Friday, July 24, 2009

Kina nikah dengan Balu jadi Kinabalu

Esok aku bertolak ke KK.

Lusa aku panjat gunung Kinabalu.

tu diiiaaaa...Gunung Kinabalu


Barang-barang banyak tak beli lagi. Banyak tak pack lagi.

Esok flight pukul 6.50 pagi tapi bapa aku suruh pergi pukul 2 pagi!!!

Kerja banyak lagi tak siap...

Doakan aku sempat siapkan kerja.

Doakan aku selamat pergi dan kembali.

Doakan aku berjaya menawan puncak Kinabalu.

Wednesday, July 22, 2009

Bas

"Ko naik bas T ke bas U?" Soal pemuda A melalui telefon bimbit mampu milik pelajar Uni.

"Suruh dia naik bas U!" Cadang pemuda B

Si hensem A (aku) memandang sekilas dari buku Kasut Biru Rubina karya Sufian Abas. Confuse.

"Bas U? Bas T?" Soal aku dalam hati.

"OH! OH! sudah lama aku tidak naik bas awam!"

Monday, July 20, 2009

*batuk



abang jeeb, dah menang moral kat Manek Urai tuh, tak nak ke sound-sound sikit jiran kita yang dok bakar hutan tak sudah tuh?? Ke takut diaorang tak bagi maid you datang keje sini lagi....

itulah...hmmm..

Thursday, July 16, 2009

ku ilhamku

aku perlukan inspirasi

untuk berkarya semula





INSPIRASI



*agaknya bagaimana cheerleader2 comel dari CBN akan cheerkan perkataan ittew?




INSPIRASI


Tuesday, July 14, 2009

facebook

saper ada akaun facebook, add aku art_touch@yahoo.com

tapi...

sila kenalkan diri yer...maksud aku, bagitau ar ko neh blogger..and apa blog ko..buleh aku pergi melawat bila aku malas buat kerja kat opis

thanks..

Thursday, July 02, 2009

Nasi Lemak 50 sen

Ini kejadian beberapa hari lepas. Aku dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menggunakan LRT dari Gombak.

LRT tenang saja, dah tak ramai orang sebab masa tu dah lepas pukul 9.

Sampai di Wangsa Maju, ada seorang budak ni naik (dalam awal 20an aku agak-agak umur dia) dan duduk sebelah aku. Aku buat tak peduli sebab tengah kusyuk baca surat khabar.

Kemudian ada satu macam bau. Seperti pernah kuhidu tapi di mana ya???

Mata aku tertangkap pada satu objek yang diletakkan di atas beg budak sebelah aku ni. Dia memegang objek itu dengan kemas. Itu nasi lemak.


Dalam hati aku dah menyumpah budak ni. Kenapa tak simpan je dalam beg, tak tahu ke benda tu berbau. Nasi lemak dia bau lain macam ye, macam ada perasa tambahan..

Aku mengawal pernafasan. Malas nak tegur.

Tiba-tiba budak ni buka bungkusan nasi lemak tu dan dia jenguk ke dalamnya (dia nak makan ke?)

HAUNGGGGGGG!!!!!! KEBABOOOOOMMMM!!!! Bau nasi lemak merajai coach LRT. Serius, nasi lemak di dalam LRT memang tidak akan berbau sedap seperti nasi lemak di kawasan terbuka yer...

Aku dah ready nak fire!!!

Dia tutup balik bungkusan tu tapi sudu masih digenggam erat.

Bau nasi lemak masih berlegar.

Mak cik depan aku membesarkan mata. Aci yang duduk di sebelah pintu, matanya sedikit kecik dari mak cik tadi.

Aku kata dalam hati, kalau dia makan, aku blah!!

Dan..

Seolah mendengar suara hati aku, dia buka balik bungkusan itu dan terus menghalakan sudu ke arah nasi lemak yang bau bacin itu!!!

Aku tak tahu apa yang berlaku selepas itu sebab aku blah dari situ, meninggalkan tempat duduk dalam LRT yang sangat berharga. Namun sempat juga aku menjeling tajam dengan penuh rasa sentap dan kejih pada budak tu. Budak tu jeling balik tapi jeling takut.

Mak cik dan Aci...mata mereka agak besar yer...

Korang buatlah pengajaran sendiri tapi bagi aku...kalau ye pun lapar, hormatlah orang lain jugak..dah sah-sah dalam LRT ko takleh makan, ini ko boleh makan nasi lemak pulak!!!

*mungkin sebab tanda dalam LRT tu cuma gambar burger yang dipangkah kot....