Saturday, November 12, 2005

sentuhanseni menyentuh isu Dr. Azahari

Belum ada entry lagi daripada aku pada hari ini. Tak ada idea sangat tapi tadi semasa aku pusing-pusing Penang untuk menghantar poskad Cheet Chat (coming performance at TASGreenhall), aku terpandang surat khabar dan tabloid tempatan dalam apa jua bahasa memaparkan berita mengenai terbunuhnya Dr. Azahari suspek yang paling dikehendaki di Indonesia. Kerajaan Indonesia nampaknya benar-benar berbangga dengan tumpasnya 'penjenayah' yang mereka cari-cari selama ini. Pada pandangan sentuhanseni, kejayaan ini akan membolehkan Indonesia mendapat pengiktirafan negara-negara luar terutamanya barat sebagai sebuah negara yang benar-benar memerangi pengganas.

Persoalannya adakah Dr. Azahari benar-benar seorang pengganas? Adakah apa yang dilakukannya selama ini melayakkan dia mendapat label pengganas? Apakah sudah terbukti yang kes-kes pengeboman sebelum-sebelum ini di Indonesia adalah hasil kerja tangannya? sentuhanseni berasakan seseorang itu belum bersalah selagi kesalahannya tidak dapat dibuktikan dengan jelas maka tidak layaklah dia menerima gelaran penjenayah apa lagi penjenayah yang dicari-cari.

Takziah daripada sentuhanseni kepada keluarga allahyarham, pemergiannya tetap merupakan kehilangan kepada keluarga ini dan kepada Islam. Niat tidak menghalalkan cara tetapi persoalannya, apakah niatnya? Mengapa dia bertindak sedemikian? dan siapa kita untuk menjadi hakim? Al-Fatihah...

3 comments:

Pegawai Khalwat said...

Makan dalammmm........

Anonymous said...

kayaknya kamu musti sering-sering baca koran deh. yang berimbang, nggak cuman koran malaysia. di koran-koran indonesia kronologis pengejaran Dr.azahari lumayan lengkap. emang selalu ada keraguan apakah bener Dr.azahari itu teroris, bahakan keraguan itu muncul di kalagan orang indonesia sendiri. ada perasaan tidak terima, bahwa seorang muslim menyakiti sodara muslim lainnya (fakta : koraban tidak melulu warga asing, tapi juga banyak warga indonesia yang mayoritas muslim). tapi dr.azahari itu nyata. dia ada dan bukti-bukti menunjukkan kalau dia pelakunya. saya tahu sih perasaan kamu. di sini juga banyak wacana berkembang kalau itu semua cuman akal-akalannya polisi. tapi kalau kita berpikir seperti itu terus, kewaspadaan kita bakal rendah, dan akhirnya teroris semakin bebas bergerak. like it or not, mereka emang ada kok.

artisticklytouch said...

hah...finally ada yang bersidang... waduh...waduh...loe ini, terkejut gue deh.

sentuhanseni tidak menafikan yang kewujudan Dr. Azhari itu dan tindakan-tindakannya. Apa yang sentuhanseni tidak berpuas hati adalah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan kepada mana-mana suspek pengeboman sebagai teroris Islam. Kenapa, bangsa lain, agama lain tak akan buat pengeboman ke? Mungkin setelah didapatkan bukti-bukti, ternyata Dr. Azhari bersalah tetapi bagaimana pula dengan di tempat lain? selepas-selepas ini siapa pula? kamu? aku? apa-apa pun aku harap kamu akan terus berhati-hati dan sentiasa membantu dikalangan kamu sebangsa di sana cumanya jangan terlalu takutkan sesama Islam kerana mungkin yang berbuat itu cuma topengnya saja Islam, lantas gimana ya?