The above subject referred.
Dalam entry ini aku ingin menceritakan perkara yang berlaku pada final rehearsal Bangsawan Puteri Saadong (selepas ini dikenali sebagai BPS) ahad lalu. Buat pertama kalinya selepas tiga rehearsal finally, tuan pengarah mahukan dibuat scene 3. Sepatutnya masih di peringkat ice-breaking lagi tapi sudah diangkat ke level seterusnya - draft blocking (ada ke istilah seumpamanya? lantaklah kalau orang lain boleh bagi nama istilah, kenapa aku tak bleh).
Aku sedikit ketar dan berdebar-debar, maklumlah kali terakhir aku berlakon adalah pada awal tahun ini bersama dengan produksi PSM di bawah pimpinan Abang Zul (mana ntah menghilangnya). Tapi dengan ketaran itu aku gagahkan jua, dah la dayang tak ada nak bagi que, so aku kena pandai-pandai sendiri. Lantas berkat pandai-pandai sendiri dan ketaran yang tidal mengenal hujung aku gagahkan kaki dan suaraku.... hehehe.... sepatutnya gelak gatal tapi tak jadi, itulah aku, yang tak suka diberitahu apa yang sepatutnya aku rasa pabila melakonkan sesuatu watak, aku lebih suka jika aku dapat jumpa rasa itu sendiri berbanding mengharapkan orang untuk remote aku dengan memberitahu apa yang patut kau rasa. Susah, bila kita dah buka ruang untuk orang menentukan macam mana gaya lakonan kita, kita akan dijadikan sebagai mereka, itu yang tak best. Sebab itu aku suka cari sendiri, biar lama, biar lambat tapi kepuasan itu aku yang rasa, aku perlukan rasa kepuasan itu dalam diri aku juga (Fari mesti kata aku pentingkan diri sendiri... AKU..AKU..).
Dan percubaan pertama aku ini juga terpeleot sedikit apabila yang keluar dari mulut aku adalah loghat Pattani (kaedahnya kalau dah selalu sangat melepak kat Man Cafe, Permatang Janggus - semua waiter dia dak2 Pattani yang cute2). Nasib baik tuan pengarah memberi kelonggaran kepada aku untuk tidak terlalu memaksa diri menjadi Raja Siam, dapat cakap ikut lenggok bangsawan cukuplah katanya. Yeeeaaayyyy!!!!! aku suka tapi ada juga yang tak suka...
Selepas beberapa kali mencuba baru aku dapat semangatnya, baru aku nampak jalannya, temponya dan terima kasih kepada rakan lakonku Ann (http://annnurbayahassan.blogspot.com) yang sentiasa memberi sokongan moral dan tidak patah semangat dengan keterkial2 aku dalam menyampaikan dialog. Sesungguhnya bila aku tolak ke tepi semua expectation orang terhadap aku, baru aku dapat merasa, rasa itu!! Rasa itu sangat indah kerana ia adalah usaha aku.
Seusai babak 3 kami berhenti untuk sedikit sharing berkenaan babak itu, tidak banyak teguran untuk aku, sana sikit, sini sikit untuk diperbaiki, bagus jugak untuk 1st try (sebelum ini aku tak pernah berlakon bangsawan). Dari sharing berkenaan babak, tuan pengarah mengalih kepada tajuk-tajuk lain yang ada kala berkaitan, ada kalanya tidak berkaitan. Lantas ini mengundang resah kepada sebahagian tenaga pelakon yang tidak terbiasa dengan latihan teater bersama seorang veteran. Sesungguhnya mereka ini perlahan caranya, penuh adat dan kesempurnaan kerana mereka telah banyak belajar dan mereka mahu berhati-hati agar kesilapan lalu tidak diulangi. Selain itu, kekuatan mereka yang semakin kurang itu juga menyumbang kepada rasa kebosanan semasa latihan dijalankan tapi harus diingat yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang.
Lama si tua itu membebel, dimainkannya piring hitam bangsawan tahun-tahun 30an, wah aku berasa sangat bertuah!! Pemain piring hitamnya pun sangat klasik, dolu2! Kadang-kadang dia ikut menyanyi dengan mengepit suaranya hehehehe sebijik!!
Dari lagu berkalih ke cerita-cerita pengalamannya membuat persembahan Bangsawan, tarian dan mengajar di Songkhla University. Indah sangat dunia ini dari matanya dan aku juga nampak akan keindahan itu tapi masih ada yang tidak mahu mengerti.
titik pinang kutitik
kutitik di atas batu
kuambil pinang sedikit
naiklah seri ke muka aku
Dan akhirnya malam itu tirai bangsawan dilabuhkan. Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan Batin diucapkan...
Di luar....
Mereka tidak berpuas hati...ada yang berasakan dirinya dianak tirikan, ada yang berasakan tuan pengarah perlu diperbetulkan, ada yang berasakan dia lebih layak mengarah, ada yang berasakan dia perlu memperbetulkan semua orang, ada yang berasakan jika si perempuan itu tidak berlakon maka dia juga tidak mahu berlakon, ada yang berasakan dia hanya layak berlakon dengan yang star2 sahaja, ada yang berasakan latihan yang diberikan kepada mereka tidak cukup sebaliknya pengarah lebih banyak membebel, ada yang berasakan intro to bangsawan yang dilakukan oleh pengarah itu tidak penting kerana "lain kali kami boleh belajar". Kenapa??
Kenapa kita tidak boleh menghargai usaha2 akhir si tua itu untuk meneruskan kegemilangan bangsawan, kenapa kita terlalu ego dengan apa yang dipinjamkan kepada kita hinggakan kita lupa, apa yang kita ada, orang tua itu sudah lama membuangnya kerana it's all basic.... he has been there, he has done that!!!
Aku akui agak membosankan cara dan gaya pengarahannya tapi harus diingat, setiap satu yang diberikannya itu adalah pelajaran dan ilmu percuma... masih kau tidak mahu bersyukur lagi?
Terima kasih tuan pengarah. Selamat Hari Raya
1 comment:
Entahlah Art....
Aku pun tak tahu diaorang semua ni. Tak ada langsung nak beri chance kat orang tua tu.
Cuma satu aku pegang, kita pun akan tua jugak. Dan kita pun mungkin jadi macam dia jugak. Aku tak tahulah apa kita rasa kalau orang buat kita macam tu nanti.
Moga mereka kan sedar......
Post a Comment