Hari bermula dengan bangun pagi seawal-awalnya…dah la semalam punya letih tak habis lagi, hari ni kena pulak bangun pepagi. Nevertheless, everybody manage to pull themselves out of bed and siap dalam masa yang ditetapkan.
Trip hari ni akan bawa kitaorang ke Blue Mountain. Ada banyak lagi tourist agent yang menawarkan trip ke Blue Mountain tapi yang ini best and murah jugaklah.
Our guide name is Brent. Memang tourist guide sungguh!!! Dialah guide, dialah driver, dialah tukang bancuh kopi, dialah tukang buat lawak, dialah juga peniaga direct selling yang berjaya ha ha memang puas hati bersama Brent on that day. Dah la rupa dia ada iras Mr. Big dalam SATC he he
First stop adalah Wildlife Park apa benda ntah, dah tak ingat tapi pergi semata-mata nak tengok Koala Bear. Koala Bear kat sini boleh pegang-pegang, kat tempat lain tak boleh. Tapikan, aku tak ada gambar dengan koala bear sebabkan, aku amek video, pastuh video tuh terdelete he he sangat bengong kejadian ittew. Jadi kita tengok menatang lain jelah ye..
Ada kangaroo dan wallabies
Ada penguin Happy Feet
Tak sampai Blue Mountain lagi ye, dalam perjalanan, trip stop sekejap untuk pertunjukan membaling boomerang oleh……..Brent!!!!! multi-tasking sungguh Brent neh. Pertunjukkan sahajalah, sambil dia ajar macam mana nak main menatang tuh tapi takdelah pulak dia nak suruh kitaorang try Cuma bila dah naik bas semula, si Brent ni start jual boomerang tu ha ha direct selling katanya.
Next stop is the Blue Mountain yang menjadi sebutan ittew. Sini ada The Three Sisters rock formation yang sangat popular ittew dan juga the steepest train ride in the world. Whoa memang steep uols..he he videonya juga terdelete ha ha terpaksalah korang pergi tengok sendiri or google je. Kita tengok gambar tiga adik-beradik pompuan yang gaygeh ittew
Asyira Bella, Nurina Fasya dan Zarinatul Mazlen sedang pose-pose cantik di dalam kabus selepas hujan
Asyira Bella, Nurina Fasya dan Zarinatul Mazlen yang bertukar menjadi batu kerana mereka sudah bosan menjadi manusia dan mereka mahu mencuba sesuatu yang baru.
Kitaorang ada dekat sini dalam sejam lebih je, kemudian terus ke lookout point di kawasan Blue Mountain jugak tapi jauh sikit ha ha sebenarnya aku dah lupa nama tempat ni. Here, kitaorang picnic dengan kopi and tea yang disediakan oleh Brent beserta biskut yang rasanya sungguh lemak-lemak sedap.
Itulah Brent yang pakai spek mata hitam. Yang berpeluk tu, laki bini dari San Diego, AS. Cina kat depan tuh, orang Singapore tapi duk kat AS.
Yang hujung tuh, couple dari New Zealand yang sentiasa lambat dalam segala segi, yang depan tuh, bro metal yang jiwang bila tengok wombat ha ha
Bunda nak tanam pokok neh depan rumah…aku kata…wateva!!! Tengoklah muka penuh harapan dia tuh..
Small bro suka rumah ni tapi lepas amek gambar baru perasan ini bukan rumah tapi church!!!
Sini juga ada satu kedai cokelat yang sangat meriah ok….aku capai itu ini tapi akhirnya aku tak beli apa pun ha ha there’s too many too choose from, kalau tak ada cari, dah ada…tak reti pulak nak pilih ye tak.
Next stop is the Olympic Park. Takde benda sangat kat sini, macam pergi Stadium Bukit Jalil je, tempat besar-besar tapi tak ada orang.
Ini nama-nama volunteer yang diabadikan pada tiang-tiang di perkarangan Stadium ni…mereka-mereka yang berjasa yang dijadikan bahan muzium sekali lagi ha ha
Stop terakhir setelah mengucapkan selamat tinggal pada Brent. Dia hantar kami sampai sini sahaja. Dari sini kami akan naik feri menyusuri sungai hapakebendantah menuju ke Sydney Harbour.
Tak ada apa yang menarik sepanjang perjalanan menyusuri sungai dengan feri tu, sekali-sekala kami berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Di sesetengah tempat kelihatan rumah-rumah orang kaya yang tak tahu nak buat apa dengan duit diaorang melainkan invest untuk rumah-rumah besar tepi sungai with jetty and boats.
Dalam feri ni aku dah berkira-kira mahu ke Opera House….aku mahu dapatkan tiket untuk one of the performance the next day. Mahal pun mahal ar, bukan tiap-tiap hari kau dapat tengok show dekat Sydney Opera House ye tak, lagipun from the brochure that I saw, the performances sounds interesting…hmm…so once we dock at Sydney Harbour, weols catwalk ke Opera House for the ticket of….Frank Woodley play!!!!!
Me at the box office
Next will be the final day and performance day….yeay!!!



