Wednesday, November 30, 2005

sentuhanseni melihat pelakon yang baik

Apakah medium yang mengukur baik atau tidaknya seseorang pelakon itu. Pada setiap majlis anugerah yang ada di dunia ini, tidak kira sama ada untuk layar perak atau pentas, terbaiknya seseorang pelakon itu diukur pada kemampuan lakonannya di dalam cereka yang mencalonkannya.

Sebagai contoh, lakonan Rosyam Nor di dalam Lenjan telah mengangkat beliau sebagai pelakon terbaik di peringkat Asia namun begitu menerusi lakonannya di dalam KL Menjerit, tidak ada sebarang pengiktirafan yang diperolehinya hatta di Malaysia sekalipun. Begitu juga dengan Erra Fazira yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM baru-baru ini menerusi lakonannya di dalam Hingga Hujung Nyawa sedangkan lakonannya di dalam cereka-cereka lain tidak melayakkan dia untuk mendapat jolokon itu.

Lantas, apakah kriterianya?

Pada sentuhanseni, pelakon terbaik adalah:
  • Yang mampu membawakan apa sahaja watak - ie: Johnny Depp, Fauziah Nawi, Robert de Niro, Al Pacino
  • yang mampu berlakon dalam apa juga keadaan - ie: a street performer
  • yang tidak berlakon berseorangan - ie: syok sendiri hinggakan partner on stage lupa skrip pun dia tak mampu tolong.
  • yang bukan sahaja mengangkat kemampuan lakonannya tetapi juga rakan lakonnya, skrip, pengarahnya dan rakan-rakan teknikalnya
  • pelakon yang berkomitmen tinggi, berdisiplin dan sanggup berkorban - kalau tidak apa sahaja pun, at least something that he dearly lourvvvee - terhadap dunia lakonan
  • pelakon yang sentiasa memperbaiki dirinya dan ada perubahan-perubahan positif dari semasa ke semasa
  • pelakon yang sedar dan tahu serta faham kenapa dia jadi pelakon


Ini pendapat sentuhanseni dan dari pendapat ini sentuhanseni ada senarai yang sentuhanseni mahu nobatkan sebagai pelakon terbaik:

  • Johnny Depp
  • Fauziah Nawi
  • Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
  • Robert de Niro
  • Al Pacino
  • Brad Pitt - ada perbezaan okey watak-watak yang dibawanya... plus his good look
  • Azizah Mahzan
  • Khatijah Tan

2 comments:

Pegawai Khalwat said...

Aku sangat setuju dengan Johnny Depp. Bermula dari
21 Jump Street,
Edward Scissorhand,
Blow,
Charlie and The Chocolate Factory,
Pirates of The Carribean,
From Hell,
dan berjela-jela lagi senarai filem yang dia berlakon, semuanya tak sama dan semuanya memberi kesan.

Kiranya macam Rosyam Noor Hollywood la (bole ka banding lagu tu?)

Anonymous said...

brad pitt? wtf?