Sunday, June 11, 2006

siapakah si Neraka Petualang

Seminggu ke Neraka Petualang. Set tak siap lagi. Malam tadi director kata nak buat ssuggestive set sebab peruntukkan yang dipohon masih belum ketahuan dapat atau tidaknya. Betul juga, kalau nak buat, bila? Kalau ada tarikh nak buat pun, ada ke duit nak beli bahan-bahan? Director nak buluh pulak tu. Memanglah buluh tak payah beli, tebang je dekat semak mana-mana tapi siapa pulak yang nak menebangnya? Minggu depan masing-masing sibuk.

Pelakon utama mahukan set juga. Tak boleh berlakon tanpa set katanya. Takut hambar lakonannya. Tak ketahuan jadi dirinya nanti. Natijah kalau pelakon tak ada basic acting. Belajar acting hanya melalui keterlibatan dengan produksi tetapi tidak menghadiri bengkel-bengkel asas lakonan. Sebab kalau dalam bengkel asas lakonan – yang diadakan secara percuma di Pulau Pinang ni – perkara pertama yang diajar adalah improvisasi dalam apa jua keadaan. Sentuhanseni sendiri percaya bahawa jika seorang pelakon itu dapat master lakonan asas, ada set ke, tak ada set ke, tak ada masalah baginya untuk berlakon sebab lakonannya itu datang dari jiwa.

Malam ni ada latihan lagi. Maka satu perlawanan bola sepak Piala Dunia terpaksa dikorbankan. Nasib baiklah ada siaran ulangan. Nanti di hari persembahan lagi banyak perlawanan terpaksa dikorbankan. Sentuhanseni tidaklah ralat sangat tidak dapat menonton bola tapi teringin juga untuk merasakan kemeriahannya.

Pementasan kali ini juga tidak ada Pengurus Pentas. Pandai-pandai sendirilah pelakon untuk menguruskan keluar masuk. Jangan kelam-kabut sudahlah.

Esok sentuhanseni mahu menyiapkan trailer untuk CIK ENDUT – satu lagi kerja seni sentuhanseni untuk 2006. Harap-harapnya bolehlah ditayangkan sebelum pementasan NERAKA PETUALANG nanti.

11 comments:

Sayuti said...

belum ada peruntukan?

pelakon yang tak boleh berlakon tanpa set?

piala dunia... dan tiada pengurus pentas?

good luck lah!

artisticklytouch said...

sayut:
alamatkan Good Luck itu kepada tuan director kami. Pegawai khalwat.

Pegawai Khalwat said...

Pedas....pedas......

Produk 'fast food' biasalah.

Tapi macam tu lah bila aku buat benda dengan niat melampirkan commercial culture.

Kalau aku nak buat benda yang high culture, hummm...... berapa kerat la yang paham Art.

Ha ha ha.... ketawakan diri sendiri.

Jiwa Rasa said...

Wah!
Kalau sanggup melepaskan peluang menonton Pial Dunia, anda semua memang pencinta seni pentas sejati. Teruskan berjuang.

artisticklytouch said...

PK:
Sampai bilalah kita nak mendidik khalayak yer?

jiwa rasa:
Kami tegar. Datang tak?

blackpurple said...

'Neraka Petualang"...hebat bunyinya.... semoga sehebat namanya..... Aku bagi sokongan moral saja...

Pegawai Khalwat said...

Kah kah kah... ketawakan diri sendiri lagi.

Art, pelajaran itu tiada batas usia dan masa. Ha ha ha....

Black, nama mau gempaq, isi? Sendiri mau nilai.

VforViagra said...

All the best.. At, ko sokong team mana menang World Cup for this edition?

Chiaow..

artisticklytouch said...

vforviagra:
Seperti ku kenal...

England la mate!

Anonymous said...

haha bila aku dapat berlakon nie..aman skrip?

artisticklytouch said...

anony:
skrip? show dah berkurun habis hang baru nak mintak skrip??

sapa ni?