Tuesday, August 05, 2008

Pengalaman Bercuti di Kampung Semasa Cuti Sekolah Yang Lalu-Episod 1

Tajuk sangat karya-karya karangan masa sekolah rendahkan? Pastu tulis dalam buku berita. Sekolah korang ada buku berita tak? Alah, page dia separuh kosong di mana kau buleh lukis-lukis dan separuh lagi ada line. Budak sekolah aku panggil buku berita, cikgu pun panggil buku berita.

"Keluarkan buku berita!!!!" kata cikgu dengan nyaringnya.

Hari ni cikgu nak kata....

"Blog kau dah bersawang!!!! Orang atas kapal tengah laut chronicle kapal laut pun buleh hupdate katanya, dah memang dasar pemalas!! Cubalah ambik contoh orang kaya atas kapal laut tuh...oppppsss!" ha ha semua orang tak faham...dua orang je faham kan kan

Ingat wahdi je pergi Ostolia, aku pun pergi Ostolia...naik MAS lagi!! Dia pergi naik Air Asia sajork ha ha gaygeh nak bergaduh dengan orang. Ini cerita aku kat Ostolia...alah yang aku pergi holiday and tak bawa balik souvenir kat korang tuh, hanya cerita-cerita yang mampu membuatkan korang jeles sahaja dapat aku persembakan. Rasain...

Dah sebulan lebih balik dari Australia, ni baru nak wat entry pasal Australia ha ha matila busy sangat katanya. By the way, gambar kurang sangat sebab aku bergantung harap kepada gambar-gambar yang aku snap dengan camera handphone 3.2 megapixel sahaja (tetap gaygeh nak menyebut pixel kamerakan). Gambar-gambar dalam kamera aku tertinggal kat KL dan video-video yang rakam semuanya aku terdelete. Exactly….sangat tidak disengajakan terasa nak patah balik Australia and rakam semula ha ha nantilah dapat sugar daddy aku buatlah perkara-perkara pelik macam tu.

This was a family trip so don’t expect something that’s wild…semua tindakan dikawal dengan penuh berhemah ha ha

Bonda mengecek takut tertinggal passport dan mengecek senarai barang-barang yang diorder oleh makcik-makcik persatuan ibu bersara. Big bro sedang mengingat kembali dia apply ke tak cuti ni

We landed in Sydney in a very cold weather. If I’m not mistaken it was 17ºC, gila babas punya sejuk, nasib baik ada jaket Zara (perlu ke?) tapi tetap gaygeh kitaorang lima orang berdiri teguh di luar airport blur tak tahu nak buat apa. Bukannya tak ada tempat menunggu kat dalam tu, saja nak test ketebalan kulit.

muka terkejut kena angin sejuk winter di Sydney tapi tetap maintain berlagak

We stayed at this backpackers call Westend or Legendhasit Westend (dah hari nak balik baru aku perasan ada unsur-unsur riak dan takbur pada nama hotel ni ha ha), whateverlah, yang penting tempat ni murah, convenient dan sangat sesuai dengan kami yang berfamily trip ini.

Biliknya just spacious enough for 5 people with 2 double deck with one double deck has a queen bed for the lower deck. Bathroom was comfy enough and nobody was complaining, just that you have to queue la kalau nak mandi ke, nak berak ke, nak kencing ke…nak make-up ke kan…tapi inilah peluang untuk sentiasa sambung tido dengan alasan, ada orang dalam bilik air.

First incident!!!! Orang jarang-jarang sekali nak pakai heater…terlembablah jugak semua orang bereksperimen dengan heater yang tak panas-panas, last-last mintak tolong sorang budak maintenance tuh buat ha ha tapi tetap dia pun tak reti nak buat, so we chased him out and later by miracle aku berjaya membuat ia berfungsi… well aku kan kerja hotel (don’t ask me how, I also don’t know how)

We started our day with a good sleep..ha ha sangat anti-klimakskan. Tapi memang kitaorang tidur gegila. Atas flight takleh tido. Tak selesa sebab seat kecik dan sebab in-flight entertainment best sangat, banyak sangat citer nak tengok. By noon, kitaorang dah gerak dah ke Paddy's Haymarket. Belek-belek map rupanya depan hotel je...letih aku cari arah utara bearing ha ha

Paddy's Market ni adalah sebuah mall di Chinatown yang di bawahnya ada jual barang-barang murah. Or lagi senang disexplainkan macam pasar karat kat stadium shah alam or bundle ha ha tapi sini tak jual bundle macam kat Malaysia. Or we call it feamarket is it? Tak ingatlah tapi bukan Pasar Tani ar. Banyaknya barang-barang souvenir, keperluan rumah, kain baju dan peniaga-peniaga majoriti adalah pendatang asing (legal or not I'm not sure, and you shouldn't care!) plus ada jual buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dari ladang. Oh, ingat dah, it's fleamarket!!! Yeay!!

cepat-cepat lintas!!! Ruang menghabiskan duit di seberang jalan sana!!

Tiba je terjumpa sedara profesore nyah hey kat sini. Sedara mana? To be continue...

8 comments:

Nurbaya Hassan said...

yang...
u should upload more pics la...

yang...
bukan ke kat zhong zheng dulu mmg ko budak letrik je???
hehehe...

Butaseni@Wan Raja said...

rowan atkinson balik kampung yee?hehehe

Mediviron UOA Clinic said...

oooo... exciting!

artisticklytouch said...

nurbaya:
yang...I left some of it in KL!!! sedeykan...neways, zhong zheng mana ada heater...kawwannaaaaaa...

butaseni:
oooo...nanti sat hang ha ha aku minta maaf dulu na

chen:
soooo....sexciting

artsoul said...

best gilerrr...ha! sy bole rekemen kat awak sugar daddy..nak?

artisticklytouch said...

artsoul:
nak nak

nak 3! ada?

wahdi said...

Haiyo keji carut iol nak air asia!,AWAS!!!
tapi harus di hengat, i dr kl naik air asia ke gold coast, dari gold coast setelah beberapa hari naik Qantas ke Sydney okeh! *matilah

BTW tak sejuk kah uols jejalan time winter, masa iol gi autum aritu pun sejuk! tp tetap sun bathing di bondi kekekee

Haiyoo uol kena beli digital cam lah!! rugi angle dah cantik pic tu sema~

artisticklytouch said...

wahdi:
ala...kena marah dengan photographer dah...alah iols tak minat sangatlah nak snappy2 neh