Monday, August 06, 2007

Entry-Entry di dalam satu entry

Terpaksa berbuat entry sebegini semenjak internet di PC aku telah di disablekan oleh team IT, sebabnya kadang-kala sahaja aku dapat menempek ke PC orang lain untuk blog hopping dan update. Hari ni hari Ahad, aku sorang-sorang je dalam ofis, cuma kadang-kadang ada budak-budak operation masuk buat fotokopi. Accounts Manager pun sibuk chatting dalam ofis dia (tak nak pulak team IT tu disablekan internet dia!)


Lamakan tak ada entry, kesian korang buka blog aku je, benda yang sama. Bukan tak ada idea, berlambak-lambak idea tapi kesempatan tak ada. Time kerja dah sah-sah takleh nak mengendeng PC orang lain. Budak kat ofis ni pun dah tau style aku, kalau tiba-tiba menaip laju je, ada la yang datang menjeling tengok aku buat apa. Sebenarnya ramai lagi yang tak tahu blog tu apa, dapat ada friendster pun dah macam dapat barang kemas Habib Jewels...heboh!!! he he

Dari entry yang terakhir harituh, macam-macam berlaku dalam hidup aku. Tak adalah macam-macam sangat cuma one thing lead to another....

Dua minggu Pulau Redang ni mendung je dan hujan sepanjang hari. Kena pulak satu hari tu, aku dah lambat untuk ke pejabat. Hujan pulak mencurah-curah tak ada takde nak reda. Nak naik bas, dah terlepas, so redah jugalah. Sampai dekat ofis aku dah lencun, buat muka tebal je kena gelak bila masuk cafe untuk breakfast. Sepanjang hari aku bekerja dalam kesejukan, dengan air-cond lagi, baju basah lagi, terketar-ketar nak tunggu pukul 5.

Esoknya aku demam. Demam yang kuat sangat-sangat. Amek ubat pun tak jadi apa. Doktor bagi MC 2 hari termasuk dengan offday aku. Dapatlah rehat kat rumah. Roomate aku pulak mulut macam sial lahanat, ada ke dia kata aku saja-saja nak demam, demam aku tipu, aku tipu doktor, dah confirm ni pandai pulak amek MC, tido je sepanjang hari, aku pun tak paham, aku ada menyusahkan dia ke sepanjang aku demam tu? Seingat aku tak ada pulak, dia tak ambik tahu pun pasal aku dan yang paling penting aku tak suruh pun dia ambik tahu pasal aku tapi apasal dia nak membebel tiap kali dia balik rumah? Ingat aku saja-saja ke duk rumah tengok Astro (he he tapi best gak).

Lepas 3 hari berdiang baru boleh masuk kerja balik, itupun aku masih belum 100% sembuh. Kerja berlambak dekat ofis dan aku tahu takde orang nak tolong buatkan walaupun benda tu senang je. Perut aku rasa kelakar, doktor kata side effect makan pain killer. Whatever la doc! Memang sangat-sangat kelakar perut aku rasa, macam nak terberanak tapi tak ada baby, macam nak terberak tapi tak ada tahi. Makan tak lalu, rokok pun tak lalu. Dah tak makan, badan pun lembik je, jadi aku banyak menghabiskan masa di kerusi ofis atau baring tengok TV dalam bilik. Main volleyball pun aku rasa nak muntah melompat-lompat segala.

Dah seminggu tapi perut aku masih lagi rasa tak sedap, angin je dalam badan, prot sana, prot sini, burp sana, burp sini tapi aku pandai control so orang tak perasan he he

Dalam minggu ni aku dapat berita gembira...

AKAK DAPAT PROMOTION UOLLLSSSS!!!!!!! GAJI UP RM350.00 YEEEEHHHAAAAAA!!!! SEKARANG AKAK BUKAN LAGI MGMT TRAINEE...SUDAH OFFICER UOLS!!!! ALHAMDULILLAH.....

al-kisahnya aku mintak surat confirmation je daripada bos tapi bos pergi buat extra miles pulak. Mula-mula top management memang sceptical sikit nak luluskan tapi entah macam mana terlulus pulak. Jadi bermula bulan September ni aku bukan lagi trainee tapi officer. Bos besar siap pesan lagi, kalau performance lagi bagus dia terus up jadi Asisstant HR Manager he he wah....kekwatnya aku rasa...(Usop mesti nak aku up bayaran bulan-bulan ni). Management trainee sorang lagi, kekal di tempatnya, tak ada perubahan cuma gaji berubah sikit, kat bos dia kurang pengalaman lagi. aku tengok pun memang kurang pengalaman, kerja dengan dia pun headache jugak, kalau A, A jelah sampai bila-bila, kau kona sikit, dia tak kelam kabut tapi dia marah kau balik. Kadang-kadang aku terpaksa buat kerja yang sama tiga atau empat kali hanya kerana dia dah terbiasa begitu, nak cope dengan tahap kerja dia. Dan dia cukup hebat untuk membuktikan yang kau tak reti buat kerja. Yea, right!!!

Namun disebabkan perut aku yang kelakar ni, aku takleh nak celebrate lagi promotion aku, postponelah balik KL hujung bulan ni baru celebrate he he

Cik castmar tag aku on 6 weird things that I do...apa ek...

Weirdo me number one:
I always read newspapers and magazines from back to front. Not that the back stories are juicer but, i dunno, I'm used to it...

Weirdo me number two:
Sometimes I felt lonely and wishing that I'm in a room full of people, I can chat, laugh, gossips but put me in a room full of people for 20 minutes, I go Nak Balik!!!! I like friends to come over to my place and lepak-lepak sebab asyik aku je pergi lepak rumah diaorang, but after 15 minutes, I just can't wait for them to go back! Diaorang tak buat salah apa pun cuma aku rasa macam aku tak reti nak layan.

Weirdo me number three:
I eat so much sometimes non-stop but I have kept slim for the past 28 years.

Weirdo me number four:
I talk to myself every single moments that I could find. On the bike, in the toilet, in front of the Tv, with the refgy, anytime, anywhere but takde orang pernah perasan.

weirdo me number five:
Though I have so many things to talk to myself but I have so little thing to talk to others. Strangers ke, non-strangers ke, I prefer they do the talking. My part is only restricted to hmm, mmm, ahh, ha ha, ooo yeke only.

Weirdo me number six:
Mulut aku ni laser tapi aku tak sampai hati nak melaser orang dan aku biarkan je orang laser aku, cakap pasal aku. Especially housemate aku tu. Bukan, dia bukan mak ratu or pondan kertu, dia lelaki sejati nok, jantan sangat tapi membebel haiyoooo mak hayam pun buleh sujuds...takpelah I forgive people but I don't easily forget.

Weirdo me number seven:
Eh, terlebih pulak...takpelah..alang-alangkan...I have been in and out of relationship for the past 8 years. Paling lama, 9 months, paling sekejap 2 weeks..he he why it's weird is simply because ada orang yang couple for 7,8, or 10 years, ada orang sampai mati...wait the minute...yang ini takleh kira aku yang weird...ini diaorang yang weird he he

so that's it! only six! the numero seven doesn't count.

Till then, Da..

Oh, did I tell DD is coming to KL this Merdeka to celebrate my Birthday??? he he aku dah pening nak bawak dia jalan mana..so sape ada idea tempat best untuk bawak orang Tanah Merah berjalan-jalan di KL let me know k.



20 comments:

debikdebuk said...

DD nak datang, ko bawak restoran masakan kelantan... baru rasa macam kat kampung dia...

~wan hidayat~ said...

ermmm...salam perkenalan, wow...pulau redang, kerja ada and buat apa kat situ ek...menarik tuh...gua yang asalnya teganu pun tak pernah sampai sana....well, gua pun nak link ur url dlm myblog...ur writing, so slumber beb...one more thing...ermmm, mana tahu i'm the ucuslayer???

artisticklytouch said...

debikdebuk:
Haahkan pastu mesti dia laser aku..kat Tanah Merah pun ada..

wanhidayat:
Kerja menguruskan staf-staf yang 'dedikasi' he he apa lagi mai la sini...pulau redang menanti he he link le tapi jangan bengang kalau lama takde entry he he i have proved my case kan..by the way, aku gi myspace hang, 2 yang aku tau hang ucuslayer

Rush Murad said...

singgah kejap.. ....

Pegawai Khalwat said...

Yaaaa.... betul..... memang aku nak minta hang top up bayaran.

Member baik hang tu sengap sunyi ja. Takkan nak suruh kami pun jadi ala Along jugak kot.

Ass HR? Gaji riburiburibu tu!

Mak Su said...

alah.. nak kena tunggu sunday aje ker? tak ada CC ker kat redang tu?
demam - biasalah tu, kekadang orang saja jeles tak tentu pasal, pening nak melayan kan.
weirdo - aik? mcm sama je kita... hehehe, bab visitor, bab bercakap, bab laser...

artisticklytouch said...

rush:
kejap je? tak sempat nak buat kopi

PK:
top up? he he AHRM? he he lambat tahun lagi tapi aku dah buat calculation dah he he

kawan aku? aku surrender...

maksu:
tengoklah, kalau dapat mengendeng sesapa punya, now my friend cuti, bleh la pakai PC dia. CC ada tapi ko mesti gelak, ada 2 PC je, itupun kena utamakan guest. Ko pikirlah maksu, pasal aku demam pun nak jeles ke? tak justify langsung! bab weirdo tuh he he sekapai kita ni na, buleh la buat geng, ko jemput aku datang rumah pastu halau aku balik, aku jemput ko datang rumah pastuh halau kau balik he he

kamarul said...

tahniah dh naik gaji. n pasni ko gi lempang rumet ko yg bising2 time demam tuh! hohoho. :P

Anonymous said...

naik gaji????
wahhhhh...tahniah kepada DIRIKU sendiri kerna ada org yg akan membelanjakan diriku nanti dengan gaji barunya~huhuhuhu!!!

p.s: mutif nama i jd castmar???
p.s 2: hey u need to tag 6 otha ppl

-cast-

artisticklytouch said...

kamarul:
terima kasih..lempang ke? aku rasa nak ludah...

castmar:
afsal uols selalu wat anonymous? castmarkan chantek! alamak lupa pulak nak tag..kalau malas nak tag buleh tak?

akirasuri said...

erk!
dah naik gaji tu.
bila nak belanja para bloggers ni.
ha ha ha.

cuaca said...

kalau bukan draq queen boleh koman ker? Gerunnnn......

artisticklytouch said...

akirasuri:
gajinya pun tak dapat lagi...

cuaca:
boleh jers...yang penting ko feeling2 chantek!

blackpurple said...

Isk! Aku mati kutu kalau sehari tak dapat masuk atas talian. ha ha!

Apapun, Tahniah!

wahdi said...

"I eat so much sometimes non-stop but I have kept slim for the past 28 years????"

Perghhhh handal gilerrrr, aku yg seminggu 4 kali ke gym pun perut cepat naik kalau kurang exercise hehe

artisticklytouch said...

BP:
samalah...sebab tu kepala aku dah takde kutu, semua dah mati he he

wahdi:
haa..itulah rahsia atuk turun temurun..

bunga rampai said...

Salam Tuan Pegawai,

Wah, naik pangkat naik gaji. Tahniah!

Bila nak belanja makan?

artisticklytouch said...

cik bunga:
tuan pegawai di arts4life.blogspot.com, saya officer sajork he he nantilah, gaji baru di akhir september baru dapat..

wahdi said...

Rahsia atuk turun temurun?
wah menarik tu, kongsilah ngan kengkawan di entry pasni, tak baik kemut uol :P

artisticklytouch said...

wahdi:
kemut la best uols ha ha