Saturday, September 17, 2005

Review filem The Wooden Camera

Semalam aku berkesempatan menonton sebuah filem dari Afrika Selatan.  Tajuknya The Wooden Camera.  Pelakon-pelakon utamanya adalah 5 orang kanak-kanak disekitar usia 10 hingga 15 tahun.  Filem ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan juga berjaya memenangi beberapa anugerah di dalam festival-festival yang disertainya itu.  

Sebuah filem mengenai kehidupan masyarakat Afrika Selatan pasca dasar apartheid.  Permulaan cerita lagi kita disajikan dengan sebuah kawasan setinggan penduduk kulit hitam yang kediaman mereka lebih bersifat pacthwork berbanding rumah.  Setinggan di Malaysia rasanya lebih tersusun.  

Filem ini juga membawakan tema kemanusiaan.  Maksud saya, perhubungan sesama manusia.  Di dalam sebuah masyarakat pasca Apartheid, perhubungan ini dilihat semakin kuat namun masih ada juga segelintir yang tidak dapat menerima perbezaan warna antara mereka.  Dan sikap ini bukan sahaja dapat dilihat pada watak-watak berkulit putih malah pada masyarakat kulit hitam juga.  Namun pengarah cuba juga mengatakan kepada dunia bahawa golongan yang menilai warna ini semakin pupus dan golongan yang lebih bersifat liberal sudah mula menguasai Afrika Selatan.  Ini diwakili oleh perhubungan intim antara Mateeba dan Estella yang kedua-duanya saya kira usia mereka dalam lingkungan 12 ke 15 tahun.  

Agak mengkagumkan juga pengarah memilih untuk menggunakan medium kanak-kanak untuk membicarakan soal cinta, kasih sayang, harapan dan cita-cita, kemiskinan dan krisis identiti.  Saya terfikir juga adakah Malaysia mempunyai anak-anak yang berbakat seperti ini?

Saya kagum dengan keupayaan pelakon-pelakon cilik ini.  Lakonan mereka tidak hebat (tidak mustahil satu hari nanti mereka akan menjadi hebat!) tetapi kena dengan konsep cerita ini yang melihat dunia dari mata mereka (kanak-kanak).  Kanak-kanak adalah golongan masyarakat yang sentiasa ‘innocent’.  Mereka sentiasa dalam satu peringkat yang kita katakana belajar untuk hidup.  Konsep inilah yang amat jelas dalam file mini namun adakalanya observasi mereka terhadap dunia sekitar lebih hebat daripada orang dewasa (watak Madeeba).

Cerita ini berjaya menonjolkan warna-warna kehidupan yang dilihat dari mata seorang kanak-kanak.  Sebagai seorang dewasa ia adalah satu metafora yang perlu kita nilai dan dalami maksudnya.  Agak menyedihkan juga kerana pada kala saya menonton cerita ini hanya ada dua orang sahaja penonton dan menurut pekerja-pekerja di sana, International Screen di GSC Penang memang tidak pernah berpenonton lebih daripada 5 orang.  Apakah kit abelum bersedia untuk menghargai filem-filem sebegini?


art@Greenhall

No comments: