Saturday, June 24, 2006

Jammed Tart Nenas dan Putu Mayong

Jammed! Jammed! Jammed! Jammed!
Jammed! C.Y.CHOY Jammed! Jammed!
Jammed! Jammed! Jammed! Jammed!
Jammed! Jammed! MACALISTER ROAD
Jammed! Jammed! Jammed! Jammed!
Jammed! Jammed! Jammed! Jammed!
Jammed! JALAN DATO’ KERAMAT
Jammed! Jammed! Jammed! Jammed!
Ada putu mayong! Singgah kejap!!!
Jammed! Jammed! Jammed! Jammed!
Jammed! Jammed! Jammed! Jammed!
Highway baru dah bukak………………

Wednesday, June 21, 2006

Dan Senyuman Kau Lemparkan Penuh Bermakna

Situasi 1
Kau baru pulang. Sebaik membuka pintu, kau dihujani soalan ini…

“Baru balik?”

Kau semestinya terasa nak jawab…

“Takdalah, dah lama balik. Saja je berdiri dekat pintu ni.”

Tapi kau jawab…

“Haah, baru je balik.” Dan senyuman kau lemparkan penuh bermakna

Situasi 2
Kau baru selesai mengambil wudu’ dan beberapa kesan titisan air melekat di pakaian kau. Sebaik sejadah kau bentangkan mengadap kiblat, kau dihujani soalan ini…

“Nak sembahyang ke?”

Kau semestinya terasa nak jawab…

“Tak adalah, nak bayar zakat!”

Tapi kau jawab…

“Haah, nak sembahyang.” Dan senyuman kau lemparkan penuh bermakna.

Situasi 3
Di luar hujan lebat. Basah kuyup pakaian kau kerana menempuh hujan tanpa payung atau baju hujan. Sebaik kawan kau ternampak diri kau yang basah itu, kau dihujani soalan ini…

“Hujan ke?”

Kau semestinya terasa nak jawab…

“Tak adalah, aku saja mandi sebab panas sangat.”

Tapi kau jawab…

“Haah, lebat gila.” Dan senyuman kau lemparkan penuh bermakna.

Habis Dah

Maka dua hari lepas berakhirlah seksaan sementara untuk mementaskan Neraka Petualang.

Pementasan untuk dua malam berturut-turut dan mendapat sambutan di luar dugaan telah berjaya menambat hati sesetengah pihak.

Geng produksi pun berpuas hati. Letih latihan terbayar sudah.

Selepas ini nantikan kemunculan Cik Endut.

Sunday, June 18, 2006

Dan Malam Tadi Full Rehearsal Neraka Petualang

Debaran semakin terasa. Walau sudah berbelas pementasan sentuhanseni terlibat, tetap rasa debarannya. Entah kenapa, sampai susah nak bernyawa dan sentuhanseni terasa lapar yang tersangat-sangat. Sejak sampai ke Auditorium P.Ramlee untuk calling time jam 6.30 petang, sentuhanseni tak renti-renti mengunyah. Kenapa ek?

Walaupun calling time sebenarnya jam 6.00 tapi masih ramai yang terpaksa datang lewat. Alah, kerja teater ni part-time je, jadinya semua yang terliabt ada kerja tetap masing-masing. Yang banyak cuti, bolehlah ambil cuti, yang tak banyak cuti macam sentuhanseni terpaksalah berkejar selepas waktu kerja, terperangkap dalam jammed tart nenas dan tidak mandi petang untuk memastikan kami sampai ke auditorium sebelum jam 7.30 petang.

Dalam kalut-kalut dan jam sudah menunjukkan jam 7.55 petang, baru terperasan yang kotak make-up tak sampai lagi. Macam mana nak make-up, katanya hari ni full dress rehearsal. Merasalah nanti kena maki secara senyap dengan tuan director hehehehe dan merasalah sentuhanseni berkejar (dengan kereta) balik rumah ambil kotak make-up (nasib baik rumamh dekat).

Bila sampai auditorium semula, pengarah kata tak payah make-up sebab dah lewat sangat. Sentuhanseni punbuat-buat busy salin costume segala bagai. Sekali lagi terperasan, costume sentuhanseni kurang lengkap. Orang lain ada kain ikat pinggang sentuhanseni tak ada. Terus sentuhanseni capai kain batik lepas yang terbaring cantik di atas meja make-up. Nak ikat tak sempat rasanya, jadinya gantung kat leher je, tengok kat cermin, menarik gak! Ahaks!

Tuan pengarah tayangkan semua promo-promo. Banyaknya projek Bakawalee dengan TETAMU…nak tengok? Nanti sentuhanseni suruh tuan pengarah uploadkan di blognya dan blog sentuhanseni sebab sentuhanseni tak reti nak uploadkan sendiri. I’m so not internet savvy.

Selepas promo selesai baru kami mulakan persembahan olok-olok tapi kena buat serius-serius. Tanpa warming up badan dan suara, main belasah je masing-masing on stage dan natijahnya….

Sentuhanseni terlangkau satu line, partner pulak orang baru so dia cuma mampu tersenyum cantik sebab tak tahu macam mana nak cover kesilapan sentuhanseni. Walaupun sentuhanseni dah bagi hint-hint secara senyap dan signal untuk dia mengcover tapi dia tetap tersenyum cantik dan tersipu-sipu. Pungkoq hang la Lia!!!

Nasib baik kakak yang gambarnya di bawah ini a.k.a Kak Yus mengcover…orang lama!!! Ok, kami berjaya mengcover keadaan yang gawat dan terus beraksi di pentas, selang tiga empat line, sentuhanseni tersasul lagi. Alamak…kena sumpahan apa sentuhanseni hari ini. Kali ni, sentuhanseni settlekan sendiri. Terdengar Cik Sharina Edora gelak kuat-kuat macam pondianak dapat laki.

Dan beberapa lagi kesilapan yang sentuhanseni lakukan hehehehe tapi orang lain pun buat salah jugak, jangan la piker yang sentuhanseni je buat silap tapi di akhir cerita, tuan pengarah kata pementasan itu adalah yang paling best setakat ini. Ha, yeke? Iyakan jelah, malas dah nak piker.

Hari ini show jam 8.30 malam, datang ye.

Thursday, June 15, 2006

Neraka Petualang 3

Semalam dah mengelat dari berlakon jadinya hari ini tak boleh mengelat lagi. Set pun dah nak siap. Aku ingat buat banyak set, rupanya warung seketul je. Penat je tebang buluh tapi aku tak komplen sebab aku tak tebang hehehehe

Sementara final touch pada set, props dan lighting disiapkan, yang lain, yang tak ada kerja melakukan kerja-kerja amal seperti engumpat, dengar lagu, main cucuk-cucuk pinggang, perut dan bontot hehehe ntah apa-apa permainan diaorang ni. Terasa macam mencarut tanpa suara pulak.

Bila warung siap dan lighting pun siap, kami buat technical runthrough. Seperti biasa, tak pernahnya serius, ada je benda yang nak digelakkan. Kesian gak aku tengok pelakon utama. Beria-rai dia berlakon, in character la kononnya tapi yang lain, sikit-sikit buat lawak pastu gelak, pastu buat lawak lagi, pastu gelak lagi. Dah mati kena racun pun boleh gelak lagi!

Muka pengarah jernih sikit tapi dia asyik memandang-mandang aku heheheheh aku tahu dia ada benda nak cakap tapi sebab banyak sangat benda nak cakap dia blurr..aku pulak lari-larikan diri sebab tahu benda yang nak dicakapkannya itu, kalau terkeluar dari mulutnya akan mengajak aku untuk berfikir. Argghhh…lariiikkk!!!!

Kejap je technical run nih sebab tak banyak technical Q dalam pementasan ini dan tak renyah sangat nak buat. Esok pengarah kata pukul 8 latihan mula. Alamak, aku balik kerja dah pukul 7.

Semalam di Neraka Petualang 2

Ini bukan entry semalam tapi entry untuk malam-malam latihan yang tertangguh.

Disebabkan pelakon utama mahu set juga dan pengarah kata nak buluh jugak-jugak maka kami pergi mancari buluh.

‘nak cari buluh….nak cari buluh…’

Dua team pergi mencari buluh. Satu team ke Balik Pulau dan satu team lagi ke Parit Buntar. Ya, Parit Buntar di Utara Negeri Perak itu. Team ke Balik Pulau pergi memang semata-mata mahu mendapatkan buluh. Team terdiri daripada pengarah, pelakon utama dan tokey panggung. Janji pergi pukul 9 pagi tapi pukul 11 pagi baru keluar rumah (malamnya tengok bola). Team ke Parit Buntar ke sana atas beberapa tujuan. Pertamanya untuk shooting trailer AYOB, keduanya mendapatkan atap rumbia di rumah Dora di Tanjung Berembang, Nibong Tebal dan ketiganya mencari buluh. Team terdiri daripada produksi AYOB, student praktikal TASGreenhall (hahahaha merasalah kau buat praktikal), sentuhanseni dan Cik Sharina Edora.

Sentuhanseni tak tahu apa yang terjadi di Balik Pulau. Rasanya semua ok, maklumlah boss ikut sekali. Di Parit Buntar dan sekitar Seberang Perai Selatan…. Hehehhe ni nak cerita ni…

Kami mulakan dengan shooting trailer AYOB dan photoshoot untuk watak-watak utama. Lokasi pertama, depan rumah Dora – berkumpul dan mengumpat – lama kat sini sebab si AYOB pergi makan kenduri. Pukul 4 baru mula shooting di dalam hutan paya bakau. Merasalah meredah selut dan memijak anak pokok bakau (ke benda tuh akar dia?) sambil menunggu shooting, krew yang lain, yang nyata tidak ada kerja dan tidak tahu nak buat apa, main tangkap-tangkap udang. Shah si student praktikal menjadi penjaga udang-udang yang ditangkap.

Selesai di paya bakau, nelayan-nelayan di situ memandang kami dengan blurnya. Hati mereka berkata…

“Cemperha mana pulak ni?” hehehe

Ntah sapa gatai mulut pi kata kami team Majalah 3. Konfiden abang-abang nelayan tuh jadi background actor.

Langsung ke tali air kat mana ntah tapi tepi jalanlah. AYOB disuruh berkubang dalam tali air dengan hanya berseluar pendek. Macam budak-budak tapi perutnya, berbulu hahahaha aku tak gelak sangat sebab aku naik moto dengan AYOB, takut dia tinggalkan aku. Sekejap je berkubang sebab yang lain jeles tak dapat berkubang sama. Kemudian ke tebing sungai Krian, di bawah jambatan yang menghubungkan Tanjung Berembang dengan Teluk Ipil. Shooting berjalan lancar sebab krew-krew tak kacau pelakon sebab kitaorang sibuk makan buah berembang. Sempat pau belacan, garam dan kuah rojak dari rumah Anuar (pengarah AYOB) buat cecah. Masam buah berembang nih, kena makan dengan garam, baru hilang masamnya. Sambil makan, mengumpat lagi.

AYOB kena kejar dengan anak memerang.

Jam dah pukul 6 lebih tapi apasal gelap? Oh, lupa! Aku pakai Ray Ban Sheriff LOBO. Terus kami ke Parit Buntar, rumah Latt (asst. director AYOB) untuk ambil buluh. wah, memang banyak buluh di rumahnya. Aku tak bagi ambil banyak sebab takut tak muat kereta, nanti nak masukkan atap rumbia lagi. Yang gagah-gagah memulakan kerja menebang di rumpun buluh di belakang toilet dna dapur jiran Latt. Aku dan beberapa yang tak gagah memberikan sokongan moral yang padu sambil mengunyah umbut kelapa. Umbut kelapa ni sedap, warna putih, lemak-lemak rasanya.

On the way balik, singgah mandi di rumah Dora dan ambil atap rumbia. Penuh kereta aku dengan atap dan buluh tapi baunya, bau hutan yang segar…hmmm…best. Murah je atap rumbia nih, dengan RM 4, boleh dapat sepuluh! Kalau kat OMBAK KLCC harus dia jual RM 39.90 ke atas sekeping!

Malamnya, bump-in di auditorium P.Ramlee. Letih. Pengarah nak buat run-through tapi semua buat bodoh sebab letih sangat. Jadinya masa cuma dihabiskan dengan menyiapkan set dan setting lampu. Pengarah membuat muka bermasalah hehehehe merasalah buat show free katanya.

Sungguh very the village pengalaman hari ini.

Sunday, June 11, 2006

siapakah si Neraka Petualang

Seminggu ke Neraka Petualang. Set tak siap lagi. Malam tadi director kata nak buat ssuggestive set sebab peruntukkan yang dipohon masih belum ketahuan dapat atau tidaknya. Betul juga, kalau nak buat, bila? Kalau ada tarikh nak buat pun, ada ke duit nak beli bahan-bahan? Director nak buluh pulak tu. Memanglah buluh tak payah beli, tebang je dekat semak mana-mana tapi siapa pulak yang nak menebangnya? Minggu depan masing-masing sibuk.

Pelakon utama mahukan set juga. Tak boleh berlakon tanpa set katanya. Takut hambar lakonannya. Tak ketahuan jadi dirinya nanti. Natijah kalau pelakon tak ada basic acting. Belajar acting hanya melalui keterlibatan dengan produksi tetapi tidak menghadiri bengkel-bengkel asas lakonan. Sebab kalau dalam bengkel asas lakonan – yang diadakan secara percuma di Pulau Pinang ni – perkara pertama yang diajar adalah improvisasi dalam apa jua keadaan. Sentuhanseni sendiri percaya bahawa jika seorang pelakon itu dapat master lakonan asas, ada set ke, tak ada set ke, tak ada masalah baginya untuk berlakon sebab lakonannya itu datang dari jiwa.

Malam ni ada latihan lagi. Maka satu perlawanan bola sepak Piala Dunia terpaksa dikorbankan. Nasib baiklah ada siaran ulangan. Nanti di hari persembahan lagi banyak perlawanan terpaksa dikorbankan. Sentuhanseni tidaklah ralat sangat tidak dapat menonton bola tapi teringin juga untuk merasakan kemeriahannya.

Pementasan kali ini juga tidak ada Pengurus Pentas. Pandai-pandai sendirilah pelakon untuk menguruskan keluar masuk. Jangan kelam-kabut sudahlah.

Esok sentuhanseni mahu menyiapkan trailer untuk CIK ENDUT – satu lagi kerja seni sentuhanseni untuk 2006. Harap-harapnya bolehlah ditayangkan sebelum pementasan NERAKA PETUALANG nanti.

Semalam di Neraka Petualang

"A, kau jatuhkan M," Arah si pengarah muda yang sedang dudok.
"Jatuhkan ke bawah?" Jawab si pelakon gantian (stand-in kata orang teater)
"Kalau kau boleh jatuhkan ke atas, silalah!" Si pengarah muda tersenyum sinis.
"Heehehehehe..." Kata si pelakon gantian

Friday, June 09, 2006

Bila Berbicara Dengan IQ Zero

M bertemu K di ekspo.

M:Weh, hang apa habaq? Lepaih menikah teruih sengap.
K:Ada. Hampa tak mai pun kenduri kami na.
M:Ada kerja.
K:Nilah husband kami (sambil menunjuk kepada seorang lelaki di sebelah kiri)

Salam.

K:Bini hang mana?
M:Aku hantaq balik kampung. Dah nak dekat-dekat hari dah. Aku la ni on call jelah.
K:Oh, hang tunggu dia call la. Satgi dia nak mai sini la?
M:Dak, dia la ni ada di kampung. Nak bersalin dah, aku hantaq la balik kampung,
senang ada orang nak tengok-tengokkan.
K:Jadi dia tak mai la sat lagi ni? Hang mai sorang la?
M:Ish, dia tak mai la dah dia ada di kampung. Nak beranak dah takkan aku nak usung mai sini,
satgi ciciaq kot jalan pulak.
K:Betui gak no. Bini hang mengandung berapa bulan dah?
M:Aduih.

K - dia yang menjual kuih di pentas teater, dia juga yang dirogol dipusatnya.
M - dia yang baru mendapat hero berwarna putih.