E.f.f.a.r.o.j.i.e (K.A) said...

bro art...i tagged u inmy blog..hae a read at it..and do it when ur free..
btw, how u oin? diam sajork????

artisticklytouch said...

Cuaca:
wah...kurang-kurang kau dapat jugak naik pentas masa perhimpunan hari isnin, aku selalu teringin..

kamarul:
ha ha kami rapperrs yo!

nunn:
stuffy dengan takde apa

ku keng:
jauh jarak zaman kita kalau macam tuh

castmarr:
KEJISSSSSS!!!!!!

Izariza said...

Seronok dan terhibur saya membacanya .. terima kasih :)

artisticklytouch said...

iza:
sama2..

bunga rampai said...

Entah bila pula saya akan sampai ke Tanjung, kemudian ke KOMTAR.

Kisah zaman kecik-kecik sering meriangkan. Saya senyum-senyum lebar membaca entri ini.

kepingin membaca luahan rasa Art dalam nukilan sajak ;)

Salam :)

wahdi said...

Heheh tak penah masuk komtar penang..tengok dari luar penahlah ;)

artisticklytouch said...

cik bunga rampai:
anda mengingatkan saya bahawa saya sudah lama tidak menulis puisi. saya tidak pandai membuat link (masih separa buta IT) jadinya cuba cik bunga rampai cari entry-entry saya di tahun 2005, pada tahun itu banyak sajak-sajak karangan saya dan yang paling saya suka sebuah sajak berjudul Pelabuhan yang dikarang pada September 19, 2005...silakan..

artisticklytouch said...

Wahdi:
wooo...kena masuk tapi takde apa ar yang best he he