Agak lewat juga saya memuntahkan pendapat mengenai tontonan saya ini, namun pengalaman yang dilalui masih lagi terpahat jelas di ingatan. Seminggu yang lalu saya berkesempatan meluangkan sedikit masa untuk menjenguk-jenguk Festival Filem Pelajar Malaysia yang diadakan di USM. Tujuan saya ke sana pada mulanya hanyalah kerana keinginan yang meluap-luap untuk menonton satu lagi karya Osman Ali – Malaikat di Jendela.
Akibat daripada publisiti yang tidak seberapa, festival ini yang sepatutnya gah (kalau tidak, tidak perlulah ianya dinamakan festival) kelihatannya lengang. Agak sukar bagi saya dan rakan untuk memastikan tempat tayangan filem tersebut. Nasib baiklah pada brosur yang diedarkan tertulis tempatnya di Pusat Pengajian Komunikasi. Namun begitu, kami tetap ragu-ragu kerana di Pusat Pengajian Komunikasi sendiri (yang saya kira tuan rumah program) kelihatannya seperti tiada apa yang berlaku.
Dalam kekeliruan mengenai keberadaan tempat tayangan itu, saya ditegur seorang kenalan yang merupakan pelajar Pusat berkenaan. Lantas saya bertanyakan dia mengenai tempat tayangan yang kami cari-cari. Rupa-rupanya tempat yang kami cari itu ditandai dengan penunjuk arah ‘studio pengambaran’. kami mengikut sahaja penunjuk arah yang disediakan itu dan perjalanan terhenti pada sebuah pintu yang terkunci. Jam menunjukkan tepat jam 2. Pada brosur dinyatakan masa tayangan ialah jam 2.
Jadi kami menunggu lagi hinggalah pintu dibuka sepuluh minit kemudian. Tidak perlu berebut untuk mendapatkan tempat kerana boleh dibilang dengan jari sahaja penonton yang hadir. Rata-ratanya penuntut di situ dan pekerja-pekerja mereka.
Tayangan bermula. Kami menonton dengan penuh minat.
Setelah 30 minit (satu durasi yang cukup pendek untuk sebuah filem yang cukup hebat), saya dan rakan berpandangan sesama kami.
“Cerita ni memang best!” kata rakan saya dan saya hanya mengangguk. Tidak ada apa yang dapat saya katakan pada ketika itu kerana saya masih lagi cuba untuk enjoy the movie.
Kekuatan cerita ini boleh saya katakan terletak pada sinematografinya yang begitu teliti pembikinannya. Osman Ali menggarap dengan baik kawasan pedalaman di daerah Chini Pahang dan membawanya masuk ke dalam jiwa penonton melalui permainan kamera yang baik – cekap sebenarnya.
Sekalung tahniah juga pada para pelakon yang menguatkan cerita ini. Ning Baizura (yang sehingga kini rakan saya masih lagi belum mampu mempercayai bagaimana Ning boleh melakonkan wataknya) memberikan persembahan mantap. Dengan ekspresi muka yang jelas menunjukkan Ning memahami watak yang diberikan padanya dan gaya lakon yang bersahaja membuatkan saya kagum dengan kemampuan Ning kali ini. Cumanya apabila dia berdialog, saya berasakan agak janggal pula dan kurang berkesan. Lakonan tanpa dialognya sudah cukup menceritakan kepahitan hidup yang dilalui.
Ini terbukti dengan kemunculan Haeri Yanto Hassan sebagai pemuda kampung. Dia tidak punya sebarang dialog pun sepanjang kemunculannya dalam filem ini namun wataknya disampaikan dengan baik hanya dengan permainan mata (ternanti-nanti kemunculan Haeri Yanto di layer perak tempatan sebagai pelakon utama).
Saliza Ali juga menunjukkan lakonan yang mantap. Jelas pada mata saya yang dia amat menantikan kelahiran anak dalam kandungan itu walaupun bapanya tidak diwujudkan dalam cerita ini. Di sini pengarah seakan mahu menegaskan lagi kekuatan jati diri seorang wanita pada pandangan matanya. Walaupun sebelum itu ciri-ciri wanita yang tewas kepada gelojak nafsu dipaparkan namun kemunculan watak Saliza Ali dan ketabahan watak yang dibawa Ning untuk mencari kembali pangkal jalan yang ditinggalkan, telah mengaburi sifat negatif tadi.
Secara telus, filem pendek ini telah dapat melaungkan ke seluruh dunia mengenai kekuatan wanita, ketabahan mereka dan dilema mereka dalam menghadapi hari-hari yang tidak pernah berbau. Tahniah kepada Osman Ali dan pasukannya. Tidak sabar menantikan kelahiran filem Osman Ali yang lain dan kelahiran filem-filem sebegini.
Untuk penganjur Festival, terima kasih kerana membawakan beberapa filem terbaik negara tapi kalau festival itu benar-benar bersifat festival, bukankah lebih baik?

1 comment:
ya, i sokong--angkat tangan, angkat kaki ;P
what's the point of naming it a festival when it's not even a tad bit 'festive'... aaahh...what's the sophisticated word--mempersiasuikan. hahahaha... hokkien malay, cewah!
majulah identiti, bangsa dan budaya malaysia! heh.
Post a Comment