Saturday, June 30, 2007
To Whom It May Concern
Friday, June 29, 2007
Abang Samsuri ... Episod : Van Ba Alip Ba Ya!
Macam mana boleh accident bang?
AS
Den tongah minum cik art, bilo den toleh yo den nampak van tu dah langgar unser
Aku
Kenapa tak kejar?
AS
Den ingat semuo is ok cik Art.
Aku
Nampak nombor plet dia?
AS
Tak nampak cik art, van tu laju gilo, golap pulak tu masa tu. Tapi den tau van tu, van tu, van van bawak babi kek Mantin ni!
Aku
Haahkan, nanti kita pusing satu Mantin, kita tanya sape ada van bawa babi...
AS
He..he..
Aku
Ini kalau GM tanya saya nak kata apa? Baru tak sampai sebulan accident, ni accident lagi!
AS
He he potongla gaji den cik art.
Aku
Banyak sangat ke gaji awak yang saya nak potong tu? Anak bini awak nak makan apa?
AS
He he
Aku
Minta Rosli tolong cari kedai ketuk
AS
He he den poie dolu cik art
Aku kecut perut nak masuk briefing...apalah nak jawab kat GM kejap lagi..
Wednesday, June 27, 2007
sorry ye busy
Ha...buleh dah buat entry. Adeh banyak kerja bertimpa-timpa, sok plak ada Birthday Bash and Employee of the Month annoucement (USM takde buat menda2 macam nih).
Sedikit hupdate dari aku..aku baru beli ASTRO ha ha sekarang tak perlu menonton vision 4 dah, biarlah berabis RM50 sebulan asalkan aku tak tengok dinding, dinding tak tengok aku bila booster rosak. Aku beli buku God of Small Things oleh Arundhayati Roy. Dah lama nak beli tapi selalu bila ada duit tak jumpa buku ni, jumpa buku lain or selalu tak ada duit he he itu yang betulnya.
Oh, ya! (macam skrip SAWO plak ada oh, ya!) si dia sudah sms semula he he
Apa nak cerita lagi???
Aku beli multiple USB port yang satu port je boleh pakai...sieh sungguh! Aku beli mouse pakai duit sendiri sebab kompeni bagi aku mouse zaman Ziela Jalil beromen dengan Barry Prima dalam hutan Kalimantan.
Ha...baru aku ingat...alamak dah ada idea member pulak nak tumpang balik.
Balik dululah...
Monday, June 18, 2007
Betul ke?
Betul ke kalau kita sayang seseorang itu, setiap masa kita akan ingat dia. Setiap masa kita mahu berada di samping dia. Setiap masa adalah dia.
Kalau...
Kita tak ingat dia. Kita tak berasa untuk perlu berada di samping dia setiap masa dan setiap masa bukan dia saja..
Maknanya kita tak sayang dia?
Betul ke?
Thursday, June 14, 2007
Permainan Kanak-Kanak ... Episod : Berita-Berita
Sekarang ni aku nak mengimbau kenangan silam semasa zaman budak-budak dulu. Waktu-waktu yang paling ceria adalah apabila cuti sekolah dan aku balik kampung. Kalau permainan kat bandar ni biasa sangat, lebih kurang sama je dengan bebudak lain rasa aku, jadinya aku nak share permainan aku dan sedara mara aku semasa kami semua kecik-kecik dan belum baligh lagi.
Permainan berita-berita ni memerlukan imaginasi yang sangat tinggi. Ya, memang ada pembaca berita dan penonton berita. Tapi dikalangan kami tak ada pun yang bercita-cita untuk menjadi pembaca berita ataupun personaliti TV3 hatta Pengacara Jemputan NONA. Permainan cuma untuk mengisi masa lapang.
Mari bermain. Dalam rumah arwah tok wan aku, ada satu lemari yang pintunya sliding. Bestnya lemari ni, pintu sliding dia terdapat dikedua-dua side. Dua-dua boleh buka tutup. Satu side dibuat daripada kaca dan satu side lagi dibuat daripada kayu. Oleh yang demikian, pintu sliding kaca diimaginasikan sebagai kaca televisyen dan pembaca berita akan berdiri di belakang pintu sliding kayu pulak. Penonton-penonton kena duduk depan.
Sebelum berita nak mula, ada annoucement, ala-ala montaj la. Penonton dah standby depan ni! Pintu sliding kayu pun di slidekan ke satu bahagian, maka terpacullah muka pembaca berita yang tak make-up. Kalau ada pembaca berita satu lagi, pintu slide kayu akan dislidekan ke sebelah satu lagi pulak, jadi muncul la pembaca berita yang lain.
Korang boleh imagine tak ni? Kan aku kata, permainan ni perlukan imaginasi yang tinggi.
Disebabkan pintu sliding ini letaknya tinggi iaitu lebih kurang 4 kaki dari aras tanah, jadi kami yang kemetot-kemetot ini pada masa itu terpaksa menggunakan kerusi bulat sebagai alas berdiri.
Berita yang disampaikan bukan betul pun, reka-reka sendiri je. Penonton kalau nak tukar channel kena bagitau. Nak tukar pakai remote buleh, manual pun boleh.
Tidak terhad pada berita sahaja, kadang-kala ada iklan juga. Iklan bukanlah rekaan, kami tiru balik iklan yang best-best sahaja.
Permainan akan ditamatkan apabila masing-masing dah tak ada idea, arwah tok wan dah mengamuk sebab bising sangat, kacau dia nak tido petang, atau arwah tok panggil makan nasi.
Itu ajelah cerita permainan berita-berita. Entah macam mana kitaorang dapat idea nak main benda ni aku pun dah tak ingat dah. Permainan ini sesuai dimainkan di waktu tengah hari menuju ke petang sebelum masuknya waktu untuk bermain di luar ha ha selamat mencuba!!!
Monday, June 11, 2007
Abang Samsuri ... Episod : Rokok
AS : Cik Art hisap rokok ye
Aku menyalakan rokok dan AS terus memerhati perlakuan aku dengan penuh minat. Aku tak suka diperhati begitu.
Aku : Kenapa bang?
Aku menghulurkan rokok.
Aku : Lain kali bagitau la kalau nak rokok
p/s: di dunia nyata, ketawa AS memang berbunyi he he dua kali sahaja.
Thursday, June 07, 2007
Apa Yang Aku Buat Setiap Hari
- Naik lori beramai-ramai
- Bawa family berkelah hampir setiap hari
- Main beach volleyball lepas balik kerja
- Berhati-hati di jalan raya supaya tak terlanggar kambing-kambing yang berkeliaran di jalan raya
- Main judi tepi balai polis, di kawasan terbuka, atau betul-betul di bwah cahaya lampu jalan
- Hisap gam tepi balai polis, di kawasan terbuka
- Pergi dan balik kerja berjalan kaki
- Kerja dengan rela hati di waktu rehat dan melarat hingga ke malam hari.
- Tiga orang dewasa naik satu moto
- Manager pergi kerja naik moto kebun atau tumpang orang kampung
- Bawa moto atau kereta yang tak ada no. pendaftaran
- Ternanti-nanti persembahan dikir barat
- Semua orang kau tegur walaupun kau tak kenal
- Tidak peduli dengan AF
- Sanggup datang kerja pada hari Off dengan alasan mahu kumpul cuti
- Cuti paling sekejap 4 hari, paling lama 2 minggu, tanpa mengusik annual leaves
- Isi minyak moto dua kali seminggu
- Tangkap lalat dengan mudah
- Naik moto time hujan, sebelah tangan pegang payung, sebelah lagi pegang throttle
Kalau diikutkan banyak lagi yang pelik tapi benar. Ada sesetengah perkara berlaku juga di tempat lain. Bagi aku yang dari TOWN ni..he he ini pengalaman beb!
Tuesday, June 05, 2007
Kenapa aku kureng sket dengan Cerita-cerita P. Ramlee
Harituh ada la aku letak komen dalam blog sorang member lama. Entry dia pasal P.Ramlee. Kesan daripada komen aku, ada pulak insan-insan yang tak berpuas hati. Mereka mahukan penjelasan kenapa aku tak boleh nak gelak bila tengok citer P.Ramlee. Aku dituduh berasa diri hebat kerana aku tak gelak cerita P.Ramlee. Salah ke kalau aku tak gelak? Oklah, kalau aku kata selepas-lepas ini aku akan gelak, adakah dia akan berpuas hati walaupun dia tahu aku tidak ikhlas. Persoalannya, perlu ke aku mengikut telunjuk orang dan mengenepikan apa yang aku fikir dan percaya.
Penjelasan. Cara yang digunakan P.Ramlee dalam menyampaikan mesejnya melalui lawak-lawak pada aku tidak kena. Lawak slapstik yang digunakan tak sehaluan dengan mesej yang nak disampaikan. Mesejnya terlalu berat tapi penyampaian terlalu ringan, lantas apa yang kelihatan hanyalah lawak slapstik, lalu semua orang ketawa. Sedangkan, asalnya mahu menyedarkan. Pendek kata, hanya hiburan yang sampai, bukan maklumat. Kerana terperasan maklumat di sebalik lawak-lawak inilah aku tidak lalu untuk ketawa.
Bukanlah nak kata cerita-ceritanya tak berkualiti tetapi bila dah berulang kali kita tengok, dah lali, dah tak ada thrill. Penjelasan ini lambat sebab aku susah nak dapat connect internet kat sini, pulaulah katakan. Minta maaf ye pada yang terasa.
Hanya itulah pesenku wahai si mambang
Friday, April 06, 2007
Aku dah sampai
Ha ha ha ikan makan orang...ya, ikan itu memang ada di sini, di Pulau Redang. Kalau makan aku rasa boleh kenyang setahun tapi tergamak ke nak makan? Yang menyelam itu bukan aku, yang mengambil gambar juga bukan aku dan aku rasa gambar ni dah circulate lama dah, ntah-ntah dah jadi gambar dekat T-shirt yang ada tulis WELCOME TO REDANG.
Terima kasihlah kerana menerima kehadiran aku di sini. Masuk hari ni baru empat hari aku jadi orang pulau (aih, menghitung hari pulak). Ramai kawan-kawan yang tanya best ke dekat sini, aku kata best. Diaorang tanya pulak, tak boring ke? Aku kata bila boring-boring, aku sibukkan diri dengan kerja atau aku pergi lepak-lepak tepi pantai tengok laut (background anak nelayan jerit ombak jahat! ombak jahat! sambil membaling batu ke arah laut).
Aku terima sajalah walau mana pun kompeni hantar sebab aku dah bertekad dulu yang aku nak bekerja di bidang HR dan mendapat pendapatan tetap. Tak larat dah buka mata tengah hari buta pikir, hari ni nak bayar macam mana benda yang aku makan. Juga tak larat layan mengantuk malam-malam sambil berfikir, hutang apa pula yang akan dituntut esoknya.
Aku rindukan KL. Tapi bukan hiruk pikuknya. Aku tenang di sini. Tak ada traffic jam langsung. Kereta pun susah nak jumpa. Yang ada cuma moto-moto Honda cup tapi tidak pula mereka merempit walaupun jalan raya yang ada seluas-luasnya. Pergi dan pulang kerja ada bas yang mengambil dan menghantar, kalau malas naik bas, jalan kaki 15 minit je dan kau akan rasa seperti kembali ke 30 tahun dahulu di kampung-kampung. Aku rindukan seseorang di KL.
Hari itu aku minta gambarnya di MMS kan kepada aku. Aku tak tahu pulak nak kena activate dulu MMS ha ha kesian dia, rugi beberapa puluh sen. Sekarang ini aku cuma dapat membayangkan dengan gambaran dia dalam kepala otak aku. Lambat lagi rasanya nak balik KL ni. Dia pesan jangan nakal-nakal sebab dia tahu aku memang nakal. Aku kata aku tak nakal, cuma menjamu mata sahaja. Orang luar? Orang tempatan lagi comel!
Sekarang ini aku sibuk menyiapkan kerja-kerja untuk orentasi pekerja baru minggu depan. Aku lebih senang begitu. Rimas aku kalau duduk melanguk tak buat kerja. Masa tulah nak teringat-teringat yang di sana. Ingat kerap sangat pun tak elok juga nanti jatuh cedera parah.
Orang-orang di sini semuanya baik-baik. Peramah. Suka tersenyum. Aku pun mudah juga nak membalas senyuman, rasa seperti sangat diterima. Ada jugalah yang menyombong tapi rasanya memang dia dah dilahirkan begitu kot ha ha lama-lama nanti dapat la aku tegur.
Kamu orang mahu datang sinikah? Datanglah jenguk-jenguk aku. Tapi jangan mimpilah aku nak dapatkan diskaun sebab diskaun yang boleh diberikan pun ciput sangat. Kamu orang tunggu harga promosi atau off season, ha, yang itu murah! Atau menginap saja di Pasir Panjang (sebelah satu lagi pulau ini).
Aku mahu pulang. Malam nanti mahu kembali ke hotel untuk dinner. Rindu kamu orang tapi tidak setebal rindukan si dia.
Tuesday, March 27, 2007
Kalau rasa gembira...la la la la
Semalam kami bersama. Melepaskan rindu dendam masing-masing. Menyatakan rasa hati masing-masing. Dengan tutur, dengan jeling, dengan rangkul dan dengan deringan jam loceng. Aku memberikan hatiku padanya dan dia memberikan hatinya pada aku. Dengan bahasa yang cukup indah. Jika aku bercinta lagi...
Tadi dapat khabar gembira dari ibu pejabat di KL sana. Aku ditukar ke Pulau Redang. Berakhir sudah penantian selama 3 bulan 3 minggu di Mantin. Minggu depan aku akan memulakan hidup baru di Redang. Ya brother naga, pindah lagi!
Hari ini aku gembira kerana kawan aku sudah kembali melihat cahaya setelah sekian lama lari daripadanya. Kawanku juga nadanya ceria, tidak lagi berduka. Dia menerima seadanya.
Alah, hari ini memang hari yang gembira...gembiranya..
Thursday, March 15, 2007
Prequel dan Sequelkah?
Aku diberitahu dia akan mengulang lagi cerita itu.
Tapi kali ini akan diubahnya sedikit.
Tapi masih lagi cerita itu.
Beberapa rakan penggiat di Tanjung sedang bersiap-siap untuk berentap dalam Festival Teater Penang (bukan nama program yang sebenar kerana ia bertukar setiap tahun mengikut kepala program di ibu pejabat) tahun ini. Waktunya lambat lagi tapi semua sudah mula merangka kerana semua mahu menjadi juara. Siapa tidak mahu jadi juara, aku saja! Aku saja yang bertanding untuk menjadi juara kepada diri sendiri.
Oh, ya! Dalam kerancakkan mencari naskah terbaik untuk menjadi juara, ada dikalangan rakan dan bekas rakan yang memilih naskah yang mereka pernah pentaskan dan yang pastinya pernah membawa kejayaan pada mereka. Pendek kata ini adalah sebuah siri ulangan.
Aku kurang mengerti. Apakah mereka berasakan kejayaan masa lalu menjanjikan kejayaan masa kini? Apa yang mereka cari? Kenapa mahu diulang? Apakah pengulangan ini akan membetulkan kesilapan dulu? Atau hanya akan mengundang kesilapan-kesilapan baru.
Semasa berdiang di Tanjung dulu, aku juga diaju dengan perkara ini. Remake semula pementasan aku itu yang hanya menang di hati aku dan rakan-rakan yang bersimpati. Tergerak juga nak membuatnya tapi untuk apa? Untuk siapa? Tidakkah aku mengkhianati apa yang aku cari sendiri dalam pementasan itu?
Banyak sangat persoalan.
Sebenarnya, aku sedikit khuatir dengan trend yang ada ini. Mengulang cerita yang sama. Kenapa tidak melihat ke hadapan? Buka lembaran baru. Karang dan pentaskan naskah-naskah baru. Buat kesilapan-kesilapan baru agar kita akan belajar sesuatu yang baru. Aku berasakan pengulangan ini bersifat escapism kerana mereka sudah tahu apa yang perlu dan tidak perlu untuk pementasan itu, jadi apa yang hendak dibelajar?
Teater Tat Nenas pernah menang tempat kedua di Selangor beberapa tahun kemudian bertanding sekali lagi terus menjadi johan Kebangsaan...hebatkan.
Tuesday, March 13, 2007
Dia berlawak untuk menjadi Raja
Program yang satu ini memang aku ikuti dari awal lagi. Dari sesi-sesi ujibakat yang dijalankan di seluruh negara sehinggalah ke kemuncaknya malam minggu lalu.
Sebab aku hanya satu. Rakan aku bertanding di dalamnya. Rakan-rakan yang bersama bersusah payah berteater di Penang dulu. Ada yang memang terkenal dengan lawaknya, ada yang memang terkenal dengan menumpang kelawakkan kawan-kawan lain. Aku kenal mereka dan aku rasa terpanggil untuk memberi sokongan walaupun hanya sekadar menonton.
Sepanjang tiga bulan program ini, macam-macam aku dengar dari kawan-kawan lain yang mengetahui aku menonton siri ini. Katanya lawak bodoh (dia terbahak-bahak menonton Mr. Bean). Katanya lawak tidak bermesej (dia yang juga meminati Mr. Bean). Katanya balik-balik realiti TV (dia yang memuja American Idol). Sampaikan aku naik segan nak mengaku yang kawan-kawan aku bertanding dalam siri ini tapi sebab aku kenal mereka dan aku tidak berasakan aku patut malu berkawan dengan mereka, aku teruskan menonton.
Ada satu remarks dari seorang kenalan yang aku tidak berapa kenal. Katanya mereka ini memperbodoh-bodohkan diri sendiri.
"They are stupid, they are only making fools of themself for people to laugh at"
Macam tulah lebih kurang. Sebenarnya berabuk lagi English dia tapi aku betulkan la sikit-sikit, karang nampak sangat bodohnya pulak.
Jadinya aku terfikir. Bukankah itu kerja pelawak? Membodoh-bodohkan dirinya untuk menghiburkan orang lain. Pernahkah kita tertawa bila ada orang menunjuk pandai dirinya? Pernahkah kita terhibur bila rakan kita membuktikan dia lebih pandai daripada kita? Berapa kali dalam hidup kita, kita tertawa bila rakan kita membuat sesuatu perkara yang bodoh di hadapan kita? Masihkah kita ingat betapa kebodohan rakan kita itu telah membuatkan kita ketawa hingga lupa akan segala masalah yang ada.
Ada benarnya beberapa kali peserta program itu seolah kehilangan idea untuk berlawak dan aku berasakan juga, lawak ini bukanlah sesuatu yang boleh diajar caranya secara teori. Macam mana mereka boleh terfikir untuk menjadikannya suatu program di media juga menjadi tanda tanya.
Apa-apa pun tahniah kepada pemenang. Walaupun aku tak sms tapi aku sokong hang dari jauh. Sebab hang pun selama ini menyokong aku dari jauh jugakkan.
Baguslah. Dia dah menang. Harapnya kehidupan dia selepas ini akan berubah dan lebih cemerlang. Sudha lama dia membujang ha ha
Bertukar dsbnya
Di ofis, pucuk pimpinan bertukar. Ada yang bernafas lega, ada yang tergaru-garu kepala. Aku rasa lega sebab yang lama tak berapa kena dengan citarasa. Egoistik orang kata. Yang baru nampaknya masih mesra alam tapi entahlah.
Blogger ni pun nak kena bertukar-tukar juga kepada goggle. Dah lama aku postponekan pertukaran tapi akhirnya mengalah juga. Bukan rugi pun.
Di mana lagi bertukar?
Entah...citer benda lain.
Last week aku mendatangi ha ha sebuah pertemuan teater di UPM. Katanya untuk bertemu dengan yang baru dan lama. Aku kategori lamalah. Tempat perjumpaan masih di tempat lama, di foyer dewan besar dengan masing-masing duduk keliling dalam satu bulatan. Dan di dalam dewan besar itu sedang berlangsung peperiksaan untuk para student. Jam sudah 9 malam. Masih macam dulu-dulu. Tidak bertukar.
Mereka suruh aku cerita kisah dulu-dulu. Kisah kejatuhan dan kisah kegemilangan. Semasa bercerita aku sebak mengingatkan rakan-rakan lama dan apa yang kami lalui dulu hanya untuk berteater dan memastikan perkumpulan itu kekal sampai bila-bila. Sekarang ia masih ada.
Pulang dari pertemuan, aku tersenyum sendiri. Katanya nak berehat dari teater tapi akhirnya tak sampai beberapa bulan mencari semula ha ha
Dulu-dulu Arm Bahtera pernah kata:
"Kalau anak seni tu, tak ke mana perginya, berpatah juga mencari seni".
Kamu anak seni?
Wednesday, March 07, 2007
Aduh peningnya
Hmm...dapat satu komen. Dari kawan-kawan jugak. Lebih kurang mempertikaikan kenapa aku cuma menulis hal-hal kerja. Tak menarik sangatlah. Well, hidup aku sekarang ni pun memang macam itu, tak ada apa yang menarik sangat pun untuk ditulis tapi aku merasakan apa yang berlaku kat tempat kerja itu sangat menarik untuk ditulis. Pendek kata, ia sebagai satu luahan hatilah. Kalau kat Penang dulu, ada je rakan-rakan mengumpat yang sedia untuk memberikan spekulasi-spekulasi tidak benar mengenai apa yang aku ceritakan. Bukan aku ambik pusing pun apa yang diaorang spekulasikan cuma itu tandanya, ada yang mendengar. Dan apabila tidak ada kawan di hadapan mata untuk mendengar, aku tuliskan dalam blog ni...walaupun tak ramai yang membaca.
Sekarang tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum aku blah dari Mantin tempat jin main tendang-tendang ni. Seronok ada, takut pun ada. Seronok sebab dah bosan dengan karenah dekat ofis tu dan keadaan kawasan sekitar ini yang tidak menceriakan minda. Takut sebab entah apa pulak cabaran di tempat baru. Ok, tak nak citer pasal keje. Aku pun sememangnya berasakan yang cerita pasal keja memang tak best tapi nak wat camane, dah itu je yang aku lalui.
Break a leg kepada adik-adik School Seni USM yang akan mementaskan final project memasing. bersedialah untuk ketidak puasan hati pensyarah-pensyarah korang yang memang dilahirkan untuk tidak berpuas hati dengan kerja orang lain tapi berbangga dengan kerja sendiri yang tidak seberapa. Lasernya mulut aku. Ambik kau, aku memang tak puas hati dari dulu ha ha suka akulah, hati aku!
Harapnya setelah tiga tahun menuntut ilmu seni daripada otai-otai, korang akan mementaskan sebuah karya yang matang sesuai dengan title yang korang akan dapat semasa konvo nanti. Atau tak dapat apa-apa langsung ha ha alah jangan risau, korang pun bukan nak jadi orang teater sampai ke tua kan....
Friday, February 09, 2007
Payroll seterusnya
Bila dah buat kerja-kerja rutin ni, terasa macam tak ada challenge pulak kerja HR. Takkan aku nak buat payroll sampai ke tua pulakkan. Sebaik terfikir begitu, maka datanglah kerja bertimbun-timbun yang bukan berasaskan payroll untuk En. HR ini. Alamak segala macam dugaan dan permasalahan yang timbul. Tak nak cerita details kat sini...nanti mengumpat jadinya.
Ambik kau, nak sangat challenge...tak ter challengekan... tapi takpe pelan-pelan kayuh.
Banyak perkara yang baru aku belajar. Aku bagitau assistant aku, dia tak percaya. Takkanlah masa Uni dulu tak belajar, kata ambik HR. Betul juga tapi memang tak ada belajar pun benda-benda ni. Ada ke belajar nak tulis apa dalam Purchase Request, tak ada. Ada ke belajar nak tulis apa dalam employment letter, tak ada. Ada ke belajar macam mana nak kira OT, tak ada. Ada ke belajar macam mana nak handel DI, tak ada. Selama dua bulan setengah ni, aku tak terasa keperluan untuk membuka kembali buku teks atau buku rujukan lama. Yang aku buka pun Akta-akta saja.
Itu tak termasuk perkara-perkara remeh yang dibesar-besarkan dan diserahkan kepada aku untuk handle...nak je aku kata, dah itu tak kena, ini tak kena, berenti je keje...duk rumah! Ko senang, aku senang, semua senang!
Inilah challenge yang aku cari. OKlah, belajar katakan. Setakat ni aku tak kena ubah-ubah cubic macam sayut lagi ha ha (nanti kalau kena, aku pinjam design ko ye sayut!). TNA pun tak kena buat lagi, kiranya aku baru je mencecah seinci dalam lautan HR ni.
Doakan ketabahan aku ye. Mana tahu, dalam masa 10 tahun aku akan jadi HR kat tempat korang pulak.
Friday, January 12, 2007
SMS
Every silence is a sign of loneliness
Every smile is a sign of kindness
Every SMS is a symbol of remembrance!!
Sweetkan...though the fella surely got this from someone else and forward it to me but I belive that the thought counts. Off all his friends and families, I was one of the receiver.
Have you ever receive an email or SMS that after reading it, you felt an urge to share it with other but just couldn't figure out should you forward it to.
Nanti karang ada pulak yang tak menghargai atau ada pulak yang tersalah erti, susahkan?
I have come across friends who can't appreciate the thought you have for them....tak menghargai langsung but maybe dia dah selalu dapat benda-benda macam niso dia perlukan something special untuk digembar-gemburkan.
May be I should edit it and retype it in Tamil. Harusssss dia tak pernah dapat lagi kan?
*Be thankful people
Tuesday, January 09, 2007
Adakah semua soalan memerlukan jawapan?
Macam soalan Penulisan Bahasa Inggeris SPM pulakkan..
I got this after watching Grey's Anatomy @ AXN. Bagus juga soalannya tapi apakah akan ada jawapannya?
Until now, I can't decide, what would I do given the circumstances. Among others are:
-Watch TV (kalau takde cite best camne?)
-Spent time with my family (would there be crying?)
-Eat
-Spent time with my friends (Harussss..ada nangis2)
-Go to work as usual (not in a million years!!! apa, gaji untuk hari terakhir bekerja nih double ke? Pastu akan dihantar ke sana ke?)
Reallylah, the question is to subjective and the answer should be as well. I believe even when the day comes, I still can't figure out how to spent it.
What did Saddam do on his last day?
*I'm not talking religious here.
Thursday, January 04, 2007
la..la..la..la..
Tak adalah jauh sangat, sengah jam je dari KL. Den sekarang dah koje kat N9. Well tak terasa sangat sebab very the sempadan actuallynya (amek kau bahasa!). Sekarang ni aku dekat Mantin, N9. Kalau tak tahu, Mantin tu dekat mana, alah dekat2 Nilai 3, tempat mak mak uols beli langsir raya hari tuh.
Jadinya sekarang ini, penggiat teater sudah berehat dari bergiatlah. Nak tumpukan kepada kerjaya sepenuh masa dalam bidang HRM- tabik Sayut, rakan sejawatan.
Maka terungkailah persoalan dalam kepala otak aku sebelum ini yang pernah aku ceritakan dalam blog sebelum ni. Akhirnya setelah 4 tahun di Pulau Pinang, aku kembali semula ke KL- lebih kurang halallah, dekat je dengan KL. Walaupun pernah terfikir yang aku akan tetap di Penang sehingga ke akhir hayat ha ha balik juga ke KL.
Selamat tinggal pada kawan-kawan dan lawan-lawan. Terima kasih atas segala dorongan, pengorbanan, perhatian, kasih-sayang, kerjasama, toleransi wah wah wah.. dan apa-apa jelah sesungguhnya 4 tahun rasa sekejap dengan kehadiran kalian dan aku rindu kat korang tapi korang pun kekwat tak nak sms ke, call aku ke, so aku pun nak kekwat jugak! tapi aku sayang korang. Kepada lawan-lawan...kehanjingan kalian mematangkan aku yang sering kali lekas percaya kepada kepalsuan. pandai korang cari kelemahan aku kan tapi takpe, ada ubi, ada batas, ada hari, kau ku bitas ha ha..
Aku ingat nak wat private entry untuk everyone tapi nanti karang aku menangis pulak kat CC ni...later2lah..
Yang pentingnya, aku sangat-sangat berterima kasih pada orang-orang yang telah mencorakkan hidup aku dengan bermacam pengalaman, kalau aku namakan di sini, rasa tak adil la pulak, sebab setiap orang menyumbang walaupun sikitkan.
THANKS UOLS!!!
Memang takleh lupa la pengalaman dengan korang...
Korang jaga diri eh...
Jangan lupa aku tau...
Yang str8 kalau kawin bagitau ar...
Yang da kawin kalau kawin lagi satu atau dua, bagitau ar...
Yang da ada anak kalau tambah lagi, bagitau jugak...
Yang gay kalau bertukar str8 pun bagitau k...
Yang player, akhirnya menemui cinta nan satu, inform la...
Bye
Saturday, November 11, 2006
maaf ye
Sekarang ini di tempat kerja baru. den takdo akses ke internet laie dah. nak keno slalu2 ke CC... maleh plok rasonyo.
Pada yang menunggu entry...sabarlah ye..nanti adolah bondonyo den nak ngumpek.
Taking care!!!
Friday, October 06, 2006
Setelah Sepurnama Merindu
Tajuk itu untuk mewakili pelbagai cerita dan peristiwa dalam hidup aku sekarang ini. Walau bagaimanapun, aku tak kongsi semua. Bukan pasal nak berahsia tapi sebab setiap kali berdepan dengan PC, aku jatuh BLANK - bloggers blog. Tak tahu nak cerita apa. Hilang semua idea yang dikarang sebelum tidur, dalam bilik air, atas moto, dalam keta juga semasa bersetubuh (jangan tanya, bukan untuk dipersoal jawabkan!)
Sudah sebulan lebih menganggur tapi kerja baru belum muncul-muncul lagi. Mungkin sebab resume yang aku hantar jumlahnya masih jauh di bawah paras yang boleh melayakkan aku digelar pencari kerja. Aku sekarang dalam kategori pemalas nak mampus.
Anyway. Bukan tak cari, cari tapi semuanya tak mengena. Bukan memilih tapi rasanya cukuplah beberapa tahun aku bekerja tanpa menggunakan kelayakkan aku yang sebenar. Walaupun kelayakkan itu tak seberapa tapi layak jugaklah.
Sekarang aku rasa aku berada dalam dua kelompok kawan yang berbeza. Kelompok pertama yang mengenali aku sebagai graduan universiti yang berketrampilan. Lantas sering kali mereka mahu melihat aku kembali berketrampilan macam dulu-dulu. Kumpulan kedua yang juga tahu aku graduan universiti tetapi lebih mengenali aku sebagai seorang hu ha hu ha (ini bukan gelak Naga)- maksudnya lebih kurang aku ini difahami sebagai seorang yang biasa, macam mereka. Biasa.
Mengapa ini menjadi persoalan aku kali ini.
Sebabnya aku dapat pelbagai remarks bila aku menceritakan cita-cita aku, apa yang aku cari dan mahu dalam hidup kepada mereka. Kumpulan yang pertama (kita namakan kumpulan A) berasakan aku perlu menjadi seperti mereka - golongan elit berkerjaya, yang setiap cukup bulan gajinya ribu-ribu. Kumpulan kedua (Yang ini kita namakan kumpulan B) berasakan aku perlu terus-terusan mengemudi mereka dalam kancah hidup yang serba tidak tentu.
Yang mana satu ya?
Kali ini memang susah aku nak buat keputusan. Kedua-duanya tempting dan menawarkan kehidupan yang lebih sempurna daripada segi dunia dan akhirat (GTOOOH!)
Jadi inilah yang berkecamuk dlaam fikiran aku hingga membuatkan aku semakin malas dan malas dan malas. Kukuh tak alasan?
Sebenarnya aku sering kali berada di tempat pemimpin. Seorang yang mengetuai pasukannya. Sukar untuk aku berada di kalangan pengikut. Kalaupun aku berjaya meletakkan diri ini dikalangan pengikut dan menjadi seperti mereka tapi sekejap saja aku akan diangkat menjadi pemimpin. Susah sangat orang nak pimpin aku, semua nak ikut saja
Agaknya aku akan menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak pun Setiausaha Agung PBB.