Friday, November 18, 2005

Malang tidak berbau

Sesungguhnya malang memang tidak berbau. Balik rumah malam tadi, dalam keadaan yang sangat penat selepas latihan bangsawan, aku terkasima di muka pintu. Ada sesuatu yang pelik di sini..... hmmm.... apa yer.... kasut.... mana kasut aku????

Ah, sudah! Ini mesti ada lahanat mana yang nak pergi clubbing dah pow kasut aku. Kalau tak Jan, Along! Hmmm... Mesti pergi dengan Hani .... Aku check dalam bilik ....

Eh, Hani tidur!!

Ha, kasut Hani pun tak ada ni.... hmmm... something fishy here

Rupa-rupanya 51 Lintang Semilang telah dimasuki pencuri dan yang paling bestnyer ada orang dekat rumah. Macam mana tu? Mengikut cerita budak suruhan kami yang dua orang itu, suspek masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya macam rumah itu mak bapak dia yang punya. Memikirkan yang mereka itu kawan-kawan Dora yang telah datang sehari sebelum kejadian maka budak berdua ini tak kisah sangatlah dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu.

Yang paling menyakitkan hati adalah suspek-suspek ini (3 orang semuanya) :
  1. Masuk ke rumah kami sesuka hati.
  2. Sempat bersembang dengan Bart yang kemudiannya meninggalkan mereka di ruang tamu bersama budak berdua itu lalu tidur di biliknya.
  3. Keluar sebentar beli roti canai dan kembali ke rumah kami untuk makan roti canai itu.
  4. Bancuh teh 'O' panas. Maknanya mereka sempat masak air.
  5. Seusai bersantap, sinki disepahkan dan kuah lebihan dicurahkan ke dalamnya menyebabkan sinki itu tersumbat.
  6. Budak berdua itu ada di ruang tamu tapi asyik tengok TV sampai tak perasan apa yang berlaku.
  7. Sebelum balik suspek sempat mengucapkan "Balik dulu!" dan budak berdua itu sempat juga menjawab "Ok" tanpa berkalih mata mereka dari kaca TV - cerita apa yang best sangat tuh?
  8. Notes : suspek cuba membuka kotak yang berisi cermin muka milik Hani yang diletakkan di ruang tamu. Kesan kebodohan dapat dilihat dengan jelas pada cara kotak itu dikoyakkan. Mungkin memikirkan yang cermin muka tidak berharga maka ia dibiarkan sahaja.

Antara barang-barang yang hilang:

  1. Kasut raya aku (Adidas Megamall) bernilai RM65.00
  2. Kasut raya Hani (Timberland Megamall) bernilai RM120.00
  3. Kasut sport Adidas Hani (yang digunakan untuk clubbing) bernilai RM30.00
  4. Helmet ARC Helmie (salah seorang budak berdua ittew) bernilai RM50.00 - katanya.
  5. Wang tunai RM4.15 - kebetulan ada di atas meja di ruang tamu (milik salah seorang daripada budak berdua ittew)

Kesimpulan:

  1. Aku rasa budak-budak yang ada kat rumah semasa kejadian kena pukau la.
  2. Suspek budak-budak Semilang gak yang terkenal dengan scholl drop-out nyer.
  3. Niat datang bukan untuk mencuri tapi bila rezeki dah ada depan mata .....
  4. Mencuri bukan untuk menjual semula barang-barang itu tetapi untuk kegunaan sendiri.
  5. Ha, berangkut la lagi budak-budak tak ketahuan!!!!!

Tension dan bengang sudah tidak bererti lagi, nasi sudah menjadi bubur, mee goreng sudah menjadi maggi hehhehehe redha jelah, ada hikmah disebaliknya, everything happen for a reason - nak dapat kasut baru yang lagi mahal dan meletuops kot hehehehhe

Hari yang bermula malang terus malang bagi aku bila in the early morning, dalam kekabusan pagi yang sedang merangkak malas menuju tengah hari, di Penang Bridge aku kena saman. Bala datang bertimpa-timpa la pulak. Kali ni saman JPJ sebab naik moto tak ada road tax. terus dia suruh aku pergi mahkamah. Yang melambak saman tuh aku tak pernah dapat settlekan ini datang pulak yang baru.

Sejenak aku terfikir, adakah hari ini hari malang aku? Hopefully not. Yang penting kena buat sesuatu untuk revive balik saki baki semangat yang ada.

And until the end of the day, everything was peaceful - lega. nya pun banyak memberi dorongan. TQ. About the house, biarlah ia menjadi pengajaran yang bermakna di rumah baru nanti.

7 comments:

Pegawai Khalwat said...

Hummm......

Aku dah pernah kena macam ni Art. Masa aku keja kat Kedah. Aku menyewa sebuah rumah (rumah sana murah) yang kemudiannya ditumpang oleh member aku kemudian sepupunya.

Bila satu masa tu, sepupu member aku tu berenti kerja dan nak tukar tempat kerja (sekaligus tukar rumah), maka hilanglah:

1. Walkman Aiwa -(mujur dah nak
lingkup)
2. VCD movie pirate termasuk Gone
With The Wind dan Das Boot yang
tak sempat aku tengok sebab
panjang sangat. Total semua VCD
lebih kurang 20 title.

Apa bole buat......

Aku harap dia paham la tengok VCD yang dia curi tu, termasuk Dead Poets Society, Scent of A Woman (semua cerita heavy).

ann nurbaya hassan said...

adoi hai la art ooooiiiii....

sesungguhnya.....suma yg berlaku ader hikmahnya!!!
aku stuju....mungkin nnti ko akan dpt kasut yg lebih vogue lg kot!!!!aku doakan yg bila ko pindah umah baru ni nnti ko akn dapat peace n harmony c-kit.....
what goes round, turns round juga....
eh nnti musti korang x mo pi clubbng kan ngan aku.sbbnya kasut korang dah x da....mcm mana ni????

artisticklytouch said...

kepala hotak kau la Nurbaya hehehhehe aku sedang bersedih hati nih kau pikir nak clubbing jer tau la ur bf tuh (eh, bf ke?) kerja kat club tapi kita orang on jer... anytime ok!

fairygal_sugarcane said...

ilang tu kannyer pa pa..tk bayar zakat tu..(jgn mare) ilang comey nanti..alah kitaorg pun dh biase soal penyangak nih..kmi dulu nih..udah ler pompuan..tk malu plak..kawan plak tuh..leh buat dunno jaa kebas retabenda org!!duk skali plak..aduh..ikut hati jantan dh lama dh kami rembat..hariaaa..tp tu ler kmi semua ni..jenis baik hati pemdam jaa..tp dia ni pun satu..dasar tgn panjang..harap muka ja cam best hampehh..siut!! tp dh rezeki haram dia nk wat camner..sabor jer..yea..

ha. kami2 nk pindah umah ni..duk Desa Jelita, Permatang Damar Laut hi..hi..bkn nk promote..kut2 ler korang ringan tulang leh mai tolong angkat barang pastu kita leh ler blanja ikan bakar ker..amacam best takk?? biasa arr..org baru so kasik can ler dia rasa umah baru..hi..hi..meh ler meh ler tolong...,.

Pegawai Khalwat said...

Pindah lagi? Elok la tu, dapat persekitaran yang elok skit dari bau-bau hancing kat rumah lama tu. Mail Chicago pun takde kan?

Sapa dia yang dok satu rumah curi tu? Sapa dia? Habaq mai?

Oi Art, kasut hilang tu pasai dia tak bagi pi clubbing kot. Biarlah Nurbaya terjun dengan MAS-MASnya. (Haram aku tak tau apa kejadah MAS tu.)

artisticklytouch said...

Permatang Damar Laut? wow nama cam best, best ker? Chorpe kita dtg makan ikan bakar jelah ek. alah HUbby tersayang kan ada. bila nak pindahnya? tak habaq pun tarikh..

Pegawai Khalwat said...

Ikan bakar semestinya. Kan fairygal sorang je yg masak paling sedap antara semua tu.

mari kita meramaikan ikan bakar.