Tuesday, June 05, 2007

Kenapa aku kureng sket dengan Cerita-cerita P. Ramlee

Akhirnya aku dapat juga wat entry. Hopefully di akhir entry ini dapatlah dipublishkan dengan jayanya sebab mengikut sejarah penggunaan internet secara haram di pejabat aku ni, bila kau dah penat-penat type, tak boleh pulak nak upload. Lantas membuatkan kau terasa nak hempuk je Pc depan mata tu tapi kau seakan terdengar suatu bisikan di telinga kata jangan..jangan..itu harta kompeni he he he (suara mengilai akan ada selepas jam 7.00 malam sahaja)

Harituh ada la aku letak komen dalam blog sorang member lama. Entry dia pasal P.Ramlee. Kesan daripada komen aku, ada pulak insan-insan yang tak berpuas hati. Mereka mahukan penjelasan kenapa aku tak boleh nak gelak bila tengok citer P.Ramlee. Aku dituduh berasa diri hebat kerana aku tak gelak cerita P.Ramlee. Salah ke kalau aku tak gelak? Oklah, kalau aku kata selepas-lepas ini aku akan gelak, adakah dia akan berpuas hati walaupun dia tahu aku tidak ikhlas. Persoalannya, perlu ke aku mengikut telunjuk orang dan mengenepikan apa yang aku fikir dan percaya.

Penjelasan. Cara yang digunakan P.Ramlee dalam menyampaikan mesejnya melalui lawak-lawak pada aku tidak kena. Lawak slapstik yang digunakan tak sehaluan dengan mesej yang nak disampaikan. Mesejnya terlalu berat tapi penyampaian terlalu ringan, lantas apa yang kelihatan hanyalah lawak slapstik, lalu semua orang ketawa. Sedangkan, asalnya mahu menyedarkan. Pendek kata, hanya hiburan yang sampai, bukan maklumat. Kerana terperasan maklumat di sebalik lawak-lawak inilah aku tidak lalu untuk ketawa.

Bukanlah nak kata cerita-ceritanya tak berkualiti tetapi bila dah berulang kali kita tengok, dah lali, dah tak ada thrill. Penjelasan ini lambat sebab aku susah nak dapat connect internet kat sini, pulaulah katakan. Minta maaf ye pada yang terasa.

Hanya itulah pesenku wahai si mambang

18 comments:

Pegawai Khalwat said...

The War Has Begun.

Kata orang itu, bukan aku.

lain orang lain pendapatnya. Aku faham dengan maksud hang, sebab memang aku rasa mesej filem2 tu tak semua sampai kepada audien dek diblocking gelak ketawa tu.

Yang sampai pun mungkin pada sekerat dua saja.

tapi pada waktu itu, lawak seperti itu sudah cukup bagus. Pada masa sekarang pun orang masih gelak lagi.

Aku pun masih gelak lagi kalau tengok cerita lawak P.Ramlee dengan syarat, aku tengok beramai, atau aku teringat lawak p.ramlee yang di buat oleh rakan-rakan dan dikaitkan dengan filem.

Kalau tak, entahlah. Dulu lain, sekarang dah lain.

dah tua dah.

artisticklytouch said...

PK:
Itu tak kena, ini tak kena, yang ni yang kena!

ontahsapo said...

dihujugn2nya, cerita dia lebih memberi kesan....

NezJoe said...

hehehhe
panas! panas!
berbeza orang berbeza opinion kan?
entri hang buat aku berfikir lagi.

-salam balas kunjungan. Kalau tak keberatan, aku nak pautkan blog hang ke blog aku. Mudah nak 'intai' lain kali.

butaseni said...

rasanya yg orang bantai tu sbb ayat 'cara tak kena'.(cara pengarang yang tak kena.hahahaha
soalannya mcm mana nak bagi kena?
mungkin pengarang tu tak sehebat siklytouch dan peg khalwat menulis tapi itu karya dia :D
peace............

artisticklytouch said...

ontahsapo:
kan..aku juga rasa begitu

nezjoe:
pautlah, jangan berpaut di dahan yang rapuh sudah

butaseni:
hebat..jangan diulang perkataan itu

bunga rampai said...

Salam,

Barangkali filem-filem P. Ramlee boleh filemkan semula - re-make?

artisticklytouch said...

cik bunga:
re-make? cik bunga..pleaselah..

tegezoot said...

yg aku tau! aku selalu praktis kat rumah p.ramlee.

jinggo said...

Siapa tak kenal P Ramlee? Dia pelakon, penyanyi, komposer, pengarah,
pelawak, penulis skrip, etc.

Dia Seniman Agung.

Semua orang tahu itu.

Tapi tahukah anda P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik beradik?

Tiga daripadanya adalah artis.

Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh seorang
pakarsejarah.

Berikut adalah nama adik-beradiknya:

A Ramlee, B Ramlee, C Ramlee, D Ramlee, E Ramlee, F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J Ramlee, K
Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee, O Ramlee, P Ramlee, Q Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee,
V Ramlee, W Ramlee, X Ramlee, Y Ramlee, dan Z.Ramlee.

Yang yang sempat rakam album dan jadi artis adalah: A Ramlee, L Ramlee, M Ramlee dan
P Ramlee. Beliau juga ada 3 saudara pupu.di mana dua daripada mereka bergiat dalam bidang music iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip. Manakala seorang terlibat dalam bidang perniagaan..
! iaitu Ramli Burger.

salam...

abdullahjones said...

-Manakala seorang terlibat dalam bidang perniagaan..
! iaitu Ramli Burger-jinggo

hahahaha.

artisticklytouch said...

tegezoot:
ya, aku juga tahu itu

jinggo:
ha ha ha auk pernah dengar lawak ini tapi dalam slanga yang berbeza

abdullah jones:
sukanya dia...barangkali kau mahu puisikan komen si jinggo itu untuk antologi seterusnya?

pedulikhapa said...

Sedar atau tidak, kebanyakan filem-filem arahan beliau yang popular,yang sering ditonton sehingga kini terutamanya siri bujang lapok mengandungi elemen-elemen ilmu tasawwuf. (Sila rujuk dan fahamkan dahulu apa itu ilmu tasawwuf)

Sebagai contoh, pada filem Pendekar Bujang Lapok, babak membaca surat. Ajis baca bunyinya syair, Sudin pula Arab, manakala Ramlee tidak berbunyi.

Fikirkan. Apa maksudnya?

Seharusnya diteliti lagi kerana mungkin dengan lawak yang slapstik sahaja mesejnya lebih tepat untuk disampaikan.

Jangan dihukum orang yang tidak kita kenal. Malahan yang dikenal juga berat untuk dihukum.

Anonymous said...

BANGANG BTOL. JGN CUBA MEMPERLEKEHKAN TAN SRI P. RAMLEE. SAPE KO UNTUK BERCAKAP MENGENAI CARA PENGARAHAN SENIMAN NEGARA?

Anonymous said...

lantaklah bro.. anda nk gelak or xnk..
tp skg org wt lawak pn ikot care die.
mgkin jiwa lawak anda tu xde kot.
yg pntg, ak ketawa tiap2 kali ak tgk cite die. ak normal okkk...
bnde yg bgs ttp bgs bro, stakat 1 o 2 xgelak, pe dehal kan...

Anonymous said...

.jika.dakwah.disampaikan.dgn.secara.tegas.nescaya.kamu.akan.berpaling.melarikan.diri.dan.mengatakan.ianya.gila.

Anonymous said...

Inilah yang dinamakan ego....
Ada orang berbangga dengan egonya sendiri....
Kalau aku... jika aku katakan orang itu tak betul... aku akan tunjukkan cara yang betul.
Lawak P. Ramlee untuk filemnya pada masa itu. Jika kau pun hidup pada masa itu... tentu kau tak dapat tandinginya.
janganlah bandingkan tv lcd dengan tv hitam putih zaman dulu... mesti tak sama....

artisticklytouch said...

Saudara2,
Cuba fahamkn, 'mesej terlalu berat, penyampaian terlalu ringan'. Sayang...ideanya sangat bernilai tapi kita tak nampak. Kita cuma nampak lawak slapstik tu.

Saya tak gelak bukan sebab ia tak lawak tapi apa yang ada disebalik lawak itu yang membuatkan saya tak mampu nak gelak.

Cuba mainkan semula filem2 yang anda semua suka itu dan kaji, apa yang sebenarnya ingin disampaikan.

- sentuhanseni