Wednesday, June 21, 2006

Dan Senyuman Kau Lemparkan Penuh Bermakna

Situasi 1
Kau baru pulang. Sebaik membuka pintu, kau dihujani soalan ini…

“Baru balik?”

Kau semestinya terasa nak jawab…

“Takdalah, dah lama balik. Saja je berdiri dekat pintu ni.”

Tapi kau jawab…

“Haah, baru je balik.” Dan senyuman kau lemparkan penuh bermakna

Situasi 2
Kau baru selesai mengambil wudu’ dan beberapa kesan titisan air melekat di pakaian kau. Sebaik sejadah kau bentangkan mengadap kiblat, kau dihujani soalan ini…

“Nak sembahyang ke?”

Kau semestinya terasa nak jawab…

“Tak adalah, nak bayar zakat!”

Tapi kau jawab…

“Haah, nak sembahyang.” Dan senyuman kau lemparkan penuh bermakna.

Situasi 3
Di luar hujan lebat. Basah kuyup pakaian kau kerana menempuh hujan tanpa payung atau baju hujan. Sebaik kawan kau ternampak diri kau yang basah itu, kau dihujani soalan ini…

“Hujan ke?”

Kau semestinya terasa nak jawab…

“Tak adalah, aku saja mandi sebab panas sangat.”

Tapi kau jawab…

“Haah, lebat gila.” Dan senyuman kau lemparkan penuh bermakna.

5 comments:

Pegawai Khalwat said...

Dan ada ketika ketika kau tengah makan, "tengah makan ka?"

Nak saja kau jawab,"tak... tengah gosok gigi"

Tapi kau akan jawab, "a'ah, tengah makan. Meh la join!"

cuaca said...

dan ada juga ketika kau tengah ketu, "tengah ketu ker?"

Nak saja kau jawab, "tak lah tak menang tangan nk buat kerja nih!"

Tapi kau aka jawab, "a'ah ketu ler jom pelekat sebatang"

artisticklytouch said...

pegawai:
bahaya oooo ajak orang join makan

cuaca:
ketu tu apa?

ann nurbaya hassan said...

dan bila ko dah nak tido, org tanya ko... dah nak tido ke????
ko jawab ape pula????
hehehehe.....
blog aku nyusul kemudian...
tapi aku rase ko maleh nak bace nye kan????

take care darling

artisticklytouch said...

ann nurbaya:
aku jawab "tak adalah, I nak ajak you buat perkara-perkara lucah. Nak tak?"