Apa kejadah permainan kanak-kanak pulak ni. Episod berita-berita pulak tu katanya. Dah demam episod pulak sentuhanseni sekarang, semua entry nak diepisodkannya.
Sekarang ni aku nak mengimbau kenangan silam semasa zaman budak-budak dulu. Waktu-waktu yang paling ceria adalah apabila cuti sekolah dan aku balik kampung. Kalau permainan kat bandar ni biasa sangat, lebih kurang sama je dengan bebudak lain rasa aku, jadinya aku nak share permainan aku dan sedara mara aku semasa kami semua kecik-kecik dan belum baligh lagi.
Permainan berita-berita ni memerlukan imaginasi yang sangat tinggi. Ya, memang ada pembaca berita dan penonton berita. Tapi dikalangan kami tak ada pun yang bercita-cita untuk menjadi pembaca berita ataupun personaliti TV3 hatta Pengacara Jemputan NONA. Permainan cuma untuk mengisi masa lapang.
Mari bermain. Dalam rumah arwah tok wan aku, ada satu lemari yang pintunya sliding. Bestnya lemari ni, pintu sliding dia terdapat dikedua-dua side. Dua-dua boleh buka tutup. Satu side dibuat daripada kaca dan satu side lagi dibuat daripada kayu. Oleh yang demikian, pintu sliding kaca diimaginasikan sebagai kaca televisyen dan pembaca berita akan berdiri di belakang pintu sliding kayu pulak. Penonton-penonton kena duduk depan.
Sebelum berita nak mula, ada annoucement, ala-ala montaj la. Penonton dah standby depan ni! Pintu sliding kayu pun di slidekan ke satu bahagian, maka terpacullah muka pembaca berita yang tak make-up. Kalau ada pembaca berita satu lagi, pintu slide kayu akan dislidekan ke sebelah satu lagi pulak, jadi muncul la pembaca berita yang lain.
Korang boleh imagine tak ni? Kan aku kata, permainan ni perlukan imaginasi yang tinggi.
Disebabkan pintu sliding ini letaknya tinggi iaitu lebih kurang 4 kaki dari aras tanah, jadi kami yang kemetot-kemetot ini pada masa itu terpaksa menggunakan kerusi bulat sebagai alas berdiri.
Berita yang disampaikan bukan betul pun, reka-reka sendiri je. Penonton kalau nak tukar channel kena bagitau. Nak tukar pakai remote buleh, manual pun boleh.
Tidak terhad pada berita sahaja, kadang-kala ada iklan juga. Iklan bukanlah rekaan, kami tiru balik iklan yang best-best sahaja.
Permainan akan ditamatkan apabila masing-masing dah tak ada idea, arwah tok wan dah mengamuk sebab bising sangat, kacau dia nak tido petang, atau arwah tok panggil makan nasi.
Itu ajelah cerita permainan berita-berita. Entah macam mana kitaorang dapat idea nak main benda ni aku pun dah tak ingat dah. Permainan ini sesuai dimainkan di waktu tengah hari menuju ke petang sebelum masuknya waktu untuk bermain di luar ha ha selamat mencuba!!!
17 comments:
Ha ha ha. Pertama kali aku tau ada spesis permainan ini.
Kalau kitaorang dulu main nyanyi-nyanyi atas tong tu ada la....ha ha ha.
Budak-budak pekan memang la main lagu ni.
Aku budak kampung kalau dah berkubang kat sungai, maka akan bermulalah episod perang tuju selut. Sama ada secara gerila atau secara berkubu.
Ha ha.... aku kena buat entrilah pasai ni.
BP:
imaginasi aku dan sepupu sepapat sangat tinggi kan?
PK:
arwah tok tak bagi berkubang, kalau nak berkubang pun kena tunggu bajak bendang, selalu time cuti sekolah tak kena dengan time bajak bendang!
sekarang ni aku dengar si satria dgn emon main macam tu kat rumah.
butaseni:
OMG!!!! Kenapa aku tak terkejut..
Aku suka main kawin2 lagi!
hihihi...
budak2 zaman sekarang dah teak reti main semua tu. Main teng2, main galah panjang, main masak-masak dgn anak cikgu Idris yang comel
hehhehe
Masa tu angpa tak buat iklan chikedees ka?
apapun bagi aku permainan kotak beracun yg membuatkan mamu terpaksa menari dangdut tetap menjadi pojaan hatiku!
xubdctjHehehe, suka baca kisah zaman kanak-kanak ni...
Pertama kali tahu permainan ni.., kreatifnya kalian!. Permainan ni ada sentuhan seninya ... bakat dah dipupuk dari kecik tu :)
nerd:
anak cikgu Idris masih comel ke? mana lagi comel, anak cikgu idris ke agnes logika ke?
tergezoot:
haah..pastuh dia dapat t-shirt..aku?
cik bunga:
ish...cik bunga ni memuji-muji pulak dia...nakal
ooooooooooo lupa xterkejut.pernah serumah.rumah pelbagai kaum jantina hahahaha
butaseni:
haah rumah yg pernah kau hantar application untuk menginap dulu tapi direject kerana niatmu serong hahaha
Salam kenal,
Menarik pula permainan ini :)
Zaman kanak-kanak yang ditinggalkan terus memberi kenangan indah sepanjang masa.
izariza:
salam ;)
dia menari baguih! tu yg dapat baju tu! ang tak mau menari sapa suruh?
tergezoot:
aku buat cerita lalat..
aku buat pondok..bapak aku buat..pakcik aku nak masuk..
ORG TUA TAK LEH MASOK!
terhenti pergerakannya dek diteriak oleh anak2 sedaranya yg lebih 5 org..
peti ais:
letak je signage kat pintu masuk
"Orang tua lebih 12 tahun tidak dibenarkan masuk"
Post a Comment