Wednesday, November 30, 2005

sentuhanseni melihat pelakon yang baik

Apakah medium yang mengukur baik atau tidaknya seseorang pelakon itu. Pada setiap majlis anugerah yang ada di dunia ini, tidak kira sama ada untuk layar perak atau pentas, terbaiknya seseorang pelakon itu diukur pada kemampuan lakonannya di dalam cereka yang mencalonkannya.

Sebagai contoh, lakonan Rosyam Nor di dalam Lenjan telah mengangkat beliau sebagai pelakon terbaik di peringkat Asia namun begitu menerusi lakonannya di dalam KL Menjerit, tidak ada sebarang pengiktirafan yang diperolehinya hatta di Malaysia sekalipun. Begitu juga dengan Erra Fazira yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM baru-baru ini menerusi lakonannya di dalam Hingga Hujung Nyawa sedangkan lakonannya di dalam cereka-cereka lain tidak melayakkan dia untuk mendapat jolokon itu.

Lantas, apakah kriterianya?

Pada sentuhanseni, pelakon terbaik adalah:
  • Yang mampu membawakan apa sahaja watak - ie: Johnny Depp, Fauziah Nawi, Robert de Niro, Al Pacino
  • yang mampu berlakon dalam apa juga keadaan - ie: a street performer
  • yang tidak berlakon berseorangan - ie: syok sendiri hinggakan partner on stage lupa skrip pun dia tak mampu tolong.
  • yang bukan sahaja mengangkat kemampuan lakonannya tetapi juga rakan lakonnya, skrip, pengarahnya dan rakan-rakan teknikalnya
  • pelakon yang berkomitmen tinggi, berdisiplin dan sanggup berkorban - kalau tidak apa sahaja pun, at least something that he dearly lourvvvee - terhadap dunia lakonan
  • pelakon yang sentiasa memperbaiki dirinya dan ada perubahan-perubahan positif dari semasa ke semasa
  • pelakon yang sedar dan tahu serta faham kenapa dia jadi pelakon


Ini pendapat sentuhanseni dan dari pendapat ini sentuhanseni ada senarai yang sentuhanseni mahu nobatkan sebagai pelakon terbaik:

  • Johnny Depp
  • Fauziah Nawi
  • Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
  • Robert de Niro
  • Al Pacino
  • Brad Pitt - ada perbezaan okey watak-watak yang dibawanya... plus his good look
  • Azizah Mahzan
  • Khatijah Tan

Tuesday, November 29, 2005

sentuhanseni menonton teater Cheet Chat

Ini bukan promosi produk TAS@Greenhall malah sentuhanseni tidak terlibat langsung dengan pembikinannya cuma melakukan tanggungjawab sebagai agen publisiti di TAS@Greenhall.

Cheet Chat adalah produk TAS@Greenhall dan De Silva Theater. Pementasan ini merupakan sebuah komedi ala-ala Comedy Court di TAS@Bangsar dan menampilkan penggiat teater yang paling aktif di Pulau Pinang - Mark Beau sebagai pengarah, penulis skrip dan pelakon. Kali ini Mark Beau dibantu oleh Jannarthani yang baru-baru ini di dalam Manifestasi Teater Hujung Minggu Pulau Pinang 2005 telah dinobatkan sebagai Pelakon Harapan.

Sememangnya pementasan yang diberikan sungguh bertenaga. Komedi yang menjadi intipati pementasan ini sangat menjadi. Lantas tidak hairanlah pementasan ini mencatatkan full house untuk kedua-dua pementasannya. Tidak seperti pementasan teater Melayu yang sentiasa ingin mendidik dengan teater percuma untuk mendapatkan penonton.

Pada dasarnya Cheet Chat hanyalah kisah dua wanita pada usia awal 40-an bersembang sesama mereka. Tidak ada substance yang jelas cumanya setiap isu yang dikupas diselikan dengan unsur komedi lantas mesej yang ingin disampaikan berkesan. sentuhanseni teringat pesanan lecturer teater semasa menuntut dahulu iaitu Asso. Prof. Rey Buono - komedi adalah medium yang paling baik untuk menyampaikan mesej-mesej keras. Setuju. Antara isu yang dibangkitkan adalah mengenai ketuhanan (kristian terutamanya), kasih ibu, kebebasan dan suara wanita, juga hubungan antara kaum.

Pementasan yang durasinya hanyalah sejam ini berjaya membuatkan penonton ketawa dan ada yang hingga mengalirkan air mata kesan daripada lakonan mereka. Jannarthani memang layak untuk mendapat anugerah yang diperolehinya itu. Lakonannya yang bersahaja dan jelas beliau faham apa yang beliau lakukan di pentas. Namun terdapat beberapa kelemahan seperti artikulasinya yang kurang jelas dan fokus yang tidak teratur. Lantas ada kala dia kelihatan seperti cuba mengingati apa yang perlu dilakukannya selepas setiap babak.

Mark Beau pula sekali lagi tampil di pentas TAS@Greenhall membawakan watak perempuan. Akhirnya kita peminat teater di sini terpaksa menerima hakikat yang watak perempuan sememangnya sebati dengan dia dan sangat berkesan. Ini mengingatkan sentuhanseni kepada Alan Perrera dan rakannya yang sering membawakan watak perempuan dalam Comedy Court mereka. Pengalaman banyak membantu Mark untuk mengawal tempo pementasan dan lakonan pasangannya. Pada kala Jannar tersasul atau tersilap, Mark cepat memperbaki keadaan dengan improvisasi yang spontan. Sangat mengkagumkan. Sukar untuk dicari pelakon seperti ini.

Teknikal tidak banyak membantu pementasan ini. Malah sentuhanseni berani berkata tanpa teknikal pun pementasan ini sudah hidup. Namun pujian tetap diberikan kepada produksi yang cuma terdiri daripada 4 orang sahaja ini.

Secara keseluruhannya, sentuhanseni amat berpuas hati menonton teater ini dan berharap akan lebih ramai lagi orang Melayu akan menghargai pementasan-pementasan berkualiti seperti ini bukan hanya menunggu pementasan percuma sahaja. Diharap juga pengarah-pengarah muda di Pulau Pinang akan lebih kritis, kreatif dan inovatif dalam menyalurkan pendapat dan suara mereka kepada masyarakat.

Comedy rules!!!!

sentuhanseni menonton teater Jebat - Johan Manifestasi Teater Hujung Minggu Pulau Pinang 2005

Bermula pada hari pengumumannya lagi sentuhanseni telah amat meragui apa yang di dengar. Pementasan ini telah diangkat menjadi johan di dalam Manifestasi Teater Negeri Pulau Pinang (sebelum ini dikenali sebagai festival teater) pada tahun ini. Kalah dan menang itu adat pertandingan lantas ingin sentuhanseni tegaskan di sini, komentar ini tidak berasas kepada rasa tidak puas hati kepada keputusan pertandingan atau pun terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan produksi itu hatta terhadap penganjur sekalipun.

Resdong’s Production House telah mengangkat naskah Dr. Hatta Azad Khan yang berkisar mengenai kisah Tuah dan Jebat yang sering dilabelkan sebagai sebuah naskah komedi.

Tidak pasti atas tujuan apa, naskah ini telah diubah dan diadaptasi mengikut acuan kumpulan ini dan hasilnya mereka menjadi Johan. Satu pencapaian yang amat patut dibanggakan.

Di atas kemenangan itu, teater ini telah terpilih untuk terlibat di dalam program teater keliling anjuran Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Pulau Pinang selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 November yang lalu bertempat di Markas Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth.

Di dalam dewan yang boleh memuatkan seramai 200 – 300 orang penonton pada satu-satu masa ini sentuhanseni telah menyaksikan satu pementasan yang memalukan arena teater Pulau Pinang. Pementasan yang pada hemat sentuhanseni berada pada tahap sekolah rendah.

Tidak ada yang baik yang dapat ditonjolkan mengenai pementasan ini di dalam komen sentuhanseni kali ini. Bukan mencari salah tetapi salah itu dihidangkan di hadapan mata. Melainkan mata ini dipejam barulah tidak nampak kesalahan itu.

Sentuhanseni tidak akan menyentuh perihal teknikal kerana sedia maklum mengenai dewan persembahan yang tidak pernah digunakan untuk sebuah pementasan teater. Kelengkapannya juga tidak mencukupi.

Dengan barisan pelakon yang tidak bersedia untuk mengadakan pementasan tidak hairanlah jika mereka terus-terusan melakukan kesilapan. Bermula awal cerita lagi setiap pelakon kelihatan sedaya upaya mahu membuatkan penonton ketawa. Mungkin kerana beranggapan penonton bukanlah khalayak penggiat teater yang gemar berfikir dan menaakul maka mereka dihidangkan dengan lawak-lawak slapstick persis senario. Nyata sekali telahan mereka silap kerana lawak itu tidak disambut dengan gelak ketawa yang diharapkan. Hinggalah tiba satu peringkat di mana salah seorang pelakon terpaksa membuat suara Doraemon untuk membuat penonton ketawa.

Kasihan mereka, sudahlah lawak jenaka tidak diterima, perjalanan cerita yang terlalu perlahan membuatkan penonton resah di bangku. Sentuhanseni juga sedaya upaya menahan mata yang semakin lama semakin berat.

Ini diburukkan lagi dengan lakonan yang tidak menggambarkan langsung mereka ini adalah pemenang tempat pertama sebuah pertandingan teater yang apabila dikatakan johan itu, maka mereka adalah yang terbaik dan di dalam konteks ini, terbaik di Pulau Pinang untuk tahun 2005. Namun yang dihidangkan adalah juadah yang tidak cukup segalanya, garamnya, gulanya, rencahnya, rempah ratusnya pendek kata rugilah satu jam lima belas minit yang diuntukkan untuk menonton pementasan ini.

Sekiranya kesilapan-kesilapan kecil, dapatlah dimaafkan namun kesilapan yang dilakukan selayaknya dilakukan oleh kumpulan yang baru beberapa hari membuat keputusan untuk berteater.

Suara pelakon yang tidak jelas, disiplin pentas yang tidak diambil berat, keluar masuk pelakon yang tidak tersusun dan yang paling jelas, pelakon tidak in the mood untuk berlakon. Mereka hanya melakukan apa yang disuruh oleh pengarah tanpa memahami gerak tubuh dan dialog yang keluar dari mulut mereka.

Timbul tanda tanya bagaimana juri pada pertandingan lalu mengangkat pementasan ini sebagai yang terbaik sedangkan ini hasilnya? Apa yang dilihat oleh para juri? Apa pula yang dinilai mereka? Oh, yang lepas itu lepaskanlah ia…

Sentuhanseni berasa amat berdukacita sekiranya kumpulan ini akan mewakili Pulau Pinang ke peringkat seterusnya di dalam Manifestasi Teater 2005. Melainkan kumpulan ini memperbetulkan persepsi mereka mengenai persembahan teater dan menyedari kekurangan yang ada serta memperbetulkannya, selain itu, mereka hanya akan memalukan diri mereka sendiri, kumpulan mereka dan penggiat-penggiat teater Pulau Pinang. Manakan tidak, sekiranya pementasan daripada kumpulan yang bergelar johan sebegini buruk, bagaimana pula dengan naib johan, ketiga dan seterusnya?

Kasihan…
Kasihan….
Sungguh kasihan…
Perlukah dibiarkan luncai terjun dengan labu-labunya?

Friday, November 25, 2005

All in all, here comes ME!

20 years ago, 1985 - I was 6
  • Masuk tadika Caritas
  • Being away from tok and wan (both arwah) after years living with them dekat kampung and membiasakan diri dengan hidup bersama mak, abah and ajeh (my bro) - adik tak ada lagi, dia sampai tahun depan.
  • One morning paksa mak hantar jalan kaki sampai ke tadika. Along the way kena kejar dengan anjing jahat. Kesian mak, dia pakai baju kurung masa tu, nasib baik dia bawak "payung panjang ajaib!"
  • Selalu dapat A bintang bintang untuk subjek tulisan Cina. I was even better then some of the chinese. Until now pun ingat lagi macam mana nak tulis nombor 1-4 tapi sampai situ jelah. Yat...yee..sam..say...ermp...lorq..cat..pah (nih nak sebut 1-8)

10 years ago, 1995 - I was 16

  • Dapat masuk SM Sains Muar after an excellent result in PMR the year before.
  • Dilantik jadi ketua kelas 4 Tekad since on the first day i read the attandance aloud. The next year masa form 5 pun I stay ketua kelas lagi - they love me till now.
  • Kena ragging teruk dengan senior.
  • Wakil sekolah in Basketball untuk Piala Perdana Menteri (a competition among SBP schools) .
  • Won inter-school Pertandingan Model Geografi (no, this wasn't a modelling competition) peringkat daerah - aku still rasa kekwat sampai sekarang.
  • Berkenalan agak rapat dengan this one girl but later next year dia mengaku dia lagi taste kat roomate aku.
  • This is the best thing that ever happen in my life - to know Jeeb, Fari, Liza (now known as Iskek), Bart, all Tekadian - thanks for the memories guys, love uols always.

5 years ago, 2000 - I was 21

  • In my second year in University Putra
  • Woke up one morning and finally realise "apa kejadahnya la aku buat Bac. Business Admin, semua subjek management aku asik dapat B"
  • I was the President of Biro Kebudayaan dan Kesenian for Exco Tertinggi Pelajar Kolej Kelima.
  • Was very active masuk hutan keluar hutan, naik turun gunung sini sana, redah paya, berakit, berkayak, pendek kata masa aku beraktiviti lebih banyak dari masa aku ke kelas.
  • In a relationship with Kart - she's married now but I'm not.
  • Sangat aktif di malam hari - cruising, chatting, have fun, etc...etc...

3 years ago, 2002 - I was 23

  • Finally graduated from UPM. Orang lain amek BBA buat 3 tahun, aku buat 4 1/2 tahun.
  • Dapat kerja dekat Actors Studio Dataran Merdeka and Bangsar as Front house assistant.
  • Berhijrah ke Penang dan memulakan business kedai buku AZ OPEN BOOKSTORE.
  • 6 bulan yang pertama di Penang aku rasa macam hidup dalam gua.

Last year, 2004 - I was 25

  • Suku abad!!!!
  • Ahmad Yatim puji lakonan aku dalam Bisikan Mustika, dia kata aku macam Marlon Brando Pulau Pinang - terus aku pergi cari CD yang ada lakonan Marlon.
  • Officially start Bakawalee Production dengan Usop then membawa ke Persatuan Bakawalee yang sehingga sekarang sangat famous dengan pementasan-pementasan yang 1st class!!!
  • Kedai buku mengalami kemerosotan.
  • Keadaan finance aku juga mengalami kemerosotan
  • Bercinta dengan R***, a lawyer - tahan ler setahun but it was a lovely though not less horrifying journey.
  • Mula kenal dengan Hani, Dora, G, Lan, Combi, Amy, Syahrani (arwah).
  • Tok Su, Pak Long and Syafiq meninggal berturut-turut dalam masa 2 bulan.

This year, 2005 - I am 26

  • Vowed tak mahu bercinta lagi nak single jer macam karekter dalam SITC.
  • Tapi akur pada hati yang menyatakan rasa cinta dan sayang pada A** di SP pada 14.11.2005
  • First time direct untuk Festivel Teater cerita Ana, karya Dinsman - finally realise that I am an anti-realist.
  • Berhenti kerja dengan Kedai Buku aku sendiri ittew atas beberapa sebab dan mula bekerja semula dengan TASGreenhall.
  • Duduk serumah dengan Hani and Dora and beberapa housemate yang come and go (yang tahu apa yang aku maksudkan, jangan gelak) di 51 Lintang Semilang.
  • Dapat 4 waran tangkap.
  • Financial aku masih tunggang terbalik

Next year, 2006 - I will be 27

Hopefully:

  • My relationship dengan A** getting stronger.
  • My financial condition gets better.
  • Berlakon untuk Festival Teater 2006
  • Reunion Tekadian 95/96 SMSM berlangsung
  • Dapat mengarah 3 pementasan yang aku dah plan
  • Dapat meng'havoc'kan lagi TASGreenhall
  • Ramai lagi orang melawat blog aku.
  • Dapat siapkan semua skrip dan short stories juga short film yang aku plan
  • Bakawalee akan lebih GRAND!!!
  • Aku akan lebih menghargai Islamnya aku ini.

10 years from now, 2015 - I will be 36

At this age, I hope:

  • Relationship aku and A** still going strong and our love bersinar-sinar, memancar-mancar!!
  • Financially stabil ...
  • Orang teater kenal siapa At Ziafrizani Chek Pa
  • Blog sentuhanseni masih wujud dan sangat fofuler di serata dunia
  • Dah ada anak walaupun anak angkat.
  • Bakawalee sangat tersohor seperti tersohornya kumpulan-kumpulan teater dari Broadway dan West End
  • Dapat berlakon filem
  • Keimanan aku bertambah dan semakin kuat
  • Dapat tanggung kehidupan kedua orang tua aku dan adik beradik aku.

There.... me, dulu kini dan akan datang. Right now ada semacam satu rasa yang tak dapat aku gambarkan. Masa cepat sangat berlalu. Setiap hari aku melalui sesuatu yang baru. Seize the Day adalah peganganku. Duhai Tuhan, bimbinglah daku. Yang lepas itu mesti tidak dapat diulang lagikan dan yang akan datang itu belum tentu lagi datangnya. ("-)

Rempitan Sangat

Kau tersenyum hebat
Hebat sangat
Aku terkasima
Kau elok tapi perangai kau tak senonoh
Tolong tepi sikit orang lain pun nak pakai jugak jalan ni
Bukan kau dan kawan-kawan kau saja tau
Sudahlah tak bayar road-tax
Kenapa mesti nak buat up up tu?
Hebat la?
Lagi hebat kalau kepala kau bersepai
Bila kepala kau bersepai
Aku nak gelakkan kau
Aku nak ucapkan tahniah
Fine!
Aku suruh kau bawak pelan-pelan bukan sampai blocking jalan
Kalau nak jalan pelan-pelan naik basikal
Goblok!
Hanjing betul perangai kau kan
Aku langgar nanti barulah mak bapak kau nak menangis dekat kubur
Kau tu yang tak sedar
Moto tu bukan duit kau
Duit mak bapak kau
Tapi jalan tu bukan jalan diaorang
Jalan tu jalan semua orang
Toya!!
Weh pergi la cari kerja
Jadilah insan yang berguna
Tapi nanti bila kau accident
Jangan lupa bagitahu paper
Bolehlah kau kena gelak satu Malaysia

Tuesday, November 22, 2005

Wajah - Jaclyn Victor

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebannya
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup tak pernah
luntur
Engkaulah perwira di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa

Friday, November 18, 2005

Malang tidak berbau

Sesungguhnya malang memang tidak berbau. Balik rumah malam tadi, dalam keadaan yang sangat penat selepas latihan bangsawan, aku terkasima di muka pintu. Ada sesuatu yang pelik di sini..... hmmm.... apa yer.... kasut.... mana kasut aku????

Ah, sudah! Ini mesti ada lahanat mana yang nak pergi clubbing dah pow kasut aku. Kalau tak Jan, Along! Hmmm... Mesti pergi dengan Hani .... Aku check dalam bilik ....

Eh, Hani tidur!!

Ha, kasut Hani pun tak ada ni.... hmmm... something fishy here

Rupa-rupanya 51 Lintang Semilang telah dimasuki pencuri dan yang paling bestnyer ada orang dekat rumah. Macam mana tu? Mengikut cerita budak suruhan kami yang dua orang itu, suspek masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya macam rumah itu mak bapak dia yang punya. Memikirkan yang mereka itu kawan-kawan Dora yang telah datang sehari sebelum kejadian maka budak berdua ini tak kisah sangatlah dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu.

Yang paling menyakitkan hati adalah suspek-suspek ini (3 orang semuanya) :
  1. Masuk ke rumah kami sesuka hati.
  2. Sempat bersembang dengan Bart yang kemudiannya meninggalkan mereka di ruang tamu bersama budak berdua itu lalu tidur di biliknya.
  3. Keluar sebentar beli roti canai dan kembali ke rumah kami untuk makan roti canai itu.
  4. Bancuh teh 'O' panas. Maknanya mereka sempat masak air.
  5. Seusai bersantap, sinki disepahkan dan kuah lebihan dicurahkan ke dalamnya menyebabkan sinki itu tersumbat.
  6. Budak berdua itu ada di ruang tamu tapi asyik tengok TV sampai tak perasan apa yang berlaku.
  7. Sebelum balik suspek sempat mengucapkan "Balik dulu!" dan budak berdua itu sempat juga menjawab "Ok" tanpa berkalih mata mereka dari kaca TV - cerita apa yang best sangat tuh?
  8. Notes : suspek cuba membuka kotak yang berisi cermin muka milik Hani yang diletakkan di ruang tamu. Kesan kebodohan dapat dilihat dengan jelas pada cara kotak itu dikoyakkan. Mungkin memikirkan yang cermin muka tidak berharga maka ia dibiarkan sahaja.

Antara barang-barang yang hilang:

  1. Kasut raya aku (Adidas Megamall) bernilai RM65.00
  2. Kasut raya Hani (Timberland Megamall) bernilai RM120.00
  3. Kasut sport Adidas Hani (yang digunakan untuk clubbing) bernilai RM30.00
  4. Helmet ARC Helmie (salah seorang budak berdua ittew) bernilai RM50.00 - katanya.
  5. Wang tunai RM4.15 - kebetulan ada di atas meja di ruang tamu (milik salah seorang daripada budak berdua ittew)

Kesimpulan:

  1. Aku rasa budak-budak yang ada kat rumah semasa kejadian kena pukau la.
  2. Suspek budak-budak Semilang gak yang terkenal dengan scholl drop-out nyer.
  3. Niat datang bukan untuk mencuri tapi bila rezeki dah ada depan mata .....
  4. Mencuri bukan untuk menjual semula barang-barang itu tetapi untuk kegunaan sendiri.
  5. Ha, berangkut la lagi budak-budak tak ketahuan!!!!!

Tension dan bengang sudah tidak bererti lagi, nasi sudah menjadi bubur, mee goreng sudah menjadi maggi hehhehehe redha jelah, ada hikmah disebaliknya, everything happen for a reason - nak dapat kasut baru yang lagi mahal dan meletuops kot hehehehhe

Hari yang bermula malang terus malang bagi aku bila in the early morning, dalam kekabusan pagi yang sedang merangkak malas menuju tengah hari, di Penang Bridge aku kena saman. Bala datang bertimpa-timpa la pulak. Kali ni saman JPJ sebab naik moto tak ada road tax. terus dia suruh aku pergi mahkamah. Yang melambak saman tuh aku tak pernah dapat settlekan ini datang pulak yang baru.

Sejenak aku terfikir, adakah hari ini hari malang aku? Hopefully not. Yang penting kena buat sesuatu untuk revive balik saki baki semangat yang ada.

And until the end of the day, everything was peaceful - lega. nya pun banyak memberi dorongan. TQ. About the house, biarlah ia menjadi pengajaran yang bermakna di rumah baru nanti.

Thursday, November 17, 2005

sentuhanseni di tengah November

Pindah lagi. Aku dah lost count tahun ni saja dah berapa kali aku berpindah. Orang kata 7 kali pindah boleh jatuh papa tapi kalau pindah rumah, does it applies? Tak pindah pun aku dah papa. Kali ini perpindahan yang lebih mengejutkan, kena clearkan rumah dalam masa satu minggu sebelum dihalau oleh tuan rumah. Aku kata kat Dora, alah susah apa, bila tuan rumah datang kita sembunyilah, mesti dia ingat kita dah pindah .... boleh ke macma tuh? Dora tengok aku macam nak makan hehehehhe

Kami 51 Lintang Semilang akan berpindah ke Siakap tapi pada ketika entry ini ditulis alamat masih belum confirm, nanti bila dah confirm aku akan buat press conference ok. Jangan risau, make it di mana sahaja rumah kami ia terbuka kepada kawan-kawan, rakan taulan untuk datang berziarah, bermastautin ataupun mendapatkan suaka politik. Cuma kali ini kami berasakan yang undang-undang imigresen baru perlu diperkenalkan iaitu sesiapa yang nak datang rumah kami kena bawak something yang boleh dimakan. Ini adalah supaya kamu-kamu tidak menghabiskan makanan kami yang sememangnya limited.

Macam-macam berlaku rasanya dalam bulan nih. Hati dan perasaan aku juga telah jumpa kebahagiaan yang dicari-cari setelah sekian lama ia rehat. Terima kasih kepada nya kerana finally after as much denial, nya terima juga aku. 14.11.2005 yang ini kena ingat. nya tahu aku sayang dan care terhadap dia cuma dia sedikit gusar dengan laluan yang akan kami pilih tapi aku janji pada nya yang aku pun akan sama-sama dengan nya sepanjang laluan itu. nya percaya aku. nya gusar juga, apa akhirnya? Yang itu nya, kita kena berserah sahaja, redha dengan apa sahaja yang bakal berlaku seperti redhanya kita pada kala ini. nya nanti datang tolong kemas barang eh. Aku tak laratlah nak angkat barang banyak2.

Bangsawan akan memulakan kembali latihan pada malam ini (Rabu, 16.11.2005), malam semalam dibatalkan atas kehendak Cikgu Baha - Pengarah. Itu yang aku fahamlah, kalau ada sebab lain aku tak tahu. Aku masih lagi belum menghafal skrip walaupun aku cuma terlibat dalam satu scene sahaja. Masih diperingkat malas lagi. Lambat laun ingatlah, selalunya macam tu.

Sekarang ini di TASGreenhall sedang sibuk dengan coming theater iaitu Cheet Chat lakonan Mark Beau de Silva dan Jannatharni. Minggu depan mereka akan masuk untuk rehearsal, rigging dan seterusnya show. Success pada mereka hendaknya seperti berjayanya pementasan mereka di KL tempoh hari. Publisiti untuk mereka belum siap lagi nih, banyak sangat yang nak dibuat dalam tempoh-tempoh suntuk ini. Aku pulak sibuk dengan dunia blog hahahahaha ya ampunnnn... Salah patik memanda menteri....

Tahniah kepada Achik sebab make it into Kedah Super League team. Walaupun sekarang nih masih di tahap pemain simpanan tapi kau muda lagi, tak lama lagi naik ler. Cuma harapnya kau jangan le tenggelam dalam dunia glamor, dah la kau tuh memang gila glamor. Nanti bila dah kaya jangan lupa beli SKII, horror orang tengok muka kau kat stadium nanti. Takkan nak harap Miami Dora jer. Anyway best of luck and moga-moga make it into National team seterusnya jadi player yang sangat disegani dunia and paling penting jangan lupa kat kitaorang 51 Lintang Semilang (nak kena tukar dah caption nih).

Kepada rakan-rakanku yang berchenta....

Jika kau berchenta lagi
Berchentalah sepenuhnya
Engkau yang memilihnya
Dengan kemahuanmu sendiri
Aku hanya mampu berdoa
Kebahagiaanmu disisinya....

Salam Muhibbah penuh Ukhwah.

sentuhanseni menyentuh seni dan budaya melayu

Ini adalah komen sentuhanseni dalam blog Arts for Life (http://arts4life.blogspot.com) untuk tajuk rebung budaya melayu.

kalau pakai kain paras atas lutut tuh maknanya nak pergi berak jadi jangan la tanya "oi, p berak ka?"

kalau pakai kain batik tengah2 malam tuh maknanya tengah berse***** jadi jangan le tanya "Oi, kenapa kau pakai kain batik?"

corak berketang kat kain tuh maksudnya 'Hish, jijik! Pergi basuhlah!!!'

huzz - suka abg2 pakai kain pelikat .... motifff????? muahahhahahaha

Orang Melayu memang kaya dengan seni tapi kebanyakkannya tidak tahu cara terbaik untuk menghargai seni apatah lagi mengaplikasikannya dalam kehidupan harian atau utilise it for their own sake and fortune.

Berbanding kaum cina dan sesetengah kaum di Barat, mereka lebih menghargai seni yang ada pada budaya mereka dan menggunakan sepenuhnya kehebatan seni mereka itu untuk kepentingan bangsa mereka.

Kita lihat bagaimana bangsa Cina mengpopularkan seni Kung Fu dan bangsa Melayu mengpopularkan Silat.

Kita lihat bagaimana kaum Cina mengguna pakai kemahiran mereka dalam seni hias dalaman hingga muncul konsep oriental tapi adakah konsep Melayu dalam tata hias dalaman? Ada, tapi dikenali sebagai Nusantara - dengan headboard kerawang, tikar mengkuang - yang ini boleh dibanggakan.

Kita lihat bagaimana naskah-naskah teater klasik India mempengaruhi pemikiran dan pementasan para penggiat di Barat tetapi kita di sini mentertawakan Mak yong, Mek Mulong, Main Petri, dsb.

Persoalannya ialah bukan ke mana arah tuju kesenian dan kebudayaan kita tetapi siapa yang mahu memandu kesenian dan kebudayaan kita? Kenapa susah sangat nak kita menghargai apa yang kita ada? Selagi bidang seni ini dilihat sebagai larha, sesat dan natijahnya neraka, selagi itu kita tidak akan mampu menghargai seni yang kita ada lantas Melayu kita hanya disekitar kita.

Wednesday, November 16, 2005

Kisah 7 perkara

7 perkara yang aku nak buat sebelum aku mati:
  1. Skydiving - pernah dapat offer tapi takde duit...
  2. Dapat Datukship hehehhee
  3. Buat show yang meletoups kat Broadway
  4. Mewakili Malaysia dalam apa benda pun ... make it sports, culture n arts or whatever
  5. Mengarah filem
  6. Adopted 7 different race of kids from 7 different countries
  7. Buat banyak amal ibadat...... uuuuuuuu......

7 perkara yang aku takleh buat:

  1. Pierce any of my bodyparts - terasa nak tuh ada tapi.....
  2. Deliver lines for a women role in a women voice ...
  3. Masak muahahhahahha
  4. Simpan duit
  5. Kahwin
  6. Beromen dalam panggung wayang masa movie tengah ditayangkan
  7. shave my legs ... noooooo..... never!!!!

7 perkara yang buat aku tertarik pada seseorang:

  1. Physical appearance - Tipulah kalau aku kata 1st impression tak menarik perhatian aku
  2. Fun and out person
  3. Daya pemikiran yang open, tinggi, intelek, kreatif, kritis, inovatif.
  4. Kekwat yang less
  5. Humble
  6. High self-confidence meaning that the person doesn't look down to his/her own ability
  7. Basically smart people - smart up there, smart in there, smart out there, smart everywhere

7 perkataan yang selalu aku sebut:

  1. uuuiiiii.....
  2. Noq!
  3. Hello, The Actors Studio....
  4. Hello...
  5. Ek - selalunya di hujung perkataan. ie: kenapa ek? berapa ek?
  6. Eleh...
  7. Lapar

7 celebrity crushes - cukup ke 7?

  1. Brad Pitt
  2. Yazer
  3. Collin Farrel
  4. John Leguizamo
  5. Pengacara survivor - apa eh nama dia?
  6. Ryan Seacrest
  7. Simon - judge American Idol ittew
  8. Hairuddin Omar
  9. Nasiruddin Yusof
  10. Keifli
  11. kan aku dah kata tak cukup 7!!!!

Sunday, November 13, 2005

Aunty Kalsom sering memberitahu kepada Melati supaya jangan sekali-kali berputus asa di dalam hidup. Kita tidak boleh berputus asa jika mahu mengecap kebahagiaan yang kita cari-cari. Aku tidak mahu berputus asa dalam pencarianku mencari kebahagiaanku. Itulah janjiku kepada diriku dab kepada Melati, disaksikan awan-awan indah kesayangannya.

dipetik dari Novel Mat&Mel karya Nizam Zakaria.

Visit
http://nizamzakaria.blogspot.com/

Saturday, November 12, 2005

sentuhanseni menyentuh isu Dr. Azahari

Belum ada entry lagi daripada aku pada hari ini. Tak ada idea sangat tapi tadi semasa aku pusing-pusing Penang untuk menghantar poskad Cheet Chat (coming performance at TASGreenhall), aku terpandang surat khabar dan tabloid tempatan dalam apa jua bahasa memaparkan berita mengenai terbunuhnya Dr. Azahari suspek yang paling dikehendaki di Indonesia. Kerajaan Indonesia nampaknya benar-benar berbangga dengan tumpasnya 'penjenayah' yang mereka cari-cari selama ini. Pada pandangan sentuhanseni, kejayaan ini akan membolehkan Indonesia mendapat pengiktirafan negara-negara luar terutamanya barat sebagai sebuah negara yang benar-benar memerangi pengganas.

Persoalannya adakah Dr. Azahari benar-benar seorang pengganas? Adakah apa yang dilakukannya selama ini melayakkan dia mendapat label pengganas? Apakah sudah terbukti yang kes-kes pengeboman sebelum-sebelum ini di Indonesia adalah hasil kerja tangannya? sentuhanseni berasakan seseorang itu belum bersalah selagi kesalahannya tidak dapat dibuktikan dengan jelas maka tidak layaklah dia menerima gelaran penjenayah apa lagi penjenayah yang dicari-cari.

Takziah daripada sentuhanseni kepada keluarga allahyarham, pemergiannya tetap merupakan kehilangan kepada keluarga ini dan kepada Islam. Niat tidak menghalalkan cara tetapi persoalannya, apakah niatnya? Mengapa dia bertindak sedemikian? dan siapa kita untuk menjadi hakim? Al-Fatihah...

Friday, November 11, 2005

Kepada awan kini kukabarkan darah jiwaku yang tidak berwarna. Kepada awan kuceritakan tentang kisah kesepian yang kian mencengkam jiwaku. Bila keinginan semakin pudar, tatkala jiwa tak lagi berkobar, ketika harapan semakin samar, kepada awan kuluahkan perasaan.

dipetik dari Mat&Mel by Nizam Zakaria
Kita sebenarnya tidak berhak untuk menghakimi orang lain atau diri kita sendiri. Penghakiman adalah hak Tuhan, bukan manusia
dipetik dari Mat&Mel by Nizam Zakaria

Di Sini

Aku ini sepi
Jadi kau kena faham aku
Aku sepi tanpa penyeri di hati
Sebab itu bila ada yang singgah aku cepat terngadah
Hati aku senang dicuri walaupun pencurinya tidak pernah berniat mencuri
Bukan aku murah tapi sebab aku sepi
Indah waktu itu walaupun sementara tapi aku suka
Aku cuma minta dihargai secebis rasa kasih dan sayang yang aku ada ini
Susah sangat ke?
Aku tak mahu yang itu
Aku mahu yang ini
Tapi yang ini tak mahu
Yang itu pulak macam cibai
Macam mana aku nak mahu
Sepilah aku

Wednesday, November 09, 2005

Kembali C-Bork

Salam Rayer... uiks, ada lagu raya kat radio.... Rayer tak habis lagi nih, ramai lagi yang membuat jemputan berhari raya, haa... nanti aku rajin-rajin aku pergi ler, mesti pergi punya save duit makan bulan ni, tapau bleh? hehehehe
Lama aku tak buat entry bukan pasal apa, cuti seminggu, actually seploh hari aku cuti. Sajer amek cuti pepanjang,sementelah tak ada show nih and bukan selalu aku dapat cuti panjang-panjang asik cuti hari Ahad jer, nak gak cuti hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat and Sabtu hehehehehe... berenti keje la senang!!!

Di bawah dilampirkan apa yang aku buat sejak cuti hari tuh:

Sabtu, 29 Oktober 2005

Melepak seharian di rumah. Lama tak rasa dapat tidur kat rumah sampai tengah hari so inilah masanya. Petang p jalan2 cari kasut, sandal dan segala RAYA dengan menggunakan jalan raya dan lebuh raya

Ahad, 30 Oktober 2005

Melepak lagi kahkahakhakahkah tak puas melepak semalam. Trip ke Penang as usual masa awal posa aku dah rentikan, yelah dah bercutikan, muak pulak tiap2 hari menyeberang Selat Pulau Pinang tuh, sekali sekala bersiar-siar di sekitar Seberang lagi best. Since dah cuti nih senang sikit nak bergerak tapi hati tu risau gak kalau2 ada orang2 buduh call ofis, yelah aku amek cuti lebih2 aku tak bagitahu sesaper (peel yang tak boleh nak aku ubah) nanti ada pulak yang tak faham orang nak beraya ke haper ke, sibuk nak tahu show apa yang ada, bila kita bagitahu takde plak dia nak wat booking ke haper ker, "I just wanted to know" itu je katanya... boleh??? Tak kena bayar ke panggilan bodohmu ittew?

Isnin, 31 Oktober 2005

Hmmm... gelakkan Hanilawati Pukila Cibai sebab dia keje hari nih. Dora sebab jeles tengok aku cuti panjang-panjang dia pun masuk keje sekerat hari jer. Opppsss lupa, sok Arm laki Commando dia nak mai, so berdebar la tuh. Kellassss adik2 sekarang layan abang2 ask sahaja... hai... selamatlah bumi Malaysia ini!! muahahhahaha Pergi shopping raya dengan Dora n Hani pada petangnya, cruising kasut, sandal ada dah... benda nak kena beli dua2 nih sebab sandal dah lama tercabut, kasut yang ada nih tunggu masa jer. baru aku perasan aku ada sedikit taste atau Carrie Bradshaw kata fetish terhadap kasut kaler koko... tak kiralah lite koko ker, dark koko ker, ada stripe koko ker janji koko... afsal haaa??? Sandal beli dah semalam, mahal gilos tapi dah taste sesangatkan, beli gak, ada unsur2 etnik sikit tapi yang pastinya koko!!!! Nasib baik tak beli kat COCO BELLY kat Megamall (tapi cruising gak kedai favourite ni). Buka kat Man Cafe atas unjuran Hani... Pondan nih macam tak ada tempat lain, ada scandal ker dengan mana2 staff Man Cafe nih? tapi aku admit la, memang kalau datang selalu dilayan macam raja (oklah kalau nak dibandingkan dengan orang lain), makan apa pun RM4 jer... save gilos. Pagi tadi Arm the Commandoo guy sampai from Melaka. Wah....Meletops!! abang ask sangat (walaupun dia lagi muda daripada aku, panggilan abang adalah penghormatan kepada perwira2 negara). Description? Never la Better!! tanya Dora heheheheh sebabb dah dua hari aku tido sampai petang so hari nih badan aku mogok, kul seploh dah terjaga. Tak tahu apa nak buat, Hani n Dora dah p kerja. Dora janji nak balik awal so buleh p cruising barang2 yang tak ada lagi, cadangnya nak ke Gurney, hmmm... hopefully tak ramai orang ler. Dora balik jer kami siap2 n aku curi2 cruising Arm.... meletuopsnyer... merembes... laki orang pok, jangan menggatal!!! sebelum ke gurney stop by Megamall dulu aku n Dora dah decide dah, kasut yang kami taste tuh kena beli sebelum stok duit habis buat benda2 lain. Dan seperti yang aku jangkakan, aku beli kasut kaler lite koko hehehhe dora design sama tapi kaler pink - women sangat! taste gak tgk kasut boot tapi nak angkat guna tangan pun tak larat... sudah tak ada maknanya. Memandangkan kasut yang aku pakai dah nak ternganga mulutnya so terus tukar pakai yang baru beli hehehhe (perangai belajar dengan Annnurbaya), Dora mula tak mau tukar tapi bila masuk keta terus tukar hahahha Then we all p amek Hani kat ofis dia and off to Gurney.. nasib baik tak jammed. di Gurney cruising lite2 jer sebab aku dah tak ada benda nak beli, Dora plak tinggal nak beli jubah kat mak dia, Hani tak nak beli kasut kat sini, nak p Megamall gak, Arm seems lebih berminat dengan Dora berbanding apa yang ada disekelilingnya hahahha dalam duk cruising tuh terstop sat kat butik Valentino, eh jeans ada 70% diskaun... taste gak, eleh musti mahal, cuba kira tengok... wah bernilai untuk wang aku sebab lepas less tinggal RM48 jer, nak ke tak nak ke? so aku tanya pada sales women tuh

"tenyeh dengan Mastercard bleh ke?"

"Buleh"

yeay!!! so aku pun tenyeh ler... pastuh hani plak beli satu kemeja 50% less kaler koko - wat is it wif koko ha? trend tahun nih kot! Aku dengan hani jer cruising, Arm n Dora apalagi melepaskan rindu dendam yang bergelogak di dada ler hahahhaha macam budak2 sekolah berchenta di shopping mall plak, dah la Arm tuh rendang2 ... uuu taste!!! setel bercruising di Gurney we all balik ke Perda nak cruising kat bundel plak, banyak gak kedai kat sini tapi barang bundel memahal jer aku tak beli menda la semua dah ada, duk kira duit je nih cukup ke idak sampai hujung bulan? Arm tangkap satu jeans, satu jeket... ooo baru nak shopping, Hani belek2 boots Timberland harga mak datuk murah lagi yang kat megamall yang ada aircond tuh. Beli kat Megamall jelah pok!

Selasa, 1 November 2005

Haiyooohhh sudha November ker? Happy Deepavali!! Arm balik pagi tadi, Dora p hantaq, aku ingat nak menyibuk jadi lalat tapi mata tak larat nak bukak so say good bye dalam mimpi jelah. Dora balik rumah dia dulu sebab nak setelkan kuih2 yang belum habis hantar. Aku plak melepak je kat rumah tengok TV, dah dua hari tidur sampai ke tengah hari, hari ni badan aku mogok tak nak tidur lama2. Bukak TV citer India je banyak alamak busan2!!! Tetiba terasa nak call Shahroll sebab hari nih besday anak dia, then baru teringat, anak dia lahir Thaipusam laaaa..... sorry Kathy, uncle lupa birthday ko. Sekali lagi kami ke Megamall sebab pondan chantek nih nak beli kasut, aku n Dora seboleh2 elak tak nak pergi kedai semalam sebab kami tengah pakai kasut yang beli semalam hehehehe ramainya umat manusia, adala dengar2 slang KL jadi tak jadi di sini sana - perantau2 dari kota la tu... berangan KL ya amatsszzzz. So hani beli Boot timberland kaler koko gelap - koko lagik!!! Dora dalam Hani duk sibuk belek2 kasut, dia dap[at satu t-shirt kaler pink - mmg women fonen nih. ok dah tak ada pape nak beli mari kita cari tempat berbuka dan seperti diduga kami berbuka kat Man Cafe!!! Urgh... muak aku! Malam sket p SP rumah nya... sleepover sana ingatkan dia cuti sok rupanya keje pagi so sok pepagi kena balik... ala... tak bestnya.

Rabu, 2 November 2005

Apa yer yang kami buat hari nih? Hani kerja, yelah hari nih baru dapat gaji hehehehhe kena la masuk kerja. Dora as usual pagi balik kampung uruskan bisnes kuih raya dia, buat duit pompuan nih. aku apa lagi balik dari rumah nya pagi tadi tido sampai tengah hari. Letih bai, malam tadi walaupun berentap lite2 jer tapi letih gak sebab bangun terkejut pagi tadi, nya tak terjaga terus masing2 terlewat bangun, aku tak apa lah memang dah cuti, nya la lambat. Malam tadi gak slow talk dengan nya... eh ini entry lain hehehehe Esok raya tapi rumah nih tak ada la rasa nak raya pun rilek jer bukan apa, masing2 rumah dekat so tak terasa sangatlah berada di perantauan. Mak dah calling2 dah sibuk nak buka sekali tapi tak dapat sebab petang tuh kami cruising lagi kat Megamall sebab dora tak dapat lagi jubah untuk mak dia and Hani pun nak beli kasut kat mak dia. so kitaorang buka kat Pizza Hut Megamall makan pizza Morrocon yang baru tuh, biasa jer tak best sangat pun. Balik dari Megamall sekali lagi mak kalut nak ajak p amek kek and kuih kat rumah auntie Noriah, ok gak buleh jumpa uncle Naim... taste!!! Dora kalut tutup pintu tingkap semua padahal kami dah janji nak jumpa sat lagi lewat2 sikit and aku pun kata aku tido kat semilang, maleh nak tido rumah pak cik aku. Takpelah nak rasa mood raya tuh kan, lagipun bukan leh caya reraya nih...

Khamis, 3 November 2005

Selamat Hari Raya semua.... subuh2 tadi ikut Dora p carik lemang, aku pun beli le satu, kurang2 ada la jugak sumbangan kat rumah pak cik aku tak adalah aku pergi bawak perut je. Plan memang nak pergi semayang raya tapi buka2 mata dah pukul 11 hehehehe mandi2, iron baju sket, zoom p rumah pak cik. Suasana rumah nih pepagi raya pertama memang gloomy sikit, yelah malam tadi masing2 tido lambat so pagi nih overdose la. Kepala otak aku dah berkira pukul berapa nak pergi rumah nya tapi nak kena susun rumah sedara dekat2 nih dulu kalau tak pergi dengan mak aku, alamat tak pergi langsunglah sampai habis raya. So berjayalah ke rumah Mak Long, Tok Anjang, Tok Long, Pak Ngah (duk sat Nana n hubby sampai from Taiping, dapat ler beraya sat dengan depa) then dah petang sangat rumah Pak Lang and Cik Mail kena p malamlah nampaknya. Malam? no, cannot aku nak p rumah nya so Maghrib2 pergi la rumah nya kat SP, sesat merata aku nak cari Bedong jer terlepas ker Sempilang and Gurun hehehhe hujan n malam plak tuh so blur le sikit pandangan mata. Duk rumah nya sat jer ada la dalam sengah jam, nya pun tak kisah sebab dia pun letih nak melayan. Balik terus amek dora and p rumah acik sebab nak jumpa Asmar sangat2, ntah apa citer dia. So sampai sana dapat ler jumpa Asmar n the whole family, family Basir pun ada... meriah gilos... pak cik plan nak joinkan kenduri kawin aswad and asmar aih beria benor nampaknya, Asmar balik bawak duit le tuh.

Jumaat, 4 November 2005

Bangun awal jugak sebab hari ni konvoi ke rumah2 di utara Semenanjung. Mula dengan rumah Fairus kat Kuala Kedah, rumah tunang Lanun kat Langgar, then rumah kawan tunang dia (kebetulan teringin gak artis2 Penang berya rumah dia - rumah kaler pink gilos, design dlm mak cik2 sangat), then rumah Jehan kat Tikam Batu pastuh rumah adik angkat Rizal kat Pinang Tunggal kedah and last but not least rumah Hani kat Guar Perahu. Letih sesangat balik aku terus tido, sok nak ke Sungkai plak. Berikut adalah senarai makanan yang dihidangkan mengikut rumah (kuih raya tak termasuk sebab haruss la ada kan....)

Rumah Fairus - Nasi hempet n Rendang (rendang best)
Rumah tunang Lanun - Nasi Tomato and lauk2 (oklah utk tengah hari)
Rumah kawan tunang Lanun - Ko Teow Goreng (ok jer)
Rumah Jehan - Bee Hoon goreng (ko beria2 ajak datang, ko buat bee hoon goreng jer!!! anyway thanks 4 the invites)
Rumah adik angkat Rizal - Mee Kari (ok)
Rumah Hani - Lemang Tasek Glugoq, Ketupat pulut, nasi hempet dengan kuah world hahahhaha nyah, taste bapak ko! itulah makanan yang paling sedap sekali sebenarnya...

berikut adalah senarai mereka yang join....

Resdong:
Lanun
PT2005
Nana G
Adik
Wak
Mamak
Rizal
Fairus
Sting

Bakawalee n TETAMU:
51 Lintang Semilang

Sabtu, 5 November 2005

plan nak kuar pagi tapi Hani bangun lambat so tengah hari gak kuar dari Semilang. Dora dah berpeluh ketiak tunggu kat rumah dia sebab pagi tadi dia ada make-up pengantin. Hani n Dora dua2 orang pakai baju pink, aku sebab dah takde baju n memikirkan perjalanan harus jauh n merimaskan so pakai t-shirt jer tapi seluar Valentino ler... hehehe berlagak sket. Sampai rumah Arm around kul 4 lebih2 awal sikit dari yang dijangkakan. Rumah dia kat Felda Trolak timur, atas bukit. Banyaknya mat-mat Felda yang melepak di sana sini.... kat rumah Arm makan ikan talapia bakar and masak merah and laksa tawar (arm lupa buh garam kot). Ikan bakar tuh memang lazat giler lemak seh bleh terasa sampai sekarang. Off course la scene berchenta chentun antara kedua mempelai menghiasi seisi Trolak Timur hari nih hahahahha tak larat mek nak tengok drama swasta uols.... sekarang org layan samarinda... aku pun ada drama gak tapi tak nak citer kat sini, tak nak wat entry pun hehehehe nak simpan sendirilah... balik samapi Semilang lewat gak sebab banyak stop. Hani nak jumpa hubby Navy tak dapat sebab hubby Navy dia takleh kuar hehehehe beraya atas kapal... nasib ler

kekanda di medan perang
adinda di medan seni
sama-sama berjaung
sama-sama berbakti
untuk ibu pertiwi...
cairlah pukiiiii.....

sampai Sungai Bakap benti karaoke... ramai giler jejanz tapi sebab letih so layan mata jer, tengok udah ler, maleh nak lelebih, nak simpan suara menyanyi. Settle nyanyi dan bergumbira p carik Asmar kat snooker sebab sok dia nak balik dah... dapat la bonus dari Asmar heheheheh mana leh citer....

Ahad, 6 November 2005

Kalau tak ada open house hari nih, harus tido rumah arm semalam tapi sebab aku n Dora buat open house so kena la balik. Handphone buat hal plak tak menyala, harus mak and mak chaq bising2 aku tak sampai2 lagi. kunci jam kul 930 am tapi buka2 mata dah pukul 1101 am nasib baik pagi lagi n janji dengan dak2 nih lepas zuhur. Tunggu punya tunggu memang lepas zuhur baru sampai walaupun kul 1230 tipon kata dah on the way... lama gila on the way korang. Mula2 sampai 6 orang jer ....

Lanun
PT2005
PPLT2005
Adik
Nana G
Mamak

Lepas tuh dia nih sampai naik moto.....

Lucifer

Lepas tuh yang nih plak sampai.....

Azazil bersama Siti and Lokman uih-uih (sonok kazen2 and adik beradik aku main dgn dak nih - baik jer)

then dia nih sampai....

Wazi

and last sekali dia nih.....

Kak Pah and family

settle semua orang dah mai, kitaorang gerak ke rumah Dora nak makan sup herba mandrem. on the way, baru dapat tahu Uncle Eddy nak mai rumah, alamak, orang suh datang lepas zuhur ko datang lepas asar, terpaksalah forwardkan uncle eddy ke rumah Dora nanti malam datang rumah aku, sate entah ada lagi entah idak. Kat rumah dora dak2 nih wak wit wak wit amboih yang tadi kat rumah aku punya la bertatatertib dan beretika sampai sini jadi gila...... pelik!!! Dora punya sup herba memang best. Dari rumah Dora ke rumah kak Pah sebab nak kena hantar di balik, jalan jammed gila... tak balik2 lagi perantau2 nih, menyemak jer. tak pernah2 area BM and Nibong pack mcm nih.... rimas...rimas.... sampai rumah tunggu Hani n Uncle Eddy n Along tak tahu yang mana nak samapi dulu, alih2 Hani and Dora je sampai itupun tak sampai serentak and Dora pun dah segan nak masuk sebab lewat sangat. Uncle Eddy call tak jadi datang, nak tengok Hindustan, Along haram tak dengar haper pun - ooo rumah Dora korang pergi!! So malas nak tunggu lelama aku pun calling2 nya n kata nak pergi rumah nya, nya ok jer, sok dia keje petang. Sampai rumah nya dah kul 2 pagi, layan sembang jap, mata dah ngantok, kesian nya aku tak sembang lama2....

yesss habis gak entry untuk seminggu... letih seh... menaip.... program raya tak habis lagi nih, duit dah nak habis.. hai macam mana nih....saper nak sponsor hidup aku? habaq mai sat....