Monday, June 29, 2009

27 followers

Baru aku perasan, aku dah ada 27 followers kat blog ni.

OK, kecik je nombor tu tapi they are like FOLLOWERS ok and that huge for an attention seeker like me haha

THANK YOU YER...jadi pengikut aku..pengikut ke? macam kumpulan ajaran sesat pulak. We keep it as followers yer..

tapi kan, ada dekat separuh aku tak kenal and takde link dengan blog korang. Nanti aku buatkan link yer...then, aku pulak follow korang hik hik

suka! suka! suka!

ok, back to buat kerja...

*tajuk tuh macam tajuk movie kan...

Tuesday, June 16, 2009

sambungan..cerita hantu

Dan…sambungannya..

*kesat sat aiyak mata (kenalah cakap Penang, rumah tok aku kan kat Penang)

Jadi, malam pun beradu. Sebab malam beradu, aku pun nak beradu. Agak lewat jugaklah masa tu. Arwah tok dengan Wan dah lama tido kat bilik bawah. Aku pun masuk bilik terus tido.

Letih perjalanan tak hilang lagi.

Aku tido mengiring mengadap ke katil King yang kosong. Aku tak suka tido katil tu sebab aku selalu terbayang masa tengah tido tiba-tiba ko terjaga, ada pulak yang menumpang tido sebelah ko, siap senyum sumbing lagi. Jadi aku tido katil single.

Tiba-tiba rasa macam ada sesuatu tengok kat aku. Aku buka mata sikit. Mamai-mamai lagi ni. Nampaklah ada macam figura orang, dua orang. Satu besar, satu kecik je. Baju dan seluar kedua-duanya putih macam uniform banduan. Kepala dan kaki tak ada. Bukanlah tak ada, tak kelihatan. Figura diaorang ni macam blur, macam dalam TV tu, bila diaorang blurkan penjenayah ke, artis kena tangkap khalwat ke or shootage babi ke, ha, blur macam tulah.

Jantung aku pun apa lagi, bekerja keraslah time tuh.

“Kenapa kau kacau tempat aku!!??” kata si besar tu sambil tolak-tolak badan aku. Aku rasalah si besar tu yang cakap, takkan yang kecik pulakkan.

Aku sentaplah. Suka hati kata tempat dia. Itukan rumah tok aku. Itu dulu bilik mak aku tau, suka kau je kata tempat kau.

“Aarggggghhhhh!!!! Sibuklah kau!! Aku nak tidolah!” kataku sambil berkalih mengiring mengadap dinding. Wah….berani yer!!! Tapi jantung ni punya laju aku rasa dia macam dah nak terkeluar dah tapi tetap control ok. Peluh jangan kiralah. Tapi masa ni aku tak terjaga sepenuhnya tau, aku masih macam mamai-mamai lagi.

Aku tunggu reaksi seterusnya. Senyap je. Janganlah dia cekik aku dari belakang. Alamak, bahaya tuh!!

Aku pun beranikan diri kalih (pusing) semula mengadap ke katil king. Takut ni…

Eh, dah takde!! Berambus dah!! Bagus…senang aku nak tido. Suka hati nak mengaku tempat dia. Kau bayar sewa ke???

Dan aku tido dengan tenang sampai terlajak subuh hehehhee

ada lagi citer hantu lain...nanti sat nak ingat. Yang kelakarnya, citer hantu aku semua terjadi kat Penang, kat tempat lain ada sekali sekala saja.

Monday, June 15, 2009

Drama Minggu Lalu

Maaflah, sekarang ni agak sukar untuk memblog. Banyak kerja-kerja lain yang lebih penting untuk diselesaikan. Sudahlah streamyx di rumah macam cici faramida lagaknya. Sekarang dah kong terus. Ambik habuan, bulan ni terminate je streamyx tuh.

Entry yang lepas memang aku nak cerita pasal pengalaman aku dengan hantu tapi baru taip sikit dah hilang mood sebab teringat kerja yang belum disiapkan.

So ini sedikit pengalaman, banyak lagi tapi aku tak nak lama sangat mengadap blog...

Dulu, masa aku dalam menengah rendah, kalau cuti sekolah je aku akan balik kampung, kat (P44,N11). Masa tu, arwah tok dan wan ada lagi. Aku pun balik kampung sorang-sorang je, naik bas. Independent giler, tak mainlah balik kampung dengan family, tak bujang ar!!

Rumah arwah tok dan wan ni besar tapi diaorang duduk berdua je. Rumah bawah je guna, rumah atas tak guna sangat. Dedolu masa tok kuat lagi panjat tangga, dia selalu pergi buka tingkap rumah atas dan arwah wan pulak selalu guna toilet atas sebab ada bathtub. Tapi bila memasing dah tak larat nak panjat tangga, rumah atas tu jadi macam ditinggalkan jelah.

Jadi bila aku balik, aku kena duduk rumah atas. Rumah atas ni ada dua bilik. Satu bilik yang mengadap jalan (bilik pengantin mak & abah aku) yang ada balkoni besar giler lagi berdebu dan satu lagi bilik yang mengadap rumah jiran sebelah iaitu rumah cangkorek. Aku duduk kat bilik ni.

Ada dua katil, satu katil King dan satu katil single.

Memang aku selalu kalau balik kampung kena tido bilik ni. Jadi, kali ni, tak payah suruh, aku dah usung beg balik kampung aku masuk bilik tu. Cadar bantal semua arwah tok dah siapkan aku tinggal amek kat bilik dia dan bawak naik ke atas.

Adalah sikit debu bilik tu tapi aku kan anak bujang, anak bujang mana kemas rumah hehe letak je beg terus turun bawah lepak bersembang dengan tok

ish...takleh nak sambung sebak pula teringat arwah...

Wednesday, June 03, 2009

Cerita Hantu

Lamakan takde entry...tak komen kat blog orang lain pulak tuh, kekwat sungguh!!

Banyak nak citer ni, dah buat list pun tapi bila baca balik list tu, tak paham sendiri haha so, nak citer hantu jelah!!

Ini kisah benar yer, hantar dekat slot Kliwon dengan Puaka kena reject sebab terlalu benar. Takut tak?? Tak takut??

Tak takut tak naklah citer...

Wednesday, May 13, 2009

Fuck Me!!

Harituh aku tengok wayang..ya, wayang yang sama di mana sekumpulan anak dara sunti mengeletis di dalam panggung lalu tidak memahami etika menonton dikhalayak ramai ittew.

Dan kawan sebelah aku ni (yang membelanja aku pop corn) bengang dengan sikap mereka ittew. Nak buat macam mana, mak bapak diaorang tak ajar, kalau ajar pun, diaorang jenis tak makan saman.

Jadi, ini cerita dia yang berkenaan dengan tajuk di atas.

Kami tengok cerita yang sepatutnya cerita hantu seram. Jadi adalah elemen-elemen terkejut opocot opocot ittew....

Lalu bila tiba masanya kawan aku ini pun terkejutlah..

"Fuck Me!!" latahnya...

ya, itulah yang diulang-ulang setiap kali dia terkejut..

wakakakakakakakakka

aku nak je jawab...

"takmo! takmo!"

Tapi sebab dia belanja aku pop corn aku diamkan aje dan aku rasa orang tak perasan dia dalam panggung tuh sebab pigment kulitnya berwarna dark..

Monday, May 11, 2009

Terima Kasih Daun Keladi

Semalam, pulang dari cuti hujung minggu di Putrajaya, ada satu objek yang menarik perhatian aku di ruang tamu rumah.

Sebuah 'play-mat' yang kami (famili) cari-cari selama ini buat anak buah si Atiqah.

Lama kami cari yang harganya berpatutan dan bentuknya menarik tapi tak ketemu juga. Hari Sabtu kami ke Mid Valley, cari lagi...tak ketemu juga yang menawan hati. Lantas ayahnya kata mahu cari di internet saja.

Jadi bila aku nampak benda itu sudah berada di rumah aku semalam, aku ingat abang aku dah beli, rupanya...

Jiran sebelah bagi sebagai hadiah..entah macam mana dia tahu itu yang kami cari, kami pun tak tahu..

Jiran kami tu Cina...pun ada baby nama Isaac. Jiran sebelah lagi Melayu...haram tak bertegur..

1 Malaysia kata kau...

Saturday, May 09, 2009

Dari Mata Ini Aku Melihat Kamu

Walaupun janjinya 5 hari 5 malam sahaja tapi entry penutup pada kegilaan keTOMOKan ini aku rasa ada perlunya juga dipaparkan pada umum.

Sepanjang aku paparkan entry mengenai persembahan TOMOK ni, kalau diperhatikan kepada komen-komen yang ditinggalkan, kebanyakkannya nampak perubahan yang cuba dibawa oleh TOMOK tapi tak kurang juga yang gagal untuk melihat (atau tidak mahu melihat?). Agak mendukacitakan apabila komen adalah pada rambutnya, seluarnya, persembahan-persembahannya bersama New Boyz dulu dan macam-macam lagi yang aku rasakan kurang relevan tetapi itu mata anda, anda berhak dan aku tak boleh mengubah itu.

Sebenarnya, entry-entry kegilaan ini menjadi penghias blog sentuhanseni bukan kerana aku ni minat gila pada dia dalam apa bentuk sekalipun.

Ini kerana aku rasakan ada perubahan kearah kematangan dan sesuatu yang lebih segar dari pihak TOMOK. Dapat dilihat pada kesungguhannya untuk membuktikan kemampuan diri dan bakat yang ada.

Kesungguhan inilah yang menarik minat aku. Apa saja kesungguhan yang sesiapa jua tunjukkan dalam mereka menuju ke arah matlamat mereka, itu akan menarik minat aku. Akhir sekali, berkat usaha dan kesungguhan itu, nah, dia berjaya.

Penegasannya di sini, dengan kesungguhan, kejayaan pasti akan menjelma dan menjadi milik kita.

Aku berani kata, sehingga selepas entry-entry ini dan juga kemenangannya, aku masih belum menjadi peminat TOMOK...tapi aku menghargai usahanya dan aspirasinya.

Itulah yang sebenar-benarnya tujuan segala entry keTOMOKan ini. Melihat kepada sesuatu dengan mata hati dan akal, melangkaui apa yang kita mampu lihat dengan mata kasar.

Itulah sebabnya 'Dari Mata Ini Aku Melihat Kamu' menjadi tagline blog ini.

Nah, dua klip terakhir dari OIAM yang aku rasa berbaloi untuk anda tonton...


opening performance


nak nanges, bley?!

Friday, May 08, 2009

5 Hari 5 Malam ~ Hari Terakhir

kita dengar sikit komen juri



ko JURI???

Thursday, May 07, 2009

5 Hari 5 Malam ~ Petang Keempat

Millionaire's performance



well...dia dah ada sejuta sekarang. KAU ADO???

TAK ADO!!!!

Wednesday, May 06, 2009

5 hari 5 Malam ~ tengah hari, hari ketiga

dan dia menang....



dia...Shah Indrawan

tahniah...a job well done.

Tuesday, May 05, 2009

5 Hari 5 Malam ~ pagi kedua

vocal not so good this time around. the stage usage was excellent but very close to merata-rata



listen to paul and shafinaz at the end of the performance yeah!!

Monday, May 04, 2009

5 hari 5 malam .... malam pertama

layan gak lagu Rindu Terhenti neh..


tahniah kata aku...

NEXT!! kata shahe

hahahaha gelak kak pinky

Saturday, May 02, 2009

Untuk anak-anak dara sunti

Untuk anak-anak dara sunti dan mereka yang baru habis exam lalu berniat menonton wayang...

Boleh tak tolong offkan handphone tuh bila menonton wayang???

Boleh tak jangan nak berebut seat and gaduh sape duk dengan sape dalam panggung tuh...kalau nak beromen, sila buat pilihan sebelum masuk panggung!!

Kalau takut dengan hantu, jangan tengok citer hantu!!! Simple rules!

Kalau nak lepak-lepak ber'girl talk'.....ada sebabnya food court, restaurant, park with benches disediakan...sila jangan overshadow cerita yang sedang ditayangkan di layar...

owh, anak teruna juga berperangai begini..tapi tajuk di atas adalah lebih catchy

Friday, May 01, 2009

Berani aku tak upload show TOMOK


i dont like the arrangement but then again...it works..


with some family drama at start



heh, next! kata Shahe hahaha makan hatilah ko...don't forget tonite...the final.

Wednesday, April 29, 2009

Ini entry makan

Berani aku tak baca dan tak buat entri makan sana sini??????

mati masuk neraka ooooo kalau tak cerita apa aku makan breakfast, lunch....dinner...

Tuesday, April 28, 2009

BABI....

Babi adalah seekor haiwan yang sangat comel. Tubuhnya berwarna pink dan bulat-bulat. Babi kampung huduh sikit, dia kurus kurus tak gemok dan berwarna koko koko nak hitam.

Ekor babi berlingkar macam lingkaran ubat nyamuk shelltox. Orang selalu kata bunyi babi oink! oink! tapi sebenarnya bunyi dia krooh! krooh! macam bunyi orang berdengkur tuh. Sebab tuh orang kata, berdengkur macam babi! Mana aku tau?

Aku tau la, belakang rumah tok aku dulu ada kandang babi tapi sekarang dah takde dah, sekarang kandang babi tuh dah jadi tempat parking moto berbumbung di depan Kompleks Bukit Jambul. Rumah tok aku pun dah jadi Esso.

Dulu kitaorang sepupu sepapat yang kecik-kecik neh, suka pergi kat kandang tuh dan jerit-jerit BABI! BABI! kat babi-babi tuh. Kesian babi kena carut babi.

Tak tau pulak babi pun boleh kena selesema.

Kesian babi.

akhirnya babi di makan bersama desert pic courtesy cik tajul di flickr

*ha ha ingat ko sorang je boleh buat entry pasal makan-makan

Monday, April 27, 2009

Award

Award dari maksu mekasih...susah-susah je





Yang ini aku tak ingat sapa bagi.....sorryyyyyyy...



pada yang berkenaan, mintak carut aku di ruang komen ye....hehe

Tuesday, April 21, 2009

Pementasan Monodrama Manusia Raja

Haaaaa.....kepada sesapa yang berada atau akan berada di kawasan Utara Semenanjung Malaysia, sudi-sudikanlah hadir untuk menonton Teater Monodrama Manusia Raja....untuk maklumat lanjut bolehlah merujuk poster di bawah



atau...lawati bakawalee-tetamu

kalau sesapa teringin nak tengok Pegawai Khalwat tuh rupanya macam mana, Sang Paranormal tuh rupanya macam mana.....haaaa....kena pi tengok naaaaaa....


*..cik bilik hang kalau balik pala bataih time ni, p tengok naaaa...kak nonie hang pun sama, on the way balik changloon tuh, singgah sat...axim hang pun sama, dah la duk Penang, opis pun dekat ja dengan Rumah P.Ramlee tuh, hang ni kategori wahhhhjeebb pergi haha

Monday, April 20, 2009

20th April - Selamat Ulangtahun Sayang

To two of my beloved...this is for you both, enjoicesss...



Oh, and to afiq congratulation on your promotion

Thursday, April 16, 2009

Dah tak tau yang mana satu

Banyaknyer keje, dah tak tau yang mana satu nak buat dulu. Aku rasa boss aku pun dah pening dengan segala kerja yang dia sepatutnya buat sampaikan dia pass2 je kat kitaorang tanpa details...

tadi jiran cubicle aku tanya, pernah tak dapat email yang meminta pertolongan dengan panjang berjela dan diakhiri dengan ASAP....hehe aku kata pernah, ci*****kan!!! Pandai berak, pandailah cuci...

mari dengar lagu sambil mententeramkan jiwa....kudos kepada cik bunga rampai kerana dari entrynya, saya menemui youtube yang mendamaikan ini...