Thursday, June 07, 2007

Apa Yang Aku Buat Setiap Hari


Beberapa perkara yang kau lakukan di Pulau Redang tapi tidak di tempat lain:



  • Naik lori beramai-ramai

  • Bawa family berkelah hampir setiap hari

  • Main beach volleyball lepas balik kerja

  • Berhati-hati di jalan raya supaya tak terlanggar kambing-kambing yang berkeliaran di jalan raya

  • Main judi tepi balai polis, di kawasan terbuka, atau betul-betul di bwah cahaya lampu jalan

  • Hisap gam tepi balai polis, di kawasan terbuka

  • Pergi dan balik kerja berjalan kaki

  • Kerja dengan rela hati di waktu rehat dan melarat hingga ke malam hari.

  • Tiga orang dewasa naik satu moto

  • Manager pergi kerja naik moto kebun atau tumpang orang kampung

  • Bawa moto atau kereta yang tak ada no. pendaftaran

  • Ternanti-nanti persembahan dikir barat

  • Semua orang kau tegur walaupun kau tak kenal

  • Tidak peduli dengan AF

  • Sanggup datang kerja pada hari Off dengan alasan mahu kumpul cuti

  • Cuti paling sekejap 4 hari, paling lama 2 minggu, tanpa mengusik annual leaves

  • Isi minyak moto dua kali seminggu

  • Tangkap lalat dengan mudah

  • Naik moto time hujan, sebelah tangan pegang payung, sebelah lagi pegang throttle

Kalau diikutkan banyak lagi yang pelik tapi benar. Ada sesetengah perkara berlaku juga di tempat lain. Bagi aku yang dari TOWN ni..he he ini pengalaman beb!

9 comments:

Pegawai Khalwat said...

Beach volleyball tu ada tak palyer macam game DOA tu?

blackpurple said...

Pergh... jeles...jeles...jelesnya..ha ha ha..

butaseni said...

banyak abang tak nyah?

bunga rampai said...

Ooh, cool... sungguh cool ...

Lalat yang ditangkap letak kat mana?

Salam.

ontahsapo said...

takder yg tidur tepi pantai tak berbaju seluar...?

artisticklytouch said...

PK:
Aku tak tgk DOA so aku tak tau tapi rasa-rasanya kalau player consist of bebudak finance ada tak kebarangkalian kesamaan...tak ada kot..

BP:
ah, aku berjaya membuat kau jeles

butaseni:
banyak nyah, rambang biji mata mak, nasib baik mak dah kawin..

cik bunga:
salam. aku buang dalam tong sampah

ontahsapo:
ada..budak2..

NezJoe said...

Tak pernah pergi sana.
Kalau aku ke sana, boleh ajarkan aku semua aktiviti tu?
Mcm best je bunyi
hihi

tegezoot said...

Kat sana depa dressing macammana? bleh lawan herman tino ang tak?

artisticklytouch said...

nerd:
boleh! pastikan kau mendaftar sebelum penggal seterusnya bermula. Kelas adalah terhad

tergezoot:
di sini terlalu panas untuk menjadi Herman Tino, aku sekadar menjadi Iklim - Ganu Kite