Thursday, March 16, 2006

Dulu....pernahlah aku naik bas

Dedulu kalau pergi KL dari rumah aku mesti naik bas Selangor warna merah no. 143 atau bas mini no. 31

Sekarang ni bas Selangor warna merah dah tak masuk dah, ganti dengan City Liner. dah ada 143 A, 143 B, dan 143 C. Aku dah tak tahu nak naik mana satu.

Sekarang ni bas mini dah tak ada. Bas Intrakota mini yang menggantikannya dulu pun dah tak ada. Ada bus Intrakota panjang no. 31

p/s: teringat zaman pergi sekolah naik bas Selangor. Tambang RM 0.10 dapat tiket kaler2.

11 comments:

Pegawai Khalwat said...

Tiket kaler?

Citrawarna ka?

Biasanya satu atau dua kaler saja. Yang budak-budak (aku pada zaman tu) kaler lain, orang tua (aku pada zaman ni) kaler lain.

artisticklytouch said...

Hang bas Sg. Duri mana ada sama dengan bas KL. Macam-macam kaler ada:

seposen kaler merah
dua posen kaler hijou
tiga posen kaler coklat terang
empat posen kaler kuning kot
lima posen kaler oren
dan sebagainya

saper pegang tiket singgit lima posen maknanya dia ketua tukang bayar pada 14 orang budak sekolah lagi dan tiket yang murah-murah semua dah habis pada masa itu. Dia akan berbangga sebab ada tiket singgit lima posen

Pegawai Khalwat said...

Oi, Sg. Duri mana ada bas. Ada pun kejap ja, tak laku sebab konduktor selalu cilok duit.

Aku naik bas Sam Lian no. 513, Butterworth - Parit Buntar, dan bas MPPP untuk ke KOMTAR dan sekolah aku.

Mungkin sama kot dgn hang, lain harga lain kaler. Tak ingat aku, sebab aku asyik dapat tiket 20sen saja (budak sekolah beruniform).

Sayuti said...

dulu2 naik bas mini no 23 untuk keluar outing pada hari sabtu. 60 sen, flat rate.

blackpurple said...

teringat dulu2 naik bas tong fong dari serdang ke kotaraya...... banjir pulak di sungai besi (sekarang dah jadi mines resorts city..)

enn@j said...

art,

My friend asked if TAS Greenhall is interested to screen short independent films? These people are from KOMAS, mostly films on the community and people.

Let me know how to go about ya. See you tomorrow, will once again applaud for your acting!

kunci hilang said...

dulu ada org mati jatuh bas.

MAMARISYIA said...

Art!!huhuhhu...nak buat lawatan ni..Aku dari dulu sampai la ni tak reti naik bas mini...kalau bas ekspress tu beranilah sket!!!Bukan pasai aku ada keta ka hapa...pasai aku takut aku tertidoq kat bas!!!takut terlepas tempat yang aku nak pi!!

Tok Rimau said...

Aku tertidur dalam bas yang penuh. Bas 222 ke ITM. Aku tidur berdiri. Ini ilmu ninja tau.

sinaganaga said...

Bila nak balik ke Kepong?

artisticklytouch said...

tok rimau:

eh...eh... aku pun pernah bermukim dalam bas 222 KL - ITM (masa tuh ITM, dikekalkan atas sebab2 nostalgik) tapi aku tak pernah tido sebab selalu dapat duduk.

naga:
2nd week May 2006 aku balik ke Kepong