Thursday, June 15, 2006

Neraka Petualang 3

Semalam dah mengelat dari berlakon jadinya hari ini tak boleh mengelat lagi. Set pun dah nak siap. Aku ingat buat banyak set, rupanya warung seketul je. Penat je tebang buluh tapi aku tak komplen sebab aku tak tebang hehehehe

Sementara final touch pada set, props dan lighting disiapkan, yang lain, yang tak ada kerja melakukan kerja-kerja amal seperti engumpat, dengar lagu, main cucuk-cucuk pinggang, perut dan bontot hehehe ntah apa-apa permainan diaorang ni. Terasa macam mencarut tanpa suara pulak.

Bila warung siap dan lighting pun siap, kami buat technical runthrough. Seperti biasa, tak pernahnya serius, ada je benda yang nak digelakkan. Kesian gak aku tengok pelakon utama. Beria-rai dia berlakon, in character la kononnya tapi yang lain, sikit-sikit buat lawak pastu gelak, pastu buat lawak lagi, pastu gelak lagi. Dah mati kena racun pun boleh gelak lagi!

Muka pengarah jernih sikit tapi dia asyik memandang-mandang aku heheheheh aku tahu dia ada benda nak cakap tapi sebab banyak sangat benda nak cakap dia blurr..aku pulak lari-larikan diri sebab tahu benda yang nak dicakapkannya itu, kalau terkeluar dari mulutnya akan mengajak aku untuk berfikir. Argghhh…lariiikkk!!!!

Kejap je technical run nih sebab tak banyak technical Q dalam pementasan ini dan tak renyah sangat nak buat. Esok pengarah kata pukul 8 latihan mula. Alamak, aku balik kerja dah pukul 7.

5 comments:

MAMARISYIA said...

ko terlibat ngan teater? fuhhhhh...kagum!!!

artisticklytouch said...

Bukan terlibat lagi, dah memang kerjaya

blackpurple said...

Aku pasti antara yang bertiga dalam gambar itu, satu pun bukan kau..apatah lagi yg di tengah2 itu... :D

artisticklytouch said...

BP:
yezza, ketiga-tiganya bukan aku. 2 yang berwarna gelap itu dulunya menjual laksa, sekarang berlakon di bawah Razak Mohideen. Yang di tengah2 itu kakak kami, 42 n still going strong

Pegawai Khalwat said...

Sapa nak tengok sentuhan seni maka jengoklah ke laman aku. Maka akan adalah muka dia yang seiras dengan gamba dia tengah isap rokok kat sebelah tu.