Thursday, January 01, 2009

Liana Jasmay

Hanya 179 entry untuk tahun 2008...hmmm..target 200 tapi tidak kesampaian tapi itu bukan hal besar dan itu bukan azam 2008 yang lalu pun. Azam 2008 aku adalah....azam yang aku dah tak ingat ha ha seriously, memang tak ingat. Atau aku memang tidak memasang azam langsung pada tahun 2008.

Tahun ini juga aku masih belum memasang azam. Ada beberapa perkara yang aku ingin capai, mungkin itu boleh dikategorikan sebagai azam.

Malas nak cerita hal ini, jadi aku nak sambung entry-entry yang tergendala sebelum ini.

LRT
Sekarang ni, hari-hari naik LRT dari Terminal Putra ke KLCC. Sekarang ni musim cuti jadi LRT tak sesak sangat (read:sesak la jugak), nanti bila sekolah dah mula buka, aku yakin LRT akan makin sesak. Letih gila nak pergi and balik kerja - tetiba rindu pula pada ketenangan naik moto 5 minit sebelum masuk kerja kat Redang - ramai sangat orang, bersesak-sesak, meraba-raba (tanpa niat), bersentuh-sentuh (dengan dan tanpa niat). Beratur punya panjang, punya lama, tiba ada pulak yang potong Q. Yang potong Q ni bukannya kutu berahak tak habis sekolah, bukannya budak-budak yang memang tak sekolah tapi adik-adik manis bertudung, makcik-makcik berjubah bagai, pakcik-pakcik yang menunggu hari untuk bersara...golongan ni yang ramai suka potong Q, suka tolak-tolak orang depan, tak reti nak bersabar.

Pernah sekali ada sorang makcik ni kena siku dengan aku. Mana taknya, gaygeh mencucuk-cucuk rusuk aku dengan jari telunjuknya (konon nak suh aku ke depan) masa nak masuk tren. Macam dia tak nampak orang tengah keluar. Sekolah manalah yang gagal mendidik makcik ni.

Satu kali lagi dengan seorang adik manis yang aku rasa dalam lingkungan 20an. Cantik. Murni. Kalau di pandang dari jauh. Sampai dekat, pintu tren pun buka. Dia dengan rela hati menyelinap bawah ketiak aku (read:aku ni tinggi orangnya), tak ada manners langsung, sanggup lalu bawah ketiak aku. Pastu, dalam tren buat muka berlagak, rasa nak sepak terajang je. Pernah tak kau tengok muka orang tu, then kau rasa macam nak sepak terajang je muka dia, walaupun dia tak buat salah kat kau...macam benci je. Ini, dah la muka macam tuh, buat salah pulak tuh, meluap-luap panas aku dengan dia. Kalau dalam komik, dah nampak api dah atas kepala aku.

Tapi inilah asam garam naik tren kan. Ada jugak masa best, macam masa pack gila sampai kau tak tahu nak letak mana tangan kau. Tersentuh sana, tersentuh sini ('TER' ya!)..jangan ada yang menjerit sudah.

KERETA
Ini yang paling aku hangin!!! Satu badan hangin. Keta aku ni, macam-macam halnya. Tayar nak tukar, absorber nak tukar, gasket nak tukar, player nak tukar, macam-macam nak tukar. Harituh pergi kedai tayar, nak buat alignment and balancing aje tapi Cina kedai tuh, tunjuk itu rosak, ini rosak, semua dia suruh tukar, gila lari bajet aku. Aku tukar yang termampu je, itupun terpaksa lari bajet jugak. Entah sempat ke tak aku nak survive till next gaji.

Silap juga beli keta ni. Keta second, tak selidik habis-habis. Masa dapat tu, lenjan tak hengat, tak reti jaga. Bila dah cerdik sikit hal keta, duit pula takde nak maintain. Sudahnya keta ni makin lama makin hancur. Sekarang jadi masalah bila itu, ini, nak ditukar.

Absorber punyalah keras sampai bunyi macam pintu rumah kayu lama yang dah berkarat tuh tiap kali naik turun bumper. Tambah-tambah bawak orang. Malu siot, bunyinya pun agak mengerikan jugaklah.

Rim tayar tuh dah kemek sana sini dalamnya. Tengok luarnya memanglah cantik. Bersukan sungguh tapi hakikatnya, dalam tu, menakutkan. Cina kedai suruh repair, RM50 sebiji rim katanya...lari bajet...aku postpone.

Starter memang problem sejak dulu. Aku je yang boleh start kereta ni tanpa sebarang masalah. Mak dan Abah aku masing-masing dah ada pengalaman keta ni mati tiba-tiba, takleh start and diaorang terpaksa balik rumah jalan kaki (nasib baik time kejadian diaorang dekat-dekat area rumah je), petangnya baru datang amek. Time tu, pulas sekali je kunci tu, terus boleh start.

Agaknya keta ni merajuk sebab aku nak beli keta baru kot? Aku teringin Honda City. Kali ni nak beli keta baru kat kedai, tak mau second-second dah. Tak mau percaya orang dah. Ada sapa-sapa nak beli Satria 1.3 tahun 1996?

CINTA ITU PENGORBANAN
Aku banyak berkorban demi cinta dan sayang aku pada dia
Dia juga banyak berkorban demi cinta dan sayang dia pada aku
Terkadang aku terpeleot, aku harap dia maafkan aku seikhlas hatinya
Terkadang dia terpeleot lalu aku sentiasa memaafkan dia seikhlas hatiku

Aku mahu terus tabah
Aku mahu semakin matang
Aku mahu terus bahagia
di 2009 ini
Dia juga begitu tapi style dia lain
So aku kena rilek....keep cool...enjoy..
Stop worrying about the future and start living the present

Enuf said.

Cukuplah kot...Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masihi

25 comments:

shandye. said...

1st of all... hepi new year honey... walaupun aku ala2 sentap menyambutnya in the comfort of my room menonton gossip girl secara marathon... huahuahua...

2ndly... kenapa entri ni dinamakan liyana jasmay sedangkan takde langsung mention pasal minah keding tu dalam entri ni... mak konpius nok...

3rdly... ayoo.. menci sangat bersardin bagai naek lrt dari midvalley ke ukm masa balik nonton movie semalam...

ramai tak hengat dan terpaksa let go tiga trains before leh dapat masuk on the 4th ones... vavis sangat...

4thly... mak dh ala2 unofficially single (walaupun abg r tak bg kata putus tp mcm dh terputus jewr..) cedeyh.. need a man's shoulder to cry on (mark the word 'man' here... takmoh cikpon2 punye shoulder ~ had enuff drama and refuse to start one at the early days of this year)

huhu...

pjoe said...

kau saja pancing aku dgn nama liyana jasmay kan?

eeeee

geramnya

selamat tahun baru nyah!

Unknown said...

tajuk cam HARAM jadah. mmg betul2 mancing punyer tajuk.
aku igt nama awek baru dia tuh.

muahahahhahahah... keta meragam!!! biasak ahhhh... convert ah keta tuh jadik jet pejuang:)))

azam tahun baru!!!??? cam bebudok skool lah kau nehhhh... main pasang pasang azam pulok dohhh...

samat taun baru 2009 masihi.

Efarojie said...

HAPPY NEW YEAR. HAD A GREAT TIME LEPAK WIF U GUYS ON NEW YEAR'S DAY!

*WINK

Wanpetunjuk said...

Salam bro....kali nih, mmg gua baca dengan teliti entry....dalam LRT tuh dah jadi kebiasaan melihat geagat dan telatah manusia sebegitu perangai....banyakkan bersabar aje lah.....

Betul dan setuju....kadang2 kita kan terfikir betapa pengalaman yang pernah kita lalui suatu ketika dahulu jauh lebih baik dan sempurna tapi kita sebagai manusai sentiasa komplain kan...inilah manusia....

Pasal kereta plak...lorr tak tahu pasal keta ke???...yealah sebelum nih kan naik motor jea....hehehee....bykkan bersabar bro....kumpul duit dulu dan bila dah cukup duit boleh lah beli keta baru plak kan..kan..kan.....

Klu nak buat maintenance....buat secara komprehensif...betul tak???

@xiM said...

happy new year 2009

may you will have a great year ahead..

TC

Mak Su said...

selamat tahun baru :)

tak per, mcm mak su, tak dak azam dah, belasah jer :))

hahaha, makan ati ler bab-bab lrt, berjumpa all kinds of people katanya... uhuk uhuk

Anonymous said...

hmm, naik lrt dari Terminal Putra? apsal me x penah nmpak u?

ke hang dah buat plastic surgery?

artisticklytouch said...

shy:
first ovol... hepi new year 2 u 2

second ovoll.. liana jasmay tuh awek aku

third ovoll.. ada ke lrt dari midvalley ke UKM uols? bukan komuter ke? Sila jangan berangan yer ha ha

fourth ovoll..motip ko citer kat mek? Mek takde stok MAN nok...camne?

pjoe:
pancing? kau memang cepat tergoda Nyah, liyana tuh awek mak, nyah!

Mr. Hisham:
oit, berani kau tak kenal siapa Liana Jasmay!!!

kalu keta aku jadi jet pejuang, nanti takleh parking kat depan rumah mu

Effa:
Had a Great Time too

dayat:
ni mana hilang lama tak dengar citer neh? Oh, kali ni baru kau baca dengan teliti yer...yang selama ni lite-lite jelah! sungguh kurang sopan. Ini mesti pasal title yang sangat inviting ittew.

kita bukan manusia kalau kita tak komplain.

maintenance secara komprehensif ha ha betul betul

axim:
Happy New Year may u have a prosperous one

mak su:
eh kenapa makan hati plak dengan lrt?

rena:
aku p kerja pakai topeng batman

Life's Like That said...

bro -

chill out. ur gonna be alrite for the whole comin year yeah!

NONIE AZIZ said...

Satria 1.3 1996? ko campak lombong jelah nokss...apalah sangat...kalau nak buat downpayment utk honda city barupun aku rasa sikit sangat...wakakakaka...

Anonymous said...

Salam.

Jauh gila tajuk entry. Tapi, aku sudah agak dari mula.

Oh, kamu kena bersesak di LRT ya? Kamu tinggalkan Redang, siapa suruh. Aku masih tenang-tenang aja ... huhu.

Ya, aku juga suda jatuh chenta dgn cik CITY ... tp, aku tk boleh nak ceraikan wira ku itu .. masih berkeupayaan melebihi maksima! :=)

Don't worry, be happy ... hua hua hua ...

Selamat tahun baru 1430H / 2009M.

niQue_naQ said...

jap2..sape liana jasmay nie? penyanyi? pelakon? ahlil musik? suddenly i see her name everywhere, in facebook, title of yr post walaupun di mana connection nye ntah hehehe :p

happy new year sweetheart! (^_^)

word verification = cicarty

car + city? apakah? mcm ada hint2 di situeww :p

artisticklytouch said...

jerry:
Bro, thank you so much...u pun jgn swing2 bnyk sgt new year neh k

nonie:
kan....tapi half a loaf is better than none hehe

kecek:
apa pulak jauh dari tajuk, ada lapisan liana jasmay yang ko tak nampak.

aku tinggalkan redang kerana aku buhsan

nanti kita pergi shopping cik city sesama yer

nique:
liana jasmay is my gurlfren ha ha

akirasuri said...

Slmt taun baru bro :)

Ku Keng said...

Salam Hujrah dan Gregorian.

Selamat segala-galanya hendaknya.

The Island of NAMOYAKI, said...

bijak-bijak...

ni hantaq belanja mesti mahai punya ni,

khutbah bila?

salam tahun baru hijrah & tahun baru masehi juga.

zr

@xiM said...

Honda City model Baru Cun wooooo!!

Satri atu ko jual kat Besi Buruk then boleh topup wat Down Payment..

Ada berani kaa?haha

Anonymous said...

wah ko naik LRT art... gigih hehehe. Jom singgah kat blog aku

kamar hati said...

salam maal hijrah & happy new year....semoga semua yg terbaik tuk awak.... (",)

artisticklytouch said...

akirasuri:
selamta tahun baru

ku keng:
salam hijrah dan gregorian padamu ittew jua gishieeewww

zul:
aku minum DUMEX...tak mahal, LLJ

axim:
owh....kutuk yer, satria tuh banyak kenangan bro ha ha

ajak:
wah, lu ada blog!!! aku rasa aku akan lebey gaygeh kalau aku naik keta ha ha aku dah tinggal jejak bertapak kat blog ko...sila buat link yer, senang nak mengumpat Enyai

bilik:
Segala yang terbaik untukmu jua....

en_me said...

chinta itu tak semestiyerrr bersatewww.. kannnns

amer zaman said...

liyana jasmay...

maner?

neway...

mogajaya!

amer zaman said...

liyana jasmay...

maner?

neway...

mogajaya!

Pegawai Khalwat said...

Eh, aku tak komen rupanya entri ni.
Punya la sibuk!