Saturday, October 29, 2005

Rasa.... Urgh!!!

Rasa itu datang lagi. Kali ini ia bagaikan satu kejutan kerana aku sudah lama tidak mengidamkannya. Aku sudah lama mengajar diri ini untuk tidak mengendahkan rasa itu andai sekiranya ia hadir tapi dalam bulan yang Mubarak ini, rasa itu hadir dan aku seakan terpanggil untuk menghargai kehadirannya.
Takut. Mungkin juga sebab rasa yang pernah hadir dulu dan sebelum yang dulu, parutnya masih berbekas, lukanya masih terasa. Kadang-kadang seakan satu mimpi ngeri. Harus ada yang indah tapi perpisahan itu sangat mutlak hinggakan untuk mengingati yang indah itu juga akan mendalamkan lagi calaran luka sedia ada. Sanggupkah aku?
Kali ini aku katakan pada diri, ya, aku sanggup. Sanggupkah dia?
Aku masih lagi menanti jawapannya dan jawapanNya. Nya sudah pasti tidak menghalalkan namun Tuhanku, kau menciptakan aku, maka kau lebih tahu. nya ada memberi jawapan tapi tidak jelas atau aku tidak dapat melihat dengan jelas kerana keserabutan antara nafsu dan rasa itu. Aku yakin ini adalah rasa, bukan nafsu.
Jadi kenapa perlu takut?
Pernah disoal kepada aku, apakah penyudahannya? Maka kukatakan kebahagiaan dan rasa itu, sama seperti yang dicari sesiapa sahaja di dunia ini, kebahagiaan yang lahir dari rasa itu. Indah tau.
Memerhatikan sekelilingku, kurasa sama seperti mereka walaupun hakikatnya dari pandangan mata dan pendengaran telinga ianya berbeza. Rasa itu, sama. Mereka kelihatannya bahagia dan aku juga bahagia. Bahagia kerana hadirnya rasa itu dalam diri, dalam diri mereka dan dalam diri aku. Sedikit cemburu mahu juga hadir, hadirlah kau, mungkin hadirnya kau duhai cemburu akan menyemarakkan lagi rasa yang ada.
Aku mahu seperti mereka, senang ke mana sahaja berdua dan bersama. Tidak peduli pada yang sekeliling. Indah tau. Cemburunya. Sedangkan dapatkah mereka menerima aku seperti mana aku menerima apa yang mereka hidangkan kepadaku saban waktu. nya, bila kau beri jawapan nanti, aku harap aku akan menjadi seorang jantan yang berani. Aku mahu kita seperti mereka, boleh ke nya? aku? kau tanya aku? kau sama-sama aku ye nya, pasti boleh sebab kau tunjang aku. Alamak, rasa ini sudah terlalu dalam untuk aku menidakkannya.
Rasa CINTA yang hadir ini aku suka. Harap kau pun suka nya.... alah, aku tahu kau suka! (",)

2 comments:

Pegawai Khalwat said...

Alamak......
Aku tak paham la apa yang hang nak cerita.

Rasa tu rasa apa?

Rasa sayang?

Rasa chenta?

1001 Rasa Baba's?

Antirealis betoi hang ni.

He.. he... he...

enn@j said...

hey!!!

joanne here, thanks for dropping by my blog and belated Selamat Hari Raya!!!!