Thursday, November 17, 2005

sentuhanseni di tengah November

Pindah lagi. Aku dah lost count tahun ni saja dah berapa kali aku berpindah. Orang kata 7 kali pindah boleh jatuh papa tapi kalau pindah rumah, does it applies? Tak pindah pun aku dah papa. Kali ini perpindahan yang lebih mengejutkan, kena clearkan rumah dalam masa satu minggu sebelum dihalau oleh tuan rumah. Aku kata kat Dora, alah susah apa, bila tuan rumah datang kita sembunyilah, mesti dia ingat kita dah pindah .... boleh ke macma tuh? Dora tengok aku macam nak makan hehehehhe

Kami 51 Lintang Semilang akan berpindah ke Siakap tapi pada ketika entry ini ditulis alamat masih belum confirm, nanti bila dah confirm aku akan buat press conference ok. Jangan risau, make it di mana sahaja rumah kami ia terbuka kepada kawan-kawan, rakan taulan untuk datang berziarah, bermastautin ataupun mendapatkan suaka politik. Cuma kali ini kami berasakan yang undang-undang imigresen baru perlu diperkenalkan iaitu sesiapa yang nak datang rumah kami kena bawak something yang boleh dimakan. Ini adalah supaya kamu-kamu tidak menghabiskan makanan kami yang sememangnya limited.

Macam-macam berlaku rasanya dalam bulan nih. Hati dan perasaan aku juga telah jumpa kebahagiaan yang dicari-cari setelah sekian lama ia rehat. Terima kasih kepada nya kerana finally after as much denial, nya terima juga aku. 14.11.2005 yang ini kena ingat. nya tahu aku sayang dan care terhadap dia cuma dia sedikit gusar dengan laluan yang akan kami pilih tapi aku janji pada nya yang aku pun akan sama-sama dengan nya sepanjang laluan itu. nya percaya aku. nya gusar juga, apa akhirnya? Yang itu nya, kita kena berserah sahaja, redha dengan apa sahaja yang bakal berlaku seperti redhanya kita pada kala ini. nya nanti datang tolong kemas barang eh. Aku tak laratlah nak angkat barang banyak2.

Bangsawan akan memulakan kembali latihan pada malam ini (Rabu, 16.11.2005), malam semalam dibatalkan atas kehendak Cikgu Baha - Pengarah. Itu yang aku fahamlah, kalau ada sebab lain aku tak tahu. Aku masih lagi belum menghafal skrip walaupun aku cuma terlibat dalam satu scene sahaja. Masih diperingkat malas lagi. Lambat laun ingatlah, selalunya macam tu.

Sekarang ini di TASGreenhall sedang sibuk dengan coming theater iaitu Cheet Chat lakonan Mark Beau de Silva dan Jannatharni. Minggu depan mereka akan masuk untuk rehearsal, rigging dan seterusnya show. Success pada mereka hendaknya seperti berjayanya pementasan mereka di KL tempoh hari. Publisiti untuk mereka belum siap lagi nih, banyak sangat yang nak dibuat dalam tempoh-tempoh suntuk ini. Aku pulak sibuk dengan dunia blog hahahahaha ya ampunnnn... Salah patik memanda menteri....

Tahniah kepada Achik sebab make it into Kedah Super League team. Walaupun sekarang nih masih di tahap pemain simpanan tapi kau muda lagi, tak lama lagi naik ler. Cuma harapnya kau jangan le tenggelam dalam dunia glamor, dah la kau tuh memang gila glamor. Nanti bila dah kaya jangan lupa beli SKII, horror orang tengok muka kau kat stadium nanti. Takkan nak harap Miami Dora jer. Anyway best of luck and moga-moga make it into National team seterusnya jadi player yang sangat disegani dunia and paling penting jangan lupa kat kitaorang 51 Lintang Semilang (nak kena tukar dah caption nih).

Kepada rakan-rakanku yang berchenta....

Jika kau berchenta lagi
Berchentalah sepenuhnya
Engkau yang memilihnya
Dengan kemahuanmu sendiri
Aku hanya mampu berdoa
Kebahagiaanmu disisinya....

Salam Muhibbah penuh Ukhwah.

5 comments:

Pegawai Khalwat said...

Pindah lagi?

Ya ampun!

artisticklytouch said...

pegawai khalwat : haah Chorpe, pindah lagi! Bersedialah tukar alamat Persatuan Bakawalee lagik!

annnurbaya : bagus2 itu yang kau mahu, lagipun, what frens r 4 rite? for moment2 mcm inilah - nak pindah, nak kawin, nak kenduri etc. tapi kitaorang postpone pindah ni... nanti yer

Pegawai Khalwat said...

Nak kena tukar ka? Pakai alamat aku la senang. Surat sampai kat aku.

artisticklytouch said...

Alamat yang last sekali pakai tuh alamat sapa? alamat hang ka aku? setakat nih memang tak ada apa2 surat mai kat aku... sial betul Maybank nih...

Pegawai Khalwat said...

Alamat kalo bank hang punya la. Alamat persatuan saja pakai alamat aku.

Tukaq la, kena follow up dengan bank la nampak gaya. tak dak Sal ni susah skit.