Friday, October 21, 2005

Bangsawan dan keperihalannya

Bangsawan...
Bangsa dari awan?
atau
Bangsa Abang Wan?
Sekarang aku terlibat dalam sebuah produksi bangasawan yang akan mengadakan pementasannya selepas perayaan hari Natal pada bulan Disember nanti. Masa yang ada agak suntuk tetapi itulah kaedahnya kalau bekerja dengan amatur (baca: part-time berteater, full -time kerja). Masing-masing bercomitment tinggi, maklumlah rata-ratanya msih lagi muda dan masih lagi mengejar serta mencari landasan hidup.
Bangsawan pada tahun ini sekali lagi diadakan bersempena dengan Pesta Pulau Pinang. Tempatnya pada tahun ini bertukar dari USM ke auditorium P. Ramlee. Satu perkembangan yang amat baik kerana pada tahun-tahun sebelum ini apabila persembahan diadakan di USM, majoriti pemain dan penggeraknya adalah pelajar USM yang mengambil jurusan seni persembahan tapi tak reti nak mempersembahkan. Satu percaturan yang amat mendukacitakan. Nak dikaitkan sebagai aplikasi kronisme tak boleh juga kerana sebagai seorang pengarah, aku juga mahukan mereka-mereka yang aku selesa bekerja menjadi pasukan aku. Kena-kena pulak kalau masa suntuk, mana nak buat auditionnya, mana nak ajar berlakonnya, solutionnya, ambil sahaja mereka yang kita kenal dan boleh bekerja walaupun lite-lite jer hasilnya.
opppssss.... ini dah lari tajuk ni sayang...
Tapi itulah perihalnya teater bangasawan di Pulau Pinang sebelum ini. Tahun ini, Jabatan Kebudayaan membuka peluang baru kepada penggiat-penggiat teater yang tidak bernaung di bawah USM untuk belajar bangsawan lalu di akhrinya mementaskan sebuah naskah berjudul Puteri Saadong. Permulaannya agak memberangsangkan setakat ini. Baru satu latihan aku pergi, terpaksa ponteng latihan yang terakhir kerana masalah transport. Maaf yer cikgu Baha.
Cikgu Baha tuh pengarah Bangasawan kali ni....
Aku dipertanggungjawabkan untuk memegang watak Raja Ligor. Raja Ligor adalah seorang Raja Siam yang sangat gatal. Hmmm... senang bah itu mau buat (kata orang Sabah). Nka menggatal memang ler senang babe, nak melenggok bangsawan itulah yang menjadi permasalahan yang teramat besar.
Setelah menuntut selama beberapa minit dengan Ann Nurbaya (kelllaasss nama, mcm penyair2 gtoooh) baru aku faham, rupanya lenggok bangsawan nih ala2 TV pendidikan punya dialog... ingat lagi tak? Mekasih ann, senang sikit kerja aku.
Sekarang nih aku yakin semua orang dah peringkat hafal skrip tapi aku masih lagi terkial2 hehehe mana tidaknya, kepala otak asik terpikir orang di sana jer. Duk kira nih macam mana lepas raya nih, dengan training percaturannya, dengan bangsawannya dan hati si dia.... hmmm... rasa macam sitcom illyana plak... haa.. apa lagi hantar la sms, unutng2 masalah aku tak setel tapi aku dapat untung.
eh..eh...merapu lagik...
Anyway, mempelajari bangsawan yang pada suatu masa dulu pernah membuatkan aku tidur di Panggung Sari Istana Budaya dan Panggung Percubaan UPM juga Dewan Budaya USM, adalah suatu peluang untuk aku mengenali nilai2 seni bangsa, particularly orang2 Penang sebab bangsawan mula di sini.
Harapnya bangsawan terus terpelihara dan terpulihara...
ada lagientry aku pasal bangsawan... tunggu...

5 comments:

lotsachi said...

yeah...waiting...

so, how's your bangsawan rehearsal? do u (have to) use any kinesthetic response? ;)

Pegawai Khalwat said...

Ha ha ha....

takdak transport habaq la kat aku, ni aku dah kata hang ada keja kat actor studio.

kurang pahala posa aku.....

artisticklytouch said...

tonite got rehearsals... alamak dialog tak memorise lagik... kinesthetic response? wat's that?

Pegawai Khalwat said...

Come.... come my child.... come to Bangsawan's rehearsal..... and let us hear stories from our lord director! Behold!

artisticklytouch said...

oih... tak habaq pun ada monodrama kat USM... ann ada kat ofis aku ni. on la YM