Friday, October 07, 2005

The REcent POst

Post aku yang sebelum ini adalah sebuah cerpen yang aku tulis dengan tujuan untuk dimuatkan dalam sebuah buku yang manggabungkan penulis-penulis muda. Bentuk tulisan adalah pelbagai dan aku memilih cerpen untuk meluahkan isi kepala ini. lama telah aku menulis tapi banyak yang hanya separuh jalan kerana mental blocked. Ini adalah salah satu contoh kejayaan aku yang patut aku raikan. Tapi nak diraikan cara yang bagaimana yer? hmmm... entah, tapi kena raikan... memikirkan ini boleh mengundang stress yang menyesakkan. Ironickan... stress memikirkan cara untuk menangani stress.
Sekarang jadual aku semakin sibuk bersama dengan sibuknya dunia teater Pulau Pinang. Dengan Actor's Studio Penang yang akan membuka langkah semula, dengan TETAMU yang menjalankan pengstrukturan semula, dengan Bakawalee yang terus berjuang dan macam-macam lagi, arena seni teater Pulau Pinang semakin meriah kalau pun tidak menyesakkan.
Manifestsi Teater Hujung Minggu Pulau Pinang 2005 baru sahaja melabuhkan tirainya setelah 3 bulan kumpulan-kumpulan teater Pulau Pinang berentap mempamerkan idea-odea kreatif, kritis dan inovatif mereka di pentas. Penyudahan yang agak menimbulkan kontroversi juga dengan beberapa keputusan yang tidak dijangka. Namun begitu, keputusan pengadil adalah muktamad dan sudah menjadi adat pertandingan, pasti ada yang kalah dan pasti ada yang menang. Kalau takut kalah jangan masuk bertanding, kalau hanya nak menang pun jangan masuk bertanding.
Bakawalee menerusi teater surreal Ana tidak membawa pulang sebarang kemenangan. Mungkin begitu sudah ditakdirkanNya. Telan walaupun pahit. Aku sebagai pengarah tidaklah kecewa dengan keputusan ini kerana sejak dari awal lagi niat di hati hanya mahu membawa nama Bakawalee dan mahu menunjukkan kepada arena seni teater Pulau Pinang, inilah pemikiranku, inilah idea-idea aku. Ini kerana, pementasan-pementasan aku sebelum ini pada aku gagal untuk menunjukkan taringku yang sebenar. Sekarang ia jelas.
Sekarang aku puas. Akan datang produksi seterusnya adalah pada bulan Disember 2005. Masih dalam kelantangan bersuara dan amat berterus terang. Kerana kelantangan aku yang tidak mengenall sempadan itu, skrip aku ditolak oleh Kelab Kesenian Kepala Batas, terlalu seksual katanya. Kalau pengarahnya tak kreatif memanglah akan jadi begitu tapi skrip aku mahu mencabar pengarah sebenarnya.
Dalam entry aku yang seterusnya akan aku ceritakan serba sedikit mengenai pementasan ini. Salam teater buat sementara waktu.

3 comments:

Pegawai Khalwat said...

Master Yoda pernah berkata; "Do or do not! There is no try". Dan ente telah membuktikan there is no try, just do.

Menang kalah tu biasa la. "Selalu dok menang, sekali sekala kena jugak kalah", memetik kata-kata seorang rakan, you know who.

artisticklytouch said...

weh Chorpe, terima kasih... kau banyak mengajar aku.

lotsachi said...

terlalu seksual? ade ke... seksual dalam text, tak semestinya dibuat seksual di pentas. and vice versa. u might wanna modify it a lil bit.