Tuesday, October 18, 2005

Menjelang Ulangtahun ke-2 sentuhanseni

Waaaahhhh... dah nak dua tahun pun blog ni, dah boleh masuk nursery. Planning memang nak buat non-stop entry hingga tarikh birthday tapi terbantut sebab kerja bertimbun-timbun, in-tray aku pun dah membengkok kesan file yang semakin memberat diletakkan atasnya untuk tempoh yang lama. Aku ingatkan bila naik pangkat ni, bolehlah delegate tugas sikit tapi rupanya dah kebanyakkan kerja diharapkan pada aku pulak. Bos macam tak percaya pada rakan kerja aku yang sorang ni, bos suruh dia buat payroll je - dia, yang sentiasa ingat aku mengulat. Padahal dia tak tahu, aku cover bahagian kerja dia...nasib baik aku ni penyabar he he aku rasa kalau aku meletup, harus dia resign 24 jam - tak baikkan, budak baru grad, tak matang lagi.

Ini makluman penting kepada Nerd ketat dan Butaseni - gua semakin mengurangkan rokok!!!! Minggu lepas hisap 5 batang je, minggu ni setakat hari ini, 3 batang jers!!! ha ha berhenti membeli sudah tentu...sekarang mahu berhenti secara total!!

Ok, sebelum aku pulang bercuti, ini sebuah entry yang aku buat pada tahun 2005 tapi aku dah lupa kenapa aku tak publishkan so memandangkan takde idea baru untuk entry, nah, amek kau yang ini!!!

20 years ago, 1985 (I was 6)

  1. Tahun ni I was in Tadika
  2. Aku pergi sekolah naik bas Uncle yang ada jual keropok, gums and sweets kat tempat driver.
  3. Tinggal dengan babysitter, arwah makcik Salmah.
  4. Actually the first year hidup di KL permanently sebab sebelum ni tinggal dengan arwah grandma in Penang.

10 years ago, 1995 (I was 16)

  1. My first year kat SM Sains Muar.... tensen je memanjang sebab kena orentasi setahun dengan senior.
  2. Mula kenal dengan besfrensz2 aku sekarang, jeeb, fari, liza, batt, sem, sen, shaz, yoes, weh byknya kalau nak sebut... uols are deep in my heart.
  3. Jadi ketua kelas for the first time... hehehehe
  4. Menang pertandingan model Geografi peringkat daerah Muar. (No, it's not a modelling competition!)
  5. Mula rasa2 apa itu cinta hahahhaha yang ini paling kelakau...

5 years ago, 2000 (I was 21)

  1. In my 3rd year as a Business student in UPM
  2. I was the Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Kolej Kelima
  3. Performed at The Actors Studio black box - Makyong Anak Raja Gondang & Off Bees and Birds.
  4. Jadik extra utk drama HVD hehehhe penat siot
  5. Dicadangkan untuk menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar UPM - aku tolak.
  6. Masih lagi aktif beroutdoor dengan geng2 Kelab Kembara Kolej Kelima.
  7. Semangat ni....daftar mengundi!

Selamat bercuti untuk aku

Selamat Hari Lahir untuk aku

Selamat Ulangtahun ke-2 untuk sentuhanseni

Selamat Hari Merdeka untuk semua

(",)

No comments: