Sepatutnya entry ni dah publish malam tadi tapi dalam proses tu, komputer aku hang.... alamak dah la tak save draft. So untuk mengingat balik apa yang aku tulis semalam maka aku kenalah merapu dulu sedikit sebanyak.
Seingat aku, entry aku pasal show teater cina kat Actors Studio (ofis aku) ni yang dapat sambutan sangat-sangat menggembirakan semua orang - Full HOuse!!! Tanyalah penggiat seni mana pun, apa yang teramat-amat bererti dalam hidup mereka sebagai seorang performer, mestilah dapat full house untuk setiap persembahan yang dibuat. Lagi best bila penonton yang datang tu penonton berbayar. Dalam hal produksi Cina ni, tiket RM 15 dan mereka dapat full house nak dibandingkan teater Melayu yang memang selalu jugak dapat full house kalau buat show FOC.
Show FOC - inilah yang dikejar-kejar oleh semua orang, maklumlah hiburan percuma. Ini jugalah yang menjadi medium untuk Kementerian Kebudayaan mendidik masyarakat Malaysia untuk menghargai teater. Suka untuk aku nyatakan di sini bahawa usaha itu berjaya mendidik masyarakat menghargai teater percuma, bukannya teater berbayar. Banyak kali aku come across audience yang bertanyakan sama ada show yang aku buat tu percuma atau tidak, kalau tak free tak nak pergi. Kau boleh!!!???? Ada jugak yang berhati perut sikit - sikit jelah - have the guts untuk mintak diskaun kawan-kawan - Hello... sejak bila ko berkawan dengan aku????
Inilah yang menjadi dilema penggiat-penggiat teater Malaysia. Nak dikenakan bayaran takut tak ada audience. Sebab bila tak ada audience, macam mana kita nak tahu feedback pada persembahan kita? Aku pernah merasa penonton yang datang tak sampai 5 orang, ada jugak sekali tu, yang menonton adalah usher2 aku - tak ada audiencelah ni. Sedih tapi nak buat macam mana, semua orang dah habis duit nak beli prepaid nak AFUNDI. Itukan lebih glamer.
Tapi kalau dilihat dari satu segi lain pula, ini adalah satu outcome yang bagus. Kenapa begitu? Sebab aku lebih berpuas hati mendapat 10 orang penonton berbayar yang menghargai kerja seni aku daripada beratus-ratus penonton percuma yang tak reti nak menghargai kerja seni, tak beretika dan tak datang untuk menonton pun.... kau boleh!!!!????
Terima kasih kerana menyokong teater Malaysia
3 comments:
Kita serupa.... kita serupa.....
Aku rasa tahun depan kita suruh pegawai baru dengan En. Din mandatorikan bayaran tiket. Nak tengok full house ka dak teater Melayu. Kita start murah dulu takpa, janji depa dah mau belajar. Sebab tahun ni aku rasa ramai yang dah mula belajar etika menonton teater. Dah kurang dengar deringan handphone dan suara-suara sumbang mengomen yang tak patut pun dah makin kurang. Harapnya kita bole dapat macam Dramatic Boundary ni, yang bayar tiket 2 kali ganda mahal dari harga tiekt standard kita, tapi masih full house.
what's AFUNDI?
what's the chinese theatre about?
AFUNDI is a some sort of tagline for a local reality TV series Akademi Fantasia... it's what u type in ur sms when u want to vote for the participants
ie: AFUNDI amylea
n the chinese theater was about a group of friends from childhood who grew up together and finally take different path in life.
Post a Comment