Saturday, December 22, 2007

Selamat Hari Raya Qurban

Selamat Hari Raya.

Dari entry yang lepas hingga entry yang kali ini, beberapa perkara berlaku.

  • Berat badan semakin bertambah dan bertambah.
  • Berat wallet semakin berkurang dan berkurang.
  • Ketemu seseorang.
  • Actually, ketemu seorang, dua orang, tiga orang dan seterusnya, aku confuse.

Hari-hari untuk menetap di Kuala Lumpur semakin berkurang. Resah pula menanti untuk pulang ke Redang dan menghabiskan masa dengan berdiang di bilik seperti 7 bulan yang sudah. Bosan lagi hidup aku. Setakat ini aku masih belum menyampah dengan traffic jam setiap kali pergi dan pulang dari kerja.

Kehidupan di kota ini walaupun tidak setenang kehidupan di pulau tetapi aku rasa ada kehidupan berbanding dengan keadaan di pulau itu yang sangat membosankan. Memanglah pulau tu cantik tapi bosan. Mengeluh lagi aku ni.

Antara entri yang lepas dan yang ini, aku berjaya mengambil cuti pendek untuk pulang ke Pulau Pinang. Melawat sahabat handai. Alahai, rindu benar nak jumpa semua orang. Perancangannya untuk menonton bangsawan, shopping cd pirate, makan kenduri dan berpoya-poya ha ha

Menonton bangsawan terlaksana tapi aku malas nak ulas bangsawan itu kerana aku semacam kena sawan ketika menontonnya. Entah apa yang si pengarahnya merepek atas pentas itu, aku pun tak faham. Itu datangnya daripada seorang ahli akademik yang membuat kajian mengenai bangsawan, siap buat buku lagi tpai dia melanggar segala etika dan peraturan yang telah dia highlightkan sebelum ini. Keji permainannya.

Shopping DVD pirate amatlah digalakkan dewasa ini dan kepada anda yang bercuti di Pulau Pinang, singgahlah shopping DVD pirate yang sangat murah harganya iaitu RM4.00 sekeping dengan gambar yang sangat berkualiti - bukan rakaman panggung. Tempatnya di hadapan hotel-hotel mewah di Batu Feringgi. Korang akan jumpa deretan gerai-gerai tepi jalan yang sangat meriah dengan orang ramai. Memang banyak kedai DVD dan harganya sama, semua RM4.00, kat tempat lain tak dapat!

Makan kenduri di rumah seorang teman di Sungai Pasir, berdekatan dengan Pantai Merdeka. Ya, pasangan kekasih ini bercinta di Pantai Merdeka ha ha Aku sangat suka majlis ini kerana aku makan 3 kali..Pegawai Khalwat pun makan 2 kali sajork tapi perangainya keji...dia habiskan lauk dan pauk lantas aku, isterinya dan anaknya yang bernama Luqman ittew hanya makan nasi dengan kuah ha ha Anyaway tahniah kepada pengantin yang dah lama bercinta di talian akhirnya berlangsung juga majlisnya. Sekarang ini dengar cerita sudah kembali berbakti untuk negara di talian ha ha

Terima kasih kepada Jefendi Whilemina dan Sharina Edora yang telah menaja penginapan. Walaupun hanya di bilik yang berbau dan ruang tamu yang sempit tapi keikhlasan uols berdua amatlah weols hargai...save duit weols...harap-harap kedatangan weols tidak mengganggu rumahtangga uols ha ha

Balik dari Penang, kerja menimbun semula tapi hanya kerja-kerja rutin, oklah, taklah letih sangat, cuma kadang-kala ada sedikit kocakan di sana-sini.

Hari ini aku seakan-akan menghitung hari untuk pulang ke Redang. Sebulan setengah ini aku rasakan seronok sekali berada di kota, tak tahu macam mana nak menghadap kembali kekosongan di pulau. Apatah lagi baru ketemu permata yang indah, sayang pula nak tinggalkan.


9 comments:

butaseni said...

hang memang keberet!!hahahaha

rudy bluehikari said...

yaaaa.. aku setuju part memborong dvd harga rm4 kat pasar malam dpn hotel2 mewah di bt feringgi tuh. just balik dr sana smlm. puas hati gilerrr!!!

rena said...

bawak balik permata yang kamu jumpa itu ke redang bersama-sama kamu

ataupun....

kamu bungkus kain baju kamu dan tinggal saja di kl bersama sama permata itu

artisticklytouch said...

butaseni:
ha ha

bluehikari:
yes yes

cik rena:
masih belum dapat dipastikan itu permata ataupun kaca cik rena.

tegezoot said...

permata pemotong permata! ah!!!

Pegawai Khalwat said...

Oi? Aku yang perabih ka hang yang perabih lauk tu? Anak aku makan nasi tak kenyang tau!

Hang tu makan 3 kali, tuan rumah mesti ingat jakun mana dok buat perangai lagu tu.

Nasib baik kenduri aku hang tak buat lagu tu.

artisticklytouch said...

tergezoot:
permata pemotong permata!! ADOIII!!! (anunya tersangkut zip) ha ha

PK:
eleh...kamu purak-purak yar!!!

umi ameer said...

4 hinggit?
totally murah, tempat kami di Slayangpun 6 hinggit u, orang dah kata murah... wow, remind me to get this when i go up there!

wah, dah jumpa permata.. permata hati ke?

siew said...

aku baru je rembat 10 keping dvd (beli 10 free 1) kat sana time balik penang raya aji hr tu.tu mmg rutin aku kalo balik penang.hahahahah...tapi kadang2 ada gak time depa xjuai sbb br kena rush....