Thursday, November 17, 2005

sentuhanseni menyentuh seni dan budaya melayu

Ini adalah komen sentuhanseni dalam blog Arts for Life (http://arts4life.blogspot.com) untuk tajuk rebung budaya melayu.

kalau pakai kain paras atas lutut tuh maknanya nak pergi berak jadi jangan la tanya "oi, p berak ka?"

kalau pakai kain batik tengah2 malam tuh maknanya tengah berse***** jadi jangan le tanya "Oi, kenapa kau pakai kain batik?"

corak berketang kat kain tuh maksudnya 'Hish, jijik! Pergi basuhlah!!!'

huzz - suka abg2 pakai kain pelikat .... motifff????? muahahhahahaha

Orang Melayu memang kaya dengan seni tapi kebanyakkannya tidak tahu cara terbaik untuk menghargai seni apatah lagi mengaplikasikannya dalam kehidupan harian atau utilise it for their own sake and fortune.

Berbanding kaum cina dan sesetengah kaum di Barat, mereka lebih menghargai seni yang ada pada budaya mereka dan menggunakan sepenuhnya kehebatan seni mereka itu untuk kepentingan bangsa mereka.

Kita lihat bagaimana bangsa Cina mengpopularkan seni Kung Fu dan bangsa Melayu mengpopularkan Silat.

Kita lihat bagaimana kaum Cina mengguna pakai kemahiran mereka dalam seni hias dalaman hingga muncul konsep oriental tapi adakah konsep Melayu dalam tata hias dalaman? Ada, tapi dikenali sebagai Nusantara - dengan headboard kerawang, tikar mengkuang - yang ini boleh dibanggakan.

Kita lihat bagaimana naskah-naskah teater klasik India mempengaruhi pemikiran dan pementasan para penggiat di Barat tetapi kita di sini mentertawakan Mak yong, Mek Mulong, Main Petri, dsb.

Persoalannya ialah bukan ke mana arah tuju kesenian dan kebudayaan kita tetapi siapa yang mahu memandu kesenian dan kebudayaan kita? Kenapa susah sangat nak kita menghargai apa yang kita ada? Selagi bidang seni ini dilihat sebagai larha, sesat dan natijahnya neraka, selagi itu kita tidak akan mampu menghargai seni yang kita ada lantas Melayu kita hanya disekitar kita.

6 comments:

Pegawai Khalwat said...

Sukarnya bila orang suka menyamakan seni itu dengan hiburan.

Hiburan itu memang sebahagian daripada seni, tapi seni itu bukan semata-mata hiburan!

Susahlah.... bila lebih ramai yang pandai-pandai daripada belajar untuk pandai.

ann nurbaya hassan said...

seni......hiburan.....seni hiburan?

argh!!!!!penin la....yg aku tahu dlm kegiatan seni yg selama aku lakukan ni, bukan lah utk hiburan semata2.aku buat kerana my passion towards seni itu itself.segalanya dari jiwa kan?????

artisticklytouch said...

Segalanya harusss dari jiwa tapitu pendapat kita. Kau dari keluarga yang menghargai seni, aku rasa kau mesti come across kawan2 yang berjuang bersendirian di dalam seni tapi bila mendapat recognition, kena mention nama family yang so called memberi sokongan sejak awal penglibatan ko - ironickan ...

Mereka ini tidak faham apa yang kita katakan passion. Apa yang mereka nampak, kita gembira bila kita terlibat dengan satu-satu aktiviti seni - ada spark in our eyes - n they say kita kita nak seronok aje ... masalahnya bukan kita mencari seoronok tapi seronok itu hadir bila kita buat sesuatu yang sememangnya jiwa kitakan ...

Mari kita terus berjuang dalam menghargai serta mengembangkan juga memulihara jati diri, seni dan budaya Malaysia.

Pegawai Khalwat said...

Aku setuju, bila kita buat apa-apa mesti ada passion. Dan passion itu yang mencetuskan kepuasan sekaligus keseronokan.

Masalahnya semua orang tahu dan setuju seni (atau hiburan pada sesetengah orang) memang mendatangkan keseronokan.

Tapi mereka tidak sedar keseronokan itu cuma pada yang melihat hasilnya. Mereka tidak tahu perit jerih, pahit maung dan segala kemanisan sepanjang menghasilkan so called hiburan mereka tu.

Semua benda pun sama. Passion toward sport misalnya. Senang ke nak berlatih untuk dapat emas. Dah dapat emas atau menang, kepuasan dan keseronokan le yang dapat.

Same thing applied to arts.

anak_jepun said...

aku lebih tertarik mbincangkan psl seni melayu.Seni itu ABSTRAK.Tiada istilah seni org melayu, seni org cina mahupun seni org barat.Lantas, seni tidak dapat dianggap hanya sebagai sebuah medium hiburan ataupun seni itu adalah hiburan. Segala benda 'seni' yg ada dan dapat dilihat hanyalah adaptasi dari budaya dan cara hidup sesuatu kaum/bangsa. Maka dari situ, ianya diolah dlm bentuk abstrak lantas diangkat sebagai satu 'seni'.
'Seni' yang memaparkan dan memperlihatkan identiti sesuatu masyarakat itu sebenarnya hanyalah suatu 'agen pengiklanan' yang 'memasarkan' sesuatu kaum dlm masyarakat global.Kelebihan bangsa2 lain dlm 'mempromosikan' seni bangsa mereka adalah lebih baik kerana mereka tidak menetapkan syarat2 tertentu atau pantang larang tertentu dlm melihat seni mereka.Berbanding seni melayu yg terlalu banyak pantang larangnya. apabila itu terjadi, maka org akan menggangap seni melayu terlalu halus untuk dikomersilkan. Sebagai contoh, konsep buka kasut dan bersila itu sendiri bukanlah seni asal melayu tetapi diadaptasi dari konsep islam yg menitikberatkan kebersihan serta kesucian sesuatu tempat.Jadi, apakah budaya/identiti melayu yg boleh digunapakai utk menjelaskan 'seni' melayu itu sendiri??

artisticklytouch said...

Rujuk http://arts4life.blogspot.com pada tajuk seni rebung budaya melayu if I'm not mistaken

Banyak yang boleh dikomersilkan cumanya tindakan itu tidak hingga ke hujung jalan...

Kalaulah boleh dikomersilkan untuk kemandirian sesuatu bangsa itu.